Pak Long Aziz dan Mak Long duduk bersantai di ruang halaman rehat. Mak Long menghidangkan bihun goreng dan sedikit kuih. Ini rutin Mak Long dari muda lagi. Sebelum Pak Long Aziz pulang ke rumah. Dia sudah menyiapkan makan petang dan dihidangkan ke meja ini. Di suapkan bihun goreng ke mulut Pak Long Aziz.
"Amboi romantiknya dia." Tegur Fikri Aidil.
"Eh kamu. Mari sini makan petang Fik." Pelawa Mak Long. Pinggan yang belum terusik, Mak Long capai dan bihun diisi untuk anak saudara kesayangan.
"Susah je Mak Long ni."
"Kamu langkah kanan ni Fik." Ujar Pak Long Aziz.
"Susah betul nak jumpa Pak Long kat pejabat."
Pak Long batuk kecil. Sejak dua tiga hari ini badan tua kurang sihat. Lemah di segenap urat. Usia seperti ini dia boleh duduk berehat saja dirumah.
"Pak Long tak sihat sangat Fik. Kalau rasa ok sikit baru jumpa client." Ujar Pak Long Aziz.
"Kamu bolehlah ambik syarikat tu Fik. Lagi pun waris tu kamu sorang je." Mak Long menyampuk.
Syarikat percetakan milik Pak Long Aziz diusahakan semasa Pak Long dan Mak Long baru berkahwin. Mereka berkongsi modal yang sama. Ayah Fikri pula banyak melaburkan saham pada syarikat Pak Long Aziz walaupun dia bukan usahawan.
"Waris yang lain ada kan Mak Long. Bukan saya sorang." Fikri Aidil berdalih.
"Syarikat tu tak akan hidup tanpa pelaburan ayah kamu. Dia juga yang menghidupkan. Pak Long ni harapkan kamu saja."
Fikri Aidil diam. Ayah bukan seorang usahawan atau peniaga. Dia hanya doktor di hospital kerajaan. Lepas pencen, ayah berehat di rumah. Fikri Aidil tidak mengikuti jejak ayah. Ayah pula tidak mendesak dia untuk menjadi doktor. Jiwanya lebih ke arah seni. Disebabkan itu dia menubuhkan syarikat yang berkaitan dengan grafik. Walaupun usia syarikat itu baru 3 tahun tapi boleh membanggakan. Dia juga sudah mencapai pelanggan yang besar.
"Balik nanti kamu fikir Fik. Pak Long ni dah tak larat." Pak Long Aziz memujuk. Berharap agar Fikri Aidil bersetuju.
*****
"Aku rasa apa yang Pak Long Aziz cakap tu betul la. Kau saja waris dia. Ayah kau kan banyak laburkan duit kat situ. Sayang kau tak ambil alih." Haikal memberi pendapat.
"Aku bukan apa Kal. Company ni pun aku tak menang tangan."
"Eh kau. Macam kau sorang je yang handle. Aku ni apa?rakan kongsi kau kan. Aku boleh tolong kau. "
Di Syarikat grafik ini, Haikal yang akan mencari pelanggan manakala Fikri Aidil pula menguruskan hal grafik. Pada masa yang sama Fikri Aidil juga berjumpa dengan pelanggan untuk menyelesaikan hal grafik. Mereka bekerja keras menaikkan nama syarikat Teraju Utama ini.
Encik Haikal bos ada kat pejabat hari ini
Haikal membaca whatsapp dari Hani Putri. Bibir mengukir senyum.
"Amboi kau. Baca text sampai menyengih ke telinga." Fikri Aidil perli.
Riak wajah Haikal yang serius kembali ceria dengan hanya membaca whatsapp.
"Honey text ni. Pak Long Aziz ada kat pejabat hari ini." Ujar Haikal tanpa memandang Fikri Aidil fonts untuk membalas.
"Honey text aku ni." Fikri Aidil mengejek cara cakap Haikal. Menyampah dia mendengar perkataan Honey. Nama Hani ditukar menjadi Honey.
"Kau jangan jelous. Aku masih laku."
"Laku konon. Bini kau tu nak campak mana."
"Rileks ar. Aku just cari peneman isteri je. Kalau aku bosan boleh borak dengan madu." Haikal berseloroh. Tiada niat untuk menduakan isteri dirumah. Hidupnya lengkap dengan anak isteri.
"Eh miang keladi kau ni. Suami setia konon." Balas Fikri Aidil tidak berpuas hati.
Haikal ketawa. Dari duduk, dia bangun.
"Kau ni baguskan ajar aku jadi lelaki setia. Tak ada aku nak curang dengan permaisuri kat rumah tu. Aku suka usik dia je. Kau ni pun kenapa kasar sangat dengan si Hani tu. Sampai takut budak tu semalam."
"Mana ada kasar. Ok je."
"Kau ingat aku tak tahu. Kau panggil dia lembab kan. Aku kenal dia la Fik. Dia blur je bukan lembab."
"So tak ada beza pun."
Fikri Aidil berkata biasa. Perkataan lembab tu mungkin sesuai buat si gadis. Ditanya berulang kali tapi masih lambat memberi respon. 2 kali pula dia kena langgar dengan Hani Putri yang gopoh. Perangai seperti ini menjengkelkan dia.
"Budak baik tu. Boleh buat bini."
Fikri Aidil gelak sinis. Tak boleh pakai kata Haikal ni.
"Huru hara laki dia kalau buat bini."
Haikal bercekak pinggang. Apa yang tak dipuas hati dengan Hani Putri. Dia kenal dengan gadis itu. Cakap pun lemah lembut tiada yang menyakitkan hati.
"Moga kau dimakan sumpah."
*****
Haikal melintasi Fikri Aidil ke depan. Biar dia yang bertanya pada Hani Putri.
"Hani. Bos ada?"
Tanpa menjawab soalan Haikal. Hani Putri menekan interkom untuk memberitahu Pak Long Aziz. Sebaik saja dapat keizinan, dia terus mengetuk dan membuka pintu untuk kedua lelaki ini.
"Terima kasih Hani." Ucap Haikal.
Tangan kanan Fikri Aidil yang berada di kocek seluar dikeluarkan. Dia memandang Hani Putri yang lincah buat kerja.
"Hani buatkan saya 3 kopi ya." Pak Long Aziz memberi arahan. Hani Putri mengganguk. Dia terus pergi ke pantry.
Mata Fikri Aidil masih memandang Hani Putri. Setiap gerak geri Hani Putri tidak terlepas dari pandangan mata. Haikal yang perasan dengan mata liar Fikri hanya membiarkan.
Pak Long Aziz berdehem perlahan. Memperbetulkan suara yang serak.
"Hani tu cantik kan."
Haikal membuat isyarat kepada Pak Long dengan mengangkat kedua kening. Pak Long memuncungkan mulut ke Fikri Aidil. Mereka mengutuk Fikri Aidil secara diam.
Fikri Aidil tidak perasan bahawa kelakuan liar sudah ditangkap oleh mereka.
"Bunga sedang mengembang ya Pak Long." Haikal bersuara.
"Bunganya sedang mengembang tapi kumbang pula tak ada." Ujar Pak Long Aziz.
Hani Putri meletakkan 3 cawan kopi dengan berhati-hati. Dia gementar apabila pandangan mata bertemu dengan mata Fikri Aidil. Fikri Aidil merenungnya tajam dengan anak mata coklat. Tidak betah dia berlama dalam bilik bos. Hani Putri berdoa agar masa cepat berlalu. Sebaik sahaja kaki melangkah ke permukaan pintu , anak mata Fikri Aidil mula menikam wajah. Apa lagi tidak kena dengan dirinya. Dia sudah melakukan kerja cepat. Tiada lagi gagap apabila pertanyaan dikeluarkan.
"Jemput minum Fik Kal. Rugi tak rasa air kopi kaw kaw buatan Hani ni."
"Kopi kaw kaw ni diisi madu oleh cik Hani." Haikal mula dengan gurauan.
"Ha semanis tuan yang buat lah ni." Pak Long menambah dengan pujian.
Hani Putri tidak berkata apa. Dia meminta diri untuk keluar. Dia tidak selesa berlama dalam bilik ini sudah tentu dia akan menjadi mangsa gurauan lelaki ini.
"Haikal kamu tengok Hani tu macam mana?"
Sebelum Haikal menjawab, Fikri Aidil mencelah.
"Kami datang bukan nak merisik Hani Pak Long. Kami datang nak cakap soal kerja."
"Apa salahnya kalau nak merisik Hani. Dengarnya dia anak yatim piatu. Pahala besar kau jaga anak yatim." Ujar Haikal.
Pak Long Aziz bersetuju dengan pendapat Haikal. Rancangan dia begitu tetapi keputusan atas tangan Fikri Aidil. Berkenan dia dengan Hani Putri. Lagi pun dia mahu anak saudara melupakan perempuan itu. Bukan dia tidak tahu Fikri Aidil masih berharap dengan Aria.
Share this novel