"Apa beza awak dengan bunga?"
"Saya macam bunga kan." Teka Hani Putri dengan lirikan manja.
"Hmm boleh jadi. Tapi bunga boleh dipetik orang. Awak pula hanya boleh dipetik oleh saya."
Pickup line Fikri Aidil membuatkan Hani Putri tersenyum simpul. Tak sangka manis macam ni perangai Fikri Aidil. Sangat manis sehingga terbuai dalam mimpi.
"Aduh." Hani Putri mengusap belakang yang sakit. Boleh pula jatuh katil. Mimpi tadi hilang serta merta. Bantal peluk dibaling kuat pada katil.
"Tak guna betul. Aku nak mimpi kan Fikri Aidil lagi." Rengek Hani Putri. Kedua tangan menepuk tilam berkali kali.
"Hmm aku tengah angau ke ni?Bahagianya kalau betul." Gumam Hani Putri.
*****
Antara bunga dan awak apa beza?
Hani Putri terlopong. Ayat ini macam pernah dia dengar. Alamak mimpi tadi ke? Dejavu sungguh! Dia mengesat mata berkali kali. Dicubit pula tangan sekuat hati. Sakit. Tak mimpi. Realiti yang Hani Putri sedang hadap.
Taip dan padam. Berulang ulang kali.
Bunga boleh dipetik orang tapi saya dipetik oleh awak.
Ayat mimpi tadi, ditaip semula oleh Hani Putri . Dia mengigit bibir sendiri. Berani mati hantar whatsap macam ni. Maluuuuu. Bantal peluk disembam pada muka. Berdebar menunggu balasan dari Fikri Aidil.
Eh. Hahaha. Mana tahu ni. Tapi ada lagi. Hati awak tu pemilik saya punya??
Auchhh. Sangat manis macam madu. Terbuai dek mimpi.
Rindu saya tak?
Hati berdebar. Rasa macam nak pecah. Fikri Aidil rindukan dia. Kedua dua kaki dihentak pada tilam. Tak percaya dengan soalan Fikri Aidil.
Tak - Hani Putri
Kenapa tak? Malu nak mengaku??? - Fikri Aidil
Saya mana boleh rindu kat awak - Hani Putri
Kenapa? - Fikri Aidil
Tak tahu - Hani Putri
Jom jumpa pagi esok. Nak? - Fikri Aidil
*****
"Saya nak minta maaf kalau sebelum ni saya ada buatkan awak perasaan ke apa." Fikri Aidil berterus terang. Rasa serba salah menjelma dalam diri. Betul kata Mak Long. Sikap dia yang dulu membuatkan Hani Putri mungkin perasan dengan layanan. Tapi dalam hati dia ikhlas semua itu cuma takut untuk pergi lebih jauh.
"Saya faham. Itu kan sekadar kawan."
"Saya suka awak Hani. Sejak dulu lagi. Tapi saya padamkan perasaan tu sebabkan ingat hanya nafsu saya."
Pandangan mata merenung keindahan alam yang berbukit bukau. Tenang mata melihat. Sengaja bawa Hani Putri ke sini.
"Errr. Dulu?" Soal Hani Putri.
"Awak mungkin tak tahu saya dulu macam mana masa dengan Aria." Ujar Fikri Aidil kesal. Kalau boleh diputar masa. Dia nak kembali perbetulkan keadaan. Nak taat pada ibubapa tapi semua itu tak boleh.
"Errr. Tak apa. Kisah lalu jangan diungkit. Masa sekarang ni masa depan awak."
Fikri Aidil senyum. Sejuk hati mendengar kata kata Hani Putri.
"Awak boleh terima saya seadanya?"
"Dan awak boleh terima saya? Perempuan yang banyak kelemahan?" Soalan disoal dengan soalan. Sebelum Fikri Aidil bercerita tentang masa lalu. Dia sendiri banyak cacat cela.
Fikri Aidil menghela nafas. Pertuturan harus berhati hati agar Hani Putri tak terasa. Dia tahu asal usul gadis itu. Dibuang di rumah anak yatim. Tidak kenal ibu atau bapa sendiri. Tidak tahu asal mana. Dia tak pernah kisahkan semua itu. Fikri Aidil hanya mahu sebuah keluarga yang penuh kasih sayang.
"Hani. Lelaki dan perempuan saling melengkapi. Mungkin saya ada kelemahan tapi awak tutup ia dan sebaliknya awak juga."
"Tapi saya anak terbuang. Tak tahu asal usul. Entah anak luar nikah yang bapanya sendiri tak nak bertanggungjawab." Ujar Hani Putri sedikit kasar. Emosi terganggu.
"Hei hei. Pandang saya."
Hani Putri mengeleng kepala. Air mata yang menitis dikesat dengan hujung baju. Beban yang dia rasa sudah dilepaskan. Dia rasa puas bila kebenaran diceritakan pada Fikri Aidil.
"I love you so much. Saya tak kisah siapa awak. Asal usul awak. Awak juga cakap tadi kan. Masa sekarang adalah masa depan awak. Itu yang awak harus pegang."
"Awak tak jijik dengan saya?"
"Siapa saya nak jijik? Awak dilahirkan sebagai baby yang suci Hani. Tak ada salah apa apa. Lepaskan perasaan yang lalu. Bina hidup baru. Saya boleh tolong." Pujuk Fikri Aidil. Sayu melihat gadis kesayangan ini mengalirkan air mata.
"Dulu saya ada depression. Hampir nak bunuh diri. Kawan kawan kat sekolah ejek saya anak haram. Saya sedih. Saya tak minta pun dilahirkan macam ni." Luah Hani Putri sebak.
Fikri Aidil hanya diam. Beri peluang pada Hani Putri untuk luahkan perasaan. Dia merenung gadis kesayangan. Andai kata antara dia dan Hani Putri dalam sebuah ikatan sah. Sudah tentu dia berikan pelukan kasih sayang untuk reda kesakitan Hani Putri.
"Ada masa tu cikgu tanya. Mana nama ayah awak? Saya cakap tak tahu. Satu kelas gelak kat saya. Saya malu. Hari demi hari orang panggil saya anak haram sebab tak ada ayah. Saya ingatkan bila naik ke tingkatan. Benda tu dah reda tapi tak sangka saya sampai kena pulau kat sekolah. Orang cakap orang macam saya ni campak kat mana mana pun mesti tak guna sebab benih yang datang pun tak guna."
Sakit meluahkan tapi hakikat yang dia lalui selama ini.
Hani Putri menarik nafas dalam. Terasa seperti sesuatu yang dia lepas pergi.
"Hani. Awak sangat kuat sayang."
Hani Putri senyum terpaksa. Dia dengar panggilan sayang dari Fikri Aidil. Sekarang dia tidak kisah jika lelaki yang dia sayang tolak dirinya kerana dia bukan orang berketurunan.
"Lupakan kisah lalu. Hidup dengan saya? Saya tak janji bulan dan bintang. Saya tak janji boleh hidup dan mati sebab mati itu pasti. Tapi saya janji akan bahagiakan diri awak selagi saya hidup. Saya sayang awak Hani. Sayang sangat."
Mata mereka berdua bertentang. Air mata yang menitis dikesat dengan jari Fikri Aidil. Tangan digengam dan jari kelinking ditegakkan tanda sebuah janji.
"Awak sanggup terima saya?" Soal Hani Putri sekali lagi. Pandangan jatuh pada jari kelinking Fikri Aidil.
"Saya tak janji bulan dan bintang tapi saya tak akan pernah sia siakan awak. Cukuplah saya sakit kerana masa lalu."
Jari kelinking Fikri Aidil dan Hani Putri bertaut. Sebuah janji telah tersemat. Fikri Aidil lega.
"Awak orang pertama saya bawa ke mari. Ini kalau saya saya tension ke apa. Kat sini lah tempat termenung."
"Saya?Bukan ke isteri lama awak tu?opss." Terlepas cakap. Mulut ditampar halus.
Fikri Aidil tergelak kecil. Polos betul Hani Putri. Hujung mata jeling ke tepi. Muka gadis itu serba salah kerana terlepas cakap.
"Tak. Dia tak pernah suka tempat macam ni dan saya dengan dia selalu ke... Hmm tak apa lah abaikan je ok."
Hani Putri angguk. Dia faham apa yang berlaku dulu. Kisah lalu Fikri Aidil. Pertemuan pertama yang tidak baik antara mereka.
Share this novel