Bab 38

Romance Completed 35078

" Tak semestinya semua berlaku dengan sempurna." Sengaja Haikal memancing perhatian Fikri Aidil. Jika minggu lepas masih Fikri Aidil tidak faham. Biar hari ini dia guna cara halus.

"Kadang tak sempurna itu akan lebih jadi kenangan terindah." Tambah Haikal.

"Macam hidup aku dengan Aria. Berakhir tanpa sempurna?" Soal Fikri Aidil sinis. Dia faham maksud Haikal. Tapi hati sendiri yang tidak memahami. Bercelaru dengan keadaan sekarang. Dia hanya mahu ketenangan tanpa gangguan.

"Itu namanya takdir Fik. Takdir kau tak menyebelahi dan bukan maksud tak sempurna. Tuhan tahu yang lebih untuk kau." Haikal masih dengan hujahnya.

"Kau patut jadi novelis Kal. Tak pun jadi motivasi cinta."

"Orang seni Fik. Banyak madahnya."

Fikri Aidil senyap. Malas mahu membalas ayat Haikal. Bermadah konon. Bermadah helah lah tu. Lagi banyak dia cakap, lagi banyak madah helah yang Haikal keluarkan. Keputusan lebih baik adalah diam tanpa suara.

"Mungkin takdir kau da..."

"Dah senyap." Fikri Aidil segera menyampuk. Telinga dah sakit dengar ayat sempurna tu dari Haikal. Telinga dah tak larat. Sebelum apa yang terjadi, Fikri Aidil mengajak Haikal pergi makanan tengahari sebelum dia menemuramah Hani Putri. Mungkin boleh jadi gila dibuatnya.

Haikal pasrah ketika Fikri Aidil menarik tangan kuat dan keluar dari pejabat. Begitu sekali sahabat baiknya tak nak dia berjumpa dengan si setiausaha tu. Lantaklah kau Fik! Melepas kau bukan aku.

*****

Malapetaka apa pula yang datang kali ni. Aria dengan wajah lebam dan badan berbirat di kedua dua tangan dan betis.
Menangis tidak berhenti dari tadi.
Lepas satu, satu pula dia kena hadap. Penat dengan lakonan Aria tapi tak akan Aria pukul diri sendiri.

"Kenapa tu?" Soal Fikri Aidil dingin. Minyak gamat disuakan pada Aria.

"Papa."

"Papa pukul?"

Aria menganguk perlahan. Air mata yang mengalir dikesat dengan tangan. Aria mengigil ketakutan. Dia takut jika papa datang mencarinya.

"Mama mana?"

"Ke...ke..na kurung dennngan pa..pa.."

Mengucap panjang Fikri Aidil. Kali ini, mereka kesabaran Dato' Danial sudah hilang.

"Kau dengan mama buat apa Ria?"

Aria tidak bersuara. Dia tahu dia dan mama melampau.

"Kau diam macam ni. Aku call Dato'." Keras Fikri Aidil mengugut.

"Jangan Fik. Tolong Ria, Ria takut. Ria tahu salah tapi tolonglah Ria kali ni."

"Kau buat apa Aria?"

"Papa dengar rancangan mama dan Aria nak perangkap Fik."

"Jadi kau datang sini nak perangkap aku?" Soal Fikri Aidil.

"Takkkk. Sumpah takkk." Ujar Aria dengan suara tersekat. Apa yang dia rasa sekarang adalah perasaan menyesal. Menyesal merancang sesuatu yang bodoh dan akhirnya diri sendiri terkena.

"Dah tu macam mana kau boleh sampai sini?" Tanya Fikri dengan perasaan curiga. Janganlah ada benda yang buruk berlaku. Sumpah, jika itu terjadi. Mampus Aria dia kerjakan.

"Aria lari lah dari papa. Lepastu datang sini. Nasib baik Fik tak balik."

Fikri Aidil bersandar pada dinding. Kaki bersilang. Tangan pula dimasuk pada kocek seluar. Dia merenung Aria lama. Tidak tahu sama ada mahu percaya atau tidak. Dia kenal dengan perangai Dato' Danial yang panas baran. Lelaki itu sanggup lakukan apa sahaja agar tidak memalukan dirinya.

"Dah jom aku hantar kau pergi hotel."

Aria hanya menuruti sahaja. Tiada bantahan.

Suasana didobi hotel agak bising dengan pelancong luar negara. Baju berhodie diberi pada Aria agar menutupi kesan lebam pada badan dan wajah.

"Fik memang tak boleh terima Ria lagi?" Tanya Aria perlahan. Menanti jawapan dari mulut Fikri Aidil.

Fikri Aidil dengar tapi dia berpura pura bermain dengan Iphone. Tidak tahu kenapa hati dia tiba tiba ada sesuatu. Dia sendiri tidak dapat tafsir.

"Aria minta maaf. Aria salah. Aria tamak. Mungkin dulu kita tak ada komunikasi."

Perkataan maaf menarik perhatian Fikri Aidil. Dia mengangkat kepala dan melihat wajah Aria. Terpancar keikhlasan yang dia tidak pernah lihat sebelum ini. Wajah itu nampak berharap dan naif. Seperti wajah seseorang.

"Fik maafkan Ria?"

"Jom aku hantar kau ke atas." Dalih Fikri Aidil.

Selepas perceraian dengan Aria. Di jendela kondo ini tempat dia termenung panjang mengenangkan nasib. Mata memerhati kesibukan kota.Hati yang gundah gulana terjadi kembali. Masihkah ada cinta antara dia dan Aria? Dia keliru.
Fikri Aidil tersenyum bila mengingati kenangan dulu.

Encik Fik. Maaf ganggu malam ni. Saya lupa nak bagi tahu tadi. Esok encik ada appoinment kat Damansara ya pukul 10 pagi. Maaf juga sebab esok saya mc. Kena pergi klinik. Selamat malam
:)

Whatsap dari Hani Putri dibaca. Hani Putri seorang perempuan yang agak kelam kabut. Dia suka gadis itu tapi bukan bermakna jatuh cinta.

*****

"Ria susah macam mana pun. Jangan tinggalkan Ria tau." Pinta Aria manja dengan lentok manja di bahu Fikri Aidil.

"Ria tahu. Ibu dan ayah tak suka Ria tapi Ria janji Ria akan jadi yang terbaik buat mereka."

Fikri Aidil tersenyum sambil mengusap rambut panjang Aria. Lembut dan wangi. Bahagia yang rasa sekarang. Tidak mengapalah jika ibu dan ayah tidak suka, yang penting hatinya sudah dibuai cinta.
Dia terlalu cintakan Aria. Aria berikan bahagia yang dia tidak pernah rasakan. Aria cinta pertama.

"I love you sayang."

"I love you too Fikri Aidil suamiku."

Peluh yang mengalir ke mata mengejutkan Fikri Aidil dari mimpi. Dia mengusap wajah perlahan. Sudah lama mimpi itu tidak bertandang. Apakah maksud sebenarnya? Dia segera ke bilik air untuk mengambil wuduk dan menunaikan solat wajib

P/S : hai korang. Terima kasih sudi baca dan vote.. Maaf entry kali ni agak pendek ya. Korang nak Hani atau Aria bersama Fik?

"Ria susah macam mana pun. Jangan tinggalkan Ria tau." Pinta Aria manja dengan lentok manja di bahu Fikri Aidil. "Ria tahu. Ibu dan ayah tak suka Ria tapi Ria janji Ria akan jadi yang terbaik buat mereka." Fikri Aidil tersenyum sambil mengusap rambut panjang Aria. Lembut dan wangi. Bahagia yang rasa sekarang. Tidak mengapalah jika ibu dan ayah tidak suka, yang penting hatinya sudah dibuai cinta. Dia terlalu cintakan Aria. Aria berikan bahagia yang dia tidak pernah rasakan. Aria cinta pertama. "I love you sayang." "I love you too Fikri Aidil suamiku."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience