Setahun sudah berlalu begitu juga 3 bulan Hani Putri mengelakkan diri daripada Fikri Aidil. Pelbagai percubaan dilakukan untuk merapatkan hubungan seperti sedia kala namun semuanya tidak berjaya. Hani Putri yang dia kenali dengan mulut becok menjadi pendiam. Apabila ditanya hanya sepatah dua jawapan diberikan.
Fikri Aidil berpusing ke kiri dan ke kanan. Mata tidak boleh tutup walhal badannya kepenatan setelah menyelesaikan beberapa projek dalam 1 minggu sahaja. Dia juga curi tidur selama 2 jam dan selebihnya kerja. Jambangnya juga dibenarkan meliar tumbuh dimukanya. Dia tidak peduli semua itu. Yang penting. Hasil kerja syarikat puas dimata pelanggan. Sangkanya selepas dia berjaya hilangkan nama Hani Putri selama seminggu di dalam benak otaknya sudah tentu selepas itu juga dia berjaya tapi tidak. Terkebil kebil matanya terbuka. Entah mana salah dirinya, dia sendiri tidak tahu.
*****
"Hani. Bos awak ada dalam bilik?" Panggilan sudah bertukar dari kau ke awak sejak kebelakangan ini.
Hani Putri pula tidak terkejut dengan panggilan yang bertukar. Dia membiarkan sahaja. Malas mahu melayan anak saudara bos ini.
"Bos tak ada. Dia ada meeting kat sentul. Mungkin tak masuk pejabat hari ini." Terang Hani Putri sekali nafas.
"Seharian bos meeting?"
"Mungkin sebab bos pesan hari ini dia tak masuk pejabat."
Fikri Aidil mengangguk mengerti. Ingatkan nak selesai projek bersama secepat mungkin tapi Pak Long Aziz ke mesyuarat. Dia memandang sekilas wajah Hani Putri. Wajahnya yang biasa, tiada masam atau peramah seperti dahulu. Wajah biasa inilah yang dipamerkan semenjak 3 bulan ini.
"Hani jom keluar lunch dengan saya." Pinta Fikri Aidil menguji nasib. Dia berdiri kini duduk dikerusi berhadapan dengan meja Hani Putri.
"Saya sibuk."
"Lunch pun awak sibuk juga ke?" Soal Fikri Aidil. Seumur hidupnya ini kali pertama perempuan menolak ajakan dia. Dulu sewaktu dengan Aria. Hanya sekali sahaja, Aria terus setuju tetapi tidak Hani Putri. Dia akui Hani Putri memang perempuan yang istimewa.
"Saya pekerja bukan bos yang boleh keluar sesuka hati." Jawab Hani Putri menyindir. Sengaja dituju pada Fikri Aidil. Moga sindiran dia akan membuatkan lelaki ini pulang ke pejabatnya dengan segera.
Sindiran Hani Putri tak berkudis dalam Hati Fikri Aidil malah dia menayangkan gigi yang rata.
"Bagus pekerja yang bertanggungjawab tapi jangan buat macam tu. Waktu lunch tu awak punya. Waktu lunch bukan waktu ot. Kalau nak siapkan kerja. Buat je ot. Baru duit masyuk."
Sepi. Tiada sebarang jawapan Hani Putri. Hani Putri bangkit dan pergi ke mesin fotostap. Dia salin beberapa dokumen penting dan bagi pada Fikri Aidil. Dokumen penting yang dipesan oleh bos. Fikri Aidil mati akal tidak tahu apa yang perlu dia katakan. Dokumen yang diberikan tanpa sebarang penjelasan. Gadis itu berjalan menuju ke pantry. Kerasnya hatimu Hani Putri.
*****
"Amboi kau jauh mengelamun. Sketch dah siap ke?"
Suara Haikal menyentak lamunan Fikri Aidil. Pensil ditangan dibaling ketepi. Sekali sekala dia termenung bukan setiap hari.
"Aku pening fikir sketch." Tipu Fikri Aidil.
"Ya...lahhh tuuuu." Meleret suara Haikal
"Kau jangan cakap yang kau teringat kat janda berhias kau tu?" Haikal cuba meneka.
"Oit..Gila ke. Si janda tu nak kahwin dah." Sanggah Fikri Aidil cepat. Tak ingin teringat bekas jandanya. Tak bawa manfaat apa pun.
"Mana tahu gila talak." Ujar Haikal sambil menjeling sekilas muka Fikri Aidil yang masam.
"Dari aku ingatkan si tu tu. Baik aku ingat kat mak bapak aku." Panggilan si janda bertukar pada panggilan tu. Susah dia mahu melafazkan nama Aria semenjak mereka disahkan bercerai.
"Hani Putri?"
Fikri Aidil mengangkat kening. Selama 3 bulan Hani Putri melakukan serangan perang dingin. Haikal tidak mengeluarkan nama Hani Putri dibibirnya. Hari ini nama itu yang meniti dari bibir Haikal. Mana boleh dia membongkarkan rahsia hatinya. Biar Haikal sendiri yang tahu.
"Kenapa senyap?betul?" Soal Haikal lagi.
Fikri Aidil diam. Tidak membuka mulut.
"Aku tahu kau terasa dengan sikap Hani yang jadi pendiam tiba tiba. Kau tak rasa ke selama ni kau layan dia kasar. Mungkin cara macam tu dia hindarkan dari kau."
"Aku tak layan dia kasar la." Jawab Fikri Aidil dingin.
"Aku tahu Fik. Aku dengar kau panggil dia lembab. Kau tak rasa ke perasaan dia terdera dengan mulut kau." Balas Haikal. Sebenarnya dia tidak suka kan sikap Fikri Aidil yang kadang kala melampau melayan Hani Putri sampaikan memanggil gadis itu dengan perkataan lembab. Bukan dia tidak menegur, dia tegur tapi Fikri Aidil dengan sikap kerasnya.
"Haikal. Ni dunia pekerjaan. Adatlah kalau kena sindir."
Haikal menghembuskan nafasnya yang kuat. Fikri Aidil masih begitu, tidak mahu kalah.
"Kalau apa apa terjadi dengan dia. Kau nak bertanggungjawab?"
"Jadi apa?" Bingung dengan soalan dan ujaran Haikal yang bertubi tubi menyerang dirinya. Kenapa si Haikal nak sangat pertahankan Hani Putri.
*****
Rita duduk bersandar kepenatan. Dia tersenyum sinis melihat pandangan didepan mata. Hani Putri menonton siaran televisyen tetapi otaknya melayang entah ke mana. Dia termenung membiarkan drama itu berjalan. Beberapa bulan kebelakangan ini, sikap Hani Putri berubah. Kadang ceria kadang termenung. Puas dikorek isi hati Hani Putri tetapi tidak berjaya. Hani Putri simpan rapat. Soal pencarian ibubapa mungkin. Rita tak suka dengan sikap Hani Putri. Sikap itu memakan diri Hani Putri. Seminggu boleh dibilang berapa kali Hani Putri terkena serangan panik. Rita sedih melihat kesakitan Hani Putri.
"Hani." Rita memangil lembut tetapi tiada balasan dari Hani Putri.
"Haniiii." Rita melaungkan nama Hani Putri kuat. Boleh ibaratkan Hani Putri didapur dan Rita di ruang tamu walhal mereka duduk disofa bersebelahan.
Hani tersentak. Dadanya berdebar mendengar laungan Rita.
"Ka...uuu ke..na..pa?" Tanya Hani Putri gagap.
"Hani tak ada apa. Kau tu termenung. Aku balik pun kau tak sedar. Kau ada masalah ke?"
"Tak ada Rita. Aku sakit kepala."
"Naik atas makan ubat."
"Tak nak."
"Hani."
"Tak nak." Hani Putri bersuara sayu. Tiba tiba hatinya walang waima tiada apa yang berlaku.
"Kenapa ni?"
"A..ku..akuu tak boleh layan perasaan macam ni kan." Menitis air mata Hani Putri. Sehabis no mungkin dia tak nak mengalah dengan perasaan ini tapi akhirnya tewas. Dia bencikan diri sendiri no yang lemah berjuang.
Rita merangkul tubuh Hani Putri. Dia mengusap belakang Hani Putri perlahan. Membiarkan perasaan sahabatnya reda.
"Tak ada apa apa pun. Okey, aku belanja kau makan malam ni dan tengok movie midnight." Ujar Rita dengan wajah cerita. Dia menunjukkan tiket yang baru dibeli tadi. Sempat singgah di panggung wayang untuk membeli tiket terlebih dahulu. Dia mahu membeli jiwa Hani Putri. Dia mahukan Hani Putri ceria.
Hani Putri melebarkan senyuman manis. Dia mengangguk pantas. Dia suka dengan ajakan Rita.
Share this novel