Haikal melangkah masuk ke rumah milik sahabat baiknya. Ditekan lonceng berkali-kali tetapi tiada yang membuka pintu. Pintu pagar pula dibiarkan sebegitu sahaja. Terdetik niatnya untuk masuk sahaja. Dipulas tombol pintu perlahan. Pelik. Pintu juga turut tidak berkunci. Apa yang terjadi pada Fikri Aidil setelah tragedi hebat berlaku dalam hidupnya.
3 hari 3 malam dia sibuk dengan kenduri arwah ibu ayah Fikri Aidil dan hari seterusnya dia sibuk. Tiada masa untuk menjenguk. Fikri Aidil juga tidak masuk ke pejabat. Dia mengerti dengan keadaan sahabat baiknya. Genap 2 minggu ibu ayah meninggalkan Fikri Aidil. Aria pula tiada khabar berita.
"Ya Allah,kau berilah kekuatan kepada Fikri Aidil." Doa didalam hati. Sebagai sahabat yang sentiasa ada susah dan senang Haikal sentiasa mendoakan Haikal.
Persahabatan yang terjalin sejak kecil sehinggalah ke bidang dan Universiti yang sama. Segala suka duka turut dikongsi bersama. Cuma Fikri Aidil dari keluarga yang senang dan Haikal pula dari keluarga yang sederhana. Status tidak menghalang mereke untuk bersahabat baik.
"Fik." Haikal melaungkan nama Fikri Aidil. Sekali,dua kali,tiga kali dan kelima. Tiada yang menyahut. Ruang tamu bersepah dengan surat khabar. Laptop dibiarkan begitu tidak tertutup. Bau makanan basi menusuk ke lubang hidung.
Tangan Haikal mengutip pinggan kotor yang ada diatas meja. Laptop ditutup. Baju yang bersepah diatas sofa turut diambil dan dibawa ke ruang dapur. Diambil penyapu yang ada dan mengemas ruang tamu serta dapur. Setelah selesai kaki Haikal menaiki tangga menuju ke bilik Fikri Aidil. Diketuk pintu Fikri Aidil. Tiada jawapan dan dia membuat keputusan untuk membuka pintu bilik utama ini.
Fikri Aidil terbongkang atas katil. Bilik utama ini juga tidak terurus umpama ditinggalkan bertahun-tahun. Pakaian bersepah sana-sini. Menggeleng Haikal melihat.
"Fik,bangunlah". Panggil Haikal mengejutkan Fikri Aidil bangun. Digerakkan bahu sahabatnya tapi tiada tanda untuk bangun. Haikal menyelak langsir.
Seterusnya, membuka tingkap untuk memberi cahaya dan udara masuk ke dalam bilik. Cahaya yang menyinari ke muka membuka mata dari terus lena dari alam lena. Terkebil-kebil matanya melihat Haikal yang berada di dalam biliknya.
"Dah bangun Fik. Aku ingat tadi kau nak mimpi terus.Kau tahu tak aku datang sini.Tengok pintu pagar rumah kau yang tak berkunci. Pintu pun tak berkunci.Aish,apa nak jadi dengan kau ni.Wake up man,yang dah pergi sudah pergi kita yang hidup kena teruskan." Haikal mula bermukadimah.
"Kalau aku tak datang sekarang. Aku tak tahu apa yang jadi dengan kau.Baru dua minggu rasanya aku tak datang sini.Rumah kau dah gaya macam rumah puaka."Bebel Haikal dengan perangai Fikri Aidil.
" Aku ingatkan kau tak datang kerja. Kau nak muhasabah diri kau tapi ini kerja kau ya." Haikal menambah lagi.
Bebelan Haikal kepada Fikri Aidil ibarat mencurah ke daun keladi. Tiada balasan dan hatinya seolah-olah mati.
"Kal,kau nak tahu tak?"Ujar Fikri Aidil dalam keadaan lemah. Entah mandi entah tidak dia ni dengan wajah serabai. Bulu-bulu yang meliar di wajah tidak dicukur.
"Tahu apa?dah kau tak cerita mana lah aku nak tahu." Haikal cuba bercelucon tetapi tidak terkesan di hati Fikri Aidil.
"Tiap-tiap hari aku text dia Kal,aku hantar Emel. Pagi dan malam,tak pernah putus.Aku harap Aria baca dan dia kembali pada aku."Ujar Fikri Aidil penuh berharap dengan penantiannya.
"Kau ingat,Ria akan baca emel dengan text kau.Jangan menunggu buah yang tak gugur,nanti kau juga merana."Sinis Haikal membalas. Bila menyebut nama Aria. Hati menyampah. Kalau boleh ingin sahaja dia nyah perempuan itu dari terus ada di minda Fikri Aidil.
"Aku sayangkan dia macam nyawa aku. Ibu ayah aku dah pergi. Aku nak Ria je. Itu dah cukup buat aku". Luah Fikri Aidil.Menitis air mata menyebut nama Aria.
"Fik boleh tak kau jangan ingatkan dia. Dia tinggalkan kau dan dia tidak pernah cintakan kau.Kau paham tak?" Jerkah Haikal dengan nada dengan cukup kuat bagi menyedarkan Fikri Aidil dari terus lena.
"Jangan bermimpi di siang hari Fik." Tegas Haikal berkata. Bukan niatnya untuk menyakitkan hati Fikri Aidil tapi untuk bangkitkan. Dia tidak sanggup melihat sahabatnya mengejar bayang Aria.
"Aku tak ceraikan dia lagi."
"Memang kau tak ceraikan dia lagi tapi dia tu ada fikir pasal kau ?Sanggup main kayu tiga belakang kau walaupun korang masih nikah. Sekarang ni tak ada maknanya." Nada suara Haikal makin meninggi. Geram dengan kebodohan Fikri Aidil. Direnung wajah sahabatnya dalam. Sebuah senyuman sinis terukir dibibirnya.
Fikri Aidil mengalah. Ditukar topik.
"Syarikat okey?"Tanya Fikri Aidil. wajahnya masih menunduk. Tidak berani menatap wajah Haikal. Nanti sudah tentu dia otaknya akan dibasuh oleh Haikal.
"Baru kau tahu kau ada tanggungjawab. Aku ingatkan kau dah tak ingat." Sindir Haikal. Badannya yang bersandar pada dinding kini melabuhkan punggungnya di atas katil.
"Sudahlah,aku harap lepas ni kau ada semangat baru Fik.Baik kau pergi mandi sekarang.Aku nak beli makanan."
Fikri Aidil yang mendengar arahan itu terus bangkit dari katil dan menuju ke bilik air.
*****
" You dah minta cerai?"
"Hmm..Dah tapi jantan bodoh tu tak nak ceraikan I." Jarinya bermain rambut perang. Mulut muncung merajuk. Geram dengan pertanyaan si lelaki.
"I nak kita kahwin. Cepatkan urusan perceraian you tu." Arah si lelaki.
Aria hanya mengganguk mengerti.
*****
Haikal meneruskan suapan dengan selera. Fikri Aidil masih termenung di meja makan. Dia menguis-guis makanan di dalam pinggan. Selera mati. Kalau Aria ada mesti hidupnya bahagia.
"Tak baik mainkan rezeki."
Senyap. Fikri Aidil masih sama. Jari jemari bermain dengan nasi. Lauk didepan tidak disentuh. Dia menopang dagu dengan sebelah tangan. Dia mengeluh kuat. Haikal menjeling.
"Kau ingat kalau kau asyik ingatkan Ria. Ria datang bagi kau makan. Hah aku rasa tunggu kau mati dia takkan datang. Dia bergoyang lagi adalah."
Suapan terakhir diteruskan. Haikal sendawa kenyang. Fikri Aidil tetap seperti tunggul kayu. Badannya makin kurus hari demi hari. Wajah yang dulu dijaga rapi kini dibiarkan kusam.
"Kau rasa aku buat kesilapan ke kahwin dengan Ria?"
"Sudahlah Fik,jangan fikir sangat. Kau tak ada salah silap pun. Dia tak pandai nak hargai. Kau kena kuatkan semangat. Kau kena mulakan hidup baru tanpa fikirkan dia. Kau kena pandang ke hadapan jangan toleh lagi kebelakang." Nasihat Haikal.
"Baik kau makan Fikri Aidil. Kau dah lemah sangat ni. Esok lusa kau kena masuk pejabat. Banyak kerja tergendala."
Fikri Aidil menyuapkan nasi sedikit ke tekak. Rasa perit. Perlahan dikunyah dan ditelan.
Share this novel