Bab 28

Romance Completed 35078

"Kau kalau rasa tak sedap je. Terus keluar dewan. Call aku biar aku ambil kau." Pesan Rita awal lagi. Gusar sekiranya Hani Putri terkena serangan panik ketika berada di kawasan orang ramai.

Hani Putri tersenyum manis. Pesanan Rita sudah ditanam dalam benak fikiran. Dia bertuah mempunyai sahabat baik. Hani Putri melangkah perlahan. Berhati hati dengan kasut tumit 4 inci. Dia mengenakan gaun berwarna hitam yang ditebarkan dengan manik manik di keliling pinggang.Kepala pula ditutupi dengan selendang dan digayakan ala che ta. Subang berjuntai kiri dan kanan.
Dia menarik nafas panjang. Gementar untuk menghadiri makan malam syarikat tetapi sebagai setiausaha, dia wajib untuk berada disini.

"Sejak bila pula. Lelaki ni duduk sekali meja dengan aku." Omel Hani Putri. Dia tidak jadi duduk dan bangun kembali. Kepala pula mencari tempat duduk kosong. Tapi tiada yang kosong. Semua meja sudah dipenuhi.

"Hani. Awak okey?" Haikal menegur. Dia yang baru kembali ke tandas.

"Err okey. Cari kawan tapi rasanya dia tak datang pula."

Fikri Aidil yang duduk bertentangan dengan Hani Putri hanya melihat situasi itu. Tidak menegur. Dia kembali melihat I phone. Acara pun belum bermula. Kalau ikutkan dia malas duduk bersama Hani Putri tapi atas permintaan Pak Long. Dia terima.

Fikri Aidil membalas senyuman pekerja Teraju Utama. Kini syarikat itu sah miliknya. Pak Long Aziz pula mahu berehat sementara atau lebih tepat dia menjadi penasihat sahaja. Tanggungjawab Fikri Aidil menjadi besar. Insyaallah dia mampu lakukan. Pak Long Aziz pula berharap dengan Fikri Aidil.

"Tahniah Fik. Mak Long bangga dengan kamu. Lepas ni boleh lah kamu kahwin pula. Umur dah terlajak tu."

Fikri Aidil ketawa.

"Mak Long. Umur terlajak la selalu perempuan suka tau. Lagipun bukan ke Fik ni suami orang. Nanti karang orang mengata pula Fik lupa bini." Fikri Aidil berlelucon dengan Mak Long. Pada masa yang sama dia menyindir Hani Putri. Hani Putri buat tidak mendengar. Dia ralit dengan makanan.

"Suami?" Mak Long blur. Tidak faham dengan sindiran Fikri Aidil.

"Haah Mak Long. Namanya suamiku duda." Haikal menjawab soalan Mak Long dengan gurauan.

Mak Long, Pak Long dan Haikal terburai ketawa manakala Fikri Aidil tersengih sengih. Suamiku duda. Boleh buat drama pukul 7.

"Cari cepat isteri Fik. Kuntum ada je depan mata."Ā 

"Tapi Pak Long kuntum tu ingat Fik ni masih ada isteri ." Ujar Fik. Fikri Aidil tahu kuntum apa yang Pak Long Aziz maksudkan. Dia sengaja mengangkat kening pada Haikal.

Hani Putri pula tidak senang duduk. Meja ini perbicaraan keluarga. Dia orang luar. Lagi tidak menyenangkan hati bila mereka berkata soal duda.

"Maaf bos Mak Long. Saya nak ke sana kejap." Hani Putri meminta diri.

Geli telinga Hani Putri dengan pujian dari gadis gadis ini.

"Wah kacaknya bakal bos kita."

"Boleh cuci mata lah."

"Amboi nyah. Yang boleh cuci mata tu ha. Hani Putri bukan kau. Kau tu celah kuku je ha."

Hani Putri menjeling. Sempat pula si nyah ni buat perlian.

"Betul tak nyahhh Putri."

"Diam lah kau nyah."

"Hamboiii marah sungguh nyah sorang ni. Dapat bos hensem pun datang bulan lagi. Eiiii bagi kite jadi setiausaha dia la Hani. Kelas gitu." Nyah ketawa dengan ujaran sendiri.

*****

Masuk minggu ke dua dia bergelar setiausaha pada Fikri Aidil. Komunikasi mereka menggunakan kertas. Lagi haru bila Fikri Aidil sengaja menduganya.Ā  menggunakan bahasa isyarat tangan. Bos yang baru ini menguji tahap kesabaran Hani Putri. Mahu dihambur marah. Tidak boleh. Fikri Aidil tu bos. Nanti dia jugak yang kena pecat. Haru.

Jangan lupa esok sediakan I sarapan sandwich ye. I tak nak beli. I nak you buat sendiri di rumah. Kalau I tahu. You cuba beli. Siap I kerjakan you.

Terbelalak mata Hani Putri membaca nota yang ditampal pada meja kerja. Suka hati Fikri Aidil mengarah dia membuat sarapan. Bos lama pun tak buat dia macam tu.

"Dasar tengkorak punya bos." Hani Putri menghamburkan marah seorang diri. Direnyuk nota kecil berwarna kuning dan dibuang ke dalam tong sampah. Puas hati. Ingat dia ni hamba abdi ke. Aku pekerja je kot. Bukan orang gaji. Dasar lelaki split personaliti.

Nyah atau nama sebenar Idham, mengintai kelakuan Hani Putri yang mengomel tidak berhenti. Ini mesti Fikri Aidil punya pasal. Tekanya didalam hati. Selama 2 minggu dia memerhatikan bos dan Hani Putri. Sudah nampak yang dia orang tu tak serasi langsung. Baik nyah je jadi setiausaha pada lelaki kacak tu.. Fuhhh..

"Apa ngintai ngintai." Sergah Hani Putri. Terjengkil biji matanya. Hati tengah panas. Boleh pula sotong celup tepung ni buat hal. Itu tahu dah. Nak memuji la si Fikri Aidil.

"Ala. Biar nyah je la jadi setiausaha dia. Tuan puteri ganti nyah je." Jawab nyah senang dengan lengang lenggoknya. Pinggul dilabuhkan pada meja Hani Putri dengan selamba. Hani Putri pula berbulu mata melihat tingkah nyah ni.

"Ha bagus jugak. Nanti kau cakap dengan bos bisu kau ni. Senang."

Nyah meletakkan jari jemari halus ditepi bibir seolah olah gaya sedang berfikir. Persis seperti wanita. Cadangan Hani Putri ni bagus tapi dia mana tahu tugasan setiausaha. Tengoklah gaya Hani Putri yang sering kelam kabut ni. Mesti kerjanya berlambak. Nyah tak naklah. Jadi editor lagi senang rasanya.

"Bagus tak cadangan aku tu." Ujar Hani Putri garang. Geram pula melihat tubuh liuk lentuk nyah. Rasa nak tampar.

Panggg

Nyah mengelepar, terus turun dari meja. Sakit belakangnya kena tampar dengan Hani Putri. Digosok gosok belakang tubuh tapi tidak sampai.

"Kenapa pukul nyah tuan Puteri? Sakitlah." Adu Nyah. Mulutnya dicebik manja.

"Idham kenapa you berjoget kat pejabat ni?" SoalĀ  Fikri Aidil hairan. Mata memandang Fikri Aidil atas bawah. Ditahan nafasnya supaya tidak tergelak besar.

"Sakit bos kedua. Ni Hani Puteri pukul nyah. Tetibe je." Adu nyah manja. Jari lurus tunjuk ke Hani Putri. Hani Putri buat muka tak bersalah. Dah kena tampar pun. Masih nak gedik. Tahu tadi, dia tendang je punggung tongek nyah tu.

Fikri Aidil beralih mata. Meminta kepastian.

" Dia tu gedik."

Fikri Aidil lepaskan gelak. Aduh Hani Putri mudah sahaja alasan. Nyah memuncung bibir. Hani Putri ni menjatuhkan maruahnya sebagai lelaki cantik. Boleh pula dituduh dia sebagai gedik.

"Mana ada. Entah entah di tampar nyah sebab suruh nyah ganti tempat dia. Padahal tu cadangan dia tau bos. Bukan nyah."

Hani Putri ketap bibir. Dia mendekat dengan nyah dan dia memijak kaki nyah dengan sengaja. Nyah menjerit kuat. Bergegar pejabat Pak Long Aziz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience