Hani Putri tersenyum lega bila kes covid dah menurun pada paras 10,000. Rasa lega dan bersyukur. Mudah mudahan nanti terus turun dan terus ke angka 0. Setiap hari dia rasa hampir axienty bila kes naik mendadak.
Jari jemari runcing sibuk tatal laman sosial burung biru. Matanya tertumpu pada satu ciapan. Dia geleng kepala.
"Ini pun satu hal lah. Dah tahu kes tengah meningkat sibuk nak gaduh itu ini. Cubalah berdamai, jangan sibuk cari salah orang." Bebel Hani Putri. Pada masa yang sama, tangan sibuk melipat tudung untuk masuk ke dalam plastik. Pening memikirkan masalah negara sekarang. Macam macam hal pula. Kes dera, kes politik dan kes bantuan.
Dia menarik nafas dan lepas. Syukur walaupun pada saat ini dilanda masalah, perniagaan dia masih dapat berjalan. Begitu juga dengan Fikri Aidil, syarikatnya masih berjalan seperti biasa cuma ada sedikit masalah tak dapat dibendung. Terpaksa kurangkan gaji pekerja. Setakat ini belum lagi syarikat Fikri Aidil terpaksa buang pekerja. Hani Putri sendiri melihat gigihnya seorang Fikri Aidil pada waktu sekarang. Banyak perkara nak fikir. Lagi mencabar hidupnya dari PKP 1.0. Semua orang terkesan samada golongan T20, M40 & B40.
"Honeyy. Abang dah letak barang yang honey pesan tu." Ujar Fikri Aidil dalam kepenatan. Bibir itu mengukir senyuman manis. Kasut diletakkan pada rak. Mata melihat keadaan sekeliling yang agak penuh dengan parcel. Pandai isterinya berniaga.
"Terima kasih abang." Ucap Hani Putri. Syukur dengan duit perniagaan yang ada sekarang, Hani Putri mampu bina Food Bank untuk rakyat marhaen. Mudah mudahan dapat ringankan beban mereka yang susah.
"Abang tadi saya dengar ada orang bunuh diri. Hmm sedihnya dunia sekarang.
"Kan abang dah cakap. Jangan baca."
"Sedihhh." Balas Hani Putri dengan mulut mencebik.
"Dahh abang nak mandi ni. Jangan baca semua tu. Jangan buat diri sendiri trigger." Pesan Fikri Aidil. Dari luaran nampak fizikalnya baik sahaja tapi di dalam hati siapa yang tahu. Cara terbaik adalah menghindarkan Hani Putri baca perkara yang boleh buat dirinya trigger.
*****
Dia mengurut dahi yang kian berdenyut. Masalah apa pula yang datang. Perempuan merenyam ini memang mintak makan penyepak. Sanggup gadai maruah untuk seorang lelaki. Hani Putri terus klik buang gambar dan seterusnya block perempuan yang bernama Aria.
"Abang berhubung lagi dengan Aria?" Soal Hani Putri curiga. Pelik dengan sikap Aria yang tiba tiba hantar gambar seksi dengan gaya mengoda. Sanggup ketepikan maruah semata mata mahu pikat lelaki. Aria oh Aria hidup memang tak pernah berubah walaupun sudah 2 tahun berlalu. Dari PKP 1.0 sampai PKP entah ke berapa perangai masih begitu.
"Dia kan client abang. Jumpa pun seminggu sekali kadang tak jumpa pun." Terang Fikri Aidil.
Wajah Hani Putri tenang. Tidak tunjuk tanda cemburu atau amarah yang bakal melanda.
"Kalau dia goda abang. Abang nak buat apa?"
Fikri Aidil mengerut dahi. Macam pelik je soalan isterinya. Tiba tiba sahaja bangkitkan soal Aria walhal sudah lama nama ini tidak disebutkan.
"Kenapa tanya macam tu?"
"Saja."
"Bukan nak cari gaduh kan?"
"Eh mana ada nak gaduhlah. Hani tanya je abang. Ke abang ada buat salah ni?" Soal Hani Putri dengan mengjungkit kening ke atas.
"Salah apa?" Tanya Fikri Aidil lurus. Tak faham dengan situasi sekarang. Apa kaitan Aria dengan salah. Bila tengok wajah Aria, tiada riak marah atau cemburu. Wajah itu tenang sahaja. Mata cantik itu leka menonton televisyen tapi mulut becok bertanya. Perempuan kan kerja 2 dalam 1.
"Hmmm."
"Kenapa ni Honey? Abang ada buat salah ke? Aria tu kena pulak?"
"Bila last abang jumpa si merenyam tu?" Soal Hani Putri sedikit geram. Rasa cemburu dah timbul. Kalau si minah tu ada depan mata. Dia nak bagi penampar kapit. Biar dia tahu siapa Hani Putri. Dasar merenyam hantar gambar seksi. Setakat aset menipu tu tak payahlah nak tayang. Bukan original pun!
"Semalam."
"Oooh." Balas Hani Putri dengan anggukan. Patutlah merenyam semacam macam terkena ulat beluncas.
"Ada nampak tak dia nak goda abang?"
Soalan Hani Putri membuatkan Fikri Aidil gelak besar. Ohh isteri kesayangannya cemburu dengan Aria.
"Kenapa abang gelak?Hani tanya ni. Ish abang ni. Suka lah jumpa perempuan aset menipu tuuu?"
Fikri Aidil melopong. Aset menipu apa pula ni.
"Abang jumpa dia sebab bisnes Honey. Tak melebih ye. Kalau melebih abang report kan daddy dia tu. Japp abang blur lah Honey. Apa benda aset menipu tu? Aset company dia ke apa?"
Baguslah suaminya tak faham. Dia hanya mengeleng dan tersengih sumbing lantas pipi Fikri Aidil dicium. Pipi itu pula diusap manja. Sayangnya dia pada lelaki ini. Walaupun mereka belum dikurniakan zuriat tapi Aidil Fikri tak pernah persoalkan itu. Mudah sahaja lelaki ini nasihat, rezeki kita belum tiba.
"Ya Allah. Titipkan zuriat pada rahim seorang Hani Putri." Doanya didalam hati. Pelukan pada Fikri Aidil makin erat. Jangan cemburu ini merosakkan segalanya. Moga hubungan suami isteri ini kekal hingga ke syurga ya Allah. Dia mahu menjadi bidadari pada Fikri Aidil.
*****
Hani Putri menepuk dahinya agak kuat. Pagi yang indah ini memang Aria sengaja cari masalah. Aria hantar gambar dia berbikini tepi kolam dengan tersenyum manja. Dasar buang tabiat! Kalau bukan PKP, banglo Dato' Danial itu dia pergi gegar.
Jari jemari pantas menaip.
Ingat lawa ke body macam tu? Aset dah lah fake!
Butang hantar diklik. Dada berombak menahan marah. Aria ini memang melampau. Punyalah banyak lelaki, Fikri Aidil juga dia nak ganggu.
Tapi you suka kan? Lagi cantik tak dari wife you? I boleh tunjuk lebih tau?
Apa???? Satu lagi gambar diberikan oleh Aria. Pantas jari Hani Putri menekan. Gambar yang tidak sangka. Aset yang melambak itu dia tunjuk penuh. Gigil tangan Hani Putri. Pelbagai perkataan dalam hati dia maki hamun.
"Tenang Hani Putri. Kau kena lawan dia dengan cool dan nampak cerdik gituuu. Kebodohan patut dilawan dengan kebijaksanaan." Desis hati Hani Putri. Senyuman sinis terukir.
Wah amazing!!! Sekejap ya sayang. I nak hantar gambar youu pada seseorang yang you hormati. Mesti dia kata Why my daughter sangat ohsem ni. Aummmm
Hani Putri gelak jahat. Puas hati!
"Kenapa honey gelak jahat ni?" Soal Fikri Aidil pelik.
"Ehhh nampak sangat ke?"
Fikri Aidik mengangguk. Kening menjungkit naik. Lain macam perangai isterinya pagi ini. Sekejap senyum sinis sekejap wajah masam. Ada benda tak kena ke kat Iphone miliknya itu. Seram sejuk pula rasa.
"Ada apa apa text kat Iphone tu Honey?"
"Tak ada."
"Dah habis spotcheck ke?"
Dari senyum wajah Hani Putri bertukar masam.
"Nah ambik balik telefon abang ni." Ujar Hani Putri dengan wajah masam mencuka. Kaki dihentak ke lantai. Ini kalau tak dia tak periksa Iphone Fikri Aidil sudah tentu mata dapat menjamu mata. Ish geram! Dah lah fake!
"Alah abang ada salah cakap ke Honey? Please jangan masam macam ni. Tak senang hati abang." Pujuk Fikri Aidil. Dari duduk ke kerusi kiri, dia beralih tempat duduk sebelah Hani Putri. Wajah itu dikucup manja. Tak senang duduk bila isterinya ini merajuk.
"Dah 1 tahun lebih kan kita kahwin tapi hmm Hani tak lekat pun. Abang sedih tak?"
"Sedih untuk apa?"
"Sebab Hani tak boleh mengandung."
"Ya Allah Honeyyy. Kenapa cakap macam tu? Rezeki kita belum tiba lagi. Nanti ada masa yang sesuai. Insyaallah Allah titipkan zuriat buat kita. Tak naklah cakap macam tu. Cepat atau lambat abang tak kisah. Yang penting Honey sentiasa ada untuk abang. Kenapa Honey tiba tiba tanya soalan macam ni?"
"Hmm saja sebab sedih. Yelah orang kahwin terus lekat tapi Hani ni... lambat. Hani takut abang kecewa." Ujar Hani Putri dengan mata berkaca-kaca. Dia takut jika Fikri Aidil berpaling arah.
"Tapi abang tak puas lagi nak honeymoon dengan Honey. Masa berdua ni kita manfaat secukupnya." Ujar Fikri Aidil dengan senyuman gatal. Tangan pula merayap ke dalam baju Hani Putri.
"Eeee abanggg ni gatalllll." Jerit Hani Putri dengan ketawa.
Share this novel