Peluh mengalir didahinya. Lenanya terganggu dek kenangan silam. Dia
mengeluh perlahan. Mengesat air peluh di dahi. Pandangan mata jatuh pada jam tangan di atas meja. Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Dia bangun dan tegakkan badan. Entah kenapa hati terasa berat. Berat dengan masalah yang menimpa. Mungkin ini karma dirinya. Melawan cakap ibu ayah semata menangkan Aria
Dalam sedar, Fikri Aidil menitis air mata. Cuba menarik nafas yang panjang. Dalam pada yang sama otaknya sedang berjalan. Cukuplah sampai disini sahaja dengan keluhan. Dia harus bangkit.Ya harus bangkit meninggalkan kesakitan yang diciptakan sendiri. Sudah lama dia membiarkan hatinya sakit.Dirinya bertekad tak akan mengeluh lagi kerana ini adalah ujian Allah yang harus diterima.
"Astagfirullahaladzim." Ucap Fikri Aidil dibibir. Dia ingin buang perasaan yang melayan khalayan. Wajahnya diraup berkali-kali. Dia bangun dari katil dan menuju ke bilik air. Niatnya untuk melakukan solat sunat. Hatinya akan terasa lebih tenang. Mungkin selepas ini tidurnya akan tenang.
*****
Aria terkocoh-kocoh menaiki tangga. Dia datang ke mari untuk mengambil dokumen penting sekaligus meminta cerai. Selepas habis edah nanti, dia membuat keputusan untuk berkahwin dengan lelaki inggeris itu.
Fikri Aidil tersedar dari tidur. Dia dengar bunyi laci dibuka. Matanya ditenyeh. Tidak percaya makhluk yang berada dihadapannya ini. Terbongkok-bongkok mencari sesuatu di dalam almari. Rasa marah menjelma dalam diri.
"Kau buat apa dekat rumah aku ni?" Lantang Fikri Aidil menyoal. Kakinya kini sudah berada disebelah Aria. Perempuan tidak kenal dek untung.
"Aku nak ambil barang." Aria selamba. Diteruskan pencarian yang tidak dijumpainya tadi. Tidak dihiraukan Fikri Aidil.
Direnung agak lama. Dari mata, kening, hidung dan mulut sehingga susuk tubuh bakal janda. Cantik. Bahagia mungkin bersama lelaki inggeris.
"Minggu depan kita jumpa di mahkamah." Tutur Fikri Aidil.Tiada perubahan pada riak wajahnya.
Akhirnya, Fikri Aidil lepaskan dia. Gembira tidak terkata.
*****
"Maaf encik,saya tidak sengaja".Ujar Seorang gadis. Sudahlah terlewat, sekarang terlanggar orang pula. Auch sakit bahunya. Orang ke apa yang dilanggar ini. Sungguh pejal. Bahu diusap.
Fikri Aidil tidak bersuara. Mata melihat gadis itu tertunduk mengambil pendrive dan kertas.
"Saya mintak maaf sekali lagi encik." Mohon gadis itu tertunduk. Badan dibongkok sedikit tanda memohon maaf.
"Tak apa."
Gadis ini mendongak atas kerana ketinggian gadis ini hanya separas bahu Fikri Aidil. Sebuah senyuman di hadiahkan.
"Terima kasih." Ucap gadis itu. Berbeza gadis ini dengan Aria. Jauh panggang dari api. Waima berpakaian sopan dan menutup aurat. Gaya gadis ini terselah. Gadis ini nampak polos.
"Untuk apa?" Soal Fikri Aidil.Dahinya berkerut. Untuk apa gadis dihadapannya ini mengucap terima kasih.
"Sebab maafkan saya".Jawab gadis itu polos. Terkedip matanya melihat lelaki tinggi ini. Dia hanya paras bahu sahaja.
"Oooo". Mulut Fikri Aidil berbentuk O.
Pak long Aziz menepuk bahu Fikri Aidil. Fikri Aidil berpaling ke belakang.
Hani Putri tersenyum melihat bosnya.
"Pak long tunggu tadi lagi. Fik ada kat sini pulak?" Ujar Pak Long Aziz mesra. Walaupun sudah tua,dia masih segak dengan memakai kemeja bewarna biru ditubuhnya. Fikri Aidil bersalam mengucup hormat tangan bapak saudaranya itu.
"Sorry paklong. Tadi ada kemalangan sikit".
Wajah pak long Aziz berkerut mendengar kata-kata Fikri Aidil. Ditilik badan anak saudaranya.
"Ada luka tak?"
"Err,bos tadi saya terlanggar dia la." Hani Putri menyampuk. Muka menunduk takut dengan reaksi bos. Tak sangka lelaki tinggi ini anak saudara bos. Tangan digengam erat.
Pak Long Aziz lega. Ingatkan kemalangan teruk. Badan Fikri Aidil tiada yang cedera.
"Ingatkan kemalangan apa tadi,ni mesti kes awak nak cepat kan Hani?"
Hanny Putri tersenyum malu dengan kelakuannya. Salahnya juga kerana ingin cepat.
"Lupa pulak Pak Long. Ni Hani Putri. Setiausaha pak long. Paling rapat dengan mak long kamu ni." Pak Long Aziz memperkenalkan Hani Putri. Hani Putri mengangguk kepala dan tersenyum manis.
Fikri Aidil menghulurkan tangan untuk bersalaman. Hani Putri terkebil dengan perilaku lelaki ini. Hani Putri hanya angguk kepala sahaja. Dia masih tahu batas agama.
Fikri Aidil selamba tetapi dalam hati dia termalu sendiri. Terbiasa dengan sikapnya yang suka bersalam dengan sesiapa sahaja. Tapi dia lupa ada lagi manusia yang masih menjaga agama. Dalam diam dia memuji gadis ini.
*****
Hani Putri menghempaskan badan ke tilam. Penat terasa di segenap tubuhnya. Bahu dia masih terasa sakit. Matanya dipejam. Teringat pula kejadian pagi tadi. Dia tersengih sumbing dengan perangai tak semengahnya ini. Pandang anak teruna orang macam nak makan. Boleh pula dia menjeling pada lelaki itu bila tertangkap.
Ingatannya juga kembali pada anak saudara bosnya. Tiada senyuman yang ada terukir dibibir. Kedinginan yang ditampil.
"Kalau senyum mesti kacak kan."
Baju kurungnya masih tersarung dibadan. Belum diganti lagi. Fikirannya menerawang lagi entah ke mana.
"Hah baru ingat"
Otaknya kembali proses. Lelaki itu hampir melanggar dirinya dengan kereta. Dia masuk dan bersama dengan perempuan seksi. Keluar dari kereta dalam keadaan berpelukan.
Akhirnya, pergaduhan itu hanya selesai begitu sahaja. Hani Putri tidak berani membuka suara. Bimbang akan diperlakukan tidak baik.
"Oooo. Mamat mabuk tu kan. Anak saudara bos rupanya. Memanglah kacak tapi perangai tak semengah mana." bebelnya sendirian. Jarinya tangan kanan diletakkan ke bibir. Diketuk perlahan.
"Sorry. Terkutuk awak pulak."
Selesai membersihkan badan. Hani Putri keluar dari bilik. Dia tercari bayangan Rita. Selalunya jam 10, Rita sudah terpacak di depan televisyen.
Hani Putri terbau sesuatu yang menyedapkan. Perut sedang berdendang lagu sayang. Perutnya minta diisikan segera. Kaki melangkah ke dapur. Ini pasti Rita yang masak.
"Hello sayang".
Dipeluk bahu Rita mesra.Rita ligat mengacau gulai kari ayam.
"Rajin kau masak." Puji Hani Putri.
"Perli ke puji?"
"Pujila ni. Pukul 10 pun masak gulai lagi tu.
Rita mencebik.Sudah tahu perangai Hani Putri, tiada kata sakit hati untuknya. Sebab itulah dia senang berkawan dengan Hani Putri.
"Janganlah merajuk." Pujuk Hani Putri manja.
"Dah siap,nanti aku hidangkan ok.Lepas tu kita makan."Ujar Rita.
Diambil mangkuk di kabinet. Seterusnya menutup pemetik api.
Rita dan Hanny Putri menikmati makan malam.
*****
Fikri Aidil makan malam bersendirian. Ditemani dengan muzik perlahan. Mulut menyedut maggi dengan berselera. Otak pula berfikir kejadian pagi tadi. Gadis polos itu dia pernah nampak tapi tak tahu di mana.
Share this novel