Bab 14

Romance Completed 35078

Hani Putri mengusap kedua lengan tangan yang beralas baju kurung. Bulu roma berdiri secara tiba. Pandangan tajam Fikri Aidil membuatkan dia rasa seram sejuk. Remote aircord diambil lalu diperlahankan suhu mengikut kesesuaian haba badan. Hani Putri rasa aneh dengan sikap Fikri Aidil hari ini. Tidak bersuara malah memandang tajam dan sentiasa memerhati gerak gerinya bagaikan dia seorang pesalah. Mulutnya yang lancang mengeluarkan kata kini menunjukkan sikap seolah olah mahu menerkam dirinya.

"Apa pula salah aku kali ni." Hani Putri Mengumam sendiri.

Dilibas mukanya dengan kedua tangan. Wajah yang merah padam masih tidak hilang. Masuk ke dalam pejabat bos tadi boleh diibaratkan masuk ke dalam api. Panas. Muka yang berpeluh dikesat pula dengan hujung lengan baju.

"Arh tak tahan. Nak pergi tandas."

Fikri Aidil meminta diri untuk ke tandas. Duduk lama dibilik suhu sejuk ini membuatkan dirinya mahu ke tempat yang selesa. Haikal dan Pak Long Aziz serius berbincang tentang hal kerja.

Fikri Aidil menutup perlahan pintu. Dia menoleh ke tempat Hani Putri. Meja kerja kosong.

"Mana pula dia ni." Ngomel Fikri Aidil.

Fikri Aidil mengambil kertas kosong a4 dari rak buku. Dia menulis sesuatu di kertas kosong dan diletakkan pada meja kerja. Dia menyelitkan kertas itu pada buku - buku Hani Putri. Selesai menjalankan kerja tak bertamadun, dia pergi ke tandas lelaki.

Hani Putri melabuhkan punggung di kerusi kerja. Tangan mengemas buku-buku yang bersepah. Kertas nipis yang terselit antara buku jatuh ke lantai. Dia menunduk dan mengambil. Dahi berkerut membaca 4 patah kata yang ditulis atas kertas.

Hai si gadis lembab

Terbeliak mata Hani Putri membaca tulisan itu. Siapa yang berani menulis ayat ini kecuali lelaki wajah beku itu.
Sejak bila pula dia keluar dari bilik bos.

Tubuhnya kembali ketar. Baru sahaja tadi berasa tenang, seram sejuk kembali lagi. Bulu roma lengan naik mencacak.

"Apa malang nasib aku ni."

Fikri Aidil keluar dari tandas lelaki. Lega rasanya setelah menyelesaikan segala hajat. Kaki mula melangkah untuk kembali ke bilik Pak Long Aziz. Baru separuh melangkah, niat terbantut untuk terus ke bilik Pak Long Aziz. Dia melihat Hani Putri mengengam kedua tangan. Mulut menghembus kuat tangan yang digengam rapat. Mulut terkumat kamit.

"Oii curi tulang ke?"  Fikri Aidil bersuara dari jauh.

Hani Putri kaku ditempat dia berdiri. Tidak berpaling untuk menghadap lelaki itu. Malapetaka apa pula yang hadir sekarang.

"Macam nenek tualah terkumat kamit tu." Kali kedua dia bersuara.

"Aku cakap dengan bos kau. Kau curi tulang." Fikri Aidil gertak.

"Ma..ma..na mana ada. Saya nak minum air je." Balas Hani Putri gagap.
Hani Putri berharap Fikri Aidil segera beredar dari situ.

Hani Putri terasa urat kakinya bagai ditarik sesuatu. Kaki dia tiba tiba kejang.

"Arghh sakit." Jerit Hani Putri.

Fikri Aidil yang mendengar jeritan terus meluru ke Hani Putri. Hani Putri jatuh ke lantai pantry. Dia pegang kaki kanan yang sedang kejang.

"Kau kenapa ni?" Soal Fikri Aidil cemas.

"Kaki saya kejang encik. Allahu sakitnya." Rintih Hani Putri menahan sakit.

Tanpa melengahkan masa lagi, Fikri Aidil terus membuka kasut tumit tinggi Hani Putri.

"Sorry aku pegang kaki kau ni."

Fikri Aidil segera melunjurkan kaki Hani Putri lurus. Tapak tangan diletakkan pada tapak kaki Hani Putri. Dia mula renggangkan kaki Hani Putri dan gerakkan tapak kaki secara perlahan.

"Sekarang rasa macam mana?"

"Dah ok sikit." Ujar Hani Putri perlahan. Dia mengesat air mata yang tumpah.

"Kau menangis ke? Sikit je ni. Tak ada apa pun. Balik nanti isi minyak panas kat tempat sakit tu." Pujuk Fikri Aidil. Jatuh kasihan pada gadis ini. Rasa bersalah pula mengusik kasar gadis ini.

"Mana ada."

" Esok datang kerja jangan pakai tumit tinggi. Tumit dia ni ya Rabbi halus sangat. Kau pun bukan pandai pakai kasut tumit tinggi ni."
Fikri Aidil membebel. Tangan pegang kasut tumit tinggi dan digoyangkan.

"Saya suka kasut tu."

Fikri Aidil menggeleng kepala dan tersenyum. Inilah perempuan sanggup sakit demi nak nampak cantik macam isterinya dulu. Bibir yang mengukir senyuman kembali mati. Riak beku dipamerkan.

"Boleh bangun tak?"

"Ta...k."

Fikri Aidil pegang tangan Hani Putri yang beralas baju. Dia membantu Hani Putri bangun. Hani Putri bangun  perlahan. Kaki masih lagi terasa sengal.

"Terima kasih tolong saya."

Fikri Aidil tidak menghiraukan ucapan itu. Dia membantu Hani Putri untuk pergi ke meja kerja kembali. Kebetulan waktu ini adalah waktu rehat, jadi tiada orang yang mendengar Hani Putri menjerit.

Fikri Aidil juga membantu Hani Putri untuk duduk. Kalau diikutkan tiada apa yang teruk pada kaki Hani Putri. Rasanya gadis ini boleh berjalan walaupun ada terasa sengal. Untuk mengatasi rasa bersalah, dia ikut sahaja perangai manja gadis ini. Sewaktu dia pegang tangan gadis ini untuk membantu, dia rasakan badan gadis ini gigil sedikit.

"Sakit kaki ni macam mana kau nak keluar makan?"

"Saya ada bawa bekal nasi."

"Oh."

*****

Haikal tidak jadi keluar. Dia membuka sedikit pintu secara perlahan.

"Shhh Pak Long." Haikal memanggil Pak Long Aziz seakan berbisik. Tangan mengamit Pak Long Aziz. Dia memberi isyarat menunjuk ke luar.

"Kenapa?"

Haikal meletak jari telunjuk ke mulut dan mengisyaratkan ke luar. Mereka sama sama mengintai.  Mereka melihat sendiri bagaimana Fikri Aidil memimpin tangan Hani Putri.

"Amboi kau Fik kemain ya kau kutuk Hani. Ini helah kau sebenar ya." Ngomel Haikal.

*****

"So balik nanti kau naik apa?" Soal Fikri Aidil prihatin.

"Selalunya saya naik bas tapi kalau kaki masih sakit.Mungkin saya naik grab."

"Ohh."

"Saya rasa dah tak apa. Encik masuklah dalam. Nanti apa pula kata encik Haikal dengan bos." Ujar Hani Putri. Sebenarnya dia malu dengan Fikri Aidil yang datang membantu. Lagi haru bila Fikri Aidil buka kasut dan pegang kakinya. Bila fikir balik, pipi Hani Putri jadi merah menyala. Bukan itu sahaja, lelaki ini pasti dapat rasa badan dia yang terketar. Mujur saja tak kena serangan panik.

"Kenapa kau terketar secara tiba?"

"Saya memang macam ni."

"Kau ada panic attack?"

"Tak ada encik. Encik janganlah banyak tanya." Rungut Hani Putri. Rimas ditanya pelbagai soalan. Dia rasa tidak selesa.

Setelah puas mengintai mereka berdua. Pak Long Aziz dan Haikal membuka pintu. Mereka berlagak biasa seolah tiada apa yang terjadi. Fikri Aidil yang mahu memulas tombol pintu tidak jadi masuk.

"Lama kamu ke tandas ya."

"Saya ada hal sikit Pak Long. Maaflah sebab tinggal perbincangan tadi."

"Ada hal ke. Kumbang menyedut madu." Usik Haikal. Mata memandang Fikri Aidil dan seterusnya ke Hani Putri. Dia senyum nakal. Fikri Aidil yang faham maksud Haikal, tidak diendahkan sahabatnya itu.

"Jom lunch. Lapar." Fikri Aidil terus bersuara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience