Bab 47

Romance Completed 35078

"Saya kalau tampar muka orang berbisa ye. Tengok ni tapak tangan sime line. Nak kiri ke kanan?" Hani Putri menunjuk kedua tapak tangan. Garisan yang lurus.

Kata orang dulu, garisan sime line ni mempunyai tangan yang panas. Bahaya. Tak boleh silap sikit. Kalau naik penampar, boleh berpinar mata.

Fikri Aidil buat tak endah. Eleh sime line je. Ingatkan cakar harimau.

"Apa tengok tengok." Marah Hani Putri.

"Saya ada mata tengoklah. Dah awak tu skodeng saya tadi boleh pulak?" Sinis soalan Fikri Aidil.

"Saya ingat pasu bunga tu retak ke apa. Saya pergi lah tengok."

Gulp. Tak boleh jadi ni. Nampak seksi pula Fikri Aidil mengesat.

"Kenapa tengok macam tu? Saya nampak macam model kan?"

"Model pakaian dalam." Ujar Hani Putri selamba.

"Wow. Imaginasi awak tinggi ye Hani. Awak terbayang saya pakai pakaian dalam. Wajib kahwin dengan saya ni. Jangan angau lebih. Malam karang termimpi mimpi pula putera idaman awak ni."

Hani Putri mendengus kuat. Makin lama dia duduk dalam pejabat Fikri Aidil ni. Hati dia makin baran. Kalau ikut baran yang tak tentu pasal. Penampar maut dia beri.

Fikri Aidil tahu Hani Putri mungkin menyampah seranah dalam hati. Perangai lama datang kembali.

*****

Hani Putri mengintai dari tingkap dalam rumah. Kereta Fikri Aidil tersadai depan pintu pagar rumah. Tak ada angin atau ribut, tiba tiba sahaja lelaki ini hadir. Amarah minggu lepas belum habis lagi.

"Hani, saya tahu awak mengintai tu. Baik keluar. Sebelum saya tekan hon tanpa henti."

Hani Putri mencebik. Kenapalah dia mudah sahaja tertangkap dengan lelaki ini. Dah dua kali dia mengintai. Kalau hari itu macam perempuan miang. Hari ini menyampah yang ada.

Tuala yang ada di atas kerusi. Diambil untuk menutup kepala. Hani Putri berjalan sambil cekak pinggang.

"Macam model catwalk tu." Sakat Fikri Aidil tersengih.

Muka Hani Putri masam mencuka. Pagi buta terpacak depan rumah orang.

"Nak apa ? Datang rumah orang pagi buta ni."

"Buta apa nya. Ayam pun dah berkokok."

Hani Putri gempal penumbuk kanan. Satu hari tak menyakitkan hati bukan nama Fikri Aidil.

"Tu ayam. Ni saya manusia ye encik Fik."

"Hmm selalu bangun lewat ke? Nak marah sangat tu. Anak dara mana boleh bangun lewat."

"Senyap Fikri Aidil. Eiii geramnya aku. Rasa nak ditenyeh dengan cili kan bagus. Mulut tak ada insurans."

"Dari letak cili. Baik cium saya je."

Hani Putri tenang. Tenang. Jangan marah. Tarik nafas. Hembus.

"Jom teman saya breakfast. Boleh saya hantar awak ke pejabat pos sekali."

*****

Hani Putri berpeluk tubuh. Fikri Aidil sengaja cari pasal! Cafe Gibrel juga yang dituju. Alasan nak profesioanal. Alasan apa tu.

"Tempat lain tak ada ke?" Lembut Hani Putri menyoal sambil mengukir senyuman manis.

"Saya suka tempat ni. Hari itu tak sempat makan."

"Awak nak malukan diri ke? Haritu awak buat apa kat Gibrel?"

Fikri senyum sinis. Lelaki sesama lelaki kalau ada salah faham. Masalah cepat selesai. Bukan macam perempuan makan bertahun.

Hani Putri duduk tidak selesa. Makanan dalam pinggan dikuis dengan sudu. Makanan yang sedap dipandang sepi. Hilang selera makan.

"Makan aje lah. Nak risau apa. Gibrel tu tak ada kat sini. Pergi oversea."

"Mana awak tahu?"

"Gibrel tu sepupu ex wife aku."

Mulut Hani Putri ternganga. Bekas isteri? Maksudnya aku berkawan dengan sepupu Aria. Kecilnya dunia.

"Kenapa macam tu?"

"Terasa seram."

"Seram?"

"Ya la. Tu sepupu ex wife awak. Seramlah nak rapat." Bisik Hani Putri secara sekat.

"Bekas isteri encik tu kacukan eh?" Aria cuba mencungkil rahsia.

"Hmmm."

Melihat wajah Fikri Aidil yang sedikit lain. Hani Putri menyuap makanan ke dalam mulut. Mata masih merenung Fikri Aidil. Mahu periksa sama ada lelaki ini marah atau tidak bila bertanya soal bekas isteri.

"Dah puas tilik muka saya? Hensem kan? Gagah lagi."

Hani Putri menaikkan kedua belah mata. Loya pula dengar lelaki ini memuji diri sendiri.

"Fik."

Garfu diletak pada pinggan. Bosan. Hari yang dia luangkan bersama Hani Putri mesti diganggu oleh manusia lain.

"Kenapa Ria?"

Aria serba salah. Dia pandang Hani Putri. Mulut teragak agak mahu menghalau perempuan itu sekejap.

"Boleh tak you pergi lain dulu. I nak cakap dengan Fik."

"No Hani. You duduk sini." Halang Fikri Aidil. Mata tajam pandang Aria.

"Tapi encik. Dia kan ada hal penting nak cakap. Nanti saya ganggu pula."

"Tak. Tak payah. Awak datang dengan saya. Duduk sini je. Biar apa dia nak cakap."

Aria menahan tangis. Terasa jatuh maruah perempuan. Punggung tetap dihenyakkan pada kerusi.

"You nak apa Ria?"

"Boleh you kahwin dengan I? Satu bulan pun tak apa." Ujar Aria tersekat sekat.

"Kau gila ke apa?" Jerkah Fikri Aidil.

"Please Fik. Tolong Ria. Kali ni je. Ria tak nak masuk sana lagi. 1 bulan je. Lepas tu you boleh ceraikan I." Rayu Aria. Nak hirau orang sekeliling. Dia mahu perhatian Fikri Aidil sahaja. Jiwa terseksa dengan seksaan bapa sendiri.

"Stop Aria. Kau tak berhak nak cakap macam tu depan bakal isteri aku." Perkataan bakal isteri ditekankan.

Hani Putri pula terkebil kebil melihat drama didepan mata. Hah bakal isteri ke?Hani Putri membulatkan biji mata. Eii lelaki seorang ni. Nak gaduh pun jangan libatkan dia.

"Please Fikkk. You je boleh tolong I."

Not RM100.00 diletakkan pada meja. Fikri Aidil tarik hujung tangan Hani Putri. Hani Putri mengikut sahaja.

Hani Putri mulut yang becok berdiam diri. Dia mengintai dari hujung mata. Wajah Fikri Aidil masam mencuka. Pemanduan lelaki ini pun tidak berhemah. Meter cecah kelajuan normal.

"Marah pun jangan lah buat kereta laju nak mati. Bawak anak dara orang kot." Ngomel Hani Putri.

*****

"Jom kahwin."

"Hah?"

"Awak dan saya nikah."

Dada Hani Putri rasa macam nak pecah. Fikri Aidil sedang melamar dia dekat gerai hujung jalan. Tak romantik.

"Hahahaha. Lawak apa awak pakai ni."

"Saya tak melawak. Saya jujur. Jom kahwin."

"Jangan buat gila encik Fik. Encik Fik tahu saya tak sempurna kan. Saya ni anak buangan. Entah entah anak luar nikah sebab tu kena campak kat rumah anak yatim tu. Saya pun ada masalah. Hmm. Encik tahu itu."

Fikri Aidil menarik nafas perlahan. Dia sedia tahu hakikat itu tapi dia bukan lelaki yang mencari kesempurnaan. Dia sendiri tak sempurna.

"Saya cari orang yang melengkapi diri saya Hani. Saya tak cari yang sempurna. Saya sendiri pun tak sempurna. Awak menutup kelemahan saya dan begitu sebaliknya."

Hani Putri menunduk. Hatinya hiba. Benarkah lelaki ini sudi mengambil dia sebagai isteri.

"Awak nak kahwin dengan saya sebab nak elak dari Aria?"

"Aria masa lalu saya Hani. Awak masa depan saya. Saya dah sukakan awak lama."

"Awak selalu menyakitkan hati saya." Luah Hani Putri.

"Tak Hani. Kalau awak tak faham sebaliknya."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience