Bab 18

Romance Completed 35078

"Morning bos." Ucap Hani Putri ceria. Dia menunduk hormat dan tersenyum lebar. Rasa segar pada hari ini.

"Alhamdullilah awak dah masuk pejabat. Susah hati saya, awak tak masuk pejabat Hani. Kelam kabut."
Pak Long Aziz meluahkan rasa hati. Ketiadaan setiausaha menyebabkan segala jadualnya tergendala. Dia sendiri pening untuk menyusun. Ingin menyuruh pekerja lain, dia tidak yakin. Dia hanya percaya pada Hani Putri sahaja.

Kembang kucup hati Hani Putri ketika ini. Dia merasakan kewujudan dia disini dihargai. Tengok sahaja dengan rungutan bos.

"Sengih macam kerang busuk tu dah kenapa? Bangga bos awak susah hati sebab awak tak ada." Ujar lelaki itu dengan wajah sejuk beku. Disinsing pula lengan baju ke lengan. Rimas, aircord di pejabat ini terasa tidak menyejukkan.

"Fik." Pak Long Aziz menegur. Tidak berkenan dengan percakapan Fikri Aidil yang kasar.

"Betul apa Pak Long." Fikri Aidil masih mahu menangkan apa yang diperkatakan. Dia melihat wajah Hani Putri yang menunduk. Dari ceria berubah ke wajah agak muram. Arh, rasa mahu menampar mulutnya yang celupar ini. Sudah berjanji tak akan berkasar dengan gadis ini tapi tengoklah apa yang terjadi. Pantang berada didepan mata, mesti gadis itu jadi mangsa.

"Saya demamlah." Hani Putri mempertahankan diri.

"Ha tu. Hani demam. Tak payah marah pagi pagi ni. Nanti rezeki lari. Okey Hani. Ceria dan senyum okey."

Hani kembali tersenyum manis. Lelaki disebelah bos dijeling maut. Lelaki ini tak ikhlas tolong dirinya. Kesudahan dirinya dibahan kembali.

Fikri Aidil melihat Hani Putri dari belakang. Pakaian gadis itu sentiasa menyejukkan hati. Hari ini dia memakai baju kurung moden dan digayakan dengan tudung bawal. Ringkas tapi cantik dipandangan mata. Fikri Aidil masih lagi memerhati gelagat Hani Putri. Tangan kiri sibuk menaip keybord komputer, tangan kanan pula sibuk memasukkan coklat cadbury ke dalam mulut.

"Sedapnya." Ujar Hani Putri tanpa sedar ada mata yang memerhati dari belakang. Matanya terpejam menikmati coklat cadbury. Coklat ini menghilang rasa tekanan akibat kerja yang banyak. Dia gigit perlahan lagi dan menyebut sedap.

"Nak sikit." Ujar Fikri Aidil dari belakang.

Kunyahan Hani Putri terhenti. Alamak lelaki wajah sejuk beku itu ada dibelakang. Sudah tentu dia melihat gelagat Hani Putri yang menikmati coklat cadbury. Tak jadi mengunyah, Hani Putri terus menelan sisa yang ada. Hani Putri berpura pura tidak mendengar suara itu. Dia terus melakukan kerja.

Fikri Aidil rasa mahu ketawa tetapi ditahan. Bukan dia tidak tahu, gadis itu sengaja berpura pura tidak mendengar suara dia.

"Tak baik makan sorang. Berilah aku sikit." Kini Fikri Aidil sudah berada didepan Hani Putri. Tapak tangan kanan menadah ke arah Hani Putri.

"Coklat Cadbury kau tu macam sedap kan."

Mendengar suara Fikri Aidil. Hani Putri mengambil coklat cadbury di atas meja lalu diletakkan ke dalam laci. Tidak sudi berkongsi coklat pada lelaki ini. Wajah Fikri Aidil juga tidak dipandang.

Terkulat Fikri Aidil disitu. Tak sangka dengan kelakuan Hani Putri.

"Kedekut."

Hani Putri tidak membalas. Dia berpura tekun melakukan kerja.

"Kedekut." Ejek Fikri Aidil sekali lagi.

"Hish." Hani Putri mendengus. Sakit hati mendengar ejekan Fikri Aidil.

"Dah lah kedekut."

"Encik ni dah kenapa? Tak puas hati dengan saya ke?" Soal Hani Putri dengan suara menekan marah. Bibir diketap.

"Marah."

"Saya tak marah pun."

"Nak coklat cadbury tu." Fikri Aidil meminta. Jari telunjuk di tunjuk pada laci meja. Tempat simpanan coklat cadbury Hani Putri.

"Tak boleh."

" kedekut la kau. Berkira dengan aku."

"Oh ya pasal semalam tu. Kira adil lah kan encik. Hari itu encik makan makanan saya. So semalam encik dah balas. 0-0.

Ujaran Hani Putri membuatkan Fikri Aidil tercengang.

" Dah. Dah. Tutup mulut tu rapat. Saya cakap ni betul ok."

Becok pula gadis ini. Tak berhenti cakap. Adakah kiriman makanan semalam penyebab gadis inintak berhenti bercakap. Selalunya hendak pandang dirinya pun tidak sudi.

"Saya ikhlas."

"Saya tak cakap pun tak ikhlas."

"Kau ni."

"Kenapa dengan saya?" Soal Hani Putri garang. Dicekak pinggang, menunggu jawapan Fikri Aidil.

"Amboiii garang."

Dengar sahaja ujaran Fikri Aidil. Hani Putri diam. Sedar akan dirinya yang melampau.

"Nak sikit coklat."

Hani Putri mengambil coklat cadbury di dalam meja dan dikunyah 2 bar coklat cadbury sekaligus. Mulut comot dikesat dengan tangan. Puas hati rasanya. Fikri Aidil terkebil kebil melihat tingkah Hani Putri.

"Coklat pun kau orang nak bergaduh."
Bebel Pak Long Aziz yang sedang menutup bilik. Rimas mendengar pertelingkahan dari tadi.Sangkanya Fikri Aidil sudah pergi dari pejabatnya tetapi boleh pula bergaduh dengan setiausahanya.

"Beli je kat 7e depan tu. Nak bergaduh apanya. Esok aku beli 2 dozen terus. Makan lah kau orang sampai kenyang."

Hani Putri menjelir lidah pada Fikri Aidil, lagaknya seperti budak kecil yang berpuas hati.

Fikri Aidil pula membesarkan masa pada Hani Putri. Tidak sangka hari ini Hani Putri berani. Boleh pula dirinya dijelir selamba. Selepas dengan perangai budak kecil, Hani Putri menyambung kerja.

"Eh kau."

"Sudah. Macam budak budak." Pak Long Aziz meleraikan sebelum mereka bergaduh.

*****

Oh kau jelir kat aku tadi kan. Aku kerat lidah kau.

Tak takut ??????

Dasar kedekut

??????

Perangai macam budak2 kan.

??????????

Pengakhiran whatsapp Fikri Aidil dan Hani Putri diakhiri dengan perlawan emoji.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience