Hati perempuan ni Fik mudah cair. Kamu layan dia baik baik. Kamu usik pasal kahwin. Kamu bagi dia bunga. Kamu ingat dia tak terjatuh hati pada kamu? Kalau kamu tak suka dia dulu. Layan berpada pada Fik.
Fikri Aidil menghela nafas. Kata kata Mak Long bermain dalam fikiran. Makin dia mahu luputkan makin diulang tayang.
Salahnya juga terlalu memberi harapan pada Hani Putri.
Kamu tak suka dia. Jangan layan lebih lebih. Cukup sekadar pekerja dan bos. Kamu ni Fik. Allah kesian si Hani. Mak Long anggap dia macam anak dah. Dia sebatang kara je dalam dunia ni. Ada pun si Rita. Kalau Rita dah kahwin. Mana tempat dia mengadu
Bebelan Mak Long masih lagi menjelma. Berhantu sungguh bebelan orang tua ini.
Bagaimana cara untuk buat dia tidak rasa bersalah pada Hani Putri? Minta maaf? Beri coklat atau bunga? Atau biarkan sahaja. Dia kusut. Jika Aria adalah kenangan pahit, Hani Putri pula igaun mimpi dalam hidupnya.
"Hani, maaf kan saya?" Tanya Fikri Aidil seolah olah Hani Putri kini ada dihadapan. Dia mengeleng kepala berkali kali. Menghilangkan bayangan Hani Putri.
Apa tak kena dengan aku ni?Dulu Aria sekarang Hani. Perempuan ni memang pelik ke apa.
Fikri Aidil mendengus.
*****
Nyah mengintai ke dalam bilik pejabat Fikri Aidil. Mulut herot ke kanan dan ke kiri. Mengutuk bos.
"Ha itu lah. Buat perangai sangat. Sekarang diri tu. Dah macam angau. Buat kerja pun boleh termenung. Hei macam perempuan. Jangan main main ye penangan si Putri ni. Aura dia kuattttt."
Nyah mengecilkan lagi mata. Seronok mengutuk bos dalam diam. Kerja yang bertimbun ditolak tepi sebentar.
"Gaji besar gedabak pun tapi kerja banyakkkkkk." Nyah merungut pula.
Dilayan perangai tak betul ini. Sudah tentu kerja tak berjalan.
Fikri Aidil merenung ke luar. Dulu Hani Putri sekarang orang lain pula duduk di kerusi itu. Sudah beberapa minggu dia tidak melihat wajah gadis itu. Apa khabar agaknya.
Dalam asyik termenung. Fikiran melayang teringat Hani Putri. Usikan dan guraun. Gaduh gaduh manja dari mula kenal hingga sekarang. Rindu ke apa?
Fikri Aidil. Jangan cari pasal. Cukuplah dengan kisah kecewa dulu. Tak akan nak menambah lagi.Ā Entahlah dia sendiri tidak pernah faham dengan perasaan sekarang. Jujur katakan bila bersama dengan Hani Putri Hati lebih tenang. Dia tidak pernah terasa tercabar.
*****
Dada Putri Hani berdebar kuat. Sejambak bunga ada di atas pagar. Dia lekas menyarung selipar dan mengambil. Bunga Ros 20 kuntum. Dia senyum.
"Awak suka bunga tu?"
Hani Putri terkedu. Kenapa suara berbeza.Ā Dia menoleh ke kanan perlahan lahan. Seorang lelaki berkemeja biru dengan tangan kanan di dalam kocek sedang tersenyum ke arahnya.
"Bunga niiii."
"Ohhh.. Bunga ni tanda sokongan saya terhadap awak dalam jadi seller online."
"Teeeerima kasih. Tapi mana awak tahu dan siapa awak?"
Lelaki kemeja biru gelak halus. Gelakan mempamerkan barisan gigi yang cantik bersama lesung pipit di kiri dan kanan. Rambut yang terjuntai di dahi. Diselak ke belakang.
Dia senyum. Polos sangat pertanyaan itu. Bertahun tahun berjiran di sini tapi si gadis manis ini tidak mengenali dirinya. Sia sia sahaja dia keluar setiap kali gadis ini pergi ke tempat kerja.
"Saya jiran awak sejak 3 tahun lepas."
"Ohhh.. Ye eh.. Ooo."
Hani Putri tersengih malu. Nampak dirinya tidak peduli keadaan orang sekeliling. Terasa janggal pula.
"Okey saya masuk dulu."
Mata Hani Putri mengikuti langkah lelaki itu masuk ke dalam rumah.
Kecewa hati. Lain yang diharap lain yang datang. Bunga ros yang ada dalam tangan. Dibawa ke hidung. Hmmm wangi tapi tak hati tetap sayu.
Kenapa bukan dia? Memang aku ni anak patung untuk mengisi kekosongan diri dia je.
Hani Putri merengus geram. Rita boleh pula mempermainkan dirinya.
"Betullah. Lelaki tu selalu usha kau tau."
"Tak tahu."
"Kau tu tak nak ambil tahu keadaan jiran kanan." Rita masih mengusik.
"Kak Nurin tu aku okey ja."
"Kak Nurin. Lelaki jiran kanan ni. Siapa nama?"
" Tak nak ambil tahu."
Hani Putri peluk tubuh. Muncung sedepa. Merajuk dengan usikan Rita.
"Hensem kan dia."
"Uishhhh.. Kacuk rasa tu. BukanĀ Melayu piorrr."
"Tak silap aku tu. Dia pernah kata mak dia duduk Us. Kacuk Us la kot."
"Seronok tau dapat mak mentua USA."
Rita masih lagi mengusik Hani Putri. Dia menayangkan sengihan.
"Mak mentua Udang Sotong Ayam." Ujar Hani Putri selamba.
Bergema ketawa Rita di ruang tamu. Ingatkan nak terus membisu.
"Eleh. Kalau order tetap ayam jugak. Tak ada pun udang sotong." Ujar Rita dengan sisa ketawa.
"Mula mula kan aku crush jugak lah tapi bila dia kadang tanya pasal kau. Malas dah nak crush nanti patah hati."
"Kenapa pula?"
"Dia minat kau. Bukan aku."
"Kenapa tak masuk jarum? Ajak keluar ke apa. Kenal hati budi masing."
"Aje gila kau. Tak nak lah perigi cari rimba."
Hani Putri menayang muka menyampah. Perempuan seorang ni memang waktu kelas BM tidur ke apa. Buruk betul bunyi.
"Timba bukan rimba. Rimba tu hutan rimba. Ni timba. Letak air."
"Alah kau ni. Sama aje."
Share this novel