Bab 17

Romance Completed 35078

"Hmm. Tak balas."

Fikri Aidil pusingkan kerusinya ke depan. Dia mengetuk ngetuk meja perlahan menggunakan pensil. Otaknya rasa berserabut. Tidak tahu dimana kesilapan kertas kerja dan lakaran ditolak mentah oleh pelanggan. Ditanya konsep tapi jawapan pelanggan ikut pereka. Arhh, dia ingat aku ni boleh baca fikiran manusia.

Fikri Aidil sedaya upaya menolak memikirkan tentang perihal kerja. Dia mahu rehatkan fikiran hari ini. Terasa mahu pecah. Esok lusa dia akan fikirkan konsep yang baru. Lakaran di atas meja ditolak ketepi.
Dia teringat kembali kenangan semalam. Kenangan si gadis yang melihatnya bermain hujan. Tanpa sedar dia mengukir senyuman.

Semalam kakinya ingin melangkah ke arah gadis itu tapi niatnya mati. Dia takut jika dia memberi masalah pada gadis itu lagi. Baru bertembung mata, gadis itu sudah melarikan diri. Dalam hujan, dia tersenyum suka. Jiwanya meledak. Pagi tadi dia pergi ke pejabat Pak Long Aziz. Niat hanya untuk melihat Hani Putri tapi yang datang berita demam si gadis itu.
Lihatlah, gadis ini sudah terkena penyakit gara gara berlari dalam hujan.

Kertas lakaran tadi diterbalikkan, jari jemari runcing melakar muka Hani Putri. Entah kenapa bayangan Hani Putri yang berada dalam pondok sambil melihatnya dilakarkan kembali ke atas lukisan.

Aidil Fikri tersenyum lagi. Terasa puas dapat menterjemahkan perasaan hari ini. Dia mengeleng kepala berkali kali. Otaknya sudah biul. Sepanjang hari dia memikirkan Hani Putri. Kononnya tidak dapat idea untuk melakar konsep tapi fikiran lebih melayang ke arah Hani Putri.

Dia merengus perlahan. Dadanya terasa debaran secara tiba.

"Amboi pegang dada tu kenapa?" Tegur Haikal. Pelik dengan tingkah Aidil Fitri. Sekejap senyum sekejap pegang dada. Sakit dada ke kawan aku ni?

Fikri Aidil yang mendengar teguran Haikal, secara drastik kertas lukisan yang ada di atas meja dikeronyok. Dia terus membuang ke dalam tong sampah biru.

"Tak ada idea?"

"Yup." Ringkas jawapan Fikri Aidil. Lega mendengar pertanyaan Haikal.

"Bila present lagi?"

"Minggu depan. Aku kehabisan idea. So aku nak rehat hari ini.

"Okey."

"Eh aku baru teringat. Aku nak pergi jumpa Hani Putri kejap."

"Dia demam." Fikri Aidil memberi jawapan pantas.

"Hah."

"Hani kau tu la." Perkataan Hani Putri ditekankan.

Haikal mengusap jambang. Kening dinaikkan berkali kali.

"Dah kau kenapa?"

Haikal senyum mengejek.

"Aku lepuk jugak karang." Ujar Fikri Aidil tidak berpuas hati.

"Aku musykil la. Mana kau tahu? Text dengan dia ye." Haikal serkap jarang. Rasa seronok mahu menyakat sahabatnya ini.

"Aku pergi pejabat Pak Long tadi."

"Okey okey. Kau pergi pejabat Pak Long kan. So kau jumpa Pak Long bukan kau nak jumpa si Hani tu pun. So macam mana kau tahu si Hani demam."

Fikri Aidil membalas dengan ketawa mengejek. Tidak termakan dengan sakat Haikal. Dia sudah bersedia untuk menjawab agar tak terperangkap.

"Encik Haikal. Budak tu pekerja kesayangan Pak Long. Habis bernanah telinga aku ni dengar cerita Pak Long." Ujar Fikri Aidil. Jelas wajahnya terpancar muka tidak suka. Kemudian dia mendengus.

Yakin dengan penjelasan Fikri Aidil. Haikal mengangguk banyak kali.

Sebenarnya Fikri Aidil tidak berjumpa dengan Pak Long Aziz. Dia datang dan bertanyakan hal Hani Putri kepada pekerja Pak Long Aziz sahaja. Selepas dapat jawapan dia segera balik ke pejabat .

"Sakit kepala ke terangguk banyak kali."

Kelakar Fikri Aidil melihat anggukan berkali Haikal. Seperti burung belatuk. Haikal pula percaya sahaja apa yang diperkatakan oleh Fikri Aidil. Reaksi tidak suka jelas di muka Fikri Aidil bila bercakap mengenai Hani Putri, anti sungguh dia dengan gadis itu.

"Jawapan kau memuaskan hati aku."

"Well, rasanya Pak Long dah boleh stop cerita pasal budak tu. Serabut dengar."

"Serabut ke suka?"

Sekali lagi Fikri Aidil membuat muka yang jengkel. Lakonan harus berkeAttack

Fikri Aidil membaca satu per satu ayat yang dipaparkan pada screen Ipone. Tekun dia membaca dan memahami.

Panic Attact

Apa itu Panic Attack?

Ia merupakan sebuah perasaan yang mana anda merasa risau memikirkan sesuatu yang akan terjadi terhadap diri sendiri dan juga mungkin kepada faktor lain juga

Gejala panic attack

Peningkatan degupan jantung.

Rasa menekan sekitar jantung.

Sakit bahagian dada.

Berpeluh pada anggota badan tertentu.

Merasa pijar kepanasan pada badan.(Kebiasaan pada belakang badan)

Merasa sukar bernafas(Pernafasan terasa pendek dan tidak puas)

Terasa pening dan terhuyung-hayang.

Merasa kebas pada anggota badan tertentu.

Merasa otot semaik lemah dan tak bermaya.

Merasa seolah tidak mampu untuk mengawal diri sendiri.

Merasa terawang-awang.(Mamai)

Merasa akan menjadi gila.

Terasa loya dan sakit perut.

Rasa seolah-olah hendak membuang air besar/kecil.

Migrain.

Perut kerap kembung.

Mungkin akan mengalami rasa sakit-sakit badan, tekak atau mulut kering dan banyak lagi.

Setelah habis membaca separuh artikal, dia mula terfikir kejadian tempoh hari.

"Hmm kaki cramp dia tu panick attack jugak ke?"

Dia baru tersedar dengan keadaan Hani Putri ketika dia tersentuh tangan gadis itu. Tangan gadis itu berpeluh dan terketar sedangkan suhu pejabat itu sejuk. Terasa bersalah menguasai diri kerana permainkan gadis itu.

*****

Aku harap kau sentiasa okey

"Ah sudah. Apa pula masalah dia kali ni. Tiba tiba text macam ni. Dah jadi biul ke dengan main hujan tu." Bebel Hani Putri. Mulut masih mengunyah potato. Lapar di perut belum hilang lagi. Makan ubat membuatkan seleranya bertambah besar. Ubat ke vitamin membesar. Dia menonggengkan bekas potato ke telapak tangan. Hampa, potato sudah habis. Diusap pula perut berkali kali.

Ting tong

"Apa benda pula ni."

Dada Hani Putri berdebar kencang. Dia ternampak sesuatu yang tergantung pada pagar rumah. Dia kaku. Takut untuk mengambil. Mulutnya mencebik mahu menangis. Kaki terkuis kuis lantai.

Dont worry itu bukan racun or bom. Tu makan malam kau. Enjoy your dinner

Debaran beransur pulih bila dia membaca kiriman whatsap dari Fikri Aidil. Dia menarik nafas beberapa kali. Sesak dadanya.

"Aku ni dah lah lemah semangat. Boleh pulak dia buat macam ni."
Hani Putri melepaskan amarah.
Kaki kanan dihentak ke lantai. Tersedar dengan lepas lakunya, dia tutup mulut dan menampar berkali kali. Dia segera mencapai bungkusan plastik dan lari ke dalam rumah.

"Wah nasi goreng ayam."
Hani Putri tersenyum sumbing. Lelaki berwajah sejuk beku itu macam tahu makanan kegemaran

Terima kasih untuk hari ni Encik Fikri . Maaf  menyusahkan.

Selesai menekan butang hantar. Dia membaca basmallah untuk makan.

Kasih diterima kembali. Moga cepat masuk pejabat. Senang aku nak buli kau????????

Whatsapp yang dihantar oleh Fikri Aidil membuatkan dia mahu menangis. Ingatkan ikhlas rupanya dia ada tujuan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience