Bab 34

Romance Completed 35078

Seminggu sudah berlalu, wajah Fikri Aidil masih sama. Masam sepanjang masa. Mood tak baik tidak menjejaskan kerja. Cuma dia hanya bercakap sekadar hal kerja sahaja. Tiada usikan untuk Hani Putri.  Tiada ucapan pagi atau ucapan malam. Hani Putri hanya menurut tingkah Fikri Aidil. Tekanya mungkin lelaki itu ada masalah peribadi.

Hani Putri mengintai sikit dari tepi. Dia melihat kerutan seribu dari wajah Fikri Aidil. Mungkin mengenai kerja. Dia menompang dagu. Dalam keadaan kacak pun lelaki itu masih kacak dari pandangan mata. Dia tersenyum sendirian. Dua saat kemudian mata Hani Putri dan Fikri Aidil bertentang. Hani Putri kelu. Dia tertangkap. Fikri Aidil memandang kosong dan kembali melakukan kerja.

Hampa. Jika dulu kalau mereka berseteru pasti Fikri Aidil membuntangkan mata tapi hanya balasan sepi yang dia dapat. Dia mencebik bibir. Rasanya dia tiada salah tapi kenapa Fikri Aidil sikap seperti itu.

Ketak ketak ketak
Kasut tumit tinggi berwarna merah menghasilkan bunyi di pejabat.

"Hello I nak jumpa Fikri Aidil." Ujar si wanita dalam keadaan angkuh.

Hani Putri mengangkat wajah. Dia meneliti dari atas ke bawah imej wanita. Serba merah dari rambut, pakaian dan kasut. Warna merah! Macam pernah nampak tapi siapa?

"Eh you dengar tak? Nak I ulang lagi?"

"Cik dah buat temu janji ke?"

" I isteri dia."

" Bekas isteri." Haikal menyampuk. Sinis memandang Aria. Masih sama. Seksi tak berubah, berlagak pun sama. Bekas buat cara bekas.

"Eh you diam boleh."

"Aku tak akan diam. Kau tu bekas buat cara bekas. Macam bekas makanan. Dah tak ada hasil. Boleh buang dalam tong sampah." Sinis kata kata Haikal.

"Mulut you tu jaga sikit ye. Jangan sampai I saman you."

"Saman? Eh pergi lah saman. Aku tak kisah pun dengan sampah macam kau ni."

Berombak dada Aria menahan mara. Kawan baik Fikri Aidil memang tak guna. Dari dulu sampai sekarang. Ada saja masalah yang dia timbulkan. Dia mencekak pinggang. Walau apa pun yang terjadi. Dia tetap juga nak berjumpa dengan Fikri Aidil.

"Berambus lah dari sini. Aku pasti Fik tak ingat jumpa dengan kau. Jijik agaknya." Sengaja Haikal membara hati Aria. Puas hati. Sudah lama dia menyampah dengan Aria. Dasar anak orang kaya tak sedar diri.

Hani Putri terkebil kebil melihat adegan gaduh di depan mejanya. Mahu meleraikan, takut pula. Sikap Haikal yang agak baran.

" Apa bising bising ni."

"Ria nak jumpa Fik." Manja Aria bersuara dengan tubuh badan meliuk.

Haikal merenung Fikri Aidil tajam. Memberi amaran pada sahabatnya agar tidak melayan Aria. Fikri Aidil memberi isyarat. Dia tahu apa yang harus dilakukan.

" Ria mari kita cakap kat luar."

Haikal mengumam marah. Itu je? Itu yang dilakukan oleh Fikri Aidil.

"Kalau aku mahu kena makan sumpah bukan tu je suruh je pengawal keselamatan halau betina tu." Bebel Haikal. Bengang dengan sikap Fikri Aidil yang masih bertolak ansur. Sikap itulah yang makan dirinya.

"Err errr. Betul ke tu wife encik Fik?" Soal Hani Putri dengan tersengih sengih.

"Ex wife. Bekas makanan polistren." Jawab Haikal bersahaja. Tanpa beramah mesra dengan Hani Putri. Dia terus pergi. Rasa sakit hati belum reda lagi. Ingatkan datang sini boleh berjimba rupanya lain yang dia kena hadap.

"Kita rujuk."

Fikri Aidil diam.

"Ria tahu Ria banyak salah."

"Aria buat dosa. Aria cinta kan you."

"Cintakan aku? Tapi body serah pada jantan lain? Cinta? Kau buat aku macam mainan je bila kau bosan."

"Salah you jugak. You abaikan I. Sibuk je dengan kerja." Tenang jawapan yang dberikan Aria.

"Abaikan you? Aku cari duit sebab nak bahagia kan kau. Kalau aku 24 jam tumpukan kau. Kita boleh makan?"

"Boleh. I kan anak orang kaya."

Terhibur rasa hati Fikri Aidil. Dia menghamburkan gelak besar. Tidak hiraukan pelanggan yang melihat ke arahnya.

"Kau ingat aku biawak hidup? Tahu buat anak tapi tak reti jaga. Eh Ria boleh tak sekali sekala otak kau berfungsi sikit. Bagi biar cerdik. Cakap bodoh tapi belajar sampai luar negara." Sinis balasan Fikri Aidil.

" Tapi itu semua salah you." Aria masih mahu menangkan diri sendiri.

"Perempuan. Semua nak menang walaupun hakikat dia yang salah."

"Kita rujuk balik?" Aria cuba memujuk. Suara dilembutkan.

"I tak akan jilat sampah." Satu per satu dia menutur kata bersama sinis.

"Fik."

Tanpa mendengar kata dari Aria. Fikri terus pergi meninggalkan Aria. Dia malas mendengar alasan demi alasan yang dicipta oleh Aria. Dia muak. Penat untuk ditipu lagi.

Aria menahan sebak dan air mata menitis. Tidak sangka Fikri Aidil benar berubah. Betul cakap bapanya bekas suaminya tak akan mengutip dia kembali. Rasa terhina. Kalaulah masa boleh diundur, dia tidak akan buat perkara bodoh.

*****

Sebelum pulang, Aria menjenguk kepala ke pintu bilik Fikri Aidil. Senyap sepi. Lepas keluar dengan bekas isterinya, Fikri Aidil masuk kembali ke pejabat tetapi dengan muka yang murung.

Fikri Aidil menaruh perasaan lagi dengan bekas isterinya? Hatinya tiba tiba jadi berdebar. Rasa takut. Sepatutnya perasaan ini tidak seharusnya wujud. Sedar diri Hani Putri.

"Eh tak balik lagi?" Tanya Fikri Aidil dengan senyuman manis.

Hani Putri senyum terpaksa. Nampaknya mood bos muda ini baik.

"Saya nak balik ni. Ingatkan Encik dah balik. Ok lah saya balik dulu." Hani Putri meminta diri. Lemah longlai mahu bangun dari kerusi.

"Balik naik apa?"

"Bas." Ringkas jawapan diberikan Hani Putri.

"Awak bukan ada kereta ke? Kenapa naik bas je?" Soal Fikri Aidil. Sengaja mahu melambatkan Hani Putri.

"Tu kereta Rita. Saya pinjam je. Selalu naik bas."

"Ooo."

"Kalau tak ada apa apa. Saya balik dulu encik. Dah pukul 6 ha."

"Hani." Lembut suara Fikri Aidil memangil nama Hani Putri. Rindunya mahu berbual dengan gadis ini.

"Saya tak ada apa apa dengan ex wife saya."

Hani Putri hairan. Kenapa pula Fikri Aidil terangkan pada dia patutnya pada encik Haikal. Lelaki itu yang beria ia marah pada Fikri Aidil.

"Patut encik jelas pada kawan encik. Dia yang kuat membebel tadi. Encik dah pergi pun. Meleret dia bebel. Sakit telinga saya ha."

Fikri Aidil tergelak. Dia dah tahu. Sudah tentu Haikal bising. Bukan dia tidak tahu Haikal sangat anti dengan Aria. Dia faham dengan sikap Haikal. Sahabatnya itu tidak mahu dia terluka lagi.

"Ya nanti saya terangkan pada dia. Masa ni saya terang pada awak."

"Eh."

"Saya terangkan agar awak tak buruk sangka pada saya."

"Mana ada." Dalih Hani Putri. Dia berpura pura betulkan selendang yang senget. Memang betul dia buruk sangka dengan Fikri Aidil tadi. Sangkanya Fikri Aidil akan rujuk dengan bekas isterinya. Sudahlah beberapa minggu ini Fikri Aidil bersikap dingin. Diaa rasa tidak sedap hati.

*****

Jangan risau Hani. Saya tak akan bersama dengan Aria lagi ;)

Satu ayat dan emoji senyum yang dihantar oleh Fikri Aidil membolak.  balikkan hati Hani Putri. Kadang rasa bahagia kadang rasa takut. Dia sendiri tidak faham dengan perasaan.

Telefon oppo berdering dengan nada lagu monkey dance.

Hani Putri memandang lama. Rasa was was untuk angkat.

Satu dering... Dua dering sehingga ke sepuluh. Tiada tanda Hani Putri mahu mengangkat. Dia hanya pandang dan pandang. Dia cuba kawal perasaan.

Tak apa kalau tak sudi angkat. Selamat malam. Jumpa esok. Jangan buruk sangka pada saya.. Maaf sebab dingin dengan awak.

Hani Putri tersenyum lebar. Malam ini bertukar menjadi indah. Dia melelapkan mata dan bermimpikan sang putera dan sang puteri.

"Kita rujuk." Fikri Aidil diam. "Ria tahu Ria banyak salah." "Aria buat dosa. Aria cinta kan you."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience