Bab 51

Romance Completed 35078

Lancar Fikri Aidil membaca yasin buat kedua ibu bapa. Hari ini, Fikri Aidil mengajak Hani Putri menziarahi kubur. Katanya, mahu memperkenalkan mak mentua dan bapa mentua. Sayu rasanya mendengar alunan suci dari bibir Fikri Aidil. Hani Putri merenung batu nisan yang terukir nama. Tangan mencabut rumput yang kian naik panjang. Sudah 2 tahun pemergian kedua ibu bapa Fikri Aidil.

"Ibu ayah. Fik bawa menantu buat ibu ayah." Ucap Fikri Aidil sebak. Hani Putri yang memahami segera mengusap perlahan belakang suaminya.

"Doakan kami bahagia." Ujar Fikri Aidil.

Hani Putri mengengam erat jari jemari Fikri Aidil. Kepala dilentokkan manja pada bahu Fikri Aidil.

"Maaf sebab buat ibu dan abah kecewa." Luah Fikri Aidil lagi.

"Abang beruntung ada ibu dan ayah yang sayangkan abang. Hani tahu ibu dan ayah pasti bangga dengan abang." Ujar Hani Putri memujuk.

Fikri Aidil mengukir senyuman. Tenang rasanya memiliki isteri yang tahu menenangkan dirinya. Moga jodoh ini kekal selamanya. Biarlah masa lalu dulu jadi kenangan pahit.

"Abang tak nak lawat Ria?"
Selesai sahaja dia menziarahi kubur mentuanya, Hani Putri bertanya. Bibir mengukir senyuman manis. Dia tidak kisah jika Fikri Aidil mahu menziarahi Aria.

Fikri Aidil mengeleng perlahan. Cukuplah setakat ini sahaja hubungan dia dan Aria. Dia tak nak ada sebarang hubungan lagi. Jaga hati Hani Putri adalah keutamaan baginya.

"Hani tak kisah, Hani faham. Pak long kata Aria dah nazak."

"Nazak?"

"Ya asyik meracau sebut nama abang. Minta maaf. Kasihan kan dia."

"Abang dah maafkan dia semenjak dia buat hal dengan abang."

"Abang tak nak jumpa dia kali terakhir?" Soal Hani Putri meminta kepastian.

Fikri Aidil diam. Tidak membalas pertanyaan Hani Putri yang berulang kali. Hati ini dah tawar nak melihat muka Aria. Bukan benci tapi dia tidak sanggup melihat wajah itu lagi. Dia sudah maafkan Aria sejak dulu. Setiap doa akan titipkan nama Aria untuk kebahagian. Dia ada Hani Putri, pemilik hatinya. Masa depan Fikri Aidil.

*****

Dato' Danial mengurut kepala yang berdenyut. Pening fikirkan keadaan Aria. Menyesal dengan tindakan bodoh mengikut kata hati.

"Tak boleh ke abang bawa Fik ke mari?" Soal datin Ailan lembut. Tidak sanggup melihat keadaan anak tunggalnya meracau nama Fikri Aidil.

Dato' Danial mengeluh kuat. Bukan tidak usaha untuk minta Fikri Aidil ke mari tapi bekas menantunya itu tidak mahu datang ke sini. Merayu? Berkali kali dia merayu dengan panggilan dan text. Fikri Aidil tetap dengan pendirian.

Datin Ailan mencebik bibir, sedaya upaya menahan tangisan. Sedih dengan keadaan Aria. Tubuh badan kurus kering dan tak terurus.

"Saya sanggup melutut demi Aria."

"Jangan. Jangan buat macam tu. Biarlah Fik dengan hidup dia. Kita dah banyak susahkan dia."

"Tapi..."

"Dengar cakap saya Ailan."

*****

Hani Putri membungkan. Tidak berani bersuara. Wajah Fikri Aidil nampak tegang setelah menjawab panggilan. Entah dari siapa dia tidak tahu. Suaranya agak keras.

"Abang okey?" Hani Putri bersuara juga. Cuba merungkai isi hati Fikri Aidil.

"Okey." Fikri Aidil jawab sepatah. Mood mati.

"Kalau ada masalah. Boleh cerita dengan Hani."

Fikri Aidil memandang wajah isterinya. Isteriku wajah yang tenang. Cantik dengan rambut beralun panjang. Perlahan lahan jari mengusap rambut Hani Putri. Lantas dia memeluk tubuh Hani Putri. Tenang rasanya. Jiwa yang amarah seperti sudah pergi. Dia bahagia bersama Hani Putri. Setiap malam dihiasi dengan mimpi yang indah.

"Abang sayangkan Hani. Walaupun abang tak pernah cakap abang cintakan Hani tapi setiap perbuatan abang. Abang lambangkan." Bisik Fikri Aidil di tepi telinga Hani Putri.

"Kenapa abang emosi sangat ni."

Tergelak kecil Fikri Aidil. Sikap Hani yang polos inilah membuatkan dia jatuh cinta kali kedua dan berkali kali. Bukan itu je tapi wanita ini dah mengusik hatinya lama dulu. Wanita yang sanggup terima baik buruk dirinya dan kisah silam.

Bagi Hani Putri. Dia tidak perlukan ucapan cinta. Cukuplah dengan tindak tanduk Fikri Aidil yang sentiasa mengutamakan dirinya. Dari cara Fikri Aidil, dia tahu suaminya ini sayang dan cintakan dia. Setiap hari tidak lepas perkataan rindu selepas balik kerja. Moga pernikahan yang baru beberapa bulan ini hingga ke jannah. Lelakiku hati ini milik awak.

"I love you so much."

Hani Putri tergamam. Fikri Aidil cakap cintakan dia. Bersinar mata dengan bisikan ayat itu. Romantiknya macam dalam filem. Auuuu, bulu roma menegak tiba tiba.

"I love youuu to abang." Ucap Hani Putri teruja.

Ya bahagia milik mereka. Tiada siapa yang boleh rampas. Ujian yang datang tidak mampu menewaskan perasaan kerana jodoh milik mereka. Siapa sangka dari pergaduhan kecil terbitnya perasaan cinta. Kisah Fikri Aidil dan Hani Putri akhirnya temui bahagia.

Note : Ok ni baru penamat. Hehe. Jumpa untuk hari raya haji ok. Bye semua. Love youuu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience