Bab 46

Romance Completed 35078

Rita melopong dengar cerita Hani Putri. Macam dalam drama pula.

"Aku serius ni. Janganlah nganga macam tu." Hani Putri jerit halus.

"Macam tak percaya. Dia melamar kau dengan cara macam tu. Kalau kahwin aku boleh percaya. Sebagai pasangan kekasih je kot."

Perkara gila yang dia terpaksa tempuhi hari ini apabila Gibrel melutut untuk jadi pasangan kekasih. Dia kalut dengan perbuatan drastik Gibrel. Hati Hani Putri berbelah bagi. Dia anggap Gibrel macam kawan sebab dia tak ramai kawan.

"Oh jadinya dia tak boleh buat macam tu la ye." Ujar Hani Putri bendul.

Rita menyengetkan mulut. Dia mengeleng banyak kali. Bukan itu maksudnya cuma dia pelik. Kan lagi bagus kalau melamar sebagai isteri.

" Terima tak?"

"Tak tahu."

Sekarang bukan masa untuk dia pilih siapa. Hati ini lagi penting. Kalau pilih Gibrel secara terburu buru. Jadinya dia permainkan perasaan lelaki itu sahaja. Biarlah mereka berkawan dahulu.

"Move on lah depan mata ada."

Ya betul cakap Rita tapi kalau hati ini masih mempunyai perasaan pada orang lain. Menipu hati namanya. Hani Putri tak nak memberi harapan pada orang lain.

*****

Kegilaan apa pula berlaku hari ini. Fikri Aidil bawa dia ke kafe Gibrel. Hani Putri mula resah. Dia tidak senang duduk. Hani Putri merasakan muka berpeluh waima kafe ini berhawa dingin.

"Awak okey?"

"Okey. Saya rasa aircond kat sini tak sejuk. Panas semacam." Hani Putri memberi alasan.

" Mimpi apa bawa saya ke mari? Bukan selalu busy ke?"

Fikri Aidil mengukir senyuman. Tidak balas pertanyaan Hani Putri. Menu di selak satu per satu. Perut sudah berkeroncong meminta makanan.

"Kat sini tak ada nasi. Mungkin kita boleh makan kat tempat lain." Hani Putri cuba memberi alasan. Kepala menoleh ke arah bar. Hanya pekerja yang ada.

"Kita boleh makan pasta. Kat sini sedap."

"Awak penah makan sini?"

"Favourite."

Favourite? Oh tidak favourite makanan atau tempat ini. Kaki kian mengigil. Janganlah musibah datang muncul. Hani Putri cuba bertenang.

"Maksud awak?"

"Tempat ni my favourite."

Aduh. Favourite Fikri Aidil. Mesti Gibrel dah kenal dia. Boleh dikatakan Fikri Aidil pelanggan tetap kafe ini. Tudung yang terletak elok, dikemaskan lagi dengan jari untuk menghilangkan gugup.

Hani tergamam. Mulut sudah terkunci. Benda yang dia mahu elak sekarang sedang berlaku. Gibrel berdiri tegak ditepi meja. Dia melihat kemesraan hubungan antara Gibrel dan Fikri Aidil.

"Hai Hani." Tegur Gibrel sedikit dingin.

"Kenal?" Soal Fikri Aidil.

"Jiran." Jawab Gibrel sepatah.

Dia tidak silap. Lelaki yang bertemu dengan Hani Putri tempoh hari adalah Fikri Aidil. Apa hubungan mereka sebenarnya.

"Apa hubungan korang?" Gibrel mulakan pertanyaan.

"Someone special."

"oh." Gibrel sudah mula terasa hati. Istimewa? Sampai hati Hani Putri tidak bercakap perkara sebenar.

Hani Putri menjengkil kedua mata. Dia geleng kepala berkali kali. Berani mati Fikri Aidil buat pengakuan macam tu.

"Oh dia gurau je. Encik Fik ni bekas bos saya." Hani Putri berterus terang. Senyuman manis dilempar pada Gibrel.

Muka Gibrel kelat. Hati rasa tak senang.

"Bekas bos? Tapi boleh keluar berdua?" Soal Gibrel dengan nada cemburu.

"Ya. Encik Fik ni macam kawan baik saya. Banyak tolong saya." Ujar Hani Putri.

Fikri Aidil dengar sahaja perbualan mereka sambil selak menu. Agaknya tempat ini tempat berbual kasih sayang dan cemburu kot. Bukan dia tidak tahu. Nada suara Gibrel tu suara cemburu. Dia kenal. Dia pun lelaki.

"So?"

"Apa?" Hani Putri dan Gibrel menyoal tidak puas hati.

"Eh rileks lah. Kenapa nak baran sangat ni?"

"Mana ada tanya je."

"Oklah Hani. Kalau rasa nak makan dengan Gibrel pemilik kafe ni. Bolehlah duduk sini. Saya nak makan tempat lain."

Hani Putri terkebil kebil melihat pemergian Fikri Aidil. Pergi macam tu sahaja. Tanpa bagi dia pilihan. Benci. Sekarang dia tersepit, tak tahu nak letak alasan apa pada Gibrel.

"Dia cemburu dengan saya."

Hani Putri tergelak. Cemburu? Dia dan Fikri Aidil mana ada apa apa hubungan. Dulu mereka macam anjing dengan kucing. Sekarang pun sama.

Gibrel menjungkit kening seolah olah tanya kenapa Hani Putri ketawa.

"Dia kuat buli saya tau. Sampai sekarang ada sahaja perkataan menyakit hati."

"Oh ya?"

*****

Fikri Aidil merengus kuat. Terbantut niat untuk makan dan keluar dating dengan Hani Putri. Gibrel dan Hani Putri? Tak mungkin dan tak boleh jadi. Dia kenal dengan Hani Putri.

Lagi menyakitkan hati bila Gibrel muat naik gambar bersama Hani Putri dengan status "special." Baru beberapa jam je dia tinggalkan tempat itu dan Hani Putri bermesra dengan lelaki itu. Sesak nafas rasanya. Macam beban menghentak kepala.

Suka lah ye. Dating dengan someone special.

Hani Putri mengerut dahi. Malas mahu melayan karenah lelaki itu. Dia terus menutup telefon. Sakit hati tak habis lagi dengan Fikri Aidil. Sanggup tinggalkan dia dengan Gibrel. Dasar tak matang!

Kalau lelaki tu ada depan mata. Harus disekeh sekeh tapi persoalannya berani ke cik Hani? Jiran sebelah pun satu hal. Boleh pula muat turut gambar swafoto tadi. Cari masalah betul. Mana nak letak muka kena perli dengan Rita nanti. Kenapalah Fikri Aidil kenal dengan Gibrel. Bumi ni memang bulat. Pergi mana mana je pasti jumpa.

Kenapa tinggal saya tadi???

Telefon jenama oppo di buka kembali. Jari jemari mengetuk sisi sofa. Kaki disilangkan.

Oh saja. Biarkan awak dengan kekasih baru. - Fikri Aidil

Dia jiran saya. - Hani Putri

So kenapa awak tak follow saya. Kenapa still jugak duduk kat kafe Gibrel tu.Suka? - Fikri Aidil

Hani Putri menekan kuat keyboard screen telefon. Alasan si Fikri Aidil. Bukan nak minta maaf. Tambah sakit hati pula tu.

Saya bukan macam awak. Macam budak budak. Tak tahu masalah apa. Tetiba tinggalkan saya. Ingat saya boneka ke?

*****

Tangan digengam erat. Rasa gementar dalam diri sedang menguasai. Bila perlu selesaikan juga hari ini. Mungkin hari ini adalah hari kekuatan tapi kena resah datang. Hani Putri mundar mandir ke kiri dan ke kanan. Apabila kaki mahu melangkah ke dalam pejabat bekas majikan, kaki Hani Putri seakan ada getah.

" Kau boleh buat Hani. Ambil barang dan blah. Ya ya ya. Hani Putri boleh." Hani Putri cuba bagi kata semangat pada diri sendiri.

Seusai berbisik sendiri, mata menangkap satu figura. Fikri Aidil sedang melangkah ke arah sini!!! Alamak habislah. 2 minggu dia tidak bersua muka atau pun berbalas text semenjak pertengkaran kecil berlaku. Kaki yang melekat pantas mengorak langkah untuk bersembunyi diri.

Hani Putri berselindung di sebalik pasu bunga besar. Mata terpaku. Fikri Aidil melipat lengan baju hingga ke siku. Gulp. Seksi. Lengan yang berurat jantan. Dia panjangkan leher lagi mengintai Fikri Aidil. Lelaki itu nampak berkarisma tapi sayang perangai hauk.

Lagi sekali mata menangkap sesuatu. Fikri Aidil membuka 2 butang baju dari atas. Tak berkelip mata melihat. Dada pun seksi. Ini mesti kuat work up.

Fikri Aidil berpaling ke arah pasu bunga. Diri terasa tidak selesa.Terasa diri sedang diperhatikan. Hani Putri pula cepat menyorok. Nasib baik tak tertangkap.

"Euiiiiii. Tuan Putri buat apa kat belakang pasu bunga tu." Nyaring suara Nyah berbunyi dari pintu masuk pejabat.

Hani Putri menepuk dahi kuat. Nyah ni kan pantang nampak dia senang. Kan dah kantoi. Aduh.

"Buat apa kat situ? Belek bunga ke?"

"Gila ke? Mana ada bunga kat sini. Pasu bunga je ada. Aku berdiri belakang ni sebab nak check tadi ada benda berdetum kuat. Kot ye lah pecah ke apa." Ujar Hani Putri panjang lebar. Tak berani nak menoleh ke arah Fikri Aidil. Mata hanya memandang Nyah sahaja. Lelaki lembut yang bikin kecoh.

"Iye ke?" Suara Nyah mula meleret. Bibir mengherot ke kanan menyuruh Hani Putri pandang tepi.

"Apa dia?" Rungut Hani Putri.

Kepala bergerak perlahan lahan dan dia terpaku. Mata helang itu sedang menikam raut wajahnya. Tiada senyuman manis atau sapaan. Hanya wajah kelat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience