Serangan panik dan serangan axienty atau seangkatan dengannya.. Semua Hani Putri pernah merasa. Sakit? Ya terlalu sakit. Puas dikawal tapi akhirnya dia kalah. Hani Putri mengigil badan. Air matanya pantas mengalir keluar. Dia cuba bertenang tapi makin diusaha makin sakit menjalar di segenap tubuhnya. Dia terbaring kaku..
1 saat..2 saat dan seterusnya 5 minit.. Hani Putri tidak terkawal. Pelbagai bisikan yang didengar dalam otaknya.
Lebih baik aku mati
Kau tak layak la untuk Fikri Aidil. Dasar manusia tak ada keturunan
Mati mati mati mati
Lebih baik mati mati mati mati
Ayat ayat berselirat di dalam otak. Pengakhiran hidup dengan mati kaku seperti ini ke? Nak bergerak bebas pun susah. Hani Putri sedaya upaya merapatkan diri ke dinding bilik.
Dush dush dush..
Dia menghentak kepala sebanyak 3 kali dan dia pengsan tidak sedarkan diri. Mata tertutup rapat. Hani Putri terbaring kaku seperti tidak bernyawa.
Rita menangis tersenguk senguk. Air mata yang diseka dengan jari tidak dapat menahan sebaknya.  Hati Rita tergerak untuk menjenguk bilik Hani Putri. Kalau dia lambat. Entah apa yang terjadi. Pagi tadi dia melihat sendiri keadaan Hani Putri yang senyum riang. Bernyanyi kecil menyiapkan makanan. Bergurau senda dengannya. Betul lah axienty ini tidak berwajah. Gembira diluar, didalam hati hanya dia seorang sahaja yang tahu derita itu.
*****
"Fik. Fik buat apa kat sini?
Kaki yang melangkah terhenti. Fikri Aidil tersenyum manis. Bekas mak mentuanya ini tak pernah berubah. Masih peramah. Fikri Aidil menunduk menyalam dan mengucup tangan Datin Ailan. Walaupun Aria melakukan onar dengannya tapi dengan Datin Ailan dia tetap hormat.
" Mama buat apa kat sini? Papa tak sihat? " Pertanyaan dibalas dengan pertanyaan. Fikri Aidil melihat riak wajah Datin Ailan yang sedih.
"Aria gugur."
"Ohhh. Salam takziah mama. Tak apa. Dia masih mudah lagi. Insyaallah nanti mama dapat cucu baru." Ujar Fikri Aidil yang tidak tahu pangkal cerita terus menyedapkan hati Datin Ailan.
Datin Ailan tersenyum payah. Wajarkah dia memberitahu hal yang sebenar pada  bekas menantunya. Dia sudah tidak tertanggung rasa sakit. Suaminya juga sudah membuang Aria. Datin Ailan kecewa, tidak sangka ini balasan Aria padanya.
"Mama ok? Mama sabar ya." Pujuk Fikri Aidil.
Datin Ailan mengesat air mata yang menitis. Kepala digeleng dengan perlahan. Malu dia dengan Fikri Aidil.
Fikri Aidil serba salah. Dia terus melabuhkan punggung pada kerusi hospital. Diusap bahu Datin Ailan tanda memujuk.
"Mama its okey. Ni kan dah takdir Aria. Insyaallah nanti ada lah cucu baru."
"Ria tu dia gugur anak luar nikah." Satu lafaz datin Ailan meluahkan ayat. Dia teresak esak menangis. Malu dia dengan perbuatan Aria. Lebih malu apabila berhadapan dengan bekas menantu.
Fikri Aidil tergamam. Tak tahu nak berkata apa. Dia senyap. Mulutnya seakan terkunci rapat.
"Mama tak tahulah apa didikan mama bagi. Mungkin mama ni terlalu manjakan dia." Luah Datin Ailan. Menyesal sekarang tak berguna. Dia terlalu manjakan Aria. Sekarang apa yang Aria balas. Dituba yang diberikan.
"Mama. Sabarlah. Ni ujian buat mama."
Fikri Aidil merenung pintu bilik wad Hani Putri. Perutnya secara tiba rasa senak. Dia rasa tidak selesa. Sebentar tadi dia mendengar khabar sedih dari bekas mentuanya. Moodnya berubah serta merta untuk melawat Hani Putri. Dia melangkah ke kiri. Datin Ailan lebih memerlukannya.
*****
"Awakkkk."Â Panggil Hani Putri lemah. Dia mengoyak senyuman payah. Lelaki ini melawatnya tapi kenapa berpaling dan menuju ke arah lain. Malah dia memanggil berkali kali pun. Kaki Fikri Aidil masih meneruskan tapak laju. Dia mengeluh perlahan. Mungkin Fikri Aidil ada hal kecemasan. Sekurang kurangnya Fikri Aidil masih ingat akan dirinya. Dia tersenyum lemah. Membawa badan ke katil beralaskan cadar putih. Dia menghempaskan badan. Merenung syiling sehingga terlelap.
*****
Fikri Aidil menunggu diluar bilik wad Aria. Dia hanya mengintai melalui cermin pintu. Datin Ailan dan Aria saling berpelukan. Jatuh kasihan kepada bekas isterinya. Tak sangka begitu pengakhiran cerita cinta Aria.
"Fik ada kat luar Aria."
Badan yang lemah kembali bersemangat apabila mendengar nama bekas suaminya.. Dia senyum. Fikri Aidil masih ambil berat akan dirinya.
"Mana dia mama? Aria nak jumpa dia."
"Ada kat luar tu."
Pergerakan terbatas semasa Aria mahu turun dari katil. Ari arinya menekan tajam. Dia terbaring kembali. Sakit.
"Aria tak sihat lagi kan sayang. Rehat. Nanti mama minta Fik masuk sini." Ujar Datin Ailan.
Serba salah datin Ailan untuk meminta Fikri Aidil masuk ke bilik wad Aria tapi demia Aria. Dia tururkan.
"Fik jenguk Aria dulu boleh?Kesian dia nak jumpa Fik."
"Tapi mama."
"Fik berdendam dengan dia lagi ke? Ke Fik datang hospital ni nak lawat someone spesial."
Fikri Aidil diam. Tiada sebarang pergerakan badan mahupun perkataan yang dikeluarkan. Dia melihat ke dalam. Bukan dendam yang disimpan tapi hatinya masih sakit untuk melihat wajah Aria.
"Pergilah Fik.Kesian Aria." Pujuk Datin Ailan.
Pergerakan pintu membuatkan Aria segera bangun. Dia tahu itu adalah Fikri Aidil. Dia tersenyum manis. Tangan ligat memperbetulkan rambut yang kusut.
Fikri Aidil pula menayangkan wajah beku. Dia hanya hormatkan permintaan datin Ailan bukan Aria.
"Fik jenguk Ria?" Soal Aria manja. Dia tergelak manja. Mukanya dimaniskan sehabis mungkin.
"Ria tahu. Fik sayangkan ria."
"I masuk sebab mama you yang minta. Bukan I nak lawat you pun." Balas Fikri Aidil. Menyampah melihat gelagat Aria yang tak sedar diri.
"Tapi you tetap lawat I kan. Tu tanda you sayang I kan."
Ujaran sinis Fikri Aidil tak berkesan dihati. Yang dia tahu, Fikri Aidil sanggup melawat dirinya. Dah terbukti Fikri Aidil masih cintakan dia.
"Ikut kau lah Ria. Malas aku nak layan. Baik aku pekena roti canai dengan girlfriend aku dari layan kau."
Berubah air muka Aria tapi dikawal sebaik mungkin. Aria masih mempamerkan wajah manis. Mungkin wajah manis ini dapat cairkan hati Fikri Aidil seperti dulu.
"You dah ada girlfriend?" Tanya Aria lembut. Mata tak lekang lari dari wajah Fikri Aidil. Fikri Aidil pula berpaling wajah ke arah lain. Menyampah bukan benci. Ya dia menyampah dengan kelakuan Aria yang secara tiba tiba bertukar jadi manja dan sopan.
"Bukan girlfriend. Bakal isteri I."
Setelah dia menjawab pertanyaan Aria. Fikri Aidil terus pergi dari wad Aria. Malas pula hendak kesian dengan perempuan macam ni. Nama yang dilaungkan oleh bekas mak mentua dibiarkan lalu. Sekali sekala dia keraskan hati untuk orang tua Aria. Biar mereka tahu hati ini tak mudah dipermainkan oleh anak mereka.
Share this novel