Hani Putri berpaling wajahnya ke arah lain. Setelah beberapa hari. Baru hari ni Fikri Aidil datang melawatnya. Itu pun dirumah bukan dihospital.
Fikri Aidil tersenyum. Kelakar melihat kelakuan si gadis yang sudah bertakhta di hatinya. Dia membiarkan sahaja. Hampir satu jam dia menunggu Rita memujuk Hani Putri untuk berjumpa dengan Fikri Aidil.
"Saya bukan tak nak melawat awak. Tapi saya ada hal penting yang perlu diselesaikan." Ujar Fikri Aidil.
"Yeke ada hal?" Soal Hani Putri, lagak seperti orang sedang cemburu."
"Ye Hani. Saya ada hal penting. Antara hidup dan mati saya.
"Awak marah saya? Sampai tak nak pandang saya langsung."
"Tak ada lah. Saya sakit mata. Tu tak nak keluar." Hani Putri berdalih. Keadaan masih begitu. Kekok.
"Hmmm yeke? Kalau macam tu awak sambung cuti lagi la. Rehatkan mata."
" Dah tu macam mana dengan kerja saya?"
"Tak apa. Saya boleh handle sendiri. Tak payah setiausaha pun tak apa."
Ujaran Fikri Aidil membuatkan mata Hani Putri terbeliak. Apa? Tak payah ada setiausaha. Nanti dia kerja apa? Dah lah sekarang susah cari kerja. Tak boleh jadi. Macam mana pun keadaan dia kena pergi kerja.
"Eh tak apa encik Fik. Saya boleh pergi kerja. Janganlah pecat saya. Habislah." Omel Fikri Aidil. Kini dia tak kisah. Wajahnya penuh berharap memandang Fikri Aidil.
Fikri menjungkit kening. Hairan dengan kulit wajah Hani Putri. Kulit yang putih bertukar kemerahan dengan bintik bintik penuh di muka.
"Kenapa muka awak Hani?"
Hani Putri memarahi dirinya. Gara gara mahu memujuk dia sudah menunjukkan muka yang buruk. Huuu rasa mahu menangis sekarang.
"Kenapa?awak sakit apa?" Fikri Aidil terus menyoal.
"Saya alahan seafood. Semalam makan tak sedar diri."
"Dah pergi klinik?"
"Saya ada ubat encik Fik. Sekarang ni jangan berdalih. Encik jangan memandai pecat saya. Nanti saya ke pihak atasan."
"Bila pula saya pecat awak ?"
Pada masa yang sama, kepala menggeleng. Cepat benar Hani Putri buruk sangka dengan dirinya.
"Encik cakap tu tak payah ada setiausaha."
Fikri Aidil membulatkan biji mata. Lagak seperti bapa yang memarahi anaknya. Geram dengan sikap Hani Putri. Lain yang dikata. Lain yang difikir.
"Awak nak saya gigit awak ke? Cepat betul sangka buruk kat saya."
"Eee gatal." Hani Putri marah. Badannya sudah buat seakan geli. Nak gigit anak dara? Mahu kena terajang ni.
"Pergi bersiap cepat. Kita pergi klinik sekarang." Fikri Adil memberi arahan. Tiada kelembutan dalam suara tapi suara tegas.
"Tapi encik..."
"Okey. Tak nak dengar cakap saya tu. Bermakna awak rela dibuang kerja la kan." Fikri Aidil bercakap sambil lewa tapi terselit juga ugutan.
Hani Putri gelabah. Dibuang kerja? Dia cepat berlari ke biliknya untuk bersiap.
Fikri Aidil tersenyum simpul. Baru kena ugut sikit Hani Putri dah gelabah sakan. Terhibur pula hatinya ini.
Fikri Aidil mengeleng kepala. Dari dalam kereta sehingga sampai ke klinik dan sekarang di kedai makan. Hani Putri tidak mahu memandang ke arahnya. Malu katanya dengan muka alahan.
"Hani. Macam mana awak nak makan. Kalau kepala ketepi. Nanti terkenan terteleng baru tahu."
"Teleng apa tu?" Soal Hani Putri hairan.
"Teleng tu macam ni." Fikri Aidil menunjukkan gaya kepala mengiring ketepi dan dengan menambah gaya zombi yang baru hidup.
Gulp. Tak kanlah seteruk macam tu. Hani Putri resah.
"Tak percaya? Teruskan sampai balik nanti." Ujar Fikri Aidil lagi menakutkan Hani Putri.
"Tipu."
"Okey. Nanti jadi macam tu. Jangan cari saya. Encik encik tolong saya. Kepala saya teleng." Fikri Aidil mengejek dengan suara kecil.
Hani Putri mendengus. Geram dengan Fikri Aidil.
"Kalau awak marah. Lagilah bakal jadi."
"Helloooooo encik. Saya bukan budak kecik okey encik nak tipu."
"Muka saya ada nampak tipu tak? Tengok muka saya yang kacak ni. Muka jujur habis." Fikri Aidil menayang muka sambil kening terjengkit jengkit dan bibirnya tersenyum.
"Elehhh."
"Nanti balik tanya Rita."
"Okey. Rita jujur bukan macam encik." Jawab Hani Putri. Minuman sirap ais disedut laju. Panas hati dengan sikap Fikri Aidil yang suka menyakatnya.
Matanya pula menangkap figura seorang perempuan bersama lelaki tua ke klinik.
Mata Hani Putri yang mengikuti figura 2 jasad itu membuatkan Fikri Aidil tertoleh sama dan muka Fikri Aidil berubah serta merta.
" Makan cepat. kita boleh balik. Risau karang kawan awak tu."
Pandangan beralih arah. Hani Putri diam. Dia meneruskan makanan. Dia perasan air muka Fikri Aidil yang berubah.
*****
Hani Putri dan Rita bersantai diruang tamu. Sambil menonton raja lawak. Dua gadis ini ligat menguncah kacang.
" Tadi kan." Hani Putri membuka mulut.
" Fikri Aidil lamar kau eh?" Teka Rita mengoyangkan jari telunjuk.
" Tak la. Kau ni kan. Aku rasa kan aku pernah jumpa lah dulu dengan Encik Fik tu."
"Alah biasalah Hani. Kl ni kecik je. Kat mana mana boleh jumpa. Kenapa? Dia tu cinta pandang pertama?'
" Eh kau ni ke situ pulak. Tak ada lah. Aku cuma nak cerita je. Dulu dia macam familiar je." Hani Putri berhati hati menutur kata. Risau jika dia terlepas cakap yang dia pernah jumpa Fikri Aidil dalam keadaan mabuk. Dia tidak boleh buka aib Fikri Aidil. Itu zaman jahiliahnya. Dia siapa mahu menentukan kisah silam orang lain.
Rita membentukkan mulut O.
"Aku dengarlah dulu dia liar tau dengan si ex dia."
Hani Putri terkebil kebil. Kisah silam Aidil Fitri dah sampai ke telinga Rita.
"Ish kau ni tak baik tau dengar khabar angin."
"Hmmm.. Entahlah tapi sepupu aku yang setiausaha dia dulu pernah cerita."
Hani Putri menyusun kata.
"Kisah silam dia kenapa kita nak ungkit kan. Sekarang ni aku tengok dia tak pernah tinggalkan solat kat pejabat. Ada meeting je bila datang waktu solat. Dia hentikan meeting untuk solat. Solat berjemaah lagi dan dia jadi imam." Dalam penceritaan terselit pujian pada lelaki itu. Dia kagum. Fikri Aidil mungkin menurun sifat dari bapa saudaranya dulu. Hani Putri tersenyum.
Rita mengangguk memgiakan apa yang dikatakan oleh Hani Putri. Hah ni semua gara gara sepupu perempuan yang suka bergosip. Sekali dia terbawa. Lagi menyesal bila dia terbuka kisah silam Fikri Aidil.
Sepatutnya dia harus mengunci mulut. Bukan dia tak tahu yang Hani Putri suka kan Fikri Aidil. Dia tahu. Cumanya dia hanya berdiam diri sahaja dan biar Hani Putri berterus terang.
*****
Fikri Aidil menjeling I phone buat sekian kali. Bosan dengan nada dering yang berbunyi. Apa lagi yang bekas bapa mentuanya mahu. Rasanya dia dan Aria dah tak ada kena mengena tapi sekarang masih terpalit sisa Aria.
Dia menderam marah. Akhirnya I Phone ditutup. Bengang yang membara di dada membuatkan Fikri Aidil tidak senang duduk dan dia berlalu pergi.
Dummm
Hempasan pintu kuat.
"Allahu." Terjerit Hani Putri. Dari leka membuat kerja mata mengikut gerakan Fikri Aidil yang ganas. Muka masam mencuka. Hani Putri mengerutkan dahi. Apa pula yang tak kena dengan lelaki itu. Setahunya pagi tadi baik baik sahaja.
"Mungkin lapar kot. Tu macam rimau." Desis hati Hani Putri..
Share this novel