Aria memaksa dirinya memandu ke rumah lama dia dan Fikri Aidil. Tidak kisah dengan pandangan Fikri Aidil. Yang dia mahukan hanya simpati lelaki itu. Aria menyesal mengikut kata hati. Cinta konon. Cinta bodoh. Lelaki Inggeris itu tak ikhlas mencintainya, dia hanya mahu mempergunakan tubuh Aria. Tak guna.
Kosong. Sepi. Rumah gelap gelita. Tiada penghuni. Mana pergi Fikri Aidil. Berpindah atau masih disini.
Mimpi apa yang merasuk minda Aria. Dia rela mengheret kakinya pergi ke pejabat Fikri Aidil.
"Kau Aria kan?" Soal Haikal garang. Dipandang Aria atas dan bawah. Ditenung lama perut Aria yang semakin menbuncit.
Aria menutup dengan tangan perutnya. Tapi masih kelihatan.
"Kau buat apa kat sini?"
"Arrr..er...er... Fikri ada? I nak jumpa dia."
"Fikri dah tak kerja kat sini."
Aria kecewa. Di rumah tiada. Di tempat kerjanya juga Fikri Aidil dah berhenti. Dia memerlukan bekas suaminya. Dia tidak mahu pulang ke rumah. Dia takut. Mana lagi tempat yang harus dia tuju.
*****
Hani Putri membuat pengakuan pada Fikri Aidil. Dia yang menghantar makanan di kondominium lelaki itu. Tetapi tak berani nak bersua muka. Takut dengan isterinya. Fikri Aidil gelak besar. Itulah perempuan senang buat telahan. Bukan mahu bertanya dahulu. Dia juga yang rugi. Dia juga yang sakit sendiri. Bila bersama Hani Putri. Dia jadi diri sendiri. Tak payah nak kawal segala benda. Dia rasakan dia jatuh cinta lagi.Ops. Mungkin ini cinta yang sebenar.
Hani Putri tersipu sipu malu. Malam ini Fikri Aidil mengajaknya makan malam di restauran steamboat. Gembira tak terkata tapi itulah dia sukakan ketam. Tak akanlah nak tunjuk sifat gelojoh. Dibiarkan ketam bertenggek disitu.
"Kenapa tak makan ketam? Alahan seafood?"
"Bukan alahan tapi tak pandai kopek kulit." Hani Putri bohong. Tak apalah bohong sikit je. Dari malu.
Hani Putri senyum malu malu. Fikri Aidil mengopek kulit ketam dan dan meletakkan isi ketam pada pinggannya. Alahai manisnya dunia. Pipinya dah bertukar warna.
"Kenapa tak makan? Makanlah. Malam ni saya tolong awak kopek kan sebagai ganti terima kasih masak kan sarapan untuk saya."
Hani Putri bermain dengan garfu. Dicucuk daging lembu dan disua pada mulut. Dia mengunyah perlahan lahan. Sopan.
"Jangan malu Hani. Jadi diri sendiri je." Fikri Aidil cuba selesakan Hani Putri yang agak kekok. Mungkin ni temu janji pertama si gadis.
Lepas satu. Satu lagi daging lembu perap thai dimakan. Sedap. Tak sia sia dia menuruti pelawaan Fikri Aidil. Jimat stok makanan dirumah. Dia memerhati pula Fikri Aidil. Sopan lelaki ini makan. Cara mengopek kulit udang dengan ketam. Tak ada pun comot. Tertibnya. Kalau aku ni habis kotor tangan. Bertuah ya siapa dapat dia. Bodoh siapa yang tinggal dia.
Fikri Aidil fokus memandu. Ada masanya hujung mata mengerling Hani Putri. Hani Putri diam. Hani Purtri tidak tahu topik apa yang harus dibualkan. Begitu juga dengan Fikri Aidil. Dia mengunci mulut. Dalam fikiran merencanakan ayat yang sesuai.
"Hani."
"Ya encik Fik."
"Kalau saya nak kenal lagi rapat dengan awak boleh. Hmm maksudnya bkn sebagai kawan. Lebih dari kawan." Berhati hati Fikri Aidil menutur kata. Bimbang jika gadis ini diserang panik.
Hani Putri bungkam. Dia faham ayat itu. Bermaksud Fikri Aidil nak jadikan dia kekasih atau bakal suami. Wah. Untungnya kahwin dengan duda.
"Hani..." Fikri Aidil menoleh ketepi. Bimbang dengan kebisuan Hani Putri.
"Errrr."
"Saya duda Hani. Saya bukan suami orang."
Hani Putri turut menoleh ketepi. Mata bertembung dengan Fikri Aidil. Mencari keikhlasan disebalik mata. Dia masih bisu. Suaranya tak terkeluar. Jantung kian berdebar.
"Calm down Hani. Jangan fikir sangat okey. Mybe masa ni tak sesuai. Nak tidur nanti buatlah keputusan.. Text saya." Tenang Fikri Aidil berkata. Dia faham dengan keadaan Hani Putri. Mudah risau. Kalau boleh dia mahu si gadis itu baik baik sahaja.
*****
Fikri Aidil menatap screen Iphone. Tiada tanda whatsap akan muncul. Jam sudah menunjukkan 1 pagi tapi hatinya tidak tenang. Dia tidak mahu memulakan dulu perbualan. Biarlah Hani Putri yang melakukan keputusan. Akhirnya, dia terlena dengan iphone di dada.
Hani Putri gelisah. Tak pernah dia bermimpi lelaki itu akan meluahkan. Bagaikan mimpi. Bagaikan diawangan. Hatinya rasa seperti berterbangan di awan awangan. Dia meletakkan tangan didada. Jantungnya jalan dengan pantas. Aku dah jatuh cinta atau serangan akan kembali. Dia menepuk dahi. Dibiarkan fikiran negatif pergi jauh. Dia mahukan hidup positif. Biarkanlah masa membawa dia ke arah kebahagian. Hani Putri terlena bersama sama angan angan.
*****
Dia meletakkan pasu bunga mini ke kiri meja. Tidak puas hati diletakkan pula ke kanan. Masih sama. Tidak puas. Dia meletakkan di satu sudut meja kecil. Dia tersenyum puas. Tempat itu juga cantik.
" Kenapa letak jauh. Nanti hati tak tenang." Ujar Fikri Aidil bersama senyum manis. Dilengkapi dengan kekacakan dirinya yang memakai baju kemeja dan seluar slack hitam. Formal dan ringkas. Sekejap lagi tentu Fikri Aidil melipat lengan bajunya hingga ke siku. Fikiran Hani Putri melayang nakal.
Fikri Aidil memetik jari berkali kali. Hani Putri tersedar dari fikiran nakal. Dia tersenyum malu.
"Kenapa senyum. Apa yang awak fikirkan?"
"Ta...k... Tak ada apa apa."
Fikri Aidil diam. Dia dah faham dengan perangai Hani Putri. Kalau tergagap tu sudah tentu fikiran melayang entah ke mana. Sudahnya dia meminta diri ke bilik.
Hani Putri menarik nafas lega. Mujur lelaki itu tak banyak tanya. Nanti beribu penipuan yang keluar dari mulutnya.
"Semalam kau dating dengan bos kedua yaaaaa." Suara meleret Nyah mengejutkan Hani Putri.
Share this novel