Hani Putri dan Rita bersenang lenang di sofa. Malam ini dia bersuka ria dengan menonton televisyen.
Mulut Rita mengunyah kuaci. Betis yang gatal digaru dengan kaki kirinya. Sesekali dia mengopek kuaci dan suap ke mulut Hani Putri. Hani Putri hanya melentokkan kepala ke paha Rita. Dia tiada mood untuk menonton televisyen. Dia duduk disini hanya mahu meneman Rita yang kebosanan.
"Eh Hani. Kau nak tahu gosip tak?" Rita memulakan gosip malam. Badan yang baring disandarkan pada sofa.
"Apa." Lemah suara Hani Putri.
"Kau tahu tak si Fikri Aidil tu kena tinggal dengan bini. Dengar cerita dah 5 bulan."
"Siapa pulak Fikri Aidil ni. Jantan mana."
"Jantan yang kau pijak muka dia tu." Ujar Rita bersemangat.
"Hmm."
"Bini dia tinggalkan dia sebab lari ikut jantan inggeris tau."
"Mana kau tahu ni."
"Sepupu aku tu setiausaha Fikri Aidil. Adalah aku korek sikit sikit cerita. Kau tahu hari tu dia kena marah teruk tau. Si Fikri tu siap baling fail lagi atas muka sepupu aku tu. Melampau betul jantan tu." Rita bercerita dengan semangat. Suaranya pula makin naik tinggi.
"Hah. Ya betul. Sampai macam tu sekali."
"Ya. So bila aku tahu kau kena macam tu. Aku tak hairan lah. Perangai dia macam tu kot. Baran. Padan kena tinggal." Rita mengutuk. Kuaci yang didalam mulut dikunyah geram.
"Hmm tak baik tau cakap macam tu. Mungkin dia ada masalah sendiri."
"Pulak. Tadi beria mengamuk tu kenapa?" Disoal Hani Putri geram. Kaki kanan disilangkan.
"Ala biasalah perempuan. Kan ada hari yang emosi sikit." Ujar Hani Putri.
Sebenarnya dia kesian dengan nasib Fikri Aidil. Kematian kedua ibu bapa. Sekarang cerita isteri dia lari ikut jantan inggeris pula. Mungkin sebab itu dia sentiasa beku. Kepala Hani Putri tergeleng perlahan.
"Hah kau kenapa tergeleng kepala.kena sampuk?"
"Kau ni. Kesian dia kan. Mati mak ayah. Kena tinggal dek bini."
"Hentahlah sis. Dengarnya si bini dia tu bukan cinta dia pun. Sebelum kahwin lagi ada hubungan dengan jantan inggeris tu."
Hani Putri memikirkan sesuatu. Berhubungan sebelum kahwin? Siapa pula yang dia lihat bersama Fikri Aidil tu.
*****
Hani Putri menyusun fail di rak. Dilabel fail mengikut abjad agar senang untuk dia mencari. Haikal melangkah perlahan menuju ke arah Hani Putri. Dijengket tapak kasut di hujung agar jalan dia tidak berbunyi.
"Hahhh." Haikal menyergah.
"Ya Allah." Fail ditangan terlepas dari tangan. Dia mengurut dada yang sakit. Baru semalam jantungnya terasa hendak gugur. Hari ini perkara sama juga berlaku. Dia berpaling ke belakang. Hani Putri mengeluh.
"Encik Haikal luruh jantung saya ni."
Haikal tergelak. Senang hati dapat mengenakan Hani Putri.
"Kalau luruh jantung. Saya boleh kutipkan. Kalau luruh hati pula saya boleh bagi hati saya." Ujar Haikal. Ditambahkan cia cia cia pada ayat belakang.
"Ingat bini kat rumah tengah berpantang tu." Fikri Aidil menyampuk. Jelek melihat kemesraan Haikal dan gadis itu.
"Perempuan pulak jangan dok mengatal dengan laki orang." Fikri Aidil menambah. Sebaik saja tamatkan ayat, dia terus melabuhkan punggung di sofa.
Muka Hani Putri berkerut. Tidak faham apa yang hendak disampaikan oleh Fikri Aidil.
"Jangan dilayan itu jantan. Datang bulan itu." Haikal terus dengan jenakanya.
Hani Putri tergelak. Ditutup mulutnya dengan tangan. Risau andai kata Fikri Aidil naik angin.
"Jangan takut madu untuk ketawa. Ketawa itu penghibur duka lara kita." Panggilan nama Hani diubah menjadi madu.
Kepala Hani Putri menggangguk. Mengiakan apa yang dikatakan oleh Haikal. Ketawa adalah satu hiburan dikala hati sedang gundah. Mata tepi memandang Fikri Aidil. Fikri Aidil diam tidak berkata. Dia fokus membaca majalah. Apa pula artikal kali ini yang dibaca. Berulang kali Fikri Aidil membaca majalah itu.
"Apa beza Hani dengan madu?" Haikal membuat percubaan cia cia cia.
"Jangan sibuk bawak madu lah Kal. Honey sayang kau tu ada kat rumah. Sibuk jaga anak pantang semua. Kau sibuk miang keladi kat sini." Fikri Aidil membidas tanpa memandang ke arah Haikal. Geli telinga mendengar ayat cia cia Haikal. Ada isteri dirumah masih mengatal lagi. Si gadis itu pun sama sibuk melayan miang keladi.
"Aku ada lagi 3 kuota."
"Kelapa hotak kau. Lupa agaknya ikrar janji setia dia. Sayang b janji b tak kan tinggalkan sayang. B tak kan duakan sayang." Fikri Aidil mengejek dialog ikrar Haikal.
Haikal membuntangkan mata. Fikri Aidil sengaja mahu mengenakan dirinya. Dia bukan miang keladi tapi suka kenakan si gadis polos ini. Kalau bagi ayat cia cia pun bukan gadis ini faham. Ditunjukkan muka blur lagi.
"Hoit kawan. Slow sikit nak mengejek aku ya."
"Sayang satunya di hati b." Fikri Aidil terus mengejek.
Hani Putri senyum melihat pertelingkahan dua lelaki ini. Dia membiarkan sahaja dan terus menyambung kerja.
"Hani mana bos awak?" Haikal bertanya. Baru teringat hasrat kedatangan dia ke sini.
"Bos ada meeting kat luar dengan client tapi saya tak pasti dia balik ke sini pukul berapa." Hani Putri memberitahu lancar. Hari ini dia sudah hafal jadual kerja bos.
"Wow orang tu tak lembab lah." Fikri Aidil perli.
Hani Putri mengetap bibir. Anak saudara bos sedang perli dirinya. Pantang betul dia dengar perkataan lembab.
Mata Haikal pandang Hani Putri dan Fikri Aidil bersilih ganti. Ada yang tidak kena. Wajah Hani Putri yang geram. Fikri Aidil pula cakap lepas seoalah tak menjaga hati Hani Putri.
"Ada bau bau jodoh."
Haikal membuat gaya hidungnya terbau sesuatu.
"Jodoh?" Ujar Hani Putri blur. Jodoh tu boleh bau ke? Kalau jodoh boleh bau, senang dia mahu mengenalpasti lelaki yang bertuah.
"Haah jodoh. Jodoh tu kan Hani, orang yang suka bergaduh. Macam orang tu suka sangat cakap lepas. Jatuh cinta tak tahu."
Jari telunjuk Haikal di goyang ke kiri dan kanan.
"Encik Haikal ni peliklah."
"Mana ada pelik. Saya cakap betul tau. Nanti kalau selalu gaduh ada jodohhh."
"Tak ada sapa yang suka bergaduh kat sini encik Kal. Saya dengan semua orang baik baik sahaja. Kalau setakat selisih faham tu adatlah kita bekerja kan. Staff kat sini semua ok." Ujar Hani Putri terus terang.
Haikal menepuk dahi. Fikri Aidil tersenyum sinis. Baru kau tahu dengan blur tak boleh ajar dia tu. Sepatah kau cakap beribu ayat dia karang.
"Apa apa je lah." Haikal malas meneruskan usikan lagi. Muka Fikri Aidil sudah cemburut. Apa yang tidak kena dengan sahabatnya ini. Tidak pernah lagi dia mendengar perkataan kasar.
"Kau selalu gaduh dengan dia ke?"
Haikal berbisik ke telinga Fikri Aidil.
Fikri Aidil senyum sini lagi.
"Aku tak kan gaduh lah dengan perempuan blur tu. Kalau gaduh pun dia lambat pick up."
"Aku doakan kau berjodoh dengan dia. Mulut kau ni lancang sangat."
Haikal mengangkat kedua tangan, dibentuk untuk berdoa. Mulut terkumat kamit dan diakhiri dengan amin. Fikri Aidil menjeling. Tidak mungkin si gadis ini menjadi pilihan hati.
Share this novel