Hari ini Hani Putri tidak betah duduk di kerusi milik kerja. Dada berdegup kencang. Dia bertentang mata dengan lelaki itu. Tak sangka hari demi hari lelaki itu mengelak darinya tetapi hari ini mereka bertentang mata untuk sesaat. Kebisuan Fikri Aidil sudah makan hampir dua bulan. Begitu juga boleh dikira dengan dia kebisuan dia dulu selama 4 bulan. Boleh dihitung perang dingin mereka telah berlaku selama 6 bulan atau selamanya. Hani Putri menunduk melihat kerja yang berterabur di atas meja. Dia mengutip satu per satu untuk mengasingkan kertas kerja.
"Hani."
Dada Hani Putri berdegup lagi. Ada seseorang memangil namanya. Dia ke?
Sayangnya apabila dia mengangkat wajah, bukan Fikri Aidil yang menyebut namanya tetapi Haikal. Hampa hati.
Hani Putri cuba mengukir senyuman waima payah.
"Hani okey?" Tanya Haikal. Bimbang dengan riak Hani Putri yang senyum dan secara tiba bertukar muram.
"Okey." Jawab Hani Putri sepatah. Tak mampu untuk senyum lagi.
"Boleh saya tanya?"
"Tanya apa?"
"Fikri Aidil."
Sebutan nama lelaki itu membuatkan dada Hani Putri berdebar hebat. Dia tidak boleh kawal. Nafasnya makin laju.
"Hani... Maafkan saya.. Saya tak sebut lagi nama lelaki tu. Okey bawak bertenang." Ujar Haikal dalam kekalutan. Haikal melihat sendiri Hani Putri cuba mengawal nafasnya. Hani Putri takut dengan Fikri Aidil? Apa yang Fikri Aidil dah buat pada Hani Putri sampai bila sebut nama pun gadis ini seakan terkena serangan panik. Bermacam andaian yang bermain di fikiran Haikal.
"Ta..k a..paa.. Sejuk sangat aircond ni. Saya ada lelah." Tipu Hani Putri. Diambil remote dan ditekan suhu yang sesuai.
*****
Fikri Aidil memandang sekeliling bilik pejabatnya. Bilik ini diubah suai mengikut citarasanya. Warna biru dicat pada dinding. Lukisan juga digantung cantik. Bunga kertas yang mahu dihadiahkan pada Hani Putri telah terletak cantik pada meja kerjanya. Dia mengambil sekuntum dan dipusing batangnya berkali kali. Bunga ros kertas ini sepatutnya diberikan kepada Hani Putri pada 6 bulan lepas tapi Hani Putri pula melancarkan perang dingin. Niatnya terus jadi terbantut. Biarlah Hani Putri dengan hidupnya.
"Fikkk." Jerit Haikal. Tiada ketukan pintu atau salam. Haikal datang menerjah bilik pejabatnya.
"Kau kenapa jerit?"
"Kenapa bila aku sebut nama kau dia jadi lain." Ujar Haikal terus tanpa mukadimah. Tidak sabar mahu mendengar jawapan Fikri Aidil.
"Lain?" Soal Fikri Aidil hairan.
"Haah lain. Dia tu tak boleh dengar nama kau. Kau ada buat benda tak baik kat dia kan." Haikal serkap jarang. Ditunjukkan pula penumbuk pada Fikri Aidil. Fikri Aidil mengucap panjang. Sahabatnya ini tuduh melulu tanpa bertanya soalan.
"Kau kan Haikal. Tak kenal aku lagi ke? Apa benda buruk aku nak buat kat dia." Ujar Fikri Aidil tenang. Fikri Aidil bangkit dan jatuhkan tangan Haikal. Boleh jadi bergaduh kalau ikut perasaan. Jaga betul ya Haikal pada Hani Putri. Kenal pun hanya sekadar setiausaha Pak Long Aziz.
"Memang aku kenal kau tapi kalau orang nak buat jahat bukan kita dapat baca pun." Tempelak Haikal.
"Dia kena serangan panik dua kali. Aku tolong dia tau. Cuba tenangkan dia."
"Eleh kat rumah Pak Long tu kenapa dia tak boleh nampak muka kau."
Haikal tahu kisah di rumah Pak Long Aziz. Kisah Hani Putri diserang panik ketika bersama Fikri Aidil. Di pejabat Pak Long Aziz dah kecoh cuma mereka berdua ini sahaja tak tahu.
"Mana lah aku tahu. Aku naik kan suara sikit je."
"Sikit je? Eh kau tu naik suara macam harimau jantan lapar tahu tak." Haikal mengutuk.
"Dia tu..Aihhh selalu salah sangka dengan aku. Cakap aku tak ingat bini la. Mengata aku patut kena tinggal bini. Sakit hati aku ni dengar. Tahu tak."
Rahang Haikal jatuh kebawah. Terkejut sekejap dengan cerita Fikri Aidil. Hani Putri tahu Fikri Aidil ada isteri. Siapa yang beritahu sedangkan pekerja dalam syarikat ini pun tak tahu bos pertama mereka dah berkahwin. Yang tahu hanya setiausaha Fikri Aidil sahaja. Eh tak mungkin dia hebohkan tapi tak mustahil. Pandai pekerja sini pura pura tak tahu. Ha mungkin Fikri Aidil dah bercerai pun mereka tahu.
"Mana dia tahu bini aku penah tinggalkan aku?" Soal Fikri Aidil. Dipandang Haikal tidak puas hati.
"Eh bukan aku la."
"Dah tu siapa?"
"Kalau aku tahu. Dah lama aku debik je kepala dia." Garang suara Haikal. Manusia mana yang sibuk perihal orang lain. Lagi hairan, berita itu sampai ke pendengaran Hani Putri.
"Suhana?"
"Eiii kau ni. Tak baik menuduh." Sangkal Haikal.
Fikri Aidil menaikkan kedua dua bahu menandakan dia tidak tahu. Lagi pun dia malas melayan siapa yang sebarkan cerita. Biarkan sahaja.
*****
Aria termenung jauh mengenangkan masa depan yang tidak pernah kelihatan buat dirinya dan lelaki dicintai. Dia lelah memujuk lelaki Inggeris itu untuk bernikah tapi seribu alasan yang diberikan. Mungkin 100 sekali dia boleh faham tetapi sampai 1000 kali dia sudah bosan. Kadang dia rasa dirinya seperti dipermainkan. Lelaki Inggeris itu hanya mahu mengauli tubuhnya sahaja. Dia mengeluh kuat. Penat mengejar cinta lelaki itu. Sangkanya dulu lelaki Inggeris ini dalam gengaman tetapi dia silap buat percaturan.
Dia membilang hari, kini sudah 1 tahun genap penceraian dia bersama Fikri Aidil. Lelaki yang tidak pernah dia cintai. Berkahwin dengan lelaki itu hanya mahu menutup mata bapa.
"Aria. Jangan pernah tinggalkan I. I sayang you. I cinta you." Suara Fikri Aidil bergema dalam mindanya. Dia menunduk melihat jalan raya. Dia rasakan ini karma buat dirinya kerana kecewakan Fikri Aidil. Lelaki yang ikhlas cintakan dia.
"I minta maaf Fik. I ego. I buta." Desis Aria.
Aria mengusap perut yang kempis. Berharap tiada penghuni didalam rahimnya. Dia tak nak anak ini hidup tidak berbapa. Jika bapanya tahu dia bersekedudukan dengan lelaki Inggeris ini sudah tentu dia akan dikerjakan sampai mati apatah lagi dia mengandung di luar pernikahan. Aria buntu.
*****
Hani Putri menganga mulut luas. Perkhabaran berita dari Rita mengejutkan dia. Serba salah dalam dirinya memakan hati. Bagaimana dia mahu meminta maaf kepada lelaki itu. Dia sudah salah sangka. Sudahlah dia pernah menghina lelaki itu dulu.
"Fikri Aidil tu dah bercerai tau. Dah 1 tahun pun tak silap aku."
Dia mengaru garu kepala yang tidak gatal. Telefon oppo ditenung berkali kali. Wajarkah dia menghantar whatsapp untuk meminta maaf tapi dia malu. Dia menepuk dahinya. Kalaulah dulu dia bertanya. Mungkin keadaan tidak akan jadi rumit seperti sekarang.
Share this novel