Bab 44

Romance Completed 35078

"Saya kena axienty sebab awak."

Fikri Aidil mengeleng kepala berkali kali. Rasa kecewa. Rasa pedih datang lagi. Tak sangka selama ini axienty Hani Putri datang berpunca dari dirinya. Ya tuhan. Apa dugaan kali ini disaat aku benar benar yakin yang aku telah jatuh sayang pada Hani Putri.

Jatuh sayang bukan bermaksud kau jatuh cinta

Fikri Aidil kaku sebentar. Ungkapan itu menjelma dalam fikira. Jatuh sayang? Jatuh cinta? Dua perkataan itu yang hadir dalam hati. Dia pasti.

*****

Hani Putri menangis teresak esak. Sakitnya meluahkan perkataan itu. Keputusan yang tidak berfikir panjang. Benarlah jatuh cinta itu menyakitkan jika bertepuk sebelah tangan.

"Aku sakit bukan sebab dia. Dia banyak tolong aku." Ujar Hani Putri bersama esakan.

Tak pernah sekali pun dia menyalahkan Fikri Aidil apabila dia terkena serangan tetapi dia tidak tahu kenapa mulut ini lancang berkata kata. Jika dia terkena serangan pasti Fikri Aidil yang menyelamatkan dirinya. Dia tahu itu. Dia sudah anggap Fikri Aidil seperti hero.

Manusia mana yang sempurna. Dia tahu hakikat itu. Dia terima Aidil seadanya tapi dia tak boleh terima jika Fikri Aidil kembali pada bekas isterinya. Apa guna yang Fikri Aidil bagi hint pada dirinya. Dia faham semua itu. Terlalu faham tapi hati menidakkan sampaikan hati sendiri yang terluka.

Hint apa Hani? Hint sekadar nak permainkan perasaan kau saja? Kalau betul sudah tentu dia lamar kau.

Bisikan itu melintasi di fikiran Hani Putri. Susahnya mahu buang bisikan negatif.

Hari demi hari berlalu. Bisikan jahat yang berlegar masih tak nampu dia buangkan. Dia seperti nanar mencari arah tuju.

"Selepas kau buang kerja. Dia bukan text kau lagi. Jadi kenapa nak sedih Hani."

Hani Putri pandang Rita. Dia mengeluh. Ujaran itu bersifat negatif atau positif? Dia sendiri kurang yakin.

"Aku bukan negatif Hani. Tapi aku nak kau semangat. Dulu elok je kau lupakan dia."

Hani Putri tersengih. Macam tahu apa yang bermain dalam fikiran dia.

"Positif. Positif dan Positif ." Ulang Rita 3 kali.

"Aku memang tak layak bahagia kan."

"No siapa cakap. Lagi kau negatif lagi kau fikir macam tu. Kalau kau tak layak bahagia. Kenapa customer kau makin lama makin ramai. Kau bahagiakan bila orang feedback yang positif."

Hani Putri pandang Rita. Tiada anggukan mahupun gelengan. Positif betul pemikiran Rita. Kan bagus jika aku macam dia. Normal.

"Lelaki kacukan tu hensem oii. Selalu tanya pasal kau. Nak aku kenen kenen kan?"

"Eh kau ni kan."

"Yang depan tak dihargai. Cari yang belakang."

Rita oh Rita. Ada sahaja hiburan. Betul juga yang depan mata tak nak. Yang tepi pun boleh. Kacak pun kacak. Nampak macam orang kaya tapi tak nak lah nanti perangai macam orang tu.

*****

Hani Putri tersenyum malu. Pagi dapat pick line pula. Ada cia cia lagi.

"Eh merah dah muka dia. Saya buat lawak je ye. Awak nak ke mana?"

"Pos laju."

"Mari saya hantar."

Hani tunjuk ke arah satu sudut. Naik benda alah tu. Duduk rapat rapat dan boleh buat dia jadi tonggek. Tak boleh nak bayangkan. Ngeri.

Faham dengan Hani Putri. Lelaki itu ketawa kecil. Tak akan dia nak bawa anak dara orang dengan bonceng motorsikal. Dosa ingat sikit.

"Saya teman awak jalan kaki."

"Hah."

"Jom."

"Tak apa encik. Saya boleh pergi sendiri. Dekat aje pun."

"Awak sehala dengan saya nak pergi bus stop tu."

"Errr. Saya tak kenal encik. Jadi tak payahlah." Ujar Hani Putri. Kaki melangkah tergesa gesa. Janganlah lelaki sebelah rumah tu ikut dia. Tak sudi dan tak suka. Nama pun tak kenal.

*****

Haikal ketawa terbahak bahak dengan idea bodohnya. Balingan kusyen sempat ditepis ke tepi. Ketawa tak boleh berhenti apabila melihat wajah sahabat yang merah padam.

Bagus apa idea ni. Tak boleh lari.

" Baguskan." Ujar Haikal sengaja menyakitkan hati Fikri Aidil.

"Idea bodoh dan idea nak mampuskan anak dara orang."

Kalau idea yang pelik je boleh bagi pada Haikal. Dulu idea kahwin. Sekarang idea yang tak boleh diterima akal. Menjatuhkan maruah orang.

"Dah tu. Kau tak nak dia lari kan. Itu saja idea paling baik. Bukan aku suruh kau rogol dia. Yang ini kau boleh bunuh aku." Celupar Haikal menutur kata. Sebelah kening diangkat angkat pada Fikri Aidil.

"Kau ni mulut macam mak cik bawang. Pakai cakap je apa kau nak cakap. Macam tak ada otak." Hambur Fikri Aidil.

"Ada idea lain? Selain idea tu?"

"Tak ada."

"Dah tu terima je lah idea bodoh tu. Confirm jadi milik kau. Tak ke mana."

Fikri Aidil malas menjawab. Dibiarkan sahaja Haikal dengan idea konon terbaik.
Kalaulah situasi itu terjadi sudah tentu Hani Putri benci dirinya. Dia mahu ambil Hani Putri dengan cara baik bukan dengan cara kotor.

"Hello kawan. Lelaki kan? Guna ayat manis bagi cair. Itulah dulu bila orang tu hampir nak kat kau. Kau buat perangai. Sekarang padan muka."

"Dia cakap aku penyebab dia kena axienty."

Haikal tergamam. Kalau macam ni memang Fikri Aidil tak ada harapan. Nak tayang depan muka Hani Putri pun tak boleh. Mahunya kena makan terajang.

Haikal tersenyum. Idea bernas datang lagi. Bukankah Hani Putri tu adik angkat isterinya. 

"Tiba tiba aku fikir idea kau boleh pakai."

"Kepala hangguk kau."

*****

Hampir seminggu, Haikal memujuk isterinya untuk menolong. Akhirnya membuahkan hasil. Itu pun dengan pujukan hadiah yang lumayan. Untung pergi berbulan madu. Dapat anak kedua lagi. Otak nakal mula berfikir.

"You jangan macam macam ya." Ugut Trisha.

"Apa?" Soal Haikal dengan muka tak bersalah.

"You bagi idea paling cerdik kan. Ada ke you bagi idea tangkap basah."

"Ok apa. Tangkap dia orang berdua dan simbah air. Ha jadi tangkap basah kan."

Trisha muncungkan bibir. Susah cakap dengan Haikal. Loyar buruk je lebih. Mendidih hati bila Fikri Aidil bercerita. Sebenarnya, dia terbuka hati hendak menolong disebabkan permintaan Fikri Aidil. Bukan percutiaan ke negara eropah.

"Halah. I gurau je baby. Yang si Fik tu. Ambil serius kenapa."

"Kawan tu susah hati. Dia tak ada tempat meluah. You lah tempah meluah. You pula bagi idea macam tak ada akal. Buat nya Hani kena serang axienty dengan teruk macam mana. I saman you ya b." Bebel Trisha.

Haikal tersengih sumbing. Padu sungguh bebelan si isteri.

"You nak buat apa dengan Hani?"

"Pujuk dia lah."

"Boleh jalan ke?"

Trisha menjeling tajam. Banyak soal si suami. Tahulah dia macam mana nak cakap dengan Hani Putri.

Trisha menghembuskan nafas perlahan lahan. Debaran terasa. Lama dia tak bertemu dengan Hani Putri semenjak melahirkan anak yang sulung.

Dulu masa dia berpantang, Hani ada datang ke rumah tapi hanya bertemu dengan bayi Anas sahaja. Masa itu dia tidak dapat keluar dari bilik akibat terkena demam panas.

Ayat apa lah yang harus dia tuturkan. Dia datang ini tiada persediaan. Yang dia tahu sekarang dia nak beli produk yang Hani Putri jual. Urusan lain biarlah dia fikirkan dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience