Bab 11

Romance Completed 35078

Fikri Aidil merenung ke luar jendela. Matanya merenung jalan raya yang masih sibuk dengan kenderaan. Angin malam menyapa diri. Kedinginan terasa. Entah mengapa sejak kebelakangan ini hatinya tidak tenang walaupun mimpi tidak menyapa dirinya lagi.

Aria masih isterinya tadi. Tiada surat hitam putih yang membuktikan dia dan Aria bercerai secara rasmi. Talak pun tidak dilafazkan. Dayuskah dirinya membiarkan isteri bersama lelaki lain. Nafsu mendesak untuk dia merokok tapi itu bukan jalan penyelesaian. Berfikir soal masa depan. Ada kala dia melepaskan lelah yang panjang.

" kau kena move on. Dah hampir 5 bulan Aria pergi dari hidup kau." Desis hatinya. Dia teringatkan sesuatu.

Fikri Aidil mengambil album gambar yang ada di laci bawah. Diselak satu persatu. Nampak bahagia tapi penipuan yang diterima. Dasar perempuan murah. Baru sekarang dia terasa menyesal. Gambar dikeluarkan dari album, dia mengoyakkan dengan kepingan kecil. Dibuangnya dalam tong sampah. Rasa puas walaupun sedikit. Sekurangnya kenangan yang satu ini sudah hilang.

Dia melihat sekeliling bilik. Bilik ini sentuhan Aria. Gabungan warna merah dan hitam. Warna kegemaran bersama tapi sekarang tak lagi. Disentuh dada yang berdebar dengan kanan. Degupan jantung yang tak menentu. Makin diingat kenangan bersama Aria. Terasa sakit disegenap jiwa. Bibir mengukir senyuman sinis. Berapa lama lagi dia membodohkan diri sendiri. Berkahwinan dengan perempuan yang tidak mencintai dia.

"Dia tak cintakan kau. Dia cintakan lelaki lain. Jangan bodoh Fik. Kau kawan aku. Aku tak nak kau sengsara." Kata-kata itu bergema dalam mindanya. Kenapa dia tak selidik dulu latar belakang Aria. Aria sanggup bercinta dan berkahwin dengannya kerana mahu menutup dalang dirinya.

"Arghhhhhhhhhhh."

Fikri Aidil menjerit kuat. Melepaskan segala amarah dalam diri.

*****

Hanny Putri mencari laman web panggung wayang yang terdekat. Bila sudah jumpa dia klik satu per satu wayang yang mahu ditonton. Ingin menempah awal agar tidak terlewat untuk membeli tiket. Dia tekun membaca sinopsis.

"Ehemmm."

"Ehemmm." Kali kedua lelaki ini berdehem.

Lelaki itu menepuk kuat meja kerja Hanny Putri.

"Ya Allah."
Hani Putri tersentak. Dia menarik nafas panjang. Dihembus perlahan. Terasa gugur jantungnya.

"Encik.. Encik tak boleh ke panggil saya baik baik. Perlu ke tepuk meja tu." Hanny Putri meleretkan suara. Dia mengetap bibir.

"Awak pekak ke cik adik."

"Setakat encik ehem ehem tu buat apa. Panggil elok elok tak boleh ke?nama saya bukan ehem ehem ya." Hanny Putri membidas. Diajuk gaya Fikri Aidil.

Fikri Aidil mengecilkan mata. Berani sungguh gadis ini mengajuk percakapan dia. Bukan setakat kelam kabut tapi suka mengajuk orang.

"Ha apa. Salah ke saya cakap?" Hani Putri menyoal. Dicekak tangan ke pinggang. Mulut terkumat kamit.

Fikri Aidil menghamburkan ketawa. Geli hati dengan gaya Hani Putri.

"Kau ni muda lagi kan tapi perangai macam mak nenek. Kau ingatkan aku pada aruah nenek saya. Sebiji perangai. Cekak pinggang dan lepas tu mulut terkumat kamit marah. Ya Rabbi seiras cik adik." Ujar Fikri Aidil yang masih bersisa dengan ketawa.

Hani Putri geram. Pada masa yang sama terkesima dengan Fikri Aidil. Lelaki yang dipanggil gelaran sombong sejuk beku ini ketawa. Bukan ketawa yang dibuat buat. Ketawa betul. Kacaknya dia. Fikri Aidil berhenti ketawa serta merta. Dia terlepas laku. Wajah kembali pada yang asal. Riak yang kosong, sombong dan sejuk beku.

"Mana bos awak?"

"Errrr..errr."

"Errr..errr..errr... Kau ni lembab kan. Susah sangat ke nak cakap kat mana kau punya bos." Lancang mulut Fikri Aidil mengutuk. Tiada istilah saya awak. Panggilan kau aku yang disebut.

"Saya tak tahu. Bos tak ada update apa pun." Ujar Hani Putri. Tidak berani menentang mata Fikri Aidil.

"Cik adik.Aku cakap dengan kau kan. Pandang muka aku. Bukan pandang meja. Aku pantang betul lah cakap dengan orang. Dia pandang lain. Ingat aku tunggul kayu ke."

Hani Putri mencebik. Terasa mahu menangis tapi ditahan. Tidak pernah bos memarahi dia seperti ini. Kata dia lembab pun tak pernah. Lelaki ini melampau. Dia benci. Wajahnya kekal menunduk. Tidak mahu pandang. Risau air mata menitis.

"Ma..maaf."

"Kau ni. Pandang aku boleh tak. Minta maaf pun kat meja. Apa kau ingat meja tu aku ke?" Fikri Aidil mengeraskan suara.

Akhirnya, air mata Hani Putri bermain ditubir mata. Kalau dikelip mata pasti air mata akan tumpah. Dia lantas mengesat. Tidak mahu kelihatan lemah dihadapan lelaki sombong ini.

*****

Hani Putri memandang tajam majalah yang ada di atas meja sofa. Dia melangkah ganas menuju ke sofa. Hani Putri mengambil majalah dan dicampakkan ke dinding.

"Dasar jantan sombong. Aku tak lembab lah." Ujar Hani Putri dengan suara sedu. Sakit hatinya dengan panggilan lembab. Ini kali ke berapa lelaki sombong itu memanggil dia seperti itu.

"Dasar sombong. Kau ingat kau kaya kau boleh hina aku ke? Aku tahulah kau anak saudara bos tapi tak payah nak berlagak."

Dipijak pijak majalah dengan kedua kaki.

"Aku benci kau."
Kulit muka majalah hadapan menjadi mangsa kemarahan Hani Putri.

Rita tercengang dengan amarah Hani Putri. Tidurnya yang lena diganggu dengan jeritan Hani Putri. Matanya ditenyeh berkali kali. Tidak percaya dengan kelakuan Hani Putri yang memijak majalah.

"Kau kenapa ni Hani." Dalam keliru, dia menegur.

Hani Putri menangis. Tidak diendah teguran Rita. Dia masih memijak majalah itu sepuas hagi.

"Hani. Kenapa ni?" Soal Rita lembut.

"Aku benci lelaki tu. Dia cakap aku lembab."

"Hah." Mulut Rita terngaga. Tidak mengerti apa yang disampaikan oleh Hani Putri.

"Kau pun sama kan.Mesti cakap aku lembab." Hani Putri mula meraung. Dia terduduk diatas lantai.

"Ya Allah. Apa pula aku cakap macam tu. Cerita kat aku kenapa. Apa lelaki ni buat kat kau."

Rita memeluk Hani Putri. Dia cuba tenangkan Hani Putri yang menangis.
Mata melihat pada kulit majalah hadapan. Wajah lelaki yang segak. Barulah dia mengerti apa yang jadi.

"Lelaki tu cakap aku lembab."
Jari Hani Putri menunjuk ke majalah yang sudah renyuk.

"Kau salah dengar ni."

"Tak. Ini kali kedua dia cakap. Tadi dia cakap kasar sangat." Esakan tangisan Hani Putri berhenti. Dikesat air mata yang mengalir.

"Aku taulah dia anak saudara bos tali tak payah lah tegur aku kasar macam tu. Ya aku tahu aku ni lembab orangnya. Aku tak macam perempuan lain. Cepat pickup." Hani Putri meluah.

"Tidaklah. Kau tak lembab la. Mungkin masa dia tanya tu. Kau lambab jawab. Biasalah tu. Aku pun macam tu jugak. Mungkinlah lelaki tu dia datang bulan kot." Pujuk Rita lembut.

"Hah datang bulan?" Soal Hani Putri Blur.

Rita tersengih dengan pertanyaan Hani Putri. Hani Putri ini kadangkala blur orangnya. Bukan lambat atau lembab.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience