Lelaki kacukan yang mempunyai rambut coklat hitam ini tersenyum manis apabila melihat Hani Putri membuka pintu rumah. Tekak berdehem beberapa kali. Baju kemeja kotak kotak yang pakai diluar tshirt putih dibetulkan supaya kelihatan kemas. Rambut yang terjuntai pada dahi dibiarkan sahaja.
"Hai."
Hani Putri menoleh ke tepi. Lelaki kacukan ini tersenyum manis sehingga kelihatan lesung pipit pada pipi sebelah kanan.Lesung pipit yang tajam. Kelihatan kacak pada padangan Hani Putri.
"Saya?"
"Yes. Awak lah."
"Oh okey. Hai. Saya pergi dulu ya. Nak hantar barang customer. Nanti lambat bising." Ujar Hani Putri.
Lelaki kacukan itu kelu. Belum mulakan perbualan lagi. Dia seolah olah kena "friendzone" . Tak apa mungkin dia sibuk. Kita cuba lain kali. Motor besar digosok berkali kali sebelum naik. Dia pandang ke kiri. Bayangan Hani Putri sudah tiada.
*****
Hani Putri teliti menulis alamat dan nama pelanggan. Nanti ada sebarang kesilapan dia juga yang susah. Dalam keadaan sibuk, matanya masih mahu melihat orang ramai yang lalu lalang keluar masuk dan matanya terpaku.
Lelaki berkemeja biru yang lengan baju dilipat hingga ke siku. Dia mengecilkan mata yang rabun jauh. Susuk tubuh itu macam kenal tapi siapa? Malas mahu berfikir. Dia meneruskan kerja menulis.
"Busy? Banyak ya customer sekarang. Awak jual apa? Produk kecantikkan."
Tangan yang menulis terhenti seketika. Suara itu? Ahh tak mungkin. Imaginasi dalam minda.
"Awak memang tak sudi cakap dengan saya?" Soal suara itu lagi.
Hani Putri perlahan lahan mengangkat wajahnya. Mahu pastikan suara itu betul atau tidak. Mulut yang terngaga luas pantas ditutup. Lelaki ini buat apa kat sini. Tempat ni kan jauh dari tempat kerja dan kondominium.
"Hani okey?"
"Okey."
"Saya ni macam hantu ke?"
"Mungkinlah."
Fikri Aidil ketawa kecil. Hani Putri tetap yang sama, tidak pernah berubah.
"Kenapa awak berhenti kerja tiba tiba?" Soal Fikri Aidil secara serius. Tidak dihiraukan orang yang lalu lalang.
"Saya nak mulakan bisnes.
" Tak boleh ke kerja sambil buat bisnes?"
"Tak boleh." Jawab Hani Putri dingin. Jari cekap menulis.
Hani Putri berharap bekas majikan ini segera pergi dari pejabat pos tapi tidak. Dia setia menunggu Hani Putri selesaikan barang pelanggan.
Malas mahu soal jawab. Hani Putri terus keluar. Dia tidak hiraukan Fikri Aidil yang sedang menunggu.
"Jalan kaki?"
"Hani. Saya cakap dengan awak. Bukan tunggul.
" Hani tunggulah."
Kaki yang sedia laju melangkah memaksa untuk melangkah lebih laju. Dia tak nak berhadapan dengan lelaki itu lagi. Jiwa dia rasa kacau dan marah.
Belum sempat dia mahu langkah seribu. Tangan sudah disambar dari belakang. Hani Putri panik. Dia mengigil.
"Hei hei. Ni saya Fik. Tenang. Tenang."
Warna bibir kemerahan bertukar warna pucat. Bibir terketar ketar.
"Hani. I'm sorry. Saya tak maksudkan nak takutkan awak. Tenang okey. Salah saya."
Kegilaan apakah yang dilakukan pada hari ini. Dia masuk rumah anak dara orang dan hanya mereka berdua sahaja. Ini kalau kena tangkap khalwat, sudah tentu Hani Putri tidak bernafas. Sedar dengan kesilapan diri. Fikri Aidil membuka pintu utama dengan luas.
"Minumlah air kosong tu. Bagus untuk kesihatan." Ujar Fikri Aidil sekadar berbahasa basi.
Kekok pula rasanya. Hani Putri pula tidak mengeluarkan sepatah kata dari tadi. Dia hanya merenung dinding.
"Hani. Awak okey? Saya mintak maaf pasal tadi. Tiada niat nak takutkan awak."
Tiada jawapan.
"Kita pergi klinik ya."
"Tak nak." Balas Hani keras. Mata merenung tajam Fikri Aidil.
"Pergi balik."
"Err Hani."
"Balik. Jangan jumpa saya lagi. Saya nak hidup tenang."
Jeda.
Tak sangka ungkapan itu keluar dari mulut Hani Putri. Hatinya terasa sakit secara tiba tiba. Pedih.
"Why?"
"Sebab saya dah tahu puncanya. Encik ni penyebab saya kena axienty balik. Encik lupa apa encik buat kat saya dulu? Saya hampir putus nyawa sebab encik."
"Hani."
"Keluar dari rumah saya." Jerit Hani lantang. Dada sudah turun naik. Hari ini dia nekad. Dia mahu nyahkan Fikri Aidil dalam hidupnya. Fikri Aidil macam jarum. Sentiasa mencucuk hatinya.
Pandangan menyorot pada kereta yang berlalu pergi. Katanya juga menikam hati. Air mata mengalir laju.
Share this novel