Bab 19

Romance Completed 35078

Panggg

"Apa ni papa."

Aria pegang pipi yang sakit akibat tamparan. Belum kakinya jejak ke tangga, papa sudah menghadiahkan satu tamparan kuat.

"Sakit lah papa." Adu Aria tanpa perasaan salah.

"Eh tahu pulak kau sakit ya.Sakit kat hati aku ni siapa nak jawab."

"Mama kan ada boleh sejuk kan hati papa tu." Jawab Aria selamba.

Tangan mengusap pipi. Bila disentuh terasa perit. Selama 27 tahun dia hidup, ini kali pertama papa memukulnya. Jika dia berbuat salah, papa hanya membebel tanpa henti dan menghukum tidak boleh keluar bilik. Aria mengeluh perlahan. Takut menguasai diri dengan kemarahan papa. Dia hanya mampu beranikan diri untuk mengakhiri semuanya. Dia tak nak papa memaksa dia kembali untuk bersama Fikri Aidil.

"Menjawab kau ya." Jerkah Dato' Danial.

Belum sempat satu tamparan lagi terkena ke muka Aria, Datin Ailan sempat pegang tangan suaminya. Diusap belakang suaminya perlahan lahan agar kemarahan reda. Dato' Danial mendengus. Tidak puas hati dengan sikap isterinya yang sering berpihak pada Aria. Aria ini terlalu dimanja, apa yang dia mahukan. Pasti disediakan di depan mata. Dato' Danial akui, dia silap mendidik Aria.

"Sudahlah bang. Lunyai anak kita nanti."

"Biarkan lunyai. Puas hati aku. Sibuk ke sana ke mari dengan jantan inggeris tu."

"Eh papa. Mama pun orang inggeris juga kan." Ujar Aria mengejek.

Dato' Danial meramas mulut Aria kasar. Sakit hati dengan sikap menjawap Aria. Disamakan Datin Ailan dengan jantan inggeris keparat.

Aria menggelepar sakit. Mulutnya ditarik dan diramas kasar oleh Dato' Danial. Setelah diramas kasar, Dato' Danial tarik rambut dan bersuara ditelinga Aria. Datin Ailan pula berusaha menarik Dato' Danial agar melepaskan Aria.

"Aku dah kahwin dengan mama kau. Mama kau tahu adat aku dengan agama aku. Jantan keparat tu tahu? Kau lagi tak tahu kan sebab kau tu bodoh."

"Aria tak bodohlah papa." Jerit Aria kuat.

Ditampar tampar tangan Dato' Danial yang belum melepaskan rambut Aria.

"Memang kau bodoh. Kau buat suami kau tu macam jantan tak guna. Kau sibuk dengan jantan keparat tu." Jerkah Dato' Danial.

"Aria dah cakap. Aria tak cintakan dia. Papa yang paksa. Papa yang salah."

"Aria tak baik cakap papa macam tu nak." Pujuk Datin Ailan lembut. Kecewa hatinya melihat suami kesayangan dan anak tunggal bergaduh.

"Mama pun sama macam papa.Suka paksa Aria. Aria tak suka Fik." Luah Aria bersama tangisan.

"Aria tak suka Fik. Aria cintakan lelaki lain. Tolonglah faham mama."

"Aria masih isteri Fik lagi."

"Aria nak cerai."

"Eh anak tak guna. Kau tu yang tak hadir kat mahkamah. Kau boleh pulak merintih nak cerai. Kau ni bodoh ke apa." Marah Dato' Danial.
Mengigil dia menahan marah. Kalau diikutkan panas baran, lunyai Aria dikerjakan.

"Oh kau sibuk asmaradana dengan jantan keparat tu sampai lupa hari kau nak ceraikan." Tambah Dato' Danial lagi.

"Sudahlah bang. Anak kita dah balik kan."

"Abang nak jumpa Fik."

*****

Dato' Danial duduk bersandar. Resah hati menunggu bakal bekas menantu. Malu mukanya untuk bersua tapi dipaksakan diri juga. Masalah antara Aria dan Fikri Aidil belum berlalu lagi. Mungkin datang dari silap dirinya yang terlalu memaksa Aria untuk berkahwin.

"Maaf papa. Fik sampai lambat. Jem kat depan tadi." Ujar Fikri Aidil sambil tersenyum. Dia berjabat tangan dengan bapa mentua dan menunduk cium hormat.

Sejuk hati Dato' Danial dengan tingkah laku yang sopan. Bodoh anak perempuannya meninggalkan lelaki sebaik Fikri Aidil. Terkilan masih lagi rasa dalam hati.

"Ada apa ya nak jumpa Fik?" Fikri Aidil bertanya. Senyuman tidak lekang dari bibir. Ini salah satu sikap Fikri Aidil yang Dato' Danial suka. Bercakap lemah lembut dan hormat pada orang lebih tua.

"Soal Aria." Ujar Dato' Danial ringkas.
Dalam hati berdebar dengan penerimaan Fikri Aidil. Aria masih isteri yang sah pada Fikri Aidil.

"Ya kenapa? Fik bukan tak nak ceraikan dia tapi lebih elok selesaikan dalam mahkamah."

"Papa minta maaf Fik. Kalaulah papa didik dia secara tegas dulu."

"Tak apa papa. Bukan salah papa. Mungkin salah Fik yang tak pandai didik dia masa jadi isteri Fik. Lagi pun mungkin salah Fik abaikan dia. Dia pernah bagi tahu Fik yang dia bosan dengan Fik sebab asyik tinggalkan dia." Terang Fikri Aidil. Dalam pada masa yang sama, dia keliru. Salah dia kerana tidak meluangkan masa atau Aria memang sudah ada lelaki yang lain sebelum mereka bertunang lagi.

Dato' Danial dapat membaca apa yang difikirkan oleh Fikri Aidil. Fikri Aidil yang mengerutkan dahi dengan wajah yang keliru.

"Fik. Salah papa yang paksa dia kahwin dengan kamu. Mungkin cara seperti ini dia tidak bersikap liar lagi tapi papa salah."

Menyesali dengan perbuatan sendiri.  Memaksa sampaikan Fikri Aidil yang menanggung. Kalau dulu dia yakin Fikri Aidil mampu mengubahkan Aria kerana sikap Fikri Aidil yang terlalu menyayangi Aria. Sangkaan Dato' Danial salah, anak tunggalnya menjadi semakin liar. Bukan dia tidak tahu, ayah Fikri Aidil menentang perkahwinan anak dan menantunya.
Seminggu sebelum perkahwinan Aria dan Fikri Aidil berlangsung, abangnya  ayah kepada Fikri Aidil minta untuk batalkan perkahwinan. Tapi dia ego, dia tetap teruskan waima dia tahu Aria masih bersama dengan lelaki inggeris itu. Niatnya cuma satu, jika mereka berkahwin sudah tentu Aria menjadi terikat. Dato' Danial termenung. Kesalahan dan sifat ego memusnahkan kebahagian Aidil Fikri.
Kematian adik sendiri juga dia tidak ziarahi gara gara malu dengan perbuatan Aria.

"Papa. Tak apa. Bukan jodoh kami. Kalau Fik cintakan dia sampai mati pun. Kalau bukan jodoh tetap kami akan bercerai."

Tidak disangka ayat positif keluar dari mulut Fikri Aidil. Hakikatnya, dia sendiri sakit menangung. Bukan perangainya untuk menyalahkan bapa mentua atas apa yang berlaku. Salah dirinya yang tidak mendengar kata ayah.

"Ya Allah Fik. Malu papa macam ni."

Fikri Aidil tersenyum. Tiada apa yang perlu dimalukan. Takdir tidak menyebelahi dia. Lagipun minggu depan dia akan ke mahkamah. Doanya agar semua berakhir tanpa beralah dari kedua pihak.

"Papa minta maaf Fik. Papa tak pandai jaga anak."

"Inikan semua dah tertulis. Aria bukan jodoh Fik. Fik harap papa terima lelaki yang Aria suka. Kalau kita terlalu memaksa. Nanti Aria akan bertindak lagi teruk. Aria satu satunya anak papa."

Tidak terkata Dato' Danial mendengar ujaran Fikri Aidil. Tidak dendam dalam kata kata. Semuanya yang keluar dengan kata yang positif. Aria memang buta, tidak tahu antara kaca dan permata. Tegar anak perempuannya menghancurkan hati lelaki ini

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience