Bab 48

Romance Completed 35078

Hani Putri tarik nafas perlahan dan hembus. Berulang kali dia melakukan agar axienty tak kembali menyerang. Dia fikirkan perkara positif sahaja.

Kau rasa betul ke Fikri suka kau? Atau lari dari ex dia je.

Arghhhh. Persetankan semua itu. Jangan ganggu aku untuk berfikir negatif.

Tenang Hani. Tenangkan diri kau. Dia sayang kau. Dia suka kau. Dia selalu ada saat kau kena axienty. Dia tenangkan kau. Dia ada bila kau sedang susah. Bukankah itu petanda dia jodoh kau? Bukan kebetulan tapi takdir.

*****

"Kenapa Hani lari dari saya?"

"Errr."

Kaki Hani Putri kejung. Dia tak boleh nak elak dari Fikri Aidil. Nak melangkah ke seberang jalan. Jalan penuh dengan kenderaan lalu lalang. Puas kerah idea untuk lari dari Fikri Aidil tapi tidak boleh. Terperangkap dia disitu. Dia hanya belakangkan Fikri Aidil. Tidak mahu melihat wajah itu.

"Why Hani? Apa salah saya?" Soal Fikri Aidil sedikit keras. Disaat hati telah yakin jatuh sayang pada gadis itu. Hani Putri bawa masalah pula.

"Hmm. Tak ada salah. Saya fokus bisnes saya je." Hani Putri mencipta alasan.

"Hani. Awak tak percaya kat saya?" Kecewa suara itu bertanya soalan.

"Eh tak."

"Dah tu kenapa seminggu dua. Mengelak dari saya."

"Saya nak fokus bisnes." Hani Putri masih lagi beralasan.

"Jom ikut saya jumpa pak long dan mak long."

"Kenapa tak sudi? Atau awak dah ada orang lain? Gibrel? Lelaki kesayangan awak."

Hani Putri diam. Suara itu kedengaran sinis. Sangat sinis bersama senyuman yang dia tidak mengerti.

Hani Putri tidak faham dengan perasaan sendiri. Hati kata sayang tapi otak kata lain.  Mungkin hari ini hati dia terlalu rindu dengan Fikri Aidil. Esok lusa pula dia memaksa otak untuk berhenti fikir mengenai lelaki itu. Dia keliru.

"Saya tak nak paksa awak Hani. Kalau awak rasa saya yang terbaik. Datang pada saya. Saya tunggu." Ujar Fikri Aidil. Ego lelaki terasa tercabar dengan sikap berdiam diri Hani Putri. Bila hati dah sayang sebaliknya pula berlaku.

*****

Selesai sahaja balas whatsap dari pelanggan. Hani Putri melemparkan telefon oppo ke sofa. Telefon jenama oppo yang menyala dibiarkan sahaja. Dia sudah tahu gerangan siapa yang telefon malam buta.

"Kesian Gibrel. Angkat la call." Rita membuka mulut. Dia serabut dengan getaran telefon bimbit Hani Putri. Nak tonton siaran astro pun tak senang.

"Biarlah dia. Aku dah cakap. Busy kan. Kenapa call lagi. Ish."

"Tak baik mainkan perasaan orang Hani. Tak suka cakap je tak suka."

Bantal kecil tepat pada muka Rita. Geram. Sejak bila dia permainkan perasaan lelaki itu. Dia dan Gibrel hanya kawan. Itu pun sebab Rita beria ia menyuruh dia berkawan.

"Apa kau ni. Betul lah. Dia luahkan perasaan kat kau. Ada kau tolak tak? Ini diam je."

"Aku dah cakaplah hanya kawan. K.A.W.A.N."

"So cakaplah. Hati saya ada kat orang lain."

"Kejam tak?"

Rita merengus kuat. Cakap bendul kang marah hakikatnya betul. Hati dah sayang pada Fikri Aidil tapi menafikan. Kononnya rasa kasihan kat Gibrel. Bodoh betul. Rita menjeling tajam. Parcel didepan mata rasa mahu dihempuk atas kepala Hani Putri. Biar kembali normal.

"Kesian kat Gibrel? Boleh campak Fikri?" Rita mula psiko otak Hani Putri.

"Tapi."

"Hei Hani. Ni soal masa depan kau. Terima kerana kesian. Tak dapat apa manfaat. Hati kau sakit. Ego Gibrel tercalar sebab sikap kesian kau. Fikri? Terluka kali kedua? Apa perasaan dia sekarang?"

"Aku tak nak Fikri terluka kali kedua sebab aku." Akhirnya terluah juga apa yang dia fikirkan selama ini.

Hani Putri tak nak lelaki kesayangan terluka disebabkan dirinya. Dia takut dengan bayang bayang sendiri.

"Hani. Kalau aku jadi kau. Aku akan pastikan hati Fikri tu tak terluka disebabkan aku. Aku nak dia bahagia lebih dari ex wife dia bagi."

"Aku tak yakin. Aku takut dia terluka. Tak nak bagi risiko."

"Huh. Risiko? Kau berhenti kerja dan mula jadi seller. Bukan risiko? Kau tak pernah pun buat bisnes sebelum ni tapi kau boleh juga buat. Sama juga macam hidup kau. Kau kena yakin. Redah je. Kalau kau ikut otak kau tu. Sampai bila bila pun tak ada kasih sayang."

Bukan satu atau dua yang dia fikirkan. Banyak benda dalam benak otak. Dia tak ada mak ayah. Tak tahu asal usul. Kalau Fikri Aidil tahu. Mahu ke dia terima perempuan yang tidak berketurunan ini. Yang datangnya dari mana. Dia sendiri sakit. Berlawan dengan axienty dan kalau   dia tak berhati hati. Mungkin dia akan kembali pada tekanan perasaan atau mengalami deppresion. Rumit hidup seorang Hani Putri.

"Kau takut sebab kau anak yatim?" Tepat soalan Rita.

Rita mengambil parcel yang penuh di sofa lalu dialihkan pada meja. Terkumpul berpuluh puluh parcel. Rita bangun dan henyakkan punggung di sebelah Hani Putri. Dia membawa badan Hani Putri dalam pelukan dan mengusap bahu.

Buntu tapi dia harus meyakinkan Hani Putri. Tiada manusia yang sempurna.

"Hani itu takdir kau. Jangan menghukum kerana kau tak tahu asal usul."

Air mata yang menitis pada pipi dibiarkan mengalir laju. Pelukan pada Rita makin erat.

"Aku takut. Aku takut kalau Fikri tak nak terima aku."

"Syhh." Umpama memujuk anak kecil.

"Dengar sini. Tiada manusia yang sempurna dalam dunia ni Hani. Semua manusia berhak bahagia. Pilih jalan yang betul. Aku sentiasa sokong kau."

*****

Kotak cincin dibuka perlahan. Dikeluarkan cincin emas yang dihiasi permata. Mewah dan elegan. Cincin ini bakal tersarung pada pemilik hati. Galeri Iphone dibuka dan klik pada gambar yang berada dibawah.

Gambar Hani Putri tersenyum semasa majlis makan malam syarikat. Fikri Aidil menangkap secara curi curi. Dia ingat lagi, masa ini hubungan mereka seperti musuh. Dia mengusap perlahan skrin I phone. Rindu pada gadis itu membuak buak tapi kerana pegang pada janji Fikri Aidil menahan diri dari berjumpa.

"Hani. Kalaulah awak tahu yang hati saya pernah terpikat pada awak dulu."

Mungkin Hani Putri tak perasan diri dia yang sedang mabuk bersama Aria. Dia ingat malam itu, secara rasmi Hani Putri memberi ceramah percuma. Gila betul pada masa itu. Hati terasa melayang mendengar bebelan Hani Putri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience