Special Fik & Hani (3)

Romance Completed 35078

Fikri Aidil melihat isterinya mundar mandir. Dia membiarkan sahaja isterinya melepaskan keresahan.

"Hani takutttt." Ujar Hani Putri dengan wajah gelisah. Walaupun diberikan tempoh 1 minggu tapi tempoh tersebut tidak mampu menenangkan dia. Dia takut.

"Kan abang dah cakap jangan baca. Jangan tengok bukan bukan. Insyaallah tak ada apa apa. Vaksin kan salah satu usaha kita."

"Hani tak nak. Hani nak batalkan."

"Kenapa Honey sayang? Kan Honey yang bersungguh sungguh nak. Bila dah dapat tak nak pulak. Orang lain tu menunggu peluang je."

"Honey takut kalau ada kesan buruk. Macam mana kalau lumpuh ke apa. Kalau demam teruk.Hmmm."

Fikri Aidil geleng kepala. Hani Putri dan "overthinking" memang tak boleh dipisahkan. Sebagai suami, dia hanya boleh tenangkan Hani Putri walaupun bukan 100%. Axienty Hani Putri bukan sembuh 100% tapi berjaya dikawal. Dia bersyukur perubahan itu.

"Lepas ni abang tak nak Honey baca benda bukan bukan. Tengok tu over thinking sangat. Jangan takutlah. Lain orang lain badan. Abang okey je kan. Elok je ha berdiri,makan, minum. Demam manja manja je."

"Orang cakap kalau vaksin satu lagi tu kuatlah effect dia. Hani tak nakkk."

"Kan abang dah cakap tadi. Atas antibodi masing masing. Honey kan kuat. Insyaallah tak ada apa. Sakit kita jumpa dr je."

Makin ke depan muncung Hani Putri. Bukan rasa macam ditenangkan tapi makin takut. Betullah sakit nanti pergi ke hospital tapi masalahnya dia tak nak sakit. Dia nak sihat. Itu je! Fikri Aidil tak faham apa dia rasa. Sekarang pun tangan macam nak terketar ketar. Janganlah axienty datang lagi. Dia tak nak! Kepala digeleng berkali kali.

"Vaksin salah satu usaha kita. Yang lain tawakal je lah. Jaga diri jaga sop."

Hani Putri menghela nafas panjang. Rasa macam tak boleh fikir. Otak rasa tepu. Yang ada perkataan takut. Pening fikir diri sendiri.

*****

"Ok dah ye puan."

"Hah."

Hani Putri blur. Baru je sebentar tadi jaram masuk ke dalam badan dan sekarang sudah selesai. Dia menarik nafas lega dan ucap alhamdullilah berulang kali.

"Puan jangan takut. Rasa macam semut gigit je ni kan. Okey puan boleh bersiap siap zip kan baju dan scan mysejahtera ni okey. Tahniah puan dah dapat dose pertama. Jangan 12 hb ni dos kedua ya." Pesan misi. Suara yang lunak dan lembut memang menenangkan hatinya. Terasa seperti air sejuk mengalir dalam badan.

Selesai zipkan baju dan kemaskan pakaian. Hani Putri dengar arahan untuk ke bilik seterusnya untuk permerhatian. Dia melangkah tenang & menarik nafas lega. Harapnya reaksi terhadap badan biasa biasa sahaja.

*****

"Abang Hani rasa sakit kepala." Adu Hani Putri manja. Kepala dilentokkan pada bahu Fikri Aidil. Tangan kanan memicit dahi yang kian berdenyut.

"Makan panadol lah. Jap abang ambik."

"Tak nakkkk."

"Lah kenapa? Makin melarat nanti."

"Takuttt."

"Sebab?"

"Kalau jadi apa apa macam mana?"

"Jadi apa? Jadi tak sakit kepala la." Balas Fikri Aidil.

Hani Putri mengangguk manja. Badan direbahkan pada sofa panjang. Oh selesanya. Selepas balik dari vaksin, Hani Putri terus tidur. Penghantaran barang perniagaan, Fikri Aidil tolong selesaikan. Kata Fikri Aidil, dia mahu Hani Putri rehat sahaja tanpa buat apa apa kerja.

Gegaran pada meja kopi membuatkan Hani Putri bangun. Iphone milik Fikri Aidil dicapai dan klik pada icon whatsap. Terpampang wajah Aria selfie dengan riak mengoda. Kepala yang berdenyut dirasakan bertukar jadi asap. Aria memang mencabar kesabaran dia. Kalau ikutkan hati yang sakit, dia mahu bersemuka dan bagi penampar sedas dua. Jenis perempuan tak faham bahasa . Suami orang juga dia kacau.

"Makan ubat ni Honey. Boleh sambung tidur balik."

"Kenapa abang unblock no Aria? Abang sukalah text dengan dia?"

"Eh?"  Fikri Aidil hairan dengan perubahan kelakuan Hani Putri. Apa kena mengena panadol dengan Aria pula ni. Kusut kepala.

" Ni apa?"

Gambar selfie Aria ditunjukkan pada Fikri Aidil. Pandangan tajam diberikan. Bila bila masa perang dunia boleh meletus. Dia tak tahu nak salahkan siapa. Fikri Aidil yang suka melayan atau Aria yang sering menggoda.

"Kan tu no baru Aria. No lama dia kan daddy yang rampas."

"Dah tu kenapa dia bagi selfie ni?"

"Ya Allah Honey. Mana abang tahu. Satu hari suntuk abang dengan Honey kan. Honey tengok abang buat apa? Sebelum sebelum ni ada abang melayan?"

Otak tolonglah bertenang dan fikir secara normal. Jangan bertindak secara bodoh. Kau kena kekal tenang. Siapa yang salah itu urusan kemudian.

"Sorry. Hani overthinking sangat." Ucap Hani Putri. Nada suara juga sudah bertukar lembut.

Mulut mengukir senyuman tapi dalam hati panas membara. Gara gara sikap tak betul Aria. Dia hampir bergaduh dengan Hani Putri. Aria dari dulu tak pernah berubah! Makin teruk makin menyakitkan hati!

Badan Hani Putri dijatuhkan pada pelukannya. Bagaimana dia mahu melayan Aria kalau Hani Putri adalah jiwanya. Dia sayang dan cintakan wanita ini.

Hani Putri turut membalas pelukan. Doanya moga jodoh ini kekal berpanjangan ke syurga.

****

Aria senyum manja. Tak sangka Fikri Aidil  sudi mengajaknya untuk makan tengahari. Tempat mewah ala ala romantik lagi. Mungkin hati Fikri Aidil berubah untuknya. Tak sabar nak dengar penjelasan Fikri Aidil.

"Dah puas nak musnahkan hidup I?" Tanpa mukadimah. Fikri Aidil terus tujukan soalan.

" Maksud you?"

"Kenapa hantar gambar bukan bukan pada I? You cabar I ke Aria? You nak I mengadu pada daddy? Sampai bila perangai you nak macam perempuan sundal?" Suara Fikri Aidil meninggi. Tak endah pelayan yang lalu lalang. 

"Apa you ni?"

"I tanya soalan kan jawablah bukan tanya I soalan balik."

Aria cuba mengukir  senyuman. Dia pandang sekeliling. Pengunjung hanya leka dengan makanan.  Dia pegang tangan erat. Risau jika Fikri Aidil jerkah akan dirinya. Dia tak tahu jawapan apa yang sepatutnya dia berikan.

"I bilang sampai 5. You tak jawab. Malu you I kerjakan."

"I cintakan you Fik."

"Wow."

"I tak tipuuu."

Fikri Aidil senyum sinis. Hati dan perasaan bukan mainan. Dia bukan lagi lelaki bodoh yang tergilakan Aria sampaikan maruah sendiri dipijak. Setiap perbuatan Aria tak pernah dia lupakan.

"You ingat tak apa you pernah buat pada I dulu? I merayu macam orang gila Aria! Macam orang gila. Bukan you ke cinta mamat inggeris tu. You tinggalkan I. Bukan I tinggalkan you. Mana manusia yang mendabik dada pada I dulu?" Soal Fikri Aidil sinis.

"You kata nak lupakan hal lama. Kenapa you ungkit?"

"Orang macam you ni memang patut diungkit. Kalau tak hidup you hanya nak musnahkan hidup orang lain je. Tahu fikir kebahagian sendiri. Kebahagian orang lain you musnah. You ingat you akan hidup senang Aria? Hidup ni you dongak macam mana pun. Satu hari nanti you akan jatuh juga."

Terkelu lidah Aria. Setiap kata kata Fikri Aidil menusuk ke dalam hati. Dia menunduk.

" I nak you. I sudi jadi isteri no 2 you."

"Kepala hotak kau Aria. Jangan sampai mengadu sikap jalang you tu pada daddy. Mati youuu." Ugut Fikri Aidil.

"Pleaseeee  Fikkkk. Jangannnn. Nanti I kena buang family."

"So?"

"Jangannn. Pleaseee." Rayu Aria.

"Ingat Aria. Jangan sebab I berdiam diri. You boleh buat apa sahaja. Jangan sampai I buat benda yang you tak sangka."

*****

"Wehhh seriuslah?"

"Kau tengok aku main main?"

"Perghhh boleh tahan juga kau ni. Tertiarap tak minah tu?"

"Ntah. Aku ugut je dia. Buat hal. Tahulah aku kerjakan."

Haikal tepuk tangan. Dia bangga dengan sikap tegas Fikri Aidil. Jangan disangka orang yang tenang tidak boleh meletus.  Dia mahu melihat Fikri dan Hani bahagia tanpa ada orang ketiga. Cukuplah pengalaman lalu mengajar Fikri Aidil tentang kehidupan. Jatuh bangun bukan senang. Sakit. Kekuatan dalam diri perlu ada.

"Projek billboard apa cerita?"

"Jalan je cuma tukar orang lain."

"Wehhh? Hahaha. Sampai macam tu sekali Aria undur diri. Tapi ingat sikit. Jangan tenang sangat. Hati hati sikit. Otak Aria tu bukan betul sangat." Pesan Haikal pada Fikri Aidil.

"Aku percaya dia boleh berubah."

"Betul. Tapi kau kena ingat sebagai manusia tak salah ada perasaan prasangkan sikit. Jangan terlalu percaya sampai makan diri kau."

Fikri Aidil angguk. Sahabatnya yang satu ini sentiasa nasihat pada waktu yang tepat. Kata kata Haikal selalu terpahat dalam otak.

*****

Hani Putri goyang kaki sambil mulut krup krap kerepek ubi. Senang hatinya bila setiap pesanan pelanggan sudah dihantar. Makin hari makin laris jualan barang. Alhamdullilah. Berkat tunjuk ajar dari suaminya.

Tingggg

Tangan terus mengambil Iphone. Mungkin bakal pelanggan mahu beli. Dari wajah senyum terus bertukar mudi. Dia kenal nombor ini. Nombor telefon Aria. Dalam debaran, Hani Putri klik juga ikon whatsap.

I minta maaf sebab kacau your husband

Berkerut dahi Hani Putri. Pelik tapi benar. Aria minta maaf? Secara ikhlas atau berlakon?

I tahu you tak akan percaya but pleaseee I tahu I salah. I just nak minta maaf sebab kacau hubungan you dan Fik. I menyesal Hani.

Hani baca satu per satu secara perlahan. Berulang kali dia membaca. Tak percaya dengan permintaan maaf Aria. Lakonan atau serius? Pening!

I tahu you baca Hani. Kalau you tak maafkan I its okey. I faham. Moga you dan Fik bahagia selamanya. I janji I tak akan kacau you. You boleh pegang janji I ni.

"Uish. Betul ke ni? Ke aku mimipi?" Bisik hati Hani Putri.

Jari jemari menekan skrin dan pada masa yang sama dia padam. Dia mati idea untuk membalas. Dia tak tahu nak taip apa.

Ok

Hanya satu perkataan sahaja yang mampu dia balas. Soal ikhlas atau tidak dia sendiri tidak tahu.

Tq sebab you sudi balas. Semoga hidup you dipermudahkan.

Eh? Biar betul? Aria ke ni atau ke sampuk dek hantu?Seriauuuuu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience