Aziz. Kegembiraan muncul pada wajah Mak Long dan Pak Long Aziz. Akhirnya, doa mereka dimakbulkan untuk melihat Hani Putri dan Fikri Aidil bersatu dalam ikatan pernikahan. Lega hati tuanya.
Tidak putus-putus ucapan tahniah yang diterima. Cenderahati diberikan pada yang hadir sebaik sahaja mereka bersalaman. Tiada majlis pertunangan dijalankan, permintaan Fikri Aidil adalah hendak disatukan sebagai suami isteri secepat mungkin. Dia tak nak melepaskan peluang lagi. Hatinya sudah terpaut pada Hani Putri. Dia mahu jadikan Hani Putri sebagai isteri yang sah. Ibu kepada anak-anaknya kelak.
Hani Putri dan Fikri Aidil pula tidak menang tangan melayan tetamu. Wajah yang kepenatan tetap mengukir senyuman ikhlas. Hari ini kebahagian milik mereka.
"Tahniah. Kahwin juga kau." Ucap Haikal bersama sengihan nakal.
"Bosan lah aku dengan kau ni. Tak habis habis nak cakap benda yang sama.Dah pergi balik tu." Fikri Aidil mengusir kasar. Nasiblah dapat sahabat spesies suka membahan. Boleh dikira dengan jari, mungkin ini kali ke 10 Haikal mengucap tahniah.
"Hei hei. Berterima kasih sikit pada aku okey. Kalau tak sebab aku. Tak berjalan majlis ni." Ujar Haikal dengan bangga. Haikal dikira orang yang penting selepas Mak Long dan Pak Long Aziz.
Hani Putri tersenyum sahaja melihat gelagat 2 sahabat ini. Kadang macam perangai anjing dan kucing. Suka bergaduh. Satu sifat yang dia kagumi dengan Haikal adalah Haikal seorang sahabat yang setia sama seperti Rita. Teringat mengenai Rita. Rita bergegas pulang ke rumah kerana bakal mak mentua hendak datang malam ini ke rumah sewa. Doanya moga Rita juga akan nikah pada tahun ini. Sayu pula hati apabila meninggalkan Rita sendirian.
"Yela. Terima kasih. Kau lah sahabat dunia akhirat."
"Eh. Skill lama jangan lupa. Boleh praktikkan pada isteri baru. Hahaha." Usik Haikal nakal.
Muka Hani Putri merah padam. Walaupun dia kategori perempuan agak lurus tapi kadang kala dia faham juga. Ish Haikal ni jenis tak bertapis langsung. Buat malu je!
*****
Hani Putri mengigil melihat bilik yang agak besar. Cat merah mendominasi bilik lelaki ini. Kemas dan teratur. Tak seperti gaya lelaki bujang yang duduk. Sesuai dengan perangai kesempurnaan dan cerewet lelaki itu. Sungguh tak sangka dia sudah bergelar isteri.
Petang tadi selesai majlis, Fikri Aidil terus mengajaknya pulang ke kondo. Puas memberi alasan untuk menolong Mak Long tapi tak diterima. Mak Long pula macam sepakat. Kata Mak Long tiada apa yang perlu dibantu. Semuanya pihak katering yang uruskan.
"Takut?" Suara itu semakin hampir. Bulu roma sudah mencacak. Seram sejuk mula terasa. Jangan datang axienty sudahlah. Haru biru malam ini. Mintak dijauhkan.
"Errr mana ada."
"Dah tu kenapa tak mandi lagi? Tak lepas buka zip belakang. Meh abang tolong buka kan." Tangan Fikri Aidil mencapai belakang baju Hani Putri.
Tersentak Hani Putri, ibarat terkena renjatan elektrik.
"No."
Hani Putri berpaling ke belakang dan kaki juga melangkah perlahan lahan untuk mengelak dari Fikri Aidil. Kalau boleh biar sedepa. Selamat.
"Abang tak akan sentuh Hani kalau Hani tak bersedia. Ambil masa, abang setia menunggu."
"Errr." Hani Putri serba salah. Tidak membalas apa-apa , dia bergegas masuk ke bilik air dengan pecutan.
Hani Putri menarik nafas lega. Dapat hindar dari Fikri Aidil sekejap pun tak apa. Dia mahu ambil nafas panjang dulu. Fikri Aidil pun satu, dah tahu dia anak dara. Boleh pula berpakaian separuh telanjang. Pakai boxer ketat pula. Hani Putri mengucap panjang. Fikiran sebolehnya mahu menghapuskan bayang tadi. Dia nak mandi dengan tenang.
Satu hal lagi. Dia lupa bawa baju ke dalam bilik air. Tuala pun sama. Ini semua salah Fikri Aidil! Tak kan nak keluar macam ini. Mahu kena terkam. Tak nak!
"Fikkkk."
"Fikkkkkkkk."
Tiada sahutan dari luar.
"Fikkkkkkk." Jerit Hani Putri geram.
Hani Putri mengeluh. Tak kan Fikri Aidil keluar dari bilik. Kalau pergi terjah pun nanti cari maut juga. Dia menjenguk sedikit dari pintu bilik air.
Fikri Aidil elok berbaring pada tilam empuk. Tangan sibuk bermain dengan I phone.
"Fikkkkk. Tolonggggg."
Fikri Aidil mengukir senyuman nakal. Sengaja malas menyahut panggilan Hani Putri. Bukan dia tidak tahu, Hani Putri masuk ke dalam tanpa membawa pakaian.
"Kenapa? Nak minta tolong abang mandikan?"
"Tolong ambil baju saya." Ujar Putri Hani manja bersama senyuman mengoda. Nak minta tolong kena buat baik.
Gulp. Senyuman tu aduhhh macam meminta. Mengoda. Fuh sabar Fikri Aidil. Dia belum bersedia lagi.
"Tak dengar sayangggg."
"Tolong ambil baju dan tuala saya."
Fikri Aidil menayangkan pakaian dalam berenda bersama baju tidur kain satin. Tangan rasa bersalah, pakaian dalam digoyangkan berkali-kali. Kening diangkat berkali kali.
"Baju sayaaaa. Eiiii tak senonoh." Marah Hani Putri dengan nada rendah.
"Eh! Ni kan pakaian wife abang. Tak salah pun nak ambil kat beg pakaian tuuuu. Eh jap. Tak de baju tidur lagi seksi ke Honey sayang?" Tangan membelek baju tidur satin warna merah.
Hani Putri menjulingkan mata. Rasa menjengkelkan perangai Fikri Aidil. Gatal tak hengat. Konon nak bagi masa la apa tapi ayat gatal kemain. Susah juga kahwin dengan duda ni!
"Pleaseeee abanggg."
Fikri Aidil tersenyum meleret. Idea bermain dalam fikiran. Dia bangun dari katil dan mengorak langkah ke bilik air. Niat yang asal sudah hilang. Yang kedengan hanya jeritan Hani Putri sahaja.
*****
Hani Putri menguis jari Fikri Aidil. Dia tidak selesa dengan pandangan Dato' Danial. Meminta pertolongan dari suami agar orang tua ini mengalih perhatian ke arah lain. Pak Long dan Mak Long pula berselera makan masakan Hani Putri.
"Patutlah Fik terpikat dengan kamu. Pandai masak, pandai layan suami. Ayu orangnya." Dato Danial memberi pujian.
"Saya baru kahwin semalam Dato. Mana pandai lagi nak layan suami." Ujar Hani Putri lurus.
Ujaran Hani Putri membuatkan Fikri Aidil tersedak. Ya Allah, isteriku. Dia punya bendul tak boleh buat main.
"Apa abang ni. Makan gelojoh." Tangan mengurut lembut belakang Fikri Aidil. Air disuakan ke dalam bibir Fikri Aidil. Kalau lihat perangai Hani Putri yang sekarang memang berlainan. Manja terlebih tapi malu itu tetap ada.
"Aii Fik. Isteri duduk sebelah pun boleh tersedak. Macam tak sabar je." Usik Mak Long bersahaja.
Hani Putri tertunduk malu. Mak Long ini pun sama macam Haikal. Kaki mengusik. Itu belum lagi masuk dengan Pak Long Aziz. Mahunya dia menyorok muka dalam baju.
"Tak apa Mak Long. Sekejap lagi, saya tarik honey ni masuk bilik." Selamba Fikri Aidil membalas.
Note: Terima kasih yang sudi baca dari awal hingga akhir. Sudi komen. Saya hargai semuanya. Nanti untuk raya haji kita bagi bab istimewa ye sayang sayang. Hehehe. Jangan lupa support saya akan letak karya terbaru juga :)
Share this novel