"Haaa kenapa dengan muka kau tu Honey? Jatuh longkang besar ke?" Tegur Haikal bila melihat pipi Aria lebam.
"You tanyalah kawan you tu buat apa kat I?"
"Kau pukul dia ke Fikri?" Soal Haikal serkap jarang. Mata tertumpu pada Fikri Aidil meminta jawapan.
"Gilaa ke apa??? Aku ni balik je kerja terus berkepit dengan Hani. Ni nak pergi pukul si minah ni. Kau ingat aku tak ada kerja nak buat?" Dah you tu kenapa? Salah sendiri sibuk nak petik nama I." Bebel Fikri Aidil. Bengang bila namanya tiba tiba naik.
" Kenapa you hantar gambar I pada daddy? I bagi untuk you jee." Suara Aria kedengaran tersedu dengan tangisan.
"Gambar apa ni?" Soal Haikal hairan.
"Mana aku tau. Kau tanyalah minah tu. Haih tak habis habis buat perangai."
Haikal pandang ke arah Aria. Dia pandang riak wajah Aria yang serba salah untuk bagitahu.
"Errrr."
"Kau jangan cakap kau hantar gambar bukan bukan. Aku cepuk kau karang."
"Ish you ni mana adalahhh! I ni ada otak lagi tauuu tak." Bentak Aria. Dia terus meluru masuk ke dalam pejabat sebelum perkara sebenar terbongkar.
*****
"Yang kuban kuban je kauu ni."
"Kuban??"
"Haa tu lah kau. Ni kan ayat budak budak zaman sekarang."
Fikri tersenyum. Sahabat dia yang satu ini memang mudah terpengaruh mengalahkan budak belasan tahun.
"Aria hantar gambar pada aku eh?"
"Eh kau ni. Tanya aku pulak. Mana aku tau. Hal dia sibuk tanya kita." Ujar Haikal.
"Eh kejapp kejap. Hantar gambar pada daddy lepastu daddy belasah si minah tu. Hmmm pelik aih." Tambah Haikal. Jari jemari mengusap dagu memikirkan ayat Aria.
"Aku rasa dia hantar kuban kuban lah."Ujar Haikal lagi.
"Hah."
"Kau ni kan. Si minah tu kan masih menaruh harapan. Si bapak dia pun . Dah tahu si anak tu dah macam perempuan J. sibuk lagi nak urus projek ni."
"Hmmm kan Aria tu anak dia. Seorang pulak tu."
"Sanggup kau bekerjasama dengan ex ya? Fuhhh aku tak sangguplah. Lagi lagi pernah hancurkan hidup aku. Memang tengok pun aku tak inginlahhh weh."
Fikri hanya mendengar bebelan Haikal. Kalau ikutkan hati dia juga tak mahu jumpa Aria tapi kerana amanah kerja dia turutkan sahaja. Lagipun dia sangat hormatkan Dato' Danial. Dia dan Aria hanya jalankan kerja profesional bukan libatkan soal hati dan perasaan.
"Bagi kau profesioanalkan. Si Aria tu profesional tak?" Soal Haikal. Sengaja tanya supaya Fikri Aidil berfikir dan berhati hati.
Soalan Haikal ada betulnya. Kadang Aria seperti menggodanya. Ada kala seperti kawan dan rakan sekerja. Sekarang yang dia mahu. Gambar apa yang Aria hantar padanya.
"Aku rasa si minah tu hantar gambar tak senonohlah macam gambar separuh bogel." Teka Haikal tepat.
"Kau ni kan. Tak kanlah. Iphone aku tu kadang Hani yang pegang. Kalau ada mahu jadi singa dia tu."
"Tu lah kau. Otak tak berkembang. Buatnya si Hani kau tu hantar gambar ke daddy minat tu. Eh silap minah tu."
Fikri menarik nafas dan lepas. Pen yang dia guna melukis sebentar tadi diletak atas kertas A3. Boleh jadi apa yang dikatakan Haikal. Semalam mood Hani Putri berubah secara drastik. Si Aria ini memang buat masalah! Ilham yang datang dalam otak ini terasa seperti jadi batu. Kaku. Tangan pantas mengoyak kertas A3.
*****
"Honey cantik. Setiap masa dan saat." Puji Fikri Aidil. Dikucup pipi Hani Putri dengan penuh kasih sayang.
Hani Putri ketawa manja. Seronok bila diri dia dimanjakan. Bukan selalu seperti ini. Fikri Aidil selalu sibuk dengan kerja. Dia faham dan tak pernah merungut. Dia tahu bukan senang nak kawal 2 syarikat dengan situasi semasa sekarang. Terlalu banyak dugaan. Sebagai isteri dia hanya menyokong.
" Abang dah kenapa puji puji Hani ni?"
"Laaa awak memang cantik sayang. Honey madu saya."
"Eiii madu pun madulah. Jangan madu lain sudah. Saya sunat awak karang."
"Wuuu garang." Usik Fikri Aidil. Jari jemari sibuk membelai rambut Hani Putri. Lembutnya rambut. Cantik seperti tuannya. Tenang hati ini bila bersama Hani Putri.
"Hmmm abang nak tanya something boleh?"
"Tanyalah. Macam pelik je tiba tiba minta kebenaran. Selalu terjah je."
"Eh yeke?"
Hani Putri mengangguk.
"Abang nampak sopan sangat. Macam bukan abang je. Abang ada apa apa ke?" Tanya Hani Putri. Dia mula bangun dan bercekak pinggang.
Gulp. Garangnya. Nak tanya pun kena susun ayat.
"Errr si minah A tu hantar apa kat whatsap abang?"
"Minah A?" Tanya Hani Putri blur.
"Alahhh si Aria lahhh."
Mata Hani Putri membulat. Amboii si Aria tu, mengadu bagai ya. Kalau depan mata ni, mahu dia bagi tembakan bertubi-tubi.
"Dia mengadu pada abang ke? Lepastu abang nak marah Hani lah?"
Tersilap cakap, perang dunia ketiga agaknya. Lagi pun Fikri Aidil tak kisah apa yang terjadi pada Aria. Pandai buat masalah, pandailah tanggung. Dia hanya mahu apa yang Aria buat sampaikan Dato' Danial mengamuk.
"Marah Honey? Nak buat apa? Abang pelik je, dia buat apa sampaikan Dato" tu mengamuk."
"Ohhhhh."
"Dia hantar gambar separuh bogel. Haa jangan nak bayangkan si A tu ya. Hani tau je. Abang tu Hani pijak pijak. Ishhh." Ujar Hani Putri geram. Kertas yang ada pada meja digumpal kasar dan dilempar atas lantai lalu dipijak pijak.
"Garang nawww isteri abang ni."
"Garanglahhh. Honey tak nak abang gatal dengan betina tu." Balas Hani Putri manja. Dia tarik nafas perlahan dan lepas. Rilek Hani rilek. Garang sangat nanti suami lari. Garang biar bertempat. Manja tu kena lebih.
*****
Ktak ktuk ktak ktuk
Kasut tumit tinggi Aria menggangu ketenteraman Haikal. Mata pandang sekilas ke arah Aria yang duduk melentik pada meja Fikri Aidil. Cawan Fikri Aidil disisipkan pada bibir. Aria gelak manja.
"Eh kau memang tak ada kerusi ke? Nak duduk juga atas meja tu." Tegur Haikal kasar. Menyampah dengan perangai Aria.
"Heloooo Fik tak marah pun. Kenapa you nak lebih lebih?"
"Fik tu dah berbulu mata tengok tingkah kau. Kang kena sepatah dua kata. Kau mengadu pula kat Dato'."
Aria menjeling tajam. Haikal memang boleh membuatkan mood dia jadi kelaut. Ada sahaja ayat yang menyakitkan hati.
"You tak marah I kan Fik?"
"Hmmm." Malas mahu bersuara. Makin bersuara makin menjadi. Biarkan Haikal yang menegur. Pedih tu rasa macam kena cucuk jarum.
"Haa kan I dah kata. Fik tak kisah. You tengoklah I minum air kopi dia pun tak marah."
"Hmm minumlah. I ada masalah sembelit 2,3 hari ni. Faham faham je lah I letak apa nak bagi lawas."
"Errr you letak apa ni?" Soal Aria risau. Dari duduk atas meja terus berdiri menegak. Risau perutnya memulas.
"Youuu gilaaa ke Fikkk." Bentak Aria dan terus berlari keluar.
Haikal ketawa selambak. Dah tak ada langkah gedik, yang ada lari bersepah dengan kasut tumit tinggi.
"Minah tu gila lah. Imaginasi tinggi sangat. Air kopi pahit je pun."
Share this novel