Bab 7

Romance Completed 35078

Fik sayang Ria?" Jari tangan Fikri Aidil digengam. Menanti jawapan dari kekasih hati.

"Ria rasa?" Soal Fikri Aidil kembali. Sengaja menduga hati Aria. Gila tak sayang. Aria adalah permata hati yang paling dicintai. Dunianya jauh berubah semenjak mengenali Aria.

Jari kekasih hati dilepaskan perlahan. Protes dengan soalan Fikri Aidil.Mulutnya dimuncungkan. Berpeluk tubuh antara dua tangan.

"I love you so much."

Jari jemari Fikri Aidil diraih kembali lalu dikucup mesra. Rajuknya tidak menjadi.

Bunyi pesanan whatsapp masuk menyedarkan Fikri Aidil dari khayalan. Rambutnya diusap. Dia mengetap bibir. Kecewa dengan diri sendiri yang hanyut dalam perasaan. Susah untuk melupakan kenangan.

"Kau ingat dia lagi?"

Haikal  memerhati Fikri Aidil dari jauh. Asyik benar lelaki itu berkhayal. Di panggil dengan kuat tapi masih tidak menyahut. Akhirnya, dibiarkan sahaja lamunan Fikri Aidil.

"Eh aku fikir pasal projek kita." Fikri Aidil mengalih topik. Tangan menyusun helaian kertas di atas meja.

"Aku ni nak ajak kau lunch."

Kepala mengeleng perlahan.

"Aku rindu dia."Luah Fikri Aidil secara tiba-tiba. Perasaan tidak dapat dikawal dari terus mengingati bekas isteri.

Haikal mengangkat bahu. Tangan mengaru kening. Berat masalah kawan dia ni. Tengok muka pun dah tahu macam mati bini.

" Aku tak tahulah kal."

"Slow slow bro. Mana ada orang move on secepat mungkin."

*****

Nasi kandar kedai mamak Ahmad ni memang tak menghentikan selera Haikal. Kuah yang pekat dan banyak. Lauk pauk pula mengiurkan.

Fikri Aidil hanya menguis nasi dengan sudu. Nasi putih dengan ayam goreng dibiarkan. Perut lapar tapi mood mati selera.

"Makanlah." Haikal membuat gaya menyuapkan makanan ke mulut.

"Takde selera."

"Nanti perut kau masuk angin.Tak boleh buat kerja pulak." Bebel Haikal. 

Kawannya yang satu ini memang kuat bebel. Semenjak ada anak dengan isteri. Makin menjadi bebelan dia. Mengalahkan ibu tiri.

"Aku ada satu cadangan untuk kau."Ujar Haikal dengan keningnya diangkat tinggi. Konon cadangan paling bernas.

"Apa dia?" Fikri Aidil berminat. Terhenti pengerakan jari menguis nasi.

" Ha kahwinnn." Haikal memberi cadangan.

"Kau gila ke?Cadangan apa kau bagi ni. Jangan buat gila."

Cadangan merepek dan tak masuk akal. Tidak mungkin dia akan berkahwin lagi.

"Cadangan aku bernas kann."

"Hotak kau."

Haikal ketawa terbahak. Tidak menghirau pengunjung yang pandang mereke berdua. Geli hati dengan Fikri Aidil.

"Aku cari perempuan melayu terakhir." Ujarnya dengan ketawa yang masih bersisa. Dihirup teh ais. Rasa segar.

"Aku tak kisah duda pun. Janji hati tak sakit. Rasa bersalah pada ibu ayah pun tak habis lagi."

Jeda

Serba salah Haikal mendengar. Kasihan sahabatnya ini. Rasa bersalah tak pernah luntur dalam diri Fikri Aidil. Sejak kehilangan kedua ibu bapa, Fikri banyak memencilkan diri sendiri.

"Ini takdir. Allah nak uji kau."

"Move kawan. Aku tahu kau boleh. Anak jantan kan." Haikal memberi semangat.

Makanan yang terbiar,disuapkan ke mulut. Bertuah rasanya memiliki sahabat yang susah senang bersama.

Eh macam kenal je perempuan tu. Mata dia memerhati tingkah laku gadis itu. Aduh cantik. Bertudung bawal. Berbaju kurung. Bertuah siapa dapat memiliki.

Gadis itu terasa dirinya diperhatikan tapi tidak diendahkan. Ramai orang disini ,bukan dirinya. Dia mengangkat tangan membaca doa. Gadis itu makan berselera. Nikmat makan nasi kandar ini.

*****

Jari jemari Hani Putri laju menaip papam keyboard . Matanya meliar melihat jam di komputer. Ada lagi 10 minit.Jarinya makin dipercepatkan. Laporan kali ini rasa susah hendak disediakan. Banyak kesalahan.

"Kerja yang saya suruh buat tu. Dah siap Hani Putri?"

Membulat mata Hani Putri. Suara bosnya sudah kedengaran dicuping telinga. Alamak habislah dia kali ini.

"Lagi 10 minit bos."

"Apa pendapat awak tentang Fikri Aidil?" Soal bos secara tiba.

Hairan dengan soalan bosnya Jarinya berhenti menaip.Tercengang. Otaknya cuba diproses kembali. Soalan apa yang diberikan bosnya ini.

"Hah."

"Anak saudara saya."

" Anak saudara bos?" Sikap blur datang kembali.

"Anak saudara saya yang kelmarin tu."

"Oh." Satu perkataan yang keluar dari mulut. Tidak tahu jawapan apa yang harus diberikan.Kalau jujur sangat.Itu anak saudara bos.Tipu sikit tak apalah kot.

"Apa pendapat awak?"Soal Dato' aziz sekali lagi.

" kacak."

"Tinggi."

"Nampak aura yang hebat."

Puji Hati Putri. Pak Long Aziz mengagguk angguk kepala. Bersetuju dengan pendapat Hani Putri.

Hani putri menaikkan satu tangan ke atas.

"Anak saudara bos nampak lelaki hebat." Dua ayat di atas ayat pujian yang ikhlas. Dua lagi dia menokok tambah. Alah mana dia tahu anak saudara itu macam mana. Yang dia tahu pernah nampak lelaki itu mabuk bersama perempuan cantik.

Setelah selesai mendengar pujian Hani Putri. Dia masuk ke bilik pejabat kembali.

"Bos tu kena rasuk ke? Tetiba je tanya soalan pasal anak saudara." Omelnya.

"Aura? Aku tak rasa pun aura dia tu" Hani Putri tersengih sumbing. Lucu dengan jawapan menipu.

*****

Fikri Aidil memusing badannya ke kiri dan ke kanan.Mata belum mengantuk. Teringat perbualan antara dia dan Haikal.

Kepala berdenyut secara tiba-tiba. Entah mengapa perkataan kahwin tu seolah-olah menjadi igauan baginya. Kepala dipicit perlahan. Denyutan masih tidak hilang.Fikri Aidil bangkit dari pembaringan.

"Kalau aku kahwin lagi.Aku dapat ke lupakan Ria?"Soal Fikri Aidil sendiri.Dia menoleh ke tepi.Melihat langsir terbuai dengan tiupan angin.Dia bangun dari tempat beradu melangkah ke arah tingkap. Matanya memandang langit melihat ciptaan Allah.Subhanallah. Sungguh cantik langit malam ini. Fikiran teringat lagi perbualan hangat antara dia dan Haikal.

"Kahwinlah. Senang ada orang nak jaga makan minum kau. Terubat sikit hati kau dari teringatkan perempuan tu."

Haikal hanya menggunakan perkataan perempuan itu sahaja. Rasa jelek nak sebut nama.

"Kau jelah yang kahwin." Fikri Aidil membalas selamba. Mahu diuji kawannya itu.

"Kau gila."Sergahan Haikal padanya hanya mengundang ketawa.Haikal hanya tersenyum.Tidak sangka perkataan yang muncul dari bibir membuatkan Fikri Aidil itu ketawa terbahak-bahak.Lucu agaknya dengan cadangan yang satu ini.

*****

"Eh sory saya tak sengaja."Hani Putri memohon maaf.

Hani Putri berjalan pantas. Secara tak sengaja dia merempuh seorang lelaki.
Aduh sakit bahunya. Orang ke manusia ni. Rasa gagah semacam.

" Awak lagi."

"Eh sorry encik.Saya tak sengaja."

"Lain kali nak berjalan tu pandang kiri kanan ya cik adik. Jangan jalan gelabah macam ni. Tak elok."

"Hehe..Sorry saya tak sengaja." Hani Putri mohon maaf  sekali lagi.

"Mana bos awak?"

"Oh bos masuk petang ni.Dia ada meeting dengan pelanggan."

"Oh."

"Encik ada nak pesan apa-apa?" Tanya Hani Putri ramah.Bibir

"Takde kot."

"Takde kot?" Soal Hanny Putri kembali.

"Awak ni kenapa? Banyak soal pulak" suaranya naik tinggi sedikit.

"Sorry." Ucap Hani Putri serba salah.

Boleh pula ya Pak Long bekerjasama dengan perempuan clumsy ni. Ini kalau jadi pekerja aku. Maunya aku pecat sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience