Bab 21

Romance Completed 35078

Hani Putri meletakkan bunga ros yang hampir layu ke dalam pasu mini sambil menyanyi kecil. Bunga rose merah pemberian Fikri Aidil sempena hari lahir yang ke 25. Dia mengukir senyuman bahagia. Lapang rasa hatinya. Dalam kasar Fikri Aidil ada juga terselit kelembutan. Tidak pernah lagi ada orang yang memberi bunga. Ini kali pertama dalam hidupnya.

"Jangan menyengih sangat. Fikri Aidil tu dah ada bini."

"Ish kau ni Rita. Aku hargai pemberian dia je. Lagipun dia kan selamat kan aku."

"Ha bagus. Jangan baik sangat dengan laki orang. Jangan nak jadi bab 1 yang suka menyodol." Pesan Rita dengan bercekak pinggang. Kalau kawan dia yang jadi penyondol rumah tangga orang. Dia orang pertama yang hambat Hani Putri dengan lidi penyapu.

"Bab 1 tu apa?" Soal Hani blur.

Rita menepuk dahi. Datang pula si blur dia.

"Ba alif ba ya."

Hani Putri membesarkan biji mata dan kakinya bersedia mengejar Rita yang tersengih sumbing. Berani Rita menyebut nama binatang itu.

Hani Putri mengetuk pisau di papan pemotong. Bawang sudah dikupas kulit tapi tiada idea untuk masak. Fikiran yang melayang memikirkan resepi secara tiba tiba, dia terbayangkan Fikri Aidil. Hani Putri tersenyum. Memikirkan hero yang datang menyelamatkan dirinya. Hero ini jugalah yang memberika dia bunga.

"Asam pedas." Resepi itu muncul dari mulutnya. Niat dihati mahu menjamu Fikri Aidil tapi tidak elok untuk menjemput lelaki datang ke rumah anak dara. Dia membuat keputusan untuk menghantar ke rumah Fikri Aidil.

"Aduh aku mana ada alamat dia."

*****

Hani Putri terngaga melihat kondominium mewah tersegam indah di hadapan mata. Dia seakan tak percaya yang Fikri Aidil tinggal disini. Kehidupan dia dengan Fikri Aidil jauh panggang dari api.

"Abang grab betul ke ni?" Tanya Hani Putri meminta kepastian.

"Abang tengok waze berdasarkan adik bagi ni lah."

Hani Putri pegang erat jari jemari yang terketar. Menyesal pula dia meminta alamat dari Haikal dan tanpa berfikir panjang terus datang ke sini. Hani Putri memberanikan diri pergi ke pondok jaga.

"Encik guard. Saya nak jumpa encik Fikri Aidil."

"Oh sakajap ya." Ujar encik Logam dalam pelat india.

"Encik minta dia turun ke bawah ye." Pinta Hani Putri.

"Eh encik.Nanti dulu."

"Kanapa adik?" Soal encik Logam hairan. Boleh pula adik ini menjerit ditepi telinganya. Bingit.

"Encik call encik Fik masa saya balik."
Kalut dia memesan grab. Dia tidak mahu jika dipanggil bab 1 oleh isteri Fikri Aidil. Hati memaki hamun dengan tindakan bodoh. Sebaik sahaja grab sahaja. Dia kelam kabut naik. Dia tak nak Fikri Aidil tahu kehadiran di kondominium ini.

*****

Fikri Aidil mengaru garu dahinya. Siapa pula yang menghantar makanan untuknya. Dia membuka mangkuk tingkat. Asam pedas, sayur buncis campur hati, ikan goreng dan nasi. Makanan yang mengeliurkan tapi dia tidak boleh makan tanpa tahu siapa penghantarnya. Berulang kali ditanya pada encik Logam, perempuan yang bertudung bawal tidak tinggalkan nama. Hani Putri? Aria? Dia tergelak sinis. Tak mungkin si Aria yang seksi tu. Nak pakai baju tertutup sikit katanya rimas.

Kecur air liurnya melihat masakan ini. Fikri Aidil membaca basmalah. Ingin mencuba asam pedas ikan pari ini. Dia menghirup kuah sedikit. Sedap. Dua kali pula dia merasa. Akhirnya dia menjamah juga. Dia berdoa agar tiada apa yang terjadi pada dirinya.

*****

"Assalamualaikum wahai tuan puteri. Kau sihat ke hari ni?" Fikri Aidil bertanya ramah. Dia meletakkan pasu bunga mini di atas meja kerja Hani Putri. Dia mahu berikan aura yang positif pada Hani Putri.

"Waalaikumusala. Alhamdullilah sihat je Fik. Terima kasih dengan pasu bunga ni." Hani Putri menjawab. Dia menghadiahkan senyuman manis.

"Encik Fik se... Sedap coklat hadiah tu." Berhati hati Hani Putri menutur kata agar tidak terlepas cakap. Itu pun hampir sahaja mahu bertanya tapi nasib baik dia ingat.

"Oklah aku cau dulu. Aku nak hantar ni je pun."

Hani Putri menunjukkan wajah tanda tanya. Fikri Aidil datang ke pejabat ini hanya untuk menghantar pasu bunga mini ni. Pelik.

Haikal yang berada di pejabat Pak Long Aziz menyorokkan badan pada belakang pokok pasu bunga besar. Dia mengintai sedikit ke arah Hani Putri dan Fikri Aidil. Oh jadi inilah alasan Fikri Aidil yang katanya mahu berjumpa pelanggan. Pelanggan tu si Hani Putri. Selesai mengitip segala aktiviti mereka. Haikal keluar dari tempat persembunyian. Dia berdehem kuat.

"Sakit pulak rasa tekak ni."

Fikri Aidil kaku. Dia dengar suara Haikal. Musnah rahsianya. Tadi dia menipu Haikal.

"Client kat sini ya."

"Haah. Client tu kat dekat dengan office Pak Long ni. Tu aku singgah kejap tapi Pak Long pula tak ada." Ujar Fikri Aidil berdalih.

"Bos ada lah kat dalam encik Fik. Kenapa encik tak tanya." Hani Putri memecahkan tembelang Fikri Aidil pada sahabatnya.

Haikal gelak kemenangan. Puas hati. Dia tak tahu ke Hani Putri tu lurus orangnya. Tak pandai nak menipu. Sekarang rahsia dah pecah.

"Kenapa Fik datang sini Hani?" Soal Haikal sengaja. Dia menaikkan kening kiri ke Fikri Aidil.

Fikri Aidil meletakkan jari telunjuk pada bibir menandakan dia menyuruh Hani Putri diam. Tak perlu menjawab soalan Haikal. Hani Putri yang baru membuka mulut tutup kembali.

"Korang ni ada apa apa ke?"

"Tak ada." Jawab Hani Putri dan Fikri Aidil serentak.

Haikal mengusap dagunya. Jawapan mereka tidak boleh diterima akal. Pasti ada perkara tersembunyi. Kena selidik ni.

"Jawab serentak macam ada jodoh."

"Mana ada encik Haikal. Pembetulan sahaja." Ujar Hani Putri.

"Kebetulan Hani. Kebetulan bukan pembetulan. Teruk betul Bahasa Melayu awak ni." Tegur Fikri Aidil mengejek.

Haikal ketawa perlahan. Kelakar dengan ayat Hani Putri. Hani Putri pula muncung sedepa. Geram dengan ejekan Fikri Aidil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience