Bab 20

Romance Completed 35078

Tak terkata yang boleh diucapkan oleh Fikri Aidil. Dia bersyukur, setelah berbulan bulan dia menunggu. Akhirnya berjalan lancar seperti yang dia mahukan. Aria juga tidak banyak karenah.

Dia memandang ke tepi dengan pandangan kosong. Aria bersama lelaki inggeris itu. Berpelukan pinggang antara satu sama lain. Tidak malu dengan orang ramai yang ada di luar mahkamah ini. Fikri Aidil berfikir sejenak, berapa banyak dosa yang ditanggung selama Aria menjadi isterinya. Tidak terhitung. Aria pula hanya tersenyum sinis membalas pandangan bekas suaminya. Sengaja memeluk pinggang kekasihnya untuk membuatkan Fikri Aidil cemburu. Malangnya, tiada sedikit pun pandangan cemburu oleh Fikri Aidil tetapi hanya senyuman sinis dibalas kembali. Aria tersentak dengan balasan itu. Bekas suaminya tersenyum sinis dengan muka sombong. Aria terus berpaling muka ke lain dan mengajak kekasihnya meninggalkan mahkamah syariah ini.

Bertepuk tampar rasa hati Fikri Aidil. Aria berubah wajah setelah balasan senyuman diberikan. Jangan ingat dia tidak boleh buat seperti yang Aria lakukan padanya. Sekarang hati yang dimiliki terasa kosong dan lebih lapang. Dia tidak perlukan cinta Aria.

*****

Hani Putri termenung panjang. Kecewa menjalar disegenap hatinya.
Hasil yang diinginkan selalu tidak berjaya. Puas memujuk pihak pentadbir rumah anak yatim ini tetapi hampa. Rekod mengenai dirinya tiada. Dia ditinggalkan di depan pintu rumah anak yatim tanpa surat beranak. Yang ada hanya bakul kosong bersama bayi. Pelbagai persoalan yang bermain dimindanya. Dia tidak mampu tepis andai ada aura negatif yang datang.

Aku ni anak luar nikah ke?

Kenapa ibu tinggalkan aku?

Memang aku ni anak luar nikah ke?

Hani Putri pejam mata, mencari nafas yang hampir hilang. Dia cuba tenangkan diri tetapi tidak boleh. Nafasnya kian pendek. Dia mula menangis dan akhirnya rebah ke sisi bangku yang dia duduki.

*****

Fikri Aidil menunggu sabar. Tidak sangka dia bertembung dengan hani Putri ketika mahu balik ke rumah orang tuanya. Dia nampak Hani Putri yang hampir rebah.

"Doktor."

Doktor Alia tersenyum nipis.

"Isteri awak tu kena panic attack. Sebelum ni pernah dia mengalami?"

Perkataan isteri membuat Fikri Aidil terkedu seketika. Tidak tahu cara untuk menjawab.

"Awak kena selalu tengokkan dia. Tak boleh biarkan dia berada dalam suasana yang tidak selesa. Sekarang jangan risau dia okey." Ujar Doktor Alia.

Penerangan Doktor Alia melegakan hati Fikri Aidil. Betul sangkaan dia selama ini, Hani Putri ada serangan panik.

"Kau okey?" Soal Fikri Aidil bimbang. Dia melihat Hani Putri yang memakai oxygen mask. Bernafas secara perlahan lahan.

Hani Putri hanya mengangguk lemah. Dia rasa mahu tidur untuk melupakan segalanya. Dia tidak mampu tangani serangan panik yang datang secara tiba tiba. Salah dirinya juga terlalu sensitif dengan kenyataan sememangnya dia sudah tahu.

"Rehatlah. Nanti aku bawa makanan. Aku tahu kau lapar." Ujar Fikri Aidil.

Fikri Aidil meletakkan bungkusan makanan di atas meja. Dia mengeluarkan bekas nasi ayam dan meletakkan kuah sup pada mangkuk.
Pada masa yang sama, dia memandang Hani Putri yang sedang tidur nyenyak.

Hani yang tersedar apabila mendengar bungkusan plastik. Dia membuka matanya yang berat secara perlahan lahan. Fikri Aidil berada di sofa. Dia melihat sekeliling. Ini bukan ward biasa tapi ward peribadi.

"Kau dah bangun? Ini aku bawak kan makanan. Makanlah untuk dapatkan tenaga." Ujar Fikri Aidil.

"Ke nak aku suap?"

Hani Putri pantas menggeleng kepala. Dia menyandarkan tubuh pada dinding. Rasa selesa. Hani Putri mengambil pinggan yang disuakan oleh Fikri Aidil. Selesai membaca doa makan, dia menyuapkan makanan.

"Terima kasih."

"Kasih diterima. Kenapa kau ada kat rumah anak yatim? Buat amal kebajikan?" Soal Fikri Aidil ingin tahu.

"Tak."

"Kalau dua dua tak. Kau nak jadi anak yatim?" Fikri Aidil berseloroh.

"Saya memang anak yatim Encik Fik."

"Aku minta maaf aku tak tahu." Balas Fikri Aidil serba salah. Mulutnya ini memang cabul tak bertempat. Keadaan gawat seperti ini pun dia boleh cari masalah.

Hani Putri cuba tersenyum manis. Dia tahu Fikri Aidil hanya bergurau sahaja. Tidak apa yang perlu diambil hati.

"Saya boleh keluar hari ni kan."

"Esok baru boleh."

"Tapi encik Fik. Saya tak ada duit nak bayar hospital mahal macam ni. Kenapa encik tak hantar saya kat hospital kerajaan je. Ha saya plan nak lari dari hospital ni la." Becok mulut Hani Putri bercakap.

"Kau jangan risau lebih. Aku yang bayar. Anggap sahaja sebagai hadiah hari jadi kau."

Hani Putri terlopong. Hari ini 22.7.2019 hari jadi dia yang ke 25 tahun. Fikri Aidil ini ada kuasa ke. Semua tentang dirinya dia tahu. Musykil pula rasanya disaat genting Fikri Aidil hadir datang kepadanya.

"Eh macam mana encik boleh tahu. Hari ni memang hari jadi saya. Encik stalker saya kan."

Berkerut dahi Fikri Aidil mendengar serkap jarang dari Hani Putri.

"Stalker?"

"Haah stalker saya dalam fac."

"Fac kau pun aku tak ada. Ni nak stalker kau. Dari stalker kau baik aku stalker awek cun."

"Oo jadi saya tak cun la."

"Tak."

Fikri Aidil mempamerkan reaksi wajah seperti biasa. Dia harus akui yang Hani Putri cantik orangnya. Berwajah lembut dan ayu. Dia sendiri terpesona dengan penampilan Hani Putri. Tidak memerlukan penampilan seksi untuk menonjol, Hani Putri hanya menonjol dengan auranya yang tersendiri.

"Selamat ulang tahun Hani Putri. Semoga kau dipanjang umur,dimurahkan rezeki dan setiasa dibawah lindungan NYA." Ucap Fikri Aidil yang menghulurkan bunga yang dihiasi coklat.

Hani Putri yang sibuk mengemas untuk balik berpaling ke belakang. Dia dapat kejutan hari ini. Hani Putri juga bertepuk tangan kegembiraan.

"Tapi hari jadi saya semalam encik Fik."

"Kau jangan banyak songeh eh. Nah ambik."

Turun sahaja dari kereta untuk naik ke ward. Fikri Aidil baru teringat hari lahir Hani Putri. Dia belum mengucap lagi mahupun memberi hadiah
Fikri Aidil terus berpatah balik ke kedai bunga.

"Kek kau dalam perjalanan nak balik."

"Secret recipe ya." Hani Putri tersengih. Sengaja mengambil kesempatan terhadap Fikri Aidil. Lagipun dia mahu meraikan hari lahirnya dengan gembira.

*****

Rita memeluk erat Hani Putri. Bersyukur melihat sahabatnya dibawa pulang dengan selamat.a Kalaulah dia tahu yang Hani Putri ke rumah anak yatim untuk mendapatkan maklumat sudah tentu dia pergi bersama.

"Kenapa tak cakap nak pergi ke rumah tu untuk kau dapat information. Nasib baik ada si Fikri Aidil tu tau. Kalau tak, aku tak tahulah apa jadi kat kau." Rita mula membebel.

"Sia sia aku pergi. Segala maklumat tak ada pun. Aku ditinggalkan tanpa surat beranak. Aku ni anak luar nikah ke? Kata mereka masa tu aku masih merah lagi Rita." Luah Hani Putri sedih.

Jeda

Tiada sebarang bunyi. Rita pula tidak berani bersuara. Tidak tahu apa yang harus disampai. Dia sendiri sedih melihat Hani Putri yang berusaha mencari ahli keluarga.

"Kau dah makan ke? Jom makan. Aku buat nasi minyak tau. Ada acar, ada ayam masak merah. Kek coklat kau pun ada tau." Ujar Rita yang cuba mengalih topik agar Hani Putri melupakan perkara sedih. Dia tidak mahu melihat Hani Putri terkena serangan panik lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience