Bab 8

Romance Completed 35078

Hani Putri berpura pura menyibukkan diri. Jari jemari menaip pada papan keyboard. Matanya pula menjeling ke arah Fikri Aidil.

"Adoi kacak pulak aku tengok dia ni."

Badan ditegakkan dan dibengkok. Diketuk ketuk urat pinggang. Berpura pura lagi membetulkan segala urat. Anak mata tak lepas dari melihat wajah Fikri Aidil.

Fikri Aidil tenang membaca surat khabar. Tak diendah pada setiausaha bapak saudara. Dia mempamerkan wajah tanpa sebarang riak.

Hani Putri menjeling lagi.

"Beku lah dia ni. Ce senyum sikit. Ha nampaklah kacak."

"Eh encik." Panggil Hani Putri.

"Encik Fikri Aidil. Saya rasa bos balik lambat lagi kot." Ujarnya lagi.

Fikri Aidil menoleh ke arah setiausaha bapa saudaranya.Tiada respon yang dikeluar dari mulutnya. Membiarkan sahaja Hani Putri.

Hani Putri menepuk dahi. Rasa geram menjalar dalam hati. Kalau dia tahu reaksi lelaki ini, sumpah dia tak akan bercakap. Mulut herot mengutuk dalam hati.

Bosan menunggu terlalu lama. Fikri Aidil meletakkan surat khabar di atas meja kopi. Berulang kali artikel dibaca sementara menunggu Pak Long Aziz. Nampaknya penantian dia ini dia tidak membuahkan hasil.Dia mengangkat punggung. Kaki panjang melangkah ke arah meja Hani Putri. Punggungnya pula melabuh sedikit ke meja kerja Hani Putri.

Hani Putri mendongak memandang Fikri Aidil. Terhenti kerjanya.

"Ada apa ya encik?Ada saya boleh bantu?"

"Buat kan saya kopi panas boleh?" Minta Fikri Aidil. Suaranya hanya mendatar. Riak wajah biasa. Tiada senyuman.

Hani Putri mengangguk laju. Tanpa banyak soal. Dia segera ke pantry pejabat. Lelaki ini mahu bercakap disebabkan air kopi panas.

Fikri Aidil berdiri di belakang Hani Putri. Hani Putri pula tidak perasan dengan kehadiran anak saudara bos. Tangan lincah mengacau air.

"Kurang manis ok."

Hani Putri membulatkan mata. Tangan memegang dada. Terkejut dengan suara dari belakang.

"Ya Allah encik. Terkejut saya."
Air yang sudah siap dihulurkan pada Fikri Aidil.

"Encik cuba dulu. Kalau manis saya buat lain."

Tegukan pertama Fikri Aidil. Bergerak halkum menelan air. Mata memandang Hani Putri. Hani Putri teruja dengan minuman hasil buatan. Tangan digengam ke dagu. Menunggu komen.

"Just nice. Tak manis tak tawar. Pekat. Pandai awak buat air." Puji Fikri ikhlas.

"Yeka encik. Bos selalu mintak kopi macam tu tau. Katanya sedap. Setiap pagi kalau bos masuk. Sayalah tukang buat air. Dia tak nak orang lain buat." Hanny Putri bercerita panjang lebar. Teruja benar dengan pujian lelaki sombong ini.

Seperti biasa walaupun memberikan pujian. Tiada apa perubahan yang berlaku. Dia hanya mendengar cerita Hani Putri. Nampak kebudakan. Berapa umur gadis ini.

"Calon isteri." Terkeluar 2 perkataan dari mulut.

"Calon isteri? Kenapa dengan calon isteri encik?" Soal Hani Putri. Hairan melihat anak saudara bos yang bercakap sambil mengelamun. Cakap soal calon isteri pulak. Jantung berdetak laju.

"Saya ada cakap pasal calon isteri ke?"

"Haah. Baru tadi." Hani Putri mengiakan. Menunggu jawapan dari Fikri Aidil.

Fikri Aidil berdehem perlahan. Berpura-pura sakit tekak.

"Eh dah pukul 2 lebih ni. Encik tak masuk pejabat ke?" Lancar mulutnya mrlancarkan soalan.

Jam tangan ditunjukkan ke arah Fikri Aidil dan diketuk-ketuk dengan jari. Mengisyaratkan makan tengahari sudah tamat.

"Awak tak lunch ke?"

Hani Putri tersengih. Dia menunjuk beg kertas yang ada di tangan.

"Saya bawa bekal."

Hani Putri sudah menyuapkan nasi putih ke mulut. Nikmat rasa dapat makan. Fikri Aidil dibiarkan menikmati air kopi. Mereka duduk bertentangan antara satu sama lain.

"Encik nak rasa? Tapi makanan ni tak mewahlah encik. Nasi putih dengan ayam masak merah."

Perut Fikri Aidil berbunyi. Lapar. Dari pagi tadi dia tidak menjamahkan sebarang makanan. Makanan yang ada didepan membuatkan dia terliur tapi malu untuk minta sedikit. Hani Putri mengasingkan makanan. Dihulurkan pinggan yang sudah berisi nasi putih dan ayam masak merah.

"Makanlah encik. Jangan malu. Kita kongsi. Lagipun harini saya masak banyak sikit."

Selesai membaca doa. Fikri Aidil menjamah nasi bersama lauk. Sedap. Macam ayam masak merah kenduri.
Langkah kanan dia hari ini.

*****

Fikri Aidil merebahkan badan diatas katil. Tali leher dilepaskan. Rasa lega dapat merehatkan diri. Dia pejamkan mata. Otaknya memerah untuk mengingati gadis itu. Muka gadis itu dia pernah nampak tapi dia tidak ingat bila dan waktu. Dia tersenyum. Masih terbau lagi makanan gadis tadi. Sedap untuk ditelan. Bangkit selera. Lama dia tidak makan makanan masak merah. Makanan kegemaran yang ibu selalu buatkan. Seingat dia semenjak dia mengenali Aria. Dia jarang makan masakan kampung. Dia terikutkan selera Aira yang gemarkan makanan western. Aira tak suka makanan Malaysia. Katanya tiada standard. Apalah standard makanan kalau harga diri tak pandai jaga.

"Kalau buat isteri ni. Fuh boleh gemuk aku."

"Isteri?" Dia terbayangkan cadangan gila Haikal. Kalau calon ini yang Haikal tawarkan. Dia pun nak. Idea itu usir dari minda. Tak boleh jadi. Gadis itu baik. Polos orangnya. Tak akan sesekali mengkhianati kerana nafsunya. Fikiran yang melayang melelapkan mata yang penat. Dengkuran halus berbunyi.

*****

"Dah jumpa calon isteri ke?" Soalan pertama muncul bila berjumpa dengan Fikri Aidil.

"Calon isteri?

"Fik setiausaha bapak saudara kau tu ayu kan."

"Eh kau kenal dia?" Soal Fikri Aidil berminat.

"Ya la. Kan pernah projek dengan Pak Long. Selalu jumpa dengan budak Hani tu."

"Nama dia Hani?"

"Engkau ni. Tak kan tak kenal. Teruk betul penangan cinta perempuan tu ya." Haikal mengutuk.

"Ooo. Bolehlah tapi tu la tak seksi. Kalau seksi semangat dia tu lain macam."

"Halah kau. Demand kemain. Dulu yang seksi tu hampir jahanam hidup kau kan. Tak sedar diri lagi tu." Bebel Haikal. Tidak paham dengan citarasa sahabatnya. Dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah. Mata keranjang. Pantang nampak perempuan seksi. Mula tergedik nak mengorat.

"Weh semangat tu seksi." Ujar Fikri Aidil. Sengaja mengusik Haikal. Sudah tahu dengan perangai Haikal. Pasti telinga mendengar singahan bebelan.

"Dosa."

Fikri Aidil ketawa. Kelakar melihat Haikal menutup kedua mata dengan tangan.

" Kalau kau nak cuba try kawan. Aku tolong."

"Tak payahlah Kal. Penceraian aku dengan si Ria pun tak settle lagi. Dah sebulan ni. Tak ada khabar berita."

"Kau dah buat permohonan belum?"

"Hmm..Dah." Kedengan sedih suara Fikri Aidil. Sudah sebulan lalu Aria meminta cerai tapi bila failkan permohonan. Tiada tanda lagi. Apa tak kena dengan perempuan tu.

"Eh kau jangan nak berharap dengan dia lagi. Jangan jadi jantan secondhand pulak untuk dia." Ujar Haikal. Risau pula dengan tindakan gila Fikri Aidil nanti.

"Apa salahnya." Fikri Aidil bergurau.

"Eh kau."
Dipiat telinga Fikri Aidil seperti bapa marahkan anak. Fikri Aidil mengaduh. Tak sangka Haikal mengusik telinga. Pedih oi kena piat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience