Bab 10

Romance Completed 35078

Hani Putri tersenyum manis.Bibirnya cuba dilebarkan agar tidak nampak senyuman palsu.Hilang mood pagi. Terpaksa menghadap wajah sejuk beku lelaki ini. Mulutnya muncung menandakan tidak suka tetapi cepat sahaja mengeleng kepala.

Minggu lepas mereka berkongsi makanan bersama tetapi tidak untuk hari ini. Hani Putri cuma geram dengan sikap sombong Aidil Fikri. Kalau minggu lalu boleh diajak berbual. Hari ini Fikri Aidil sengaja mencari masalah dengan dirinya. Serba tak kena.

"Awak ni memang jalan tak pakai mata ke." Fikri Aidil menekan suara.

"Pakai tongkat je la kalau tak ada mata. Menyusahkan." Tambah Fikri Aidil lagi.

Hani Putri terasa hati dengan kata kata pedas dari Fikri Aidil pagi tadi. Menyesal dia berkongsi makanan dengan Fikri Aidil.

"Kau ingat aku hairan.Nasib baik kau tu anak saudara bos aku tau..eeee menyampahnya." sempat lagi Hani mengutuk perlahan.Mungkin tidak kedengaran di telinga Fikri Aidil.

"Bos awak mana?"

"Errr errr." Teragak mahu menjawab.Sudahlah tengah mengutuk.Sekarang ada pertanyaan secara tiba-tiba pula.

"Awak ni memang blur ke?" Sinis Fikri Aidil menyoal.

Terkelip-kelip mata Hani Putri apabila disindir begitu. Otaknya masih tak berfungsi sekarang ini. Jadual bos pun belum lagi dia semak.Lelaki ini pula awal pagi sudah datang ke pejabat.

"Sa..ya..sa..ya..saya ta..k tak tahu encik." Tergagap Hanni Putri memberi jawapan.

"Oh saya tak tahu pula setiausaha pak saudara saya ni gagap orangnya." Disindir sekali lagi. Tepat menusuk ke dalam hati Hani Putri. Hani Putri hanya terkebil. Mati kata tiada balasan. Hatinya menyumpah dengan sikap anak saudara bos yang berlagak.

"Kenapa senyap? Tak kan la jadual bos awak sendiri tak tahu.Macam mana awak jadi setiausaha ni?Lembab sangat buat kerja ni. " Kening Fikri Aidil terjongket naik.Senyuman sinis dilepaskan.Sengaja berbuat begitu untuk menakutkan si gadis. Dia ingat Fikri Aidil tidak tahu gadis ini sengaja mengutuknya. Suaranya perlahan tetapi masih lagi dengar butir bicara di pendengaran telinga.

"0h menyampah dengan aku ya.Kalau macam ni.Hari hari aku datang sini.Biar kau rasa jelik sikit." Terlintas dihati Fikri Aidil untuk berbuat begitu. Rancangan jahat sudah direncanakan.

Hani Puteri menyelak helaian kertas satu persatu dengan agak kelam kabut. Mahu mencari jadual bos yang terkini. Dalam hati memarahi diri sendiri yang alpa dengan jadual bos.

"Aduhlah pak saudara aku ni.Kenapa dia ada setiausaha yang agak clumsy ni. Hei awak. Slow sikit selak page tu.Pening saya tengok awak kelam kabut tu." Sengaja dilembutkan suara tetapi masih kedengan sinis.

Ekor mata Hani Putri menyusur wajah Fikri Aidil . Tidak diendahkan lelaki ini. Jari masih melincah mencari jadual bos yang hilang. Telefon bimbit jenama Huawei bergetar di atas meja menanda mesej masuk. Tangan segera mencapai dan klik pada mesej tersebut

Saya x datang hari ni. Isteri saya demam

Ringkas saja pesanan yang disampaikan oleh bos. Kalau bos mesej awal sudah tentu dia tak akan berhadapan dengan lelaki beku ini. Lelaki ni menyakitkan hati sahaja.
Rasa mahu dicilikan mulut biar tahu berbahasa.

"Bos tak dapat datang. Isteri bos demam." Ujar Hani Putri. Tidak memandang wajah Fikri Aidil. Bukunya ditutup perlahan. Diletakkan atas meja.

"Cakap dengan saya ke tu?"

"Ya encik."

"Oh cakap dengan saya ke.Ingatkan cakap dengan tunggul kayu tadi."

"Tak ada tunggul kayu kat sini encik."

"Ada.'

" Mana?" Polos saja pertanyaan Hani Putri. Wajahnya dipandang kiri kanan . Tiada tunggul kayu yang ada hanya pokok bunga di tepi pintu pejabat.

"Awak."

"Saya?"

"Ye tepat.Awak tunggul kayu itu." Ujar Fikri Aidil bersahaja. Suka dapat megenakan gadis ini. Itulah Kutuk dia lagi.

Hani Putri merengus geram.Disamakan aku dengan tunggul kayu.Eh aku cantik je tau.Mata menjeling Fikri Aidil. Malas mahu melayan karenah lelaki ini. Dia segera melakukan kerja yang tertangguh.

*****

"Paklong sihat? Dengarnya mak long demam."

"Macam tu la Fik. Apa orang kata tu demam manja."

Fikri Aidil tersengih mendengar ujaran Pak long Aziz. Bahagianya jika dia dan Aria dapat hidup sampai ke tua. Melalui susah senang bersama seperti Pak long dan Mak long.Ahh angan - angan yang tak ada masa depan.

"Fik." Tegur Pak long Aziz perlahan. Hati tua kesian melihat wajah sunggul anak saudara.

"Masih ingat benda yang lama?"

Fikri Aidil tersenyum. Kepala mengeleng lemah. Cuba disembunyikan kesedihan yang tiba hadir.

"Fikri dari mana ni?" Cuba dialih topik . Tangan pula lincah menuangkan air teh di dalam cawan.

"Dari pejabat pak long. Setiausaha pak long cakap mak long demam. Itu Fik datang kemari. Rasanya dah lama tak ziarah pak long dengan mak long ni."

"Kamu rasa macam mana dengan Hani Putri ?" Soalan yang tak terduga keluar dari pak long Aziz.

"Errr.Sapa Hani Putri pak long?" berpura - pura tidak mengenali.

"Kamu ni. Setiausaha Pak long la."

"Kenapa dengan dia?"

" Kamu rasa dia macam mana?" Soal Pak long lagi.

Fikri Aidil mengaru kepala yang tidak gatal. Ahh sudah kenapa dengan Pak Long. Bertanya pula tentang gadis clumsy tu. Jujur atau tidak hendak memberi jawapan ini.

"Dia agak clumsy pak long." Ujarnya menyengih. Jujur dari hatinya. Pertama kali jumpa gadis itu. Dia melihat sendiri gadis itu agak kelam kabut. Entah kenapa dia boleh menjadi setiausaha bapak saudaranya. Pagi tadi gadis itu mengutuk dia secara perlahan. Berani .

"Kamu tak suka dia ke?" Berkias sikit cara Pak Long. Wajahnya mendekat. Teruja mahu mendengar jawapan Fikri Aidil. Cawan ditangan masih dipegang. Tiada tanda minum. Fikri Aidil menyisipkan cawan dibibir. Diteguk air teh perlahan. Masih ragu dengan pertanyaan Pak Long Aziz. Dia hanya gelak perlahan.

"Saya tak kenal dia."

"Kalau tak kenal maka tak cinta. Kamu cubalah kenal dia tu.Budak baik orangnya." Puji Pak Long Aziz. Berkenan dia dengan Hani Putri. Kalau dia ada anak lelaki sudah tentu dia jodohkan dengan anaknya tapi sayang Pak Long Aziz tidak mempunyai anak. Sudah 40 tahun kahwin tapi rezeki tiada. Ingin mengambil anak angkat tapi isterinya tak nak. Fikri Aidil ini seperti anaknya sendiri. Dari kecik isterinya yang jaga jika mak ayah Fikri Aidil ke luar negara .

Fikri Aidil senyap. Tiada balasan darinya. Hati ini masih sakit. Tiada rasa untuk berkenalan dengan perempuan lain.

"Hal yang lalu dibiarkan pergi. Fokus benda yang dihadapan." Nasihat diberikan pada anak saudara. Ditepuk bahu Fikri Aidil perlahan.

"Tak tahulah Pak Long." Luah Fikri Aidil perlahan. Penat hati menidakkan Aria dalam hidup. Kadang kala diri sendiri dihantui bayangan isteri. Terasa dayus. Isteri lari ikut jantan tapi dia pula teringat.

"Orang tak nak kita Fik. Jangan terhegeh. Kita ini lelaki ada ego sendiri. Jangan lemah. Kamu bukan tak rupa tak ada duit. Kamu ada segalanya tapi kalau dah mata duitan mana pernah cukup. Ramai lagi perempuan kat luar sana yang baik macam si hani Putri tu." Dalam nasihat masih terselit nama gadis itu. Rasa lucu mencuit hati Fikri Aidil. Aduhai Pak Long sempat lagi ya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience