2 bulan telah berlalu. Fikri Aidil hidup seperti biasa cuma perangainya menjadi pendiam. Tiada lagi emel dan text untuk dihantar kepada Aria. Dia cuba reda dengan ketentuan hidup ini. Mungkin tiada jodoh diantara Fikri Aidil dan Aria. Aria bukan tercipta dari tulang rusuk Fikri Aidil seperti hawa dan adam.
"Fik esok kau jangan lupa ya." Ujar Haikal sekaligus menghentikan lamunan Fikri Aidil.
"Ada apa dengan esok? Aku rasa meeting dengan Tan sri Izzad petang nanti. Lunch nanti ada meeting dengan budak graphic kan." Balas Fikri Aidil pada masa yang sama dia cuba ingat tentang hari esok. Diketuk-ketuk pen ke meja.
"Alahai kau nih Fik,esok ada interview art director.Tak kan tak ingat kut".
"Eh yeke,bukan kau ke yang handle."
"Ish kau ni kan. Nanti kang ada tak puas hati dengan artwork la apa. Tak cukup pengalaman bla bla bla." Bebel Haikal. Bukan dia tidak tahu dengan sikap cerewet Fikri Aidil.
Fikri Aidil hanya memandang Haikal sekilas dan kembali meneruskan kerjanya di Komputer.
"Haikal siapa budak graphic yang baru tu?"
"Ermmm. Anuar. Kenapa ada buat salah?"
"Hmm. Aku suka artwork dia. Kemas dan menepati citarasa client. Branding dia not bad. Tan Sri pun suka kan dia."
Terangguk angguk Haikal nendengar pujian Fikri Aidil. Aidil seorang yang susah untuk berikan pujian. Pujian bermakna dia berpuas hati.
*****
Imbas kembali.....
Membuak cemburu didada Fikri Aidil melihat tunang kesayangan bermesraan dengan lelaki Inggeris. Wajah Aria tidak lekang dari senyuman bersama lelaki itu.
Fikri Aidil duduk dihujung yang agak tersorok dengan pengunjung lain. Memudahkan aktiviti dia mengintip Aria dan lelaki inggeris itu. Dia membuat perbandingan diri antara dia dan lelaki itu. Jarinya mengusap dagu. Lelaki itu nampak hebat. Berpakaian serba mewah. Kacak. Ahh dia pun kacak jugak. Kacukan melayu turki lagi.
"Arh apa aku fikir ni. Ria kan milik aku."
"Mungkin client." Fikri Aidil membuat telahan sendiri.
"Ria,kita kahwin dalam masa terdekat ni." Matanya masih tertumpu pemanduan. Aria menoleh ke Fikri Aidil. Terkejut mendengar keputusan tunangnya ini. Dia menelan air liur berkali.
"Cepatnya Fik.Bukan ke dalam tahun depan kita akan nikah.Baru 2 bulan kita bertunang." Gusar hatinya dengan keputusan Fikri Aidil yang ingin menikah awal dari tarikh sebenar.Wajahnya dimaniskan agar tidak nampak gelisah.
"Fik tak sabar nak nikah dengan Ria. Fik nak Ria jadi milik Fik sepenuhnya atau dalam erti kata lain ikatan yang sah". Dia tersenyum memandang cinta hatinya. Aria mengangguk dengan keputusan tunangnya.
" Adui habislah aku. Ish pandailah kau nak simpan." Bisik hati Aria.
"Errr.. Fik rasa tak terlalu awal ke?" Aria menyoal.
"Eh apa awalnya. Kan kita dah saling mengenal. Saling bercinta pulak."
Aria tersenyum paksa. Hatinya benar gelisah sekarang .Alasan apa lagi yang harus diberikan. Diletokkan kepala ke bahu Fikri Aidil manja. Kau belum kenal aku siapa lagi.
Hanya dengan sekali lafaz. Aria menjadi isteri yang sah kepada Fikri Aidil.
"Ria cantik sayang." Puji Fikri Aidil di telinga Aria. Dahi isterinya dicium penuh kasih sayang. Dia terasa jatuh cinta sekali lagi dengan Aria.
"Fik janji akan bahagiakan Ria." Bisik Fikri Aidil sekali lagi sekali. Dicium pula kedua dua pipi Aria.
"Sudahlah tu Fik. Nanti pula la. Tak lari mana isteri kamu tu. Dah boleh ikatnya kaki Aria tu ha." Pak Long Aziz bersuara mengusik pasangan sejoli ini. Tetamu yang lain tersenyum mendengar.
"Mic you boleh tak jangan kacau. I dah kahwin. I janji I akan jumpa you nanti."
Berani sungguh kekasih gelapnya menelefon Aria. Talian diputuskan segera agar Fikri Aidil tidak syak wasangka terhadapnya. Dia menarik nafas kuat mencari ketenangan untuk berlakon.
"Hai sayang." Sapa Fikri Aidil. Tanggan melingkai ramping isterinya. Mulut mengucup dahi Aria lama.
"I love you so much." Ucap Fikri Aidil romantis. Rasa bahagia dapat bersama dengan wanita yang dicintai.
Aria menunduk. Tidak memandang Fikri Aidil.
"Kenapa?"
"Err,tak ada apa-apa.Ria cuma berdebar.Yela err."
Dipaut dagu runcing Aria. Dia menatap lama wajah Aria. Senyuman dilebarkan menambahkan wajah kacaknya.
"Kita kan dah jadi suami isteri. Tiada istilah malu."
"Fik aku nak cakap something dengan kau.Aku harap kau tak marah".Ujar Haikal. Tangan lincah mengemas kertas yang bertaburan dia atas meja.
"Eh sejak bila kau pandai minta izin dengan aku.Selalu pakai redah je".
"Kau bahagia dengan Ria?"Soal Haikal agak ragu-ragu. Tersentak Fikri Aidil dengan pertanyaan sahabatnya.
"Kenapa kau cakap macam tu Kal?" Soal Fikri Aidil beremosi.
"Abaikan apa yang aku nak cakap tadi." Sebenarnya dia ingin bercakap tentang Aria. Melihat Fikri yang beremosi. Katanya jadi mati. Serba salah.
"Kau nak cakap pasal Aria kan?" Tebak Fikri Aidil.
" kau tahu kenapa aku nak kahwin awal dengan dia."
"Kenapa?" Haikal ingin tahu. Hairan dengan Fikri Aidil. Pasti ada benda yang tak kena.
"Masa aku bertunang dengan dia.Aku ada nampak dia dengan lelaki tu. Hanya tuhan je yang tahu perasaan aku masa tu. Bila aku fikir balik. Lebih baik aku percepatkan perkahwinan kami. Aku nak dia terikat dengan aku." Fikri Aidil tersenyum. Terasa puas dapat ikat Aria dengan perkahwinan.
"Kau tak siasat dia pasal dia? Kau tak tahu dia tu macam mana?"
"Kau kenapa ni Haikal."
"Kau tak tahu siapa dia sebenarnya kan." Duga Haikal.
"Haikal. Sahabatku. Memang kau kawan baik aku tapi satu je aku nak cakap. Kau tu tak boleh masuk campur urusan peribadi aku. Dulu masa aku bercinta dengan Aria. Kau buat mulutkan kata Aria itu ini tapi sebab kau kawan baik aku. Aku senyap. Bila aku dah kahwin dengan dia. Kau nak buruk kan dia pulak kan." Keras suara Fikri Aidil.
"Kau kawan aku. Aku tak kau kecewa sahabat."
" Sudahlah. Kalau kau nak jaga persahabatan kita ni. Jangan campur urusan aku."
Bergegar pintu pejabat ditutup Fikri Aidil. Bengang dengan Haikal yang suka masuk campur urusan peribadinya.
Sepi. Tiada perbualan antara mereka. Yang ada hanya bunyi sudu berlanggar dengan pinggan. Suasana dingin. Tiadak gelak ketawa seperti dulu.
"Kita ni Su. Menantunya tak ada. Yang ada hanya ada Hantu." Sindir encik Ilham.
"Abanggg."
"Tak betul saya kata. 2 minggu dah nikah. Batang hidung pun tak nampak."
"Ria busy ayah." Fikri Aidil membela.
"Busy apa? Dia bukan kerja pun. Duduk goyang kaki saja kat rumah. Kerja rumah tu ada dia buat?"
"Ayah." Fikri Aidil meninggi suara. Dia mendengus kasar. Geram dengan ayah yang suka kutuk Aria.
"Salah apa ayah cakap ni Fik? Kau kenal ke isteri kau macam mana kat luar. Kau kenal?Jangan sampai nanti kau berputih mata. Masa tu kau datang sini pun. Aku tak ingin la nak tolong kau."
"Ayahhh. Ayah kutuk tu isteri Fik. Hormat sikit." Suara menahan marah. Terketar bibirnya.
"Hormat? Kau cakap pasal hormat? Ada isteri kau tu datang sini jenguk kami? Salam pun tak kami masa kau nikah. Menantu biadap." Tangan dihentak atas meja. Tersentak Suhana dengan baran suami.
Anak tunggalnya ini sudah melampau. Buta antara permata dan kaca. Aria bukan isteri yang sesuai buat anaknya. Anaknya hanya diperbodohkan demi menutup mata ibubapa Aria.
Share this novel