"Kenapa dah tak ingat kat isteri?" Sindir Hani Putri. Meluat dengan Fikri Aidil yang seolah bingung apabila persoalkan tentang isteri. Lagi pun dia teringin melihat wajah isteri Fikri Aidil walaupun dulu dia pernah terserempak. Puas ditoleh tetapi bayangan tidak jumpa.
"Huh. Tu lah lelaki. Isteri pun tak ingat bila dah jumpa wanita lain." Hani Putri menyindir lagi.
"You ingat I nak jumpa you ke kalau isteri I ada. Baik I berkepit dengan dia je." Balas Fikri Aidil. Dia berpeluk tubuh melihat Hani Putri yang berpura pura sibuk walhal tiada apa lagi yang perlu dilakukan ketika ini.
"So kalau isteri tak ada. Rasanya boleh je encik pergi teman tetamu lain. Dah lah encik pergi sana jangan kacau saya." Hani Putri halau secara terangan. Dia tidak suka Fikri Aidil berada dekat dengannya. Dia benci.
"I terima arahan Mak Long untuk teman you itu je." Fikri Aidil masih tidak beralah. Dia tidak terasa dengan halauan Hani Putri. Setia menunggu ditepi.
Tidak betah berdiri disitu. Hani Putri mengangkat kaki menuju ke dapur. Hani Putri mahu mengambil beg tangan.Dia nak balik. Tidak apalah kalau dia tidak menolong kemas. Dia ada alasan yang bermain dalam fikiran.Lagipun, sesak nafasnya dengan lelaki tak faham bahasa ini. Fikri Aidil pula mengikut langkah Hani Putri sehingga ke dalam dapur.
"You nak balik ke? Makanlah dulu."
"Saya nak balik. Saya sakit kepala."
"I bungkuskan you makanan."
"Tak nak."
"I hantar you balik."
"Tak nak." Keras Hani Putri menolak pelawaan Fikri Aidil. Selesai sahaja membasuh tangan dia mengeluarkan telefon oppo untuk memesan grab tapi telefon oppo dirampas oleh Fikri Aidil.
"I tak akan pulangkan phone you kalau you tak makan atau you tak benarkan I hantar you pulang atau you tak payah balik langsung. Tidur je sini." Fikri Aidil mula mengugut. Gadis ini perlu diajar atas kedegilannya.
"Encik boleh tak jangan sibuk hal saya." Jerkah Hani Putri garang. Dia cuba merampas telefon oppo dari Fikri Aidil tapi tidak berjaya. Dia menarik nafas panjang. Penat.
"I tak sibuk hal you. I minta you makan je. Temankan I." Pinta Fikri Aidil baik.
"Saya tak nak. Saya tak nak . Saya tak nak. "
"You ni dah kenapa?" Jerkah Fikri Aidil. Geram dengan sikap Hani Putri yang macam budak tadika.
Sergahan Fikri Aidil membuatkan Hani Putri tersentak. Dia bencikan lelaki yang tinggikan suara.
"Dasar lelaki tak guna. Patutlah dulu isteri encik tinggalkan encik sebab encik ni tak pandai jaga hati isteri. Memang patut punnn." Lancang mulut Hani Putri mengeluarkan kata.
"Kau diam Hani. Kau tak tahu apa apa pun." Jerkah Fikri Aidil kali kedua.
Jeda.
Fikri Aidil medengus marah. Hani Putri diam. Tidak berani bertentang mata. Mulutnya lancang menyebabkan Fikri Aidil merenungnya bagai hendak telan.
Hani Putri takut. Nafasnya laju dan dia terkena serangan panik ketika berada di rumah bos.
*****
Beberapa minggu Fikri Aidil terpaksa berulang alik dari pejabatnya ke pejabat Pak Long Aziz untuk menyelesaikan beberapa kerja. Dia juga tidak bercakap dengan Hani Putri walaupun berjumpa hampir setiap minggu. Lagi haru apabila Pak Long Aziz melarangnya untuk berinteraksi dengan Hani Putri. Apa salah dia. Dia tak buat apa pun. Hani Putri yang mulakan dulu tapi dia akur dengan arahan Pak Long Aziz. Kesihatan Hani Putri perlu diutamakan. Dia perlu menjaga emosi gadis itu.
Hani Putri pula kadang memarahi dirinya yang terlampau emosi. Dia tidak boleh kawal semua itu. Sekarang dia perasan dirinya suka termenung dan bersedih tak tentu arah. Betul cakap Rita dulu. Emosinya sudah tidak stabil. Mujurlah dia mempunyai sahabat yang sentiasa sokong dirinya. Hani Putri mencebik. Serabut fikiran dengan kerja yang banyak. Dia menolak fail ditepi lalu melentok kepala di atas meja. Dia rindukan usikan itu tapi pada masa yang sama dia benci. Dia dengar derapan kasut lelaki itu. Dia mengintai dengan celahan tudungnya. Lelaki ini kerap datang ke pejabat tapi lelaki ini seolah mahu menjauhi dirinya. Dia mengeluh perlahan. Rindu.
Kejadian semasa di rumah Pak Long Aziz
Bunyi bising di dapur membuatkan Mak Long bergegas untuk melihat apa yang berlaku.
"Abangggggg." Jerit Mak Long lantang. Dia panik melihat Hani Putri yang sesak nafas sambil menekan dada manakala Fikri Aidil pula berusaha menenangkan Hani Putri.
Mujurlah ketika serangan panik berlaku, terdapat doktor dalam kalangan saudara mara Pak Long Aziz. Doktor itu yang menenangkan Hani Putri. Hani Putri pula tidak boleh bertenang jika melihat wajah Fikri Aidil. Muka Hani Putri pucat dan ketakutan. Pak Long Aziz pula sudah tahu puncanya datang dari mana maka dihalau Fikri Aidil keluar dari dapur. Selepas itu, diberi amaran untuk jauhkan diri dari Hani Putri buat seketika waktu.
Sebenarnya Fikri Aidil tidak berpuas hati. Kalau dulu Hani Putri terkena serangan panik, dia lah hero yang menenangkan Putri tapi sekarang dia rasakan dia adalah zero.
Share this novel