Bab 9

Romance Completed 35078

"Siapa jantan tu?Siapa?" Bergema rumah dengan jerkahan Fikri Aidil

"Kawan."Balas Aria bersahaja. Tangan berpeluk tubuh. Tiada ketakutan di wajah. Terbongkar juga rahsia dia.

"Hei kawan apa sampai kau bercium berpeluk. Entah belakang aku kau sibuk tidur dengan dia."

Aria membuat muka bosan.

"So kalau betul pun kenapa? Nak ceraikan I ke?"

"Ya Allah Ria. Kau tahu tak pasal hukum. Dosa kau tu aku tanggung. Syurga kau tu bawah kaki aku."

"Fik apa ni. You cakap pasal dosa pahala. Tak ingat ke sebelum kita nikah. You macam mana. Buat juga benda haram ya." Sindir Aria. Berlagak baik Fikri sedangkan sebelum kahwin. Fikri Aidil kaki mabuk. Ya memanglah Fikri Aidil tak bawa masuk dia ke bilik tapi setakat pegang tu apalah sangat. Masuk kelab lagi.

Mengucap Fikri Aidil. Aria masih mengenangkan kisah lama. Seingat dia bila berkahwin, mereka mampu berubah bersama. Tapi ini yang dia dapat. Aria makin melampau. Keluar hampir setiap hari.

"Ria. Muda atau tua kita tetap akan mati. Sampai bila nak macam ni. Sampai ke tua ke."

"You nak bertaubat. Itu you punya pasal. Hak I jangan kacau."

Jari menguak anak rambut jatuh. Senyuman sinis terukir dibibir. Mengenangkan sikap bodoh Fikri Aidil yang sudi menerima. Dia tidak cintakan Fikri Aidil. Yang ada lakonan semata untuk mengaburi mata bapanya. Ada apa pada harta Fikri Aidil? Aria tidak pandang semua tu. Lelaki inggeris itu ada segalanya termasuk cinta.

"I sayangkan you."

"Aku tahu tapi kau tu bodoh."

"Aria."Jerit Fikri Aidil.

"Astafillrullahaladzim." Aidil mengucap panjang. Dia memeluk kedua-dua lutut. Mimpi itu datang lagi. Entah kenapa dua malam berturut  mimpi yang sama bermain. Lelah rasanya.

"Ya Allah."

Dia menarik nafas dalam.Itu sahaja yang mampu dia lakukan untuk menenang jiwanya yang sakit. Itu sahaja yang dia mampu lakukan setiap kali kenangan itu datang lagi. Dia bangun dari katil lalu dan melangkah ke bilik air. Niat untuk mengambil wuduk dan mengerjakan solat tahajud. Semenjak dia bercerai dengan Aria.Hidup Fikri Aidil berubah. Tidak lagi berfoya-foya dengan hidup.Dia sudah kembali ke jalan Allah.Benarlah setiap apa yang terjadi dalam hidup pasti ada hikmah.

Rasulullah SAW bersabda:  “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.”   (Riwayat Tirmizi dan Ahmad )

*****

Fikri Aidil tekun melakar sesuatu. Idea yang timbul dalam fikiran cepat sahaja dia lakarkan. Haikal hanya memerhati. Dia tinggalkan kerja sebentar untuk berehat.

"Fik."

"Hmm."

Fikri Aidil masih kekal melakar. Esok lakaran ini perlu ditunjuk pada pelanggan. Ini dinamakan brain storming sebelum melakukan ke peringkat seterusnya.

"Cadangan aku macam mana?"

"Apa lagi kau ni." Rungut Fikri Aidil. Idea yang timbul tadi kembali hilang

"Kahwin."

Pening mendengar cadangan Haikal. Selagi dia tak berikan keputusan, Haikal tak akan berhenti mendesak.

"Stop kejap dengan kahwin kau tu. Habis idea aku hilang."

"Eh tak boleh. Perempuan kan idea kau."

Pensel jatuh dari jari. Dialog Haikal menyindirnya.

"Betul kannnn." Meleret suara Haikal menyindir.

"Aku nak cari wanita sopan .Yang boleh dibuat isteri." Akhirnya Fikri Aidil memberi keputusan.

Haikal bertepuk tangan. Kagum dengan keputusan Fikri Aidil.

"Bagus. Ini baru betul kawan aku."

"Selesaikan cepat penceraian kau tu. Cepatkan sikit move on kau tu. Ini masa kau mahu bahagia kawan."

*****

Hani Putri bercuti hari ini. Demam makin menjadi. Ditelan ubat tapi tidak berhasil. Mahu ke klinik dia tidak suka doktor. Fobia masih lagi menghantui gara gara terkenangkan jarum. Digagahi badan untuk turun ke dapur. Perut sudah berbunyi minta dipenuhi.

Tangan memotong bawang. Dia mengidamkan ayam masak merah.

Selesai menumis bawang, Hani Putri mengingatkan kejadian tempoh hari. Dia berkongsi makanan dengan anak saudara bos. Fikri Aidil makan dengan berselera. Senyuman mati mengingat dia tentang Fikri Aidil yang mabuk bersama perempuan seksi. Hati cepat menepis perasaan yang berbunga.

"Jangan cari pasal Hani. Hak orang tu."

"Awal kau balik?" Soal Hani Putri.

"Aku ambik half day. Nak tengok kau ni. Takut pengsan. Nak bawak klinik tak mahu. Takut jarum. Setakat jarum kecik tu apalah sangat." Ujar Rita.

"Wah wah. Demam pun masak ayam masak merah ya. Sedapnya."

Hani Putri makan sedikit. Tak berselera. Tekak tak boleh menelan makan. Rasa perit. Rita membuka topik.

"Beb anak saudara bos kau tu kacak kan."

"Haa." Blur dengan soalan Rita.

Rita menepuk perlahan dahi Hani Putri.

"Haa haa je. Betullah kacak kan."

"Macam mana kau boleh kenal?"

Sebelah tangan kini mengambil majalah dari beg tangan. Rita menunjukkan muka utama helaian akhbar. Seorang lelaki bergaya macho dengan pakaian kasual. Muka yang dipenuhi bulu halus. Wajah kacak tidak tenggelam tapi mengeluarkan aura yang hebat. Tajuk utama disebalik kejayaan lelaki.

"Anak saudara bos." 3 patah perkataan keluar dari mulut. Rasa kagum dengan kebolehan lelaki ini. Dia membaca artikel tentang Fikri Aidil.

Aruah ibu merupakan sumber inspirasi saya. Tanpa dia siapalah saya sekarang. Mungkin saya tak mampu berdiri disini.

Hani Putri membaca lagi.

Ibu dengan ayah meninggal 3 bulan yang lalu akibat kemalangan

Merundum hati Hani Putri membaca tentang ketiadaan ibu dan ayah Fikri Aidil. Fikri Aidil kehilangan orang tua masa usia sudah dewasa. Dia pula tidak kenal siapa ibu bapa. Ditinggalkan pada rumah anak yatim masa umur sebulan. Ditanya siapa ibu bapa Hani Putri, tiada siapa mampu menjawab. Yang dia tahu ketua pusat asuhan kata ibu bapa sudah meninggal. Kalau meninggal mana kuburnya mana saudara mara. Tergamaknya mereka. Malahan sampai sekarang dia tiada perasan rindu buat ibu bapa. Dia hanya sedih kerana tidak mengetahui asal usul sendiri.

"Hani kau ok ke ni." Tegur Rita. Risau melihat Hani Putri yang menangis. Tisu mengesat air mata Hani Putri.

"Aku nak tahu asal usul aku je." Tutur Hani Putri sebak. Kematian ibu ayah Fikri Aidil mengundang sebak. Bertuah hidup lelaki ini mempunyai ibu dan ayah. Dia hanya seorang gadis yang tidak kenal asal usul.

"Hani insyaallah satu hari nanti. Kau akan tahu jugak asal usul kau. Tapi ini bukan masanya." Pujuk Rita. Dipeluk Hani Putri kemas.

Hani Putri menangis teresak esak. Dia melentok kepala pada bahu Rita. Dibalas pelukan Rita agar dapat melegakan kesediha. Inilah nasib dia tidak mempunyai saudara mara. Rita kawan baik masa di Universiti. Susah senang bersama.

"Sampai bila Rita. Aku dah penat."

Tiada jawapan dari Rita. Dia pun tidak tahu sampai bila. Rita yakin bila sampai masanya Hani Putri pasti akan tahu kebenaran

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience