Kau rejam bara
Yang menusuk
Ke Tulang batinku
Hani Putri mengulang dengar lagu better than you hampir 10 kali. Mendayu lirik lagunya. Rasa tenang tapi lirik macam menyakitkan. Dia menoleh ke sisi dan pandang ke luar tingkap. Pandangan tembus pada suasana malam yang diterangi lampu. Malam yang pekat ini membuatkan dia sedikit khayal tentang tadi. Mulutnya bergerak mengikut lirik. Alangkah indahnya jika hadir yang lain untuk tenangkan jiwa. Kaki bergerak turun dari katil dan berjalan ke tingkap. Dia merenung lama. Jiwa seolah olah melayang pergi.Hani Putri senyum. Dia harus tahu, dia sangat beruntung. Tiada ibu bapa tapi ada Rita yang sentiasa bersama.
"Dimana ibu dan ayah?" Bisik Hani halus. Dia pejamkan mata. Cuba mencari kekuatan. Tak terkira dia berusaha untuk berjumpa keluarga sendiri tapi apakan daya. Tiada apa pun petunjuk yang ada. Dia hanya anak buangan. Sekarang dia perlukan kekuatan untuk terus hidup. Biarlah orang tak pernah pandang diri ini. Dia boleh hidup sendiri. Hani Putri sudah jemu dengan orang sekeliling. Penuh hipokrit.
"Kau okey Hani?"
Putri Hani menoleh ke belakang. Dia mengangguk sambil tersenyum.
"Ada apa apa kau nak kongsi?"
Dia mengeleng kepala dan terus pejam mata menghayati angin yang membuai rambut panjang. Rita membiarkan sahaja Hani Putri melayan perasaan.
*****
"Kalau kau tak suka Hani. Jangan gatal sangat nak ajak Hani kahwin."
Fikri Aidil tersenyum sinis. Semenjak Haikal mengetahui dia menolong Aria. Haikal berubah sikap sinis. Disetiap percakapan pasti ada perlian.
"Kau suka dia? Nak buat dia bini kedua?"
"Tu bukan urusan kau."
"Perempuan dengan budak kecil kat rumah tu nak letak mana? Nak campak?" Provok Fikri Aidil sengaja. Geram dengan sikap prihatin Haikal. Apa yang dia nampak pada pada Hani Putri. Rasanya gadis itu biasa-biasa sahaja. Tak menarik di mata Haikal.
Haikal ketawa jahat. Dia tahu Fikri Aidil cemburu tapi masih mengekalkan ego. Satu perkataan yang boleh dia ungkapkan iaitu "bodoh". Terlalu menjaga perasaan orang yang belum tentu akan setia sampai ke akhir hayat. Permata di depan mata pura-pura tak nampak. Kalau melepas, dia orang pertama akan bertepuk tangan.
"Cemburu ke bro?"
"Perlu ke aku cemburu. Aku cuma tak nak kau lupa diri je."
"Sama macam aku. Aku pun tak nak kau lupa diri." Haikal pulang paku buah keras.
"Aku tak pernah lupa."
"Kalau tak suka Hani. Jangan permainkan dia. Kesian dia. Biar dia cari bahagia sendiri."
"Kenapa dari dulu kau suka pertahankan dia?" Soal Fikri Aidil bengang.
Sebenarnya mereka ada hubungan apa? Dari dulu sehingga hari ini Haikal pertahankan Hani Putri. Mereka ada hubungan sulit ke? Tak mungkin, Haikal seorang yang setia.
Haikal senyum dan berlalu pergi. Dia meninggal tanda tanya pada Fikri Aidil.
*****
Lelah hati ini
Terus terikat hatimu
menyakiti hatiku
Sampai tak terkira
Kau rejam sampai
ke tulang batinku
Huuu huuu
Dan tak pernah ku
terbayang sembuhkan
Hingga dia hadir untukku
Suara youtube di pasang kuat. Hani nyanyi bersama. Langkahnya mengatur ke lantai dan dia menari perlahan lahan mengikut gerak lagu. Dia berpusing perlahan dan seterusnya dia terbaring atas katil. Rasa lebih tenang.
"Rindu." Luah Hani Putri perlahan. Dia tersenyum dan wajah kembali muram. Dia pegang dada. Bunyi degupan jantung. Dia masih hidup. Tidak tahu kenapa jiwanya tiba tiba rasa jatuh semangat. Air mata mengalir membasahi bantal. Hani Putri membiarkan sahaja air mata yang semakin lebat mengalir. Kalau boleh biarlah dia mati malam ini. Tiada siapa yang sayangkan dirinya. Lelaki yang bagi harapan itu pun sudah pergi pada orang lain.
Tet tet.
Telefon bimbit berbunyi menandakan masuk whatsap. Hani Putri ambil dan membaca.
Aku sentiasa ada untuk kau. Jangan sedih jangan down. Kau kena kuat. Love you Honey from Rita.
Whatsap dari Rita merundum hati. Dia kembali menangis dan memeluk lutut. Dia penat hidup seperti. Terlalu penat. Bukan meminta tapi penyakit ini datang sendiri. Kalaulah hidup dia sempurna. Semua ini tak akan terjadi. Dia bencikan ibu yang lahirkan dirinya. Kenapalah aku bodoh sangat mencari orang yang tak pernah sayang aku.
*****
"Kalau awak tak sihat boleh mc hari ni."
"Awak okey?" Fikri Aidil bertanya pula. Hani putri pula seakan blur sikapnya.
"Ha? Okey okey."
"Kalau macam ni pun saya cakap. Awak tak fokus. Macam mana nak kerja?"
"Haa? Maaf encik."
"See. Saya tanya asyik haa haa. Nak kerja ke tak nak?" Soal Fikri Aidil lantang. Dah tahu sakit, sibuk jugak nak datang pejabat. Bila dah datang tak tahu nak fokus.
"Maaf encik. Encik nak apa apa ke? Jadual encik sekarang ni tak ada apa pun."
"Pergi balik." Fikri Aidil memberi arahan.
Jarinya lurus menunjuk keluar pintu pejabat. Gaya seperti halau tetamu tak diundang.
"Kenapa encik halau saya?" Tanya Hani Putri. Dia sudah terasa hati dengan sikap Fikri Aidil. Ya tahu salahnya tak fokus semasa lelaki ini bercakap.
"Aku bagi kau cuti"
Perkataan "AKU" menyentak jiwa Hani Putri. Perangai kasar kembali lagi dan sekarang dia bekerja dengan lelaki yang dia tak suka. Hani Putri terus capai beg tangan dan keluar dari pejabat ini. Dia tekad nak berhenti kerja. Lantak apa nak jadi. Dia tidak kisah. Hatinya yang lebih penting dari segalanya.
*****
"Kau nekad nak berhenti?"
Tiada tanda ya atau tidak. Hani Putri fokus menonton rancangan televisyen.
"Kalau itu pilihan kau. Aku okey je."
"Jangan risaulah. Aku rasa nak berniaga online je. Mungkin jiwa aku lagi tenang."
"Baguslah. Kalau kau rasa perlukan apa2. Cakap je dengan aku okey."
Hani Putri senyum dan mengangguk. Mengenai modal,duit simpanan terlebih cukup. Sikap berjimat dan menabungnya mendatangkan kebaikkan pada saat dia terdesak nak mulakan hidup baru.
Saya minta maaf. Saya tak tersengaja tercakap aku.
Text terpampang jelas di screen telefon Hani. Rita mencuri baca.
Ooo. Patutlah Hani agak emosional malam ni. Ada kisah disebaliknya tapi hairan pula sampai Hani buat keputusan berhenti kerja.
"Kenapa kau cari pasal Hani. Kau sendiri yang sakit." Ngomel Rita sendirian.
Share this novel