Bab 39

Romance Completed 35078

"Kebodohan apa yang kau sedang buat ni? Kau tak menyesal? Tak ada otak nak pikir?" Haikal menghambur kemarahan. Bibir diketap. Bagaimana nak sedarkan Fikri Aidil. Perempuan itu tak perlu pertolongan.

"Tak akan aku nak biarkan dia susah macam tu. Macam mana dia sekali pun. Dia bekas isteri aku Kal."

Haikal berpeluk tubuh. Tidak puas hati dengar alasan Fikri Aidil. Macam bodoh. Tak serik ke dah terkena banyak kali. Entah perempuan tu berlakon sahaja. Dasar kaki drama.

Haikal tersenyum sinis.

"Kau letak dia kat mana?"

"Hotel."

"Kenapa tak letak kat kondo kau je." Perli Haikal.

"Haikal. Aku cerita kat kau sebab kau kawan aku. Jangan tambahkan stress aku lagi."

"Aku cakap sebab kau tu kawan aku. Kawan baik aku." Tekan Haikal. Rasanya bila dia berada dihadapan Fikri Aidil. Kesabaran seperti sudah hilang. Penumbuk ringan sahaja hendak dilayangkan.

"Tolong faham aku kali ni je."

"Ikut kau Fik. Itu urusan kau."
Malas mahu melayan Fikri Aidil. Haikal segera tinggalkan kondo. Faham? Apa ertinya kalau Fikri Aidil sendiri tak faham bahasa.

*****

"Kenapa kau datang lagi dalam hidup Fik?" Keras suara Haikal menyoal.
Buka sahaja dari pintu dalam. Tanpa mukadimah, dia menyoal Aria. Bukan susah nak cari Aria ni. Minta saja pertolongan dari kenalan sahaja. Mudah dia dapat alamat.

Aria tergamam. Kalau dia tahu yang datang adalah Haikal sudah tentu dia tak akan buka pintu bilik hotel. Lihat sahaja wajah Haikal yang mengerunkan.

"Kenapa kau diam?"

"Aku tanya jawablahhh." Jerkah Haikal.

"I minta tolong dia je. Itu sahaja."

"Tolong? Mana jantan jantan kau? Tak nak minta tolong?" Haikal mengherotkan senyuman sinis. Rahsia Aria dalam koceknya sahaja. Kalau nak malukan perempuan ini bagaikan petik jari sahaja.

"Hei you jangan biadap ya?"

"Berani kau nak tampar aku Ria? Kau berani??"

Tangan yang diangkat diturunkan kembali. Jiwa semakin gementar berhadapan dengan lelaki ini. Kedua tangan yang menutup pintu ditahan oleh Haikal Ganas. Aria mengerang kesakitan. Badan tertolak kebelakang.

"Kau dengar cakap aku Ria. Jangan kacau Fik lagi. Kalau tidak kau tahu nasib kau lagi teruk dari ni." Haikal memberi ugutan.

Aria menarik nafas lega. Haikal sudah beredar dari bilik ini. Lelaki itu menakutkan sama seperti dulu. Dia masih ingat lagi semasa dia bercinta dengan Fikri Aidil. Haikal pernah memberi amaran tapi dia biarkan sahaja. Jika dulu ada papa tapi sekarang siapa yang mahu melindunginya.

I tak dapat datang sekarang. Sorry. You lapar minta pihak hotel sediakan.

Tak kan sekejap pun Fik tak boleh datang

Tak boleh Ria. Fik banyak kerja nak settle. Duduklah hotel diam2. Jangan sampai papa you tahu you kat situ. I tak jamin.

I rindukan you

Aria pegang telefon bimbitnya kuat. Berharap Fikri Aidil datang atau membalas mesej. Hampir satu jam di katil tapi tiada tanda. Air mata mula keguguran. Dia sedih. Sangat sedih. Hidupnya mula kacau bila. Kalaulah dulu dia bersikap setia sudah tentu benda ini tak akan jadi dalam hidup. Mungkin ini dipanggil pembalasan. Aria mengesat air mata. Akalnya untuk mencari Fikri Aidil. Dia sudah gila bayang dengan lelaki itu. Bekas suaminya terlalu baik.

*****

"Fik."

Mesyuarat Fikri Aidil dan pelanggan dihentikan sebentar. Dia meminta diri untuk keluar. Aria ini memang suka redah sahaja langsung tiada rasa hormat. Malu dia dengan pelanggan.

"Apa ni Ria? Kan Fik dah kata duduk hotel jangan datang sini." Lembut tapi tegas berkata.

"Ria tak boleh duduk situ. Ria rimas. Ria rasa sesak nafas. Ria nak duduk sini."

"Ria ni pejabatlah janganlah buat hal boleh tak."

"Tolonglah Fik." Rayu Aria.

Hani Putri pandang dari sisi. Aria bekas isteri Fikri Aidil sedang memujuk. Tangan dipegang dan merayu. Dia mencebik bibir. Lelaki. Macam itulah. Usik sini macam suka tapi lepas bosan je. Sadis betul. Kepala Hani Putri mula diawang awangan tapi dia kawal sebaik mungkin. Janganlah penyakitnya datang kembali disebabkan hal remeh. Remeh itu lah menyebabkan hati rasa tak kena.
Hani Putri berdiri dan duduk kembali melawan perasaan. Dia mengambil air botol dan meneguk berkali kali. Peluh kian menitik di dahi. Akhirnya dia mengalah. Dia segera melangkah keluar mencari ketenangan.

"Encikkkkkk Fikkkkkkk. Hani pengsan kat luar." Jerit salah seorang pekerja.

Fikri Aidil yang mendengar tentang Hani. bergegas keluar dari pejabat.  Dia melihat Hani Putri pengsan ditepi tangga. Dia tahu keadaan Hani Putri. Gadis itu diserang axienty attack. Tanpa banyak soal. Dia mengangkat tubuh Hani Putri dan bawa ke kereta. Hani Putri kelihatan lemah dan pucat.

*****

Hani Putri membuka mata perlahan lahan. Dia tahu dia berada di hospital. Tadi dia tidak dapat kawal penyakitnya. Bagaikan ada benda yang menghempap. Dia pandang ke sisi. Tiada siapa tapi dia melihat pintu dibuka perlahan.

"Alhamdulilah awak dah sedar."

"Terima kasih bawa saya ke sini." Ucap Hani Putri ikhlas. Malu pula dirinya bila Fikri Aidil yang selalu menolong. Agaknya apa yang lelaki ini fikir tentangnya. Mungkin fikir dia ada masalah mental atau menyusahkan. Mood Hani Putri tiba tiba berubah mendadak. Dia menunduk. Perasaan sudah tidak enak.

"Hani. Awak okey?Lepas ni jangan takut kan saya. Kalau rasa tak sedap je. Jumpa saya. Insyaallah saya ada untuk awak." Ujar Fikri Aidil. Dia mengoyakkan senyuman. Menuturkan kata kata manis buat si gadis.

"Saya selalu menyusahkan encik."

"Tak adalah. Saya okey je. Saya suka apa awak susahkan saya." Fikri Aidil berseloroh.

Hani Putri senyap. Dia cuba mengawal pernafasan. Fikri Aidil yang melihat hanya membiarkan sahaja. Dia melabuhkan punggung di sofa dan membuka surat khabar yang ada di meja.
Dia berpura pura menyelak surat khabar tapi mata sempat mengintai Hani Putri. Dia tahan senyuman yang hampir nak terkeluar. Gaya Hani Putri seperti orang bertapa. Sekejap macam tai chi cara duduk. Sekejap lagi cara yoga. Pelbagai gaya yang dilakukan.

"Encik jangan curi curi tengok saya. Baca je surat khabar tu." Perli Hani Putri. Dia nampak yang Fikri Aidil yang menyorok senyuman. Berpura pura baca surat khabar konon. Huh.

Fikri Aidil berdehem. Dia tidak endah apa yang dikatakan oleh Hani Putri. Dia meneruskan kepuraan.

"Saya rasa lebih baik encik balik pejabat."

"Kenapa? Oh ya tak apa.. Client tu ada orang take over. Dia faham situasi ni."

"Kalau client tu saya tau lah. Dia memang senang nak berurusan. Tapi isteri encik nak letak mana? Eh encik dera dia ke? Amboi kemain lembam saya tengok pipi dia dengan tangan." Lancang mulut Hani Putri berkata. Nafas turun naik agak kuat. Biarlah dia berterus terang.

" Dia bekas isteri saya. Nak minta tolong je. Tak akan lah saya nak pukul dia. Saya bukan dayus."

Hani Putri cuba mengawal pernafasan. Ahhh otak dia dengan mulut pun satu. Masa ni juga nak terlepas la berterus terang la. Tengok ni pernafasan pun tak betul.

"Awak kena attack ni sebab risau tengok perempuan tu ke?"

"Tak la. Saya rasa sesak je. Keluar terus pengsan. Fikir mati je masa tu."

"Kalau awak mati siapa yang nak kahwin dengan saya?"

Hani Putri pandang Fikri Aidil tajam. Konon nak kahwin ya. Tapi sibuk dengan bekas dia itu. Kalau tak ada niat tak payah lah main main. Karang ada aku hempuk dengan buku tebal. Biar bangang tu hilang.

"Huh. Dasar lelaki lah." Ngomel Hani Putri. Mulutnya tak henti menyumpah seranah Fikri Aidil. Kalau penyakit datang serang lagi. Memang Fikri Aidil wajib dipersalahkan. Lelaki itu telah membolak balik hatinya dengan kejam sekali.

Fikri Aidil terkedu sendiri. Dia cakap apa ni. Tak terlintas langsung dalam otak tapi ayat itu yang terkeluar. Alamak. Dia mengangkat punggung dan keluar dari ward Hani Putri.

"Hani Putri siapa yang nak kahwin dengan kau? Lelaki tu? Dia siapa kau siapa? Sedar sikit diri. Kau dengan dia macam pipit dengan enggang. Tak boleh sama. Dia bukan pandang kau pun. Dia saja nak main gurau dengan kau. Kau tu kadang perasan." Hani Putri mengingatkan dirinya berkali kali. Dia pegang dada. Rasa sakit macam kena hiris. Malas melayan perasaan. Dia paksa diri untuk tidur. Cara ini sahaja dia mampu bertenang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience