Fikri Aidil berjalan jalan santai di Pavilion untuk menghilangkan kebosanan. Niatnya untuk menonton wayang. Sudah lama aktiviti kegemarannya tertangguh disebabkan masalah peribadi dan kesibukan bekerja. Ada masa lapang dia akan menonton di laptop sahaja. Jika dulu berteman tetapi sekarang dia keseorangan. Fikri Aidil sunyi. Minta untuk Haikal teman dirinya sudah tentu tidak boleh kerana Haikal suami orang.
"Eh Encik Fikri ada juga kat sini?" Tanya suatu suara yang tidak dikenali. Fikri Aidil memandang hairan. Siapa pula wanita yang menegurnya. Dia tidak mengiakan.
"Oh saya Rita. Kawan Hani Putri." Rita mula perkenalkan diri sendiri. Pada masa yang sama marah dirinya yang suka hati menegur Fikri Aidil.
"Oh ya. Okey."
Mata Fikri Aidil liar mencari susuk tubuh Hani Putri tetapi tidak kelihatan. Rita yang faham terus bersuara.
"Hani dia ke tandas."
"Oh okey."
Balasan tak seberapa Fikri Aidil membuatkan Rita rasa meluat. Betul cakap Hani Putri perangai Fikri Aidil menjengkelkan hati. Lihat sahaja dengan balasan sombong.
"Rita. Jom." Hani Putri mengajak Rita masuk ke panggung. Sedikit pun dia tidak menoleh Fikri Aidil malah dia hanya membiarkan lelaki itu merenungnya.
"Hani."
Hani Putri menarik tangan Rita. Dia mahu lari dari Fikri Aidil. Cukuplah sekadar berjumpa dipejabat bukan diluar. Rita pula serba salah dengan situasi seperti ini. Fikri Aidil memanggil dengan lembut manakalah Hani Putri membuatkan lelaki itu tidak wujud. Apa sebenarnya yang terjadi. Hani Putri dan Fikri Aidil bergaduh ke atau Fikri Aidil melakukan kekasaran pada sahabatnya itu.
"Hani. Encik Fikri panggil kau tu."
Hani Putri mengunci mulutnya. Dia menarik tangan Rita dan laju berjalan menuju ke panggung.
*****
4 bulan berlalu
Perubahan sikap Hani Putri membuatkan diri Fikri Aidil tidak betah. Dia membuat keputusan untuk tidak menganggu Hani Putri. Dia ke pejabat Pak Long Aziz hanya bercakap soal kerja. Tiada teguran atau gurau senda dari mereka. Fikri Aidil tidak mahu jadi seperti dulu yang mengharapkan cinta perempuan. Dia bukan seorang yang terhegeh.
Cinta? Mungkin dulu berputik sekarang hatinya seakan tidak ada.
Hani Putri sedar dengan perubahan sikap Fikri Aidil. Tiada lagi panggilan atau usikan dari lelaki itu. Lelaki itu hanya bercakap soal kerja. Entah mengapa hatinya terasa sepi tapi dia harus lawan perasaan itu.
Hani Putri menjeling ke tepi. Lelaki itu melangkah keluar dari bilik bos dengan berpenampilan menarik. Matanya seakan melekat melihat daya tarikan. Lelaki yang berpenampilan menarik sesuai dengan dirinya yang kacak. Baju kemeja berwarna biru dikenakan dengan seluar slack hitam. Matanya terpikat.
"Hello...I dah panggil banyak kali kenapa you tak menyahut?" Soal lelaki itu yang masih mengetuk meja untuk menyedarkan dirinya.
Hani Putri malu. Kelakuan tidak senonoh dia ditangkap oleh lelaki ini. Dia mengelip matanya berkali kali dan mengosok sedikit.
"Oh maaf encik. Saya tak tahu serangga apa masuk mata saya tadi. Tu tak sedar encik panggil." Hani Putri berpura pura mengesat matanya beberapa kali.
Lelaki itu memerhati. Tanpa banyak soal. Dia menunduk menghadap muka Hani Putri. Wajah Hani Putri dipegang sedikit lalu mulutnya menghembuskan angin pada mata Hani Putri. Kiri dan kanan. Bergilir gilir.
"I harap you dah lega. Tu salah satu teknik nak bagi mata okey."
Hani Putri kaku. Beraninya perbuatan lelaki ini. Tidak meminta izin darinya. Dia malu. Kalau pekerja lain lihat macam mana. Mesti malu. Hani cuba mengerdip kelopak matanya berkali kali. Berlakon seolah olah teknik hembusan tadi berjaya.
"Ha dah okey. Terima kasih encik Fik." Hani Putri berterima kasih pada Fikri Aidil. Malu dalam dirinya belum hilang lagi. Terasa mahu menyorok bawah meja.
"Okey good. So girl esok jangan lupa dengan jadual bos awak. Bos awak yang minta ingatkan bukan saya yang gatal nak pergi kat awak." Ujar Fikri Aidil. Sebelum Hani Putri salah faham, biar dia dahulu berterus terang. Dia hanya mengikut permintaan Pak Long sahaja.
Hani Putri memandang kepergian Fikri Aidil. Sedih apabila lelaki itu berkata begitu. Mungkin ini balasan tindakannya dulu sampaikan Fikri Aidil tidak sudi memanggil dirinya atau memandang wajahnya.
*****
Hani Putri berpakaian ringkas dengan baju kurung sulaman. Kelihatan ayu apabila dikenakan dengan tudung bawal satin. Dia juga mengenakan solekan yang agak nipis. Foundation, diratakan kening dan sekadar mengenakan lipstick nude yang nipis.
Gaya ringkas ini agak sesuai untuk pergi kenduri. Kata bos, ini kenduri tahlil keluarga. Hani Putri pula tidak sampai hati menolak dengan ajakan beria bos. Bila terbayangkan wajah isteri bos, hatinya serba salah.
Hani Putri memandang sekeliling. Orang belum ramai lagi. Debarnya hati. Sudah lama dia tak pergi tempat keramaian seperti ini. Dia menuju ke dapur untuk berjumpa dengan isteri bos. Boleh juga dia menolong apa yang patut.
"Hani dah sampai ya." Lembut tutur kata isteri bos. Hatinya yang berdebar tadi hilang secara tiba. Mungkin selesa dengan isteri bos yang lemah lembut. Patutlah bos setia. Wajah isteri bos tidak dimamah usia. Berseri.
"Ya puan."
"Tak payah panggil puan. Panggil Mak Long je Hani. Kenapa datang kat dapur. Pergi la kat luar. Makan dulu. Tahlil belum mulakan lagi ni."
Hani Putri tersenyum malu. Tidak tahu untuk membalas apa. Dia duduk ditepi Mak Long yang tengah memotong buah.
"Ok tak apa. Tolong Mak Long potong buah tembikai ni boleh." Ujar Mak Long seakan tahu isi hati Hani Putri yang pemalu.
"Mak Long. Kejap lagi tahlil nak mula."
"Oh ya ya. Mak Long tengah potong buah ni. Fik pergilah depan tu."
Tangan lincah memotong buah buahan diatas meja. Makanan kenduri tahlil ini Mak Long masak sendiri dengan pertolongan pembantu rumahnya. Dia lagi suka masak sendiri berbanding membayar katering. Mungkin memenatka tapi berpuas hati setelah melihat hasil.
Fikri Aidil yang perasaan kehadiran Hani Putri memuji dalam hati. Penampilan gadis itu memikat hatinya. Dia sempat berpaling dan merenung gadis lama.
"Apa ni Fik tak payah renung anak dara orang. Pergi depan. Tahlil nak mula." Sergah Mak Long. Mak Long membeliakkan biji mata garang.
Kata kata Mak Long membuatkan Hani Putri Malu. Dia mempercepatkat potongan pada buah tembikai agar kerjanya habis.
"Fik berkenan dengan kamu agaknya tu. Suka Mak Long tengok."
Fikri Aidil memerhati tingkah laku Hani Putri dari awal sehingga akhir. Sikap Hani Putri yang rajin tulang membuatkan Pak Long Aziz dan Mak Long memuji. Dia sendiri melihat bagaimana Hani Putri yang tidak kekok membuat kerja. Gadis ini istimewa. Dia dah jatuh hati tapi dia harus terima hakikat Hani Putri seakan membencinya. Dia nampak melalui mata Hani Putri. Mata yang tidak tipu.
"Fik. Pergi makan tu. Nanti lauk habis. Temankan sekali Hani tu. Dari tadi tak sudah dengan kerja."
"Err Mak Long."
"Pergilah Fik. Temankan Hani. Kasihan dia. Tak makan lagi. Kamu kan tuan rumah." Ujar Mak Long. Sengaja menyuruh Fikri Aidil temankan Hani. Hati tuanya berkata Fikri Aidil sukakan Aria tapi takut untuk memulakan. Kalau Fikri Aidil yang takut biar Mak Long yang kenenkan. Suka benar dia dengan Hani Putri. Ringan tulang walaupun pemalu.
Fikri Aidil berada di belakang Hani Putri. Dia teragak untuk menegur. Jika gadis ini membuatkan dirinya seperti tidak wujud sudah tentu dia sendiri yang sakit hati.
"Hani." Akhirnya keluar juga panggilan nama.
Hani Putri yang terdengar namanya dipanggil. Berpusing ke belakang. Dia menayangkan riak wajah yang dingin.
"Dari tadi I nampak you buat kerja. Makanlah pulak. You kan tetamu. Oh ya sebelum lupa terima kasih ya tolong bantu kenduri tahlil ibubapa I. Kalau you tak ada mesti Mak Long tak cukup tangan." Ujar Fikri Aidil panjang lebar.
"Sama sama."
Baru Hani Putri tahu yang ini kenduri tahlil arwah ibubapa Fikri Aidil. Dia teringat kembali cerita Rita dahulu.
"Jom makan. I temankan. I tak makan lagi." Fikri Aidil mengajak. Sebenarnya dia agak kekok dengan situasi ini tetapi sedaya upaya membuangnya agar tidak menghampakan Mak Long.
"Kejap lagi saya makan. Saya tak lapar."
"Eh tak boleh macam tu. Nanti lauk habis. Makanlah walau sedikit. Mak Long masak sedap tau. Nanti kecik hati orang tua tu." Fikri Aidil cuba memujuk menggunakan nama Mak Long.
"Tak apa. Encik makan dulu. Nanti habis kerja saya makan."
"You tinggal kerja you tu. Nanti I tolong. Jom temankan I makan." Sekali lagi Fikri Aidil mempelawa Hani Putri tapi Hani Putri dengan sikap degilnya. Tidak mengendahkan Fikri Aidil dan terus melakukan kerja.
"Hani jom teman I."
Bosan dengan ajakan Fikri Aidil dia mendengus dalam hati. Rimas.
"Ajak isteri encik tu temankan. Kalau saya temankan apa kata dia. Jaga perasaan isteri encik." Lancang Hani Putri berkata kata.
"Isteri?"
Share this novel