Bab 32

Romance Completed 35078

Kalau ikutkan amarahnya, hampir sahaja penampar maut melayang ke pipi gebu anak tunggal. Tapi Dato' Danial masih menggunakan akal yang waras. Dia tahu yang Aria keguguran. Mungkin anak itu perlukan sokongan. Dato' Danial menarik nafas panjang. Dimana silap didikan dia dan isteri. Terlalu manjakan Aria sampaikan anak perempuan mengaibkan dia sekeluarga.

Aria menunduk. Takut mahu mengangkat wajah. Tersilap cakap. Sudah tentu papa mengamuk tidak ingat dunia. Dia senyap. Datin Ailan juga begitu, senyap mengunci mulut. Bimbang letusan amarah dari suaminya. Dia kenal dengan sikap Dato Danial. Pantang jika Aria melakukan kesilapan.

"Aria okey? Nanti balik rumah mama. Biar mama yang jaga pantang kamu." Ujar Dato Danial memecahkan kesunyian.

Aria dan Datin Ailan tergamam. Tidak sangka pertuturan Dato Danial begitu tenang seperti tiada apa yang berlaku.

"Tapi pa..pa..."

"Ikut cakap papa  Aria. Ini untuk kebaikan kamu." Datin Ailan segera memintas. Bimbang jika kata kata Aria merubahkan mood suaminya.

"Okey mama." Aria akur. Hatinya terasa lega dengan penerimaan papa padanya.

*****

Fikri Aidil bengang. Di tendang kerusi kuat. Apa pula yang Aria buat kali ni. Menyusahkan. Papa Aria ni pun satu hal. Anak dia dah buat hal. Boleh pula buat baik menyuruh dia melawat Aria. Kononnya Aria sakit. Bukan dia tak hormatkan bekas bapa mentuanya. Tapi permintaan ni dirasakan melampau. Datang dan pujuk Aria? Eh dulu masa aku sakit teruk kena tinggal. Tak ada pula ada orang datang pujuk. Itu pun Haikal yang setia dengannya.

"Maaflah papa. Fik tak akan ikut cakap papa. Aria buat hal. Aku juga kena tanggung." Ngomelnya di dalam hati dan masih meneruskan bebelan demi bebelan. Hatinya yang sakit terus rasa bengkak.

Fikri Aidil bungkam dimeja makan. Matanya tepat memandang Datin Ailan yang bersedih. Dia kalah dengan emosi bekas mak mentuanya dan dia akur datang ke rumah mewah ini. Nasi yang dihadapan , tidak dijamah. Air juga tidak diminum. Kalahnya pada emosi Datin Ailan bukan bermakna kalah pada pujukan Datin Ailan.

"Mama minta maaf ya Fik. Ni untuk kebaikkan Aria." Datin Ailan bersuara. Sebenarnya bila Dato Danial pergi ke luar negara atas urusan kerja, dia jadi berani untuk memujuk Fikri Aidil. Dia hanya kasihan Aria yang tak nak makan dan berkurung dalam bilik. Sudah berulang kali suaminya memberitahu biarkan sahaja Aria dan jangan sesekali panggil Fikri Aidil untuk datang memujuk. Kali ini dia tidak mengikut arahan suaminya. Aria lebih penting.

"Aria anak tunggal mama Fik. Fik pujuk Aria dan bersatu dengan Aria."

"Setelah apa Aria buat? Dan saya akan dapat sisa orang lain?" Soal Fikri Aidil sinis.

"Fikkkk."

"Maaf mama. Saya hormatkan mama tapi untuk kembali sakitkan hati saya. Saya katakan tidak."

Datin Ailan resah. Termati kata. Kalau boleh dia mahu memujuk Fikri Aidil untuk bersama dengan Aria.

"Kesian Aria. Tiap hari dia menyesal dengan perbuatan dia. Tengoklah sekarang. Siapa nak pujuk dia. Mama pujuk tak berkesan. Fik sahaja yang boleh." 

Fikri Aidil tersenyum sinis. Geli hati pula dengar ayat dari Datin Ailan.

"Mama dulu masa anak mama buat hal. Saya macam orang gila mama. Ada orang datang pujuk saya? Saya pujuk diri sendiri." Luah Fikri Aidil menepuk nepuk dada kanan. Dia nak datin Ailan tahu. Dia terlebih sakit dulu.

"Masa orang tua saya meninggal. Dia pergi mana mama? Enjoy dengan jantan kan. Mama pun batang hidung pun tak nampak. Sekarang merayu pasal anak mama. Mama saya hormatkan mama tapi kali ini maaf. Hati saya lagi penting dari anak mama yang berlagak macam dia yang kena tinggal." Selesai sahaja mengeluarkan kata. Fikri Aidil bangkit dan tinggalkan rumah mewah ini. Lega hatinya meluahkan segalanya.

*****

Haikal melopong mendengar cerita Fikri Aidil. Tak sangka Fikri Aidil tegas dengan pendirian. Dia sangkakan Fikri Aidil akan kalah dengan datin Ailan.
Sebab itulah kelmarin, dia marah Fikri Aidil macam orang tak ada akal.

"Aku minta maaf pasal haritu. Aku nak tumbuk kau."

Fikri Aidil tersengih sumbing. Dia tidak ambil hati dengan sikap Haikal yang panas baran secara tiba tiba. Dia tahu, sahabatnya itu hanya mahu menyelamatkan hatinya dan tak terjebak lagi dengan perangkap Aria.

"Tak apa Haikal. Aku paham. Kau sayang aku kan."

Haikal menunjukkan lidahnya. Geli geleman mendengar ayat Fikri Aidil tapi itulah hakikatnya. Dia sayangkan Fikri Aidil seperti adiknya sendiri. Dia sendiri yang melihat jatuh bangun Fikri Aidil.
Fikri Aidil gelak besar.

"Oklah. Aku nak pergi ziarah Hani. Dah berapa hari dia kat wad. Aku langsung tak pergi. Jauh hati dengan aku nanti dia tu."

"Aih.. Takut buah hati merajuk ke?" Haikal mengusik.

*****

Datin Ailan termenung panjang. Sudah seminggu Aria mengurungkan diri. Tak nak makan. Tak nak mandi. Perangai Aria makin degil. Dia penat melayan Aria. Berulang kali Datin Ailan mengetuk bilik anak tunggalnya tapi makian yang dia dapat.

"Mana Aria?" Soal Dato' Danial dengan suara agak tegas. Mukanya tegang.

Datin Ailan tersentak dari lamunan yang panjang. Dia memandang suaminya. Ahh sudah. Suaminya dah balik. Entah apa yang perlu dia jawab bagi menutup perangai Aria.

"Kenapa dahi awak tu Ailan? Anak mengada tu buat. Nak kena dengan aku ni."

Datin Ailan cemas. Dadanya berdebar. Suara yang mahu keluar tersekat di keronkong. Dia menyentuh dahi yang biru. Semalam Aria mengamuk bila dia menjenguk anaknya.

"Betul Aria buat? Dah melampau budak ni. Aku terima dia. Dia buat perangai bodoh dia tu. Dia ingat siapa hah. Madu dah kena sedut pun perangai macam sampahhhh." Dato' Danial menghayunkan kakinya masuk ke dalam rumah. Mulutnya masih membebel nyaring memarahi Aria.
Sakit hati bila Aria berterusan buat perangai. Lagi menambah sakit hati. Bila Datin Ailan memaksa Fikri Aidil untuk bersama anaknya kembali.
Mukanya ini tebal menahan malu dengan karenah Aria.

Datin Ailan hanya mampu mengalirkan air mata.  Tiada apa lagi untuk menutup kesalahan Aria. Aria makin melampau. Dia sendiri sudah penat melayan perangai Aria.
Dia sendiri malu dengan bekas menantunya. Tapi kerana anak dia sanggup lakukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience