Bertubi tubi Fikri Aidil menumbuk puch bag untuk melepaskan amarah yang terbuku di hati. Selepas anak, emak pula yang datang cari masalah. Dasar tak sedar diri punya manusia.
"Marah ke?"
"Soalan apa yang kau tuju kan tu. Nampak macam kurang bijak."
"Hmmm."
"Ada apa nak jumpa aku?"
" Nak jumpa kawan sendiri pun tak boleh ke?"
Tumbukan pada punching bag dileraikan. Fikri Aidil mengesat peluh yang menitis laju pada muka dan badan. Dia belum puas melepaskan amarah yang membara.
"Kau nak cakap apa? Ex mentua aku jumpa kau?" Teka Fikri Aidil.
"Hmm.. Bijak."
Bibir tersenyum sinis. Dia kenal dengan sikap Datin Ailan. Tidak pernah mengenal erti kalah. Sikapnya yang satu itu sangat terkenal dalam kalangan keluarga. Bukan dia tidak tahu, Datin Ailan yang merampas Dato' Danial dari ibu. Tapi itu semua kisah yang berlaku berpuluh tahun dahulu. Tiada dendam antara mereka.
"Ailan tak akan pernah mengalah. Dia tetap akan buat Fik rujuk dengan anak dia. Kamu tak tahu ke apa dia pernah buat pada ibu kamu dulu. Macam tu juga dia akan buat pada kamu." Masih terngiang ngiang ujaran Mak Long. Mungkinkah Datin Ailan akan buat perkara yang sama. Yang dia tahu, dia tak akan pernah tunduk pada Datin Ailan.
"Dia hasut aku."
"Aku tahu."
"Dia offer benda baik."
"Kau terima?"
"Pernah aku khianati kau?"
Tiada sebarang anggukan atau gelengan. Dia kenal perangai sahabat baik ini. Susah senang bersama. Terlalu banyak jasa yang dibawa oleh Haikal sehingga Haikal menjadi kepercayaan ayah berbanding dirinya. Cemburu? Tidak pernah dia rasakan.
" Dia jumpa Pak Long."
"Bila?"
"Mungkin lepas jumpa kau atau sebelum jumpa kau."
"Pandangan mereka?"
"Kalau ada jodoh ada. Kalau tak ada jodoh nak buat macam mana."
Haikal berpeluk tubuh. Otaknya ligat berfikir. Jodoh? Ya satu benda itu yang dia tak boleh nak nafi. Jodoh tetap jodoh. Kalau Aria itu jodoh Fikri Aidil. Siapa dia mahu melawan takdir.
"Tapi itu kata Pak Long pada Datin Ailan. Mungkin nak sejuk kan hati orang tua tu supaya tak terkejarkan aku." Terang Fikri Aidil. Menghabiskan ayat dia sebentar tadi.
"Ooo aku fikirkan Pak Long kata kat kau. Insaf lah kejap kan. Jodoh mana boleh kita lawan."
Haikal senyum sumbing. Cepat betul dia tafsirkan ayat yang belum habis.
*****
Hani Putri berlari anak di taman. Pagi ini jiwa terasa tenang dari sebarang masalah. Serangan panik pun sudah lama tak datang menyerang. Dia rasa bebas. Oh begini lah cara hidup normal ya. Tenang dan bebas.
Belum sempat kaki melangkah ke hadapan. Hani Putri berhenti mengejut. Dia ternampak susuk badan bos. Tidak perlu berfikir panjang. Hani Putri berpaling dan mahu pergi dari situ.
"Haniiiii." Jerit Fikri Aidil dari jauh.
Hani Putri berpura pura tidak dengar panggilan nama dirinya. Kaki pantas menghayun selaju yang boleh. Dia tak nak terserempak dengan Encik Fikri kat luar. Sikap tergopoh gapah menyebabkan Hani Putri tersembam atas rumput. Kakinya tersangkut pada akar kayu besar. Sakit. Dia menarik perlahan kaki. Rasa sakit menjalar di segenap urat kaki.
"Hani Putri. Hani Putri. Itu lah ketulah dengan bos sendiri. Panggil buat tak tahu kan." Ejek Fikri Aidil.
"Ish, kalau tak nak tolong saya sudahlah." Rungut Hani Putri. Tangan masih mengurut kaki yang sakit.
Tanpa banyak soal. Fikri Aidil buka kasut sukan Hani Putri.Ā Dia cari urat yang bengkak dan mengurut perlahan lahan.
Kaki yang sakit terasa lega. Hani Putri menarik nafas lega.
"Lega?"
"Tak sepenuhnya tapi ok lah boleh dah jalan ni."
"Datang sini naik apa?"
"Grab?"
"Grab? Awak naik grab semata mata nak pergi taman ni? Jauh kan. Dalam 45 minit baru sampai. Habis tenaga, habis duit. Kat rumah awak tu pun boleh jogging la. Bukan kat sini je." Bebel Fikri Aidil. Apa yang istimewa sangat taman ni. Sanggup datang ke sini.
Hani Putri menayangkan muka bosan. Dia tidak balas bebelan Fikri Aidil. Biarkan sahaja dia bebel sampai penat.
"Kalau saya tak ada macam mana? Karang berlaku apa apa macam mana?" Soal Fikri Aidil tegas umpama suami menyoal isteri.
"Saya suka taman ni."
"Kalau nak datang sini. Text saya. Saya boleh teman."
"Encik bos saya je. Bukan suami atau tunang okey." Balas Hani Putri.
"Bakal suami satu hari nanti."
"Eee..."
Hani Putri cuba bangun perlahan lahan. Kaki yang tidak boleh diangkat tadi, kini boleh diangkat perlahan. Dia cuba berjalan tapi dengan gaya terhencot hencot.
"Jom pergi klinik. Saya hantar."
"Tak nak. Balik nanti ok lah."
"Awak ingat esok kaki dah boleh sembuh? Terseliuh tu sayang. Terseliuh."
Sengaja Fikri Aidil menekan perkataan terseliuh.
"Tak apa saya boleh pergi sendiri."
"Tak payah degil. Degil saya dukung awak sayang." Fikri Aidil senyum meleret. Sengaja mahu mengenakan si gadis.
Pipi Hani Putri merah. Malu dengan panggilan manja dan senyuman leret Fikri Aidil. Terbuai buai perasaan. Alangkah bagus kalau lelaki ini lelaki biasa dan bukan bos ditempat kerja. Sudah tentu dia yang mengambil langkah dulu.
"Kenapa pipi merah tu? Suka saya panggil sayang. Oklah kat pejabat formal kat luar sayang." Usik Fikri Aidil makin galak. Dia rindukan muka malu Hani Putri. Ayu dan manis. Jiwanya sudah memberontak untuk miliki gadis ini tapi ada sesuatu yang menyekat.
"Ish encik Fik ni. Gedik kenapa sangat." Marah Hani Putri.
"Jom kahwin." Ujar Fikri Aidil tetapi hanya dalam hati. Tidak mampu untuk dia luahkan buat masa sekarang. Biarlah segalanya berlaku dengan sempurna.
*****
"Kalau kahwin dalam keadaan tegang apa salahnya."
"Kau gila ke?" Pening dengan Haikal yang setuju saja bila dia nyatakan mahu menikahi Hani Putri. Bukan waktu sekarang tapi tunggu masa sesuai.
"Dalam novel ok je. Waktu tegang lah sesuai tau."
"Kau ni. Novel jugak kau terpengaruh."
Fikri Aidil hanya meluahkan isi hati tapi Haikal pula merancang benda yang aneh. Kalau tak aneh bukan Haikal lah. Dulu dipaksa kahwin sekarang disuruh kahwin dalam keadaan tegang pula.
Ya. Dia memang suka Hani Putri tapi bukan untuk menjadi isterinya. Jiwanya belum sembuh lagi dengan kegagalan perkahwinan dulu.
"Gagal sekali bukan gagal selamanya. Mungkin perkahwinan kedua ni adalah jodoh kau."
Fikri Aidil merenung ke luar. Fikiran dia sekarang kusut. Kusut dengan Datin Lalila dan Aria. Hati yang semakin terbuka pula ditutup kembali. Dia tak nakĀ merampas hidup orang lain demi kepentingan diri.
"Hati kau pun perlukan sesuatu." Nasihat Haikal penuh makna.
"Gagal sekali bukan gagal selamanya. Mungkin perkahwinan kedua ni adalah jodoh kau." Fikri Aidil merenung ke luar. Fikiran dia sekarang kusut. Kusut dengan Datin Lalila dan Aria. Hati yang semakin terbuka pula ditutup kembali. Dia tak nakĀ merampas hidup orang lain demi kepentingan diri. "Hati kau pun perlukan sesuatu." Nasihat Haikal penuh makna.
Share this novel