Tunggu sekejap wahai kasih
Bunyi lagu itu bergema sehingga dengar di luar bilik. Sungguh asyik Fikri Aidil melayan lagu sambil pejam mata. Kopi di atas meja dibiarkan sejuk dengan penghawa dingin. Mengantuknya tidak boleh ditahan apatah lagi apabila mendengar lagu yang mendayu. Jam menunjukkan pukul 7 pagi bukan waktu pejabat tapi dia sudah tiba di pejabat tepat pukul 6.45 pagi tadi. Terlalu awal.
Hani Putri mengerutkan dahi. Dia terdengar suara yang mendayu dayu sedang menyanyi di dalam bilik bos. Dia mengeraskan badan. Jantung berdebar. Dia mencapai telefon. Waktu baru pukul 7 pagi tapi siapa yang di dalam bilik. Ajaib. Encik Fikri datang awal? Atau ada makhluk lain. Dia menelan air liur, terasa pahit. Bulu romanya naik, seram sejuk satu badan.
"Han han." Belum habis perkataan, segera dia menutup mulut dengan tangan. Jangan disebut, nanti muncul. Lari tak cukup tanah. Hani Putri beranikan diri, dia perlahan lahan melangkah tanpa ada bunyi dan duduk di kerusi kerjanya. Hasratnya mahu tulikan telinga agar tidak mendengar apa apa.
Sretttt
Srettt
Hani Putri dengar tapi dia berpura pura tekun melakukan kerja.
Ktik ktik
"Apa pula kali ni." Ngomel hatinya.
Mukanya sudah berubah merah. Dia sudah terlanjur duduk disini. Nak lari, terpaksa melintasi pintu bilik bos. Keputusan terus melakukan kerja adalah keputusan bodoh. Dia menyumpah diri sendiri.
Haniiiiii
Haniiiii
Suara mendayu memanggil namanya. Cukup halus dan lembut. Hani Putri masih tekun dan membiarkan panggilan namanya berterusan. Pen ditangan sudah terketar ketar
"Takutttt ke tuuuu?" Fikri Aidil mengusik Hani Putri dengan suara yang dibuat halus. Ditahan tahan suara keciknya. Rasa kelakar pula dapat mengenakan Hani Putri.
"Saya tahu awak tahu kannnn."
Hani Putri terkedu. Haaa makhluk tu tahu aku tahu? Ya Allah kuatkan lah semangat aku. Mulut Hani Putri terkumat kamit membaca surah.
"Tu doa tido cik adik." Tegur Fikri Aidil. Gelak besar keluar. Berdekah dekah dia ketawakan Hani Putri yang ketakutan membaca doa tidur. Terhibur pagi ni. Mencuka wajah Hani Putri dikenakan oleh Fikri Aidil. Disangkan makhluk hantu rupanya bos hantu.
" kalau saya kena panic attack macam mana? Saya saman encik." Ujar Hani Putri dengan suara keras.
"Tak apa saya bayar saman."
"Kalau saya mati. Saya jadi hantu kacau encik."
"Orang dah mati dah tak ada kena mengena dalam dunia ni." Balas Fikri Aidil selamba.
"Eeeee saya cangkul muka encik."
"Hmmm kalau awak cangkul saya. Habislah rosak muka saya. Nanti tak ada orang nak. Awak je lah kahwin dengan saya."
"Eh boleh je .Encik kan kaya." Perli Hani Putri.
"Wuuuuuu. Dah tu bila saya boleh masuk minang?" Soal Fikri Aidil dengan senyuman kambing.
"Tunggu muka encik rosak."
"Ala awak ni. Kahwin sekarang jom. Kat siam."
Perkataan siam membingitkan telinga Hani Putri. Kahwin kat siam tu buat dia jadi geram. Dia hempaskan fail yang ada dan merenung tajam Fikri Aidil.
"Amboi encik Fik, kahwin kat siam ya. Itu lah lelaki, tak ada akal. Nak kahwin kat siam sebab apa. Sebab nak senang tak nak orang tahu. Yang susah perempuan juga."
"Sebab apa susah?" Lurus Fikri Aidil menyoal.
"Sebab senang nak perbodohkan perempuan. Nanti tak payah daftar kat Malaysia kan perkahwinan. Lepastu bila dah puas. Tinggalkan isteri terkapai kapai. Isteri pun tak da hak nak tuntut apa apa. Dasar." Seperti peluru berpandu Hani Putri melafazkan amarah.
Fikri Aidil terkebil kebil. Dia hanya mendengar sahaja. Dari hantu sekarang perkahwinan. Perempuan ni memang pelik. Dia menopangkan dagu. Mahu mendengar apa lagi yang mahu dihamburkan oleh Hani Putri.
"Sanalah encik Fik. Banyak kerja lagi saya nak buat." Hani Putri menghalau. Tak selesa dengan gaya Fikri Aidil.
" Tadi marah sekarang halau saya pula."
" La mana ada. Encik tu datang awal mesti banyak kerja kan. Jadi pergi lah siap kerja. Tak baik makan gaji buta tau. Tak berkat gaji."
"Waktu pejabat ada 45 minit ."
"Ooo yeke. Okey okey."
"Teman saya breakfast jom. Saya belanja ."
"Tak apa lah encik. Saya dah bawa bekal. Breakfast dengan lunch. Banyak kerja nak buat hari ni. Jadual encik saya nak susun balik. Dokumen dokumen encik pun banyak lagi saya tak susun."
Kepala Fikri Aidil mengangguk angguk mendengar penjelasan Hani Putri. Patutlah Pak Long suka dengan khidmat Hani Putri. Hani Putri sangat telus dengan kerjanya. Bukan mahu membuat perbandingan tapi sangat ketara dengan setiausahanya dulu. Hani Putri sangat menepati masa. Apa yang disuruh, dia akan laksanakan segera tanpa bantahan. Jika ada yang tidak berpuas hati, dia akan bersuara. Kadang ada juga sikap yang clumsy.
"Ok tak apa. Teruskan bekerja dengan dedikasi. Esok lusa mana tahu dapat pekerja cemerlang." Ujar Fikri Aidil dengan gaya tangan dibengkok ke atas dengan gengaman jari.
*****
I phone berdering lagi. Bukan sekali tetapi beribu kali. Fikri Aidil membiarkan saja. Dia malas meletuskan baran depan orang tua. Dia masih menghormati mentuanya. Kenapa Datin tidak seperti Dato. Menghormati pendirian lelakinya yang tidak akan kembali pada Aria. Dia bukan pak sanggup nak turuti segala kemahuan orang kaya.
"Angkat je la. Terangkan kau tak akan kembali anak tunggal kesayangan Datin tu."
Sebelum melangkah masuk ke dalam bilik Fikri Aidil. Haikal sudah dengar deringan telefon berkali kali. Ditanya pada setiausaha Fikri Aidil, mudah sahaja jawapannya. Fikri Aidil merajuk dengan makwe. Dia pun tak tahu sama ada nak gelak atau nak marah.
Fikri Aidil tersenyum. Di sentuh screen    Â
I phone dan dimatikan. Senang cerita.
"Pulak dah. Kan aku dah cakap bincang dengan mak dia."
"Kan aku dah bincang haritu. Datin ni yang jenis tak faham bahasa."
"Call kau sebab anak dia nazak kot." Celupar mulut Haikal menuturkan kata.
"Kalau nazak Dato yang call aku bukan dia."
"Mana tahu Dato tengah meratap dengan kenazakan anak dia. Dia menyesal dengan sikapnya." Tambah Haikal dan berpura pura sedih.
"Hei kau, tambah cerita no 1."
"Dulu aku kan pemenang bercerita masa zaman kanak kanak ribena." Haikal berlelucon.
*****
"Mama. Dia akan call?" Soal Aria berharap.
Datin Ailan mengeluh, puas memujuk anaknya tapi Aria seakan tak mengerti. Fikri Aidil sudah buang anaknya. Sejak dulu lagi masa dia penceraian terjadi.
"Fik tak akan angkat call Ria. Dengarlah cakap mama."
"Tak mama. Mama boleh buat."
Datin Ailan mengeleng kepala. Anaknya ini seperti perempuan tak betul.
"Dulu Ria buang dia. Dia dah tawar hati."
"Mama." Sergah Aria. Sakit hatinya Datin Ailan mengungkit kisah lama.
"Kalau mama tak nak tolong bagitahu Aria. Tak payah nak mengungkit." Tengking Aria kuat. Dia mendengus dan menghentakkan kaki. Tangan Datin Ailan ditarik kasar.
Datin Ailan pasrah. Faham dengan sikap Aira yang keras kepala.
Dummm
Pintu dihempas kuat.
"Tak apa mama. Ria tahu nak buat apa."
"Sebab senang nak perbodohkan perempuan. Nanti tak payah daftar kat Malaysia kan perkahwinan. Lepastu bila dah puas. Tinggalkan isteri terkapai kapai. Isteri pun tak da hak nak tuntut apa apa. Dasar." Seperti peluru berpandu Hani Putri melafazkan amarah. Fikri Aidil terkebil kebil. Dia hanya mendengar sahaja. Dari hantu sekarang perkahwinan. Perempuan ni memang pelik. Dia menopangkan dagu. Mahu mendengar apa lagi yang mahu dihamburkan oleh Hani Putri.
Share this novel