Special Fik & Hani (4) Akhir

Romance Completed 35078

Betul ke Aria minta maaf? Ikhlas ke dia?
Hani Putri berfikir sejenak. Mustahil! Aria kan gilakan Fikri Aidil. Macam mana kalau itu perangkap? Macam mana kalau Aria nak hidup bermadu dengannya? Dia isteri pertama dan Aria isteri kedua. Dia tidak boleh terima! Kucar kacir hidupnya nanti.

Pelbagai soalan bermain dalam fikiran. Jantungnya mula berdegup laju. Tak mahu sangkaan buruk itu bakal akan terjadi. Dia berdiri dan mundar mandir di ruang tamu. Dia menarik nafas dan lepas perlahan. Cuba mengusir fikiran negatif yang mula mahu kuasai. Dia geleng kepala berkali kali. Mungkin benar Aria mahu minta maaf secara ikhlas.

*****

Sayang tapi terpaksa lepaskan. Sayang tapi semuanya bermula darinya. Dia yang salah. Tak pandai jaga Fikri Aidil. Hari ini dengan rela hatinya, dia akan melepaskan Fikri Aidil dalam hidup. Benar kata orang jika kita cuba hancur hidup orang lain maka akan berbalik pada diri kita sendiri. Dari dulu sebenarnya kifarah sudah hadir. Tapi kerana hati hitam, dia tidak boleh terima.

"Kifarah." Bisik hati Aria.

Aria merenung ke luar kafe. Hujan sedang membasahi bumi. Mata melihat pula jalan raya yang sedang basah. Buat pertama kali dalam hidupnya, dia terasa tenang. Air kopi suam dihirup perlahan. Mata tutup untuk menikmati. Terasa seperti air mengalir sejuk di dalam hati.

"Aria." Sapa Hani Putri.

Matanya dibuka bila nama dipanggil lembut. Bibir mengoyak senyum manis. Dia pandang raut wajah Hani Putri. Jelas kelihatan raut wajah itu manis dan mata jatuh pada pakaian. Sopan dan tertutup. Patutlah Fikri Aidil jatuh hati pada Hani Putri. Sopan, lemah lembut dan manis.

"Duduklah." Pelawa Aria.

Hani Putri tarik kerusi dan melabuhkan punggung. Dia sempat menarik nafas panjang agar emosi tidak terganggu. Risau keputusan dia salah untuk hadir ke sini. Dia berharap, keadaan akan baik baik sahaja.

"Alhamdullilah. You datang juga. I ingat you tak nak datang."
ok
"Kalau awak jemput saya secara baik. Insyaallah saya akan datang." Balas Hani Putri tenang. Pertemuan hari ini tanpa pengetahuan suami. Kalau Fikri Aidil tahu dia berjumpa dengan Aria sudah tentu Fikri Aidil tak akan benarkan. Dia cuma mahu kepastian sahaja dari Aria. Kenapa secara tiba tiba mahu berjumpa.

"I nak minta maaf."

"Untuk apa?" Soal Hani Putri.

"Berkenaan kesalahan I pada you. Goda Fikri Aidil. Hmm maaf Hani." Ujar Aria. Serba salah untuk meneruskan kata. Terasa jijik pada diri sendiri.

"Saya tahu."

Aria tunduk. Malu mahu bertentang mata dengan Hani Putri. Rasa tidak layak duduk semeja dengan dengan wanita ini.

"Benda dah lepas tak payahlah ungkit. Kalau betul awak dah berubah. Tak payah pandang belakang. Saya tahu akan ada jodoh yang terbaik buat awak."

"I... ra..sa macam tak layak untuk lelaki lain. I kotor Hani. I pernah musnahkan hidup Fik. I pernah nak rosak rumah tangga you." Ujar Aria gagap. Air mata yang mahu jatuh dikawal sebaik mungkin.

Hani Putri senyum. Dia melihat wajah kesal Aria. Kasihan wanita ini. Dia tersalah langkah sampai membelit diri sendiri.

Anak mata Hani Putri jatuh pada bibir mungil Aria. Kesan bengkak dan lebam. Siapakah yang sanggup buat begini pada wanita secantik ini.

"Awak okey?"

Aria angguk dan mengukir senyuman. Rasa sakit pada bibir membuka mulut. Walaupun kesan ini sudah surut tapi masih jelas kelihatan. Pewarna maroon gelap ofpada bibir tidak mampu menutupi kesan bengkak.

"Awak cantik." Puji Hani Putri ikhlas.

Aria tunduk malu. Baiknya hati isteri Fikri Aidil. Sanggup berjumpa dan maafkan dia. Kalau perempuan lain, mungkin sudah tarik rambut dan menjerit satu sama lain.

"Kita bina hidup baru okey. Kita berdamai."

Aria hanya mengangguk dan hulurkan tangan tanda meminta maaf. Hani Putri menyambut dengan senang hati. Biarlah hari ini permulaan yang baik. Dia malas fikir bukan bukan lagi tentang Fikri Aidil. Dia mahu menjalani hidup dengan tenang.

*****

Fikri Aidil masam muka bila mengetahui isterinya pergi berjumpa dengan Aria. Hari ini, dia langsung tidak menegur Hani Putri. Terasa dirinya dibelakangkan.

"Hani minta maaf. Hani tau abang tak akan bagi." Ujar Hani. Air liur ditelan berkali kali. Takut dengan reaksi wajah Fikri Aidil. Belum pernah dia melihat reaksi amarah.

"Honey tau apa dosa keluar tak bagitahu suami?"

Hani Putri angguk.

"Tapi Hani dah bagitahu. Abang dah benarkan." Jawab Hani Putri tanpa serba salah.

Geleng kepala Fikri Aidil.

"Bagitahu tak nak keluar dengan siapa? Honey tipu abang kan? Kata nak jumpa customer. Tapi jumpa perempuan tak guna tu!"

"Tak baik abang gelar dia macam tu."

Berkerut dahi Fikri Aidil dengar ujaran isterinya. Apa yang Aria hasut isterinya. Setahunya Hani Putri tak suka Aria.

"Backup dia nampak." Perli Fikri Aidil.

"Abang dia nak minta maaf je. Dia nak mulakan hidup baru."

Fikri Aidil hela nafas. Perkataan maaf dari mulut Aria dah muak dia dengar. Selepas itu buat lagi dan lagi. Ayat apa yang dia bagi pada Hani Putri sampaikan cair.

"Honey... Jangan percaya sangat."

"Abangg.. Dia dah insaf."

Fikri Aidil memicit kepala. Polos sangat isterinya ini. Mudah benar maafkan orang lain yang mahu hancurkan dia. Entahlah, cukup 2 kali dia makan ayat Aria. Bukan untuk kali ini. Rasa marah pada bekas isterinya dulu masih bersisa.

******

"Boleh tak you jangan kacau wife I. Tak payah you nak tunjuk insaf ke apa. Orang macam you ni talam dua muka." Lancang mulut Fikri Aidil berkata. Urat urat timbul pada leher. Amarahnya masih ditahan dan mungkin hampir meletus.

Aria tersentak. Dia menunduk. Tidak berani bertentang mata. Dia takut jika Fikri Aidil salah faham.

"Sorry kalau you tak suka. I tak tahu Putri tak bagitahu you."

"Memanglah kau yang brainwash dia." Jerkah Fikri Aidil.

Mengigil tangan Aria. Tidak tahu perkataan apa yang sesuai.

"Jangan buat muka innocent Aria. I kenal you."

"I nak berubah."

Fikri Aidil gelak sinis.

"You nak berubah??" Soal Fikri Aidil sinis. Menyampah pula dia melihat wanita ini. Sepatutnya kerjasama dia dan wanita ini sudah berakhir.

"I tahu I banyak tipu you. Tapi percayalah I nak berubah. Salah ke?"

"Salah! You tu talam dua muka."

Air muka Aria mula berubah.

"Tak payah buat muka sedih Aria. I dah penat dengan karenah you. You nak I report kat daddy you?"

"No Fik. No. Jangan. Nanti daddy pukul I."

"Sepatutnya daddy you ajar you dari kecil bukan masa besar. Sebab tu sampai sekarang bebal."

Sedih! Rasa mahu menangis tapi ditahan. Hinaan demi hinaan dia terima. Patutlah! Pelbagai cara dia buat untuk jatuh Fikri. Ini balasannya.

"I terima you hina I."

"Mulut tu kalau asyik jawab je. Boleh tak kau diam! Jangan cakap apa apa! Heh, setahu aku projek kau dah tukar orang. Jangan datang sini. Berambus!" Halau Fikri Aidil. Sebelum marahnya meluap, dia segera angkat kaki.

*******

"Kenapa tiba tiba abang ajak Hani kat sini? Bukan ke abang nak meeting dengan client?"

Fikri Aidil tersenyum. Dia geleng kepala. Jari menyelak satu persatu helain menu.

"Havoc sangatlah. Kedai biasa biasa tak ada ke? Ada nasi tak kat sini? Lapar." Ujar Hani Putri manja. Dia tekak Melayu bukan barat. Boleh pula Fikri Adil bawa dia ke mari.

"Tak ada. Nanti balik, kita singgah mamak."

"Alaaaa."

Pipi isterinya dicubit manja. Faham benar dengan selera Putri Hani. Sebab inilah dia makin sayang. Segala makanan Melayu, Hani Putri pandai masak.

"Fik." Sapa Dato Danial.

"Yes papa.Have a sit papa."

"Papa je? Mama?" Tanya Datin Ailan. Wajah cemberut melihat Hani Putri. Mata meliar pandang penampilan Hani Putri.

Hani Putri terkebil kebil melihat situasi sekarang. Dia tidak tahu yang Fikri Aidil bawanya berjumpa mama dan papa Aria. Apa motif suaminya sebenarnya? Hatinya mula berdegup kenyang.

Fikri Aidil terus mengusap lembut tangan isterinya. Bibir mengukir senyuman. Mata main peranan menyuruh isterinya bertenang.

"Amboiii. Nak sweet sweet. Buat apa ajak kami?"

"I nak jumpa papa bukan datin." Tegas Fikri Aidil bersuara.

Dato Danial senyum. Sokong dengan tindakan bekas menantunya.

"Masa kenduri dulu. Papa ada datang. Mungkin Hani tak perasaan. Bertuah siapa dapat Hani."

"Beruntung lagi siapa dapat Aria." Datin Ailan mencelah.

"Heh. Lelaki mana tahan perempuan macam tu? Itu anak tauu. Kalau bukan anak. Aku tempah neraka je." Balas Dato Danial.

"Papa. Fik jemput papa datang bukan nak berbalah. Tapi kita bincang baik baik."

Dato Danial mengangguk setuju. Datin Ailan berpaling ke arah lain. Dia tidak suka dengan pasangan ini. Menyampah! Fikri Aidil lagi layak berganding bersama Aria bukan perempuan tak semenggah ini.

"Kelmarin Aria jumpa isteri saya."

"Apa budak tu nak lagi? Dia ada sakitkan awak?"

Hani Putri geleng kepala. Agak terkejut kenyataan suaminya. Tak sangka Fikri Aidil tekad juga mahu berbincang perkara ini. Dia jadi serba salah.

"Dia datang minta maaf pada saya dato. Dato janganlah marah dia..Dia nak berubah. Kita patut support dia. Bukan marah macam ni." Ujar Hani Putri bersungguh sungguh.

"Aria licik Hani."

"Tak Dato. Dia bersungguh. Sampai bila mahu menghukum. Dato patut support dia. Kasihanlah pada dia. Dia anak perempuan Dato."

Dato Danial menghela nafas. Dia merenung wajah Hani Putri. Polos wajah Hani Putri. Patutlah bekas menantunya jatuh hati pada perempuan ini. Indahnya jika Hani Putri anaknya. Tapi dia berhak untuk memilih. Salahnya juga kerana terlalu manjakan anak perempuan.

"Maafkan saya jika lancang Dato. Aria anak Dato. Mungkin ada compang camping sikit. Itu biasa, bukan semua anak ikut acuan kita. Kadang tersalah langkah, apa salahnya kita nasihat dia. Dari sinilah Dato kena support moral dia."

"Pandai kau ajar laki aku." Marah Datin Ailan. Mata merenung tajam Hani Putri. Berani sungguh perempuan ini mengajar suaminya.

"Betul apa yang Hani cakap tu. Kita terlalu manjakan Aria sampai dia buat apa sahaja untuk tuntut kemahuan dia." Ujar Dato Danial.

"Dato jangan marah dia. Cakap elok elok ya. Insyaallah semuanya akan elok." Nasihat Hani Putri.

******

Fikri Aidil mengucup dahi dan pipi Hani Putri berkali kali. Sayangnya pada wanita ini tidak akan pernah berakhir. Bila amarahnya mula meletup, isterinya ini salurkan air. Maka terpadamlah segala api yang membuak.

"Terima kasih sayang." Bisik Fikri Aidil pada telinga Hani Putri.

"Untuk apa?"

"Untuk segalanya."

"Tapiii Hani tak dapat jadi isteri sempurna lagi."

Tubuh Hani Putri dirangkul erat. Rambutnya dibelai manja. Dia faham maksud Hani Putri.

"Honey dah cukup lengkap dalam hidup abang. Segala kekosongan yang ada Honey dah isi."

"Tapi Hani tak mampu bagi abang zuriat lagi." Ujar Hani Putri. Bila mengenangkan perkara yang satu itu. Hatinya sebak. Dia mahu berikan Fikri Aidil zuriat. Penyambung warisannya. Dia takut kerana anak, Fikri Aidil tidak sayang akan dirinya lagi.

"Honeyyyy. Belum tiba rezeki kita lagi kan. Kita tak berhak untuk persoalkan. Abang bahagia ada Honey. Kita berdua tak bermakna kita tak happy. Anak bukan terletak kebahagian kita Honey. Bahagia kita adalah cara kita berdua." Ujar Fikri Aidil.

Sejujurnya, dia tidak kisah semua itu. Jika betul mereka belum ada rezeki lagi untuk dikurniakan anak. Mereka boleh ambil anak angkat. Mereka bukan mandul. Masing masing sudah periksa ke doktor. Cuma rezeki mereka belum sampai lagi walaupun dah 2 tahun sudah bernikah. Lelaki lain boleh setia pada pasangannya selama bertahun tahun apatah lagi dia. Fikri Aidil bersyukur dengan kehadiran Hani Putri sebagai pelengkap. Isterinya itu adalah kebahagian yang harus dia kekal sampai ke syurga.

Cebik bibir Hani Putri menahan tangis. Kata kata Fikri Aidil membuatkan jiwa sebak dan terharu. Dia terus peluk Fikri Aidil erat. Lelaki yang banyak sabar melayan karenahnya. Lelaki yang sering berikan semangat kepadanya. Lelaki ini satu satunya yang hadir dalam hidupnya.

"Terima kasih Ya Allah kerana hadirkan lelaki yang baik buat aku."

*********

6 bulan kemudian.

"Tahniah encik. Puan mengandung."

Terbeliak mata Fikri Aidil bila dengar ayat Doktor. Hani Putri mengandung anak sulungnya. Dia mengucap syukur tak terhingga.

Hani Putri pula mengesat air matanya yang mulai turun. Alhamdullilah, akhirnya dia dapat merasa jadi seorang ibu. Perutnya dipegang lalu diusap perlahan. Masih tidak percaya, dia kurniakan anak. Syukur Alhamdullilah.

"Ibu akan jaga sayang baik baik." Bisik hati Honey Putri.

Tanpa segan silu, Fikri Aidil mengucup jari jemari Hani Putri.

"Terima kasih sayang."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience