Bab 15

Romance Completed 35078

Fikri Aidil menunggu lama di dalam kereta. Ruang menunggu agak terselindung dari pandangan. Dia melihat jam tangan. Jam sudah menunjukkan pukul 6 tapi bayangan gadis itu tidak nampak. Waktu kerja di pejabat Pak Long Aziz bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga 5.30 petang. Fikri Aidil tidak jadi turun dari kereta. Dia sudah melihat Hani Putri turun ke bawah.

Hani Putri berhati hati turun tangga untuk ke bawah. Betis masih terasa sengal. Dia baru teringat, dia belum lagi menempah grab. Dia merengus. Di ambil phone Oppo dari beg tangan dan terus memesan grab.

"Sakit lagi ke dia ni?"

Fikri Aidil memerhati tindak tanduk Hani Putri. Sekejap bangun dan sekejap duduk. Beberapa minit kemudian kereta proton saga sampai. Hani Putri terus masuk ke dalam kereta.

*****

Fikri Aidil melipat lengan baju ke paras siku dan melonggarkan tie dileher. Lega rasanya. Badan direbahkan pada sofa empuk. Selesa sungguh. Tangan mengambil dari sesuatu dari kocek seluar. Satu kertas kecil yang dipanggil bisnes kad. Dia membelek depan dan belakang bisnes kad. Sebelum balik dari pejabat Pak Long Aziz tadi, dia sempat mengambil bisnes kad Hani Putri tanpa pengetahuan gadis itu. Dia membaca nama yang tertera pada kad tersebut.

"Hani Putri bin Abdullah." Fikri Aidil bersuara perlahan.

Matanya terus ke arah no telefon si gadis. Fikri Aidil menekan nombor dan di simpan ke Iphone.

Si gadis

Berpuas hati dengan nama yang diberi. Jari jemari kiri menekan keybord discreen Iphone.

Tet tet tet

Hani Putri merungut geram. Siapa pula yang menghantar whatsapp. Malam ni waktu dia rehat bukan untuk balas mesej atau whatsapp. Kalau rakan sekerja bertanya mengenai kerja pun dia malas balas. Dia gagahkan juga diri untuk mengambil telefon Oppo yang jatuh ke bawah tilam. Kaki yang sengal ditumbuk tumbuk perlahan. Hani Putri mengerutkan dahi. Tiada nama dipapar pada screen telefon. Hanya nombor yang tidak dikenali. Selalunya nombor yang tidak kenali, dia malas ambil peduli tapi untuk hari ini dia mahu tahu siapa yang hantar whatsapp. Diklik pada nombor tersebut dan terpapar text permohonan maaf.

Sorry. Aku mintak maaf pasal tadi

Dahi Hani Putri makin berkerut. Kenapa pula si penghantar ini memohon maaf. Jarinya pula laju menaip.

Siapa ni ya?

Hani Putri menekan hantar kepada nombor yang tidak dikenali. Hatinya tiba tiba berdebar.

Aku lelaki wajah beku tu. Lelaki sombong

Mulut Hani Putri terngaga. Mata berkelip laju. Kalau lelaki berwajah sejuk beku dan sombong itu bermakna anak saudara bos. Fikri Aidil yang menghantar whatsapp. Muka Hani Putri berpeluh. Mati kata untuk membalas. Lelaki itu sudah tahu yang dia ada gelaran. Hani Putri tak boleh fikir lagi macam mana Fikri Aidil tahu nombor telefonnya. Seram.

Hmm lambatnya balas. Kenapa terkejut ke aku boleh tahu gelaran tu.

Hani Putri membaca whatsapp Fikri Aidil.

Mana encik tahu nombor telefon saya

Tak penting. Yang penting aku nak mintak maaf pasal tadi. Tak sangka kau cemas macam tu sekali. Kau ada panic attact ke?

Encik tak payah sibuk nak tahu lah. Terima kasih sebab tolong saya tadi.

Setelah membalas mesej Fikri Aidil. Dia terus mencampakkan telefon Oppo ke meja solek. Ditutup lampu tidur dan dia menarik selimut. Dia mahu tidur.

Fikri Aidil tidak lepas memegang Iphone. Dia merenung screen tapi sudah hampir setengah jam tiada balasan dari Hani Putri. Bosan menunggu dia meletakkan Iphone ke meja.

Tet tet tet

Tangan pantas mencapai kembali Iphone dimeja.

Aku nak cerai

Hati yang tenang rasa berkecamuk. Dadanya turun naik menahan marah. Perempuan tak guna ini hantar whatsapp untuk meminta cerai lagi.

Ceraikan akuuuu

Fikri Aidil berfikir secara rasional. Tidak guna dengan amarah yang membara. Dia mahu berpisah cara baik dan melafazkan talak di mahkamah. Bukan melalui whatsapp.
Matanya tertutup perlahan lahan. Iphone ditangan jatuh ke karpet sofa.

*****

Fikri Aidil melakukan regangan badan. Dari leher hingga ke kaki. Apabila sudah selesai panaskan badan. kakinya melangkah laju. Dia berlari melepaskan rasa sakit. Bila penat dia mulakan dengan langkah perlahan. Dia berhenti seketika di tepi pokok besar. Argh penat sungguh tapi puas hati. Fikri Aidil tunduk keletihan. Baru beberapa minit berlari, dia sudah pancit. Dia berdiri kembali dan berdiri tegak. Tangan dan kaki direnggangkan. Fikri Aidil meneruskan larian tetapi secara perlahan. Earphone di poket dipakaikan ke dalam telinga. Lagu tunggu sekejap nyayian berkumandang di gegedang telinga.

Tunggu sekejap wahai kasih
Kerana hujan masih renyai
Tunggu sekejap
Dalam pelukan asmara ku

Jangan bimbang
Walaupun siang akan menjelma
Malam ini
Belum puas bercumbu dengan dinda

Tunggu sekejap wahai kasih
Tunggulah sampai hujan teduh
Mari ku dendang
Jangan mengenang orang jauh

Jangan pula
Jangan tinggalkan daku sorang
Tunggu sekejap kasih
Tunggu

Mulut turut bergerak perlahan mengikut rentak lagu jazz. Dia memejamkan mata sebentar, lagu ini sungguh asyik di halwa telinga. Disampai dengan emosi yang terbuai oleh Noh Hujan. Indahnya dunia jika memiliki gadis yang setia dan menemani hari-hari yang panjang. Lagu yang tamat diulang kembali. Dia sudah ketagih dengan lagu ini.

Air menitik dipipi Fikri Aidil. Dia mengesat dengan tangan. Wajahnya dibasahi dengan peluh. Sekali lagi air menitik perlahan. Wajah memandang ke langit. Air hujan turun ke bumi. Tangan menadah hujan yang renyai. Bau hujan dihirup lama. Air yang menitik ditangan dikesatkan pada muka. Kakinya masih tidak mahu berganjak dari situ. Dia leka menadah tangan lagi.

Hani Putri berlari laju ke pondok. Kedua tangan menadah kepala agar tidak kena hujan gerimis. Kakinya hampir tersandung dengan ranting kayu tapi sempat dia mencapai bangku pondok.

"Selamat aku." Ngomel Hani Putri.

Dia perbetulkan badan dan melabuhkan punggung ke bangku. Hani Putri tidak berani redah ke kereta. Waima hanya hujan rintik tapi dia tahu dirinya yang sangat manja. Dia tak nak diserang demam lagi. Terasa menyesal apabila mengenakan tshirt lengan panjang sahaja dan tidak disarungkan bersama sweater.
Kakinya digoyangkan ke kiri ke kanan sementara menunggu hujan berhenti.
Dia bernyanyi kecil menghilangkan bosan. Telefon Oppo tertinggal dalam kereta. Dia terlupa ambil.

Anak mata dikecilkan. Dia nampak satu susuk tubuh yang dia kenali. Dia memanjangkan leher ke tepi. Dia melihat tubuh itu sedang bermain dengan hujan renyai. Adakala dia menadah tangan dan melekapkan tangan pada muka. Lelaki itu juga menghirup udara dengan asyik. Bukan itu sahaja, lelaki itu mendongakkan kepala dan membenarkan hujan rintik membasahi wajah. Hani Putri memandang pelik. Hujan yang rintik menjadi lebat. Lelaki itu masih setia disitu dengan depangkan tangan. Dia bagaikan budak kecil yang suka main hujan.

Susuk tubuh itu milik lelaki wajah beku. Hani Putri terngaga. Lelaki ini berada di taman yang sama dengan dia. Setahu dia, Fikri Aidil duduk jauh di kawasan perumahan dia. Hujan yang lebat meresahkan hati Hani Putri. Dia mahu pulang ke rumah. Dia tak nak Fikri Aidil tahu dia turut berada disini. Dia mengoyangkan kaki laju untuk menghilangkan resah. Hani Putri berpaling tubuh. Entah mengapa dia terasa untuk melihat lagi perbuatan Fikri Aidil.

Hani Putri tergamam. Perbuatan dia disedari oleh Fikri Aidil. Mata mereka bertentang. Lelaki itu membalas renungan mata Hani Putri. Secara tiba, jantungnya berdegup laju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience