Fikiran melayang mengingatkan pertemuan ibu dan ayah semalam. Dia tergamam dengan percakapan ayah. Dia sendiri hairan. Ayah boleh tahu tentang Aria. Mungkin juga kerana ayah pernah ternampak Aria dengan lelaki inggeris itu. Otaknya kusut. Tiada kata yang mampu dilahirkan untuk mempertahankan Aria. Ayah menyerangnya bagaikan peluru. Dia diam. Dia bingung andai ibu ayah menyuruhnya dia bercerai
"Sampai bila kau nak diperbodohkan?"
"Kau tak sedar lagi ke Fik? Isteri kau tak pernah cintakan kau!"
Ahhh...sakit kepala jika terus memikirkan tentang Aria dan ayah. Dia tidak boleh ceraikan Aria. Dia terlalu cintakan Aria. Banyak pengorbanan yang dia lakukan demi Aria.
*****
"sayang nak pergi mana?bawak beg segala bagai?"
Aria membuatkan Fikri Aidil seperti tidak wujud. Dia mengemas baju untuk dimasukkan ke dalam bagasi. Barang yang lain diambil kecuali pemberian Fikri Adil. Fikri Aidil cuba pegang tangan Aria tetapi pantas ditepis.
"Aria. Sayang nak pergi mana ni?"Soal Fikri Aidil sekali lagi. Tidak betah melihat Aria yang mengemas semua barang miliknya.
Tangannya mengambil kembali baju Aria di dalam bagasi. Aria mendengus kasar .Bengang dengan tindakan Fikri Aidil.
"Kau jangan keluarkan baju aku."
"Ria sayang nak pergi mana?"
"Aku nak tinggalkan rumah ni. kau tak nak ceraikan aku sangat. So aku nak berambus dari sini.Aku dah tak tahan lah hidup dengan kau".
"Ria." Mendatar suara Fikri Aidil.
"Ria jangan tinggalkan Fik.Fik tak boleh hidup tanpa Ria." Fikri Aidil memujuk.
Cincin berlian dijari manis dicabut dan dilemparkan pada muka Fikri Adil. Dia tidak mahu terikat lagi. Fikri Aidil tergamam. Tak sangka Aria sanggup membuang cincin ini.
"Aria."
Tanpa membalas panggilan suaminya. Aria terus membawa bagasi dan barang penting keluar dari bilik.
"Jangan lupa sign borang cerai tu."
"Aria betul nak cerai."
Aria mendengus marah. Fikri Aidil masih bermain tarik tali.
"Fik bagi Aria fikir baik-baik. Bila semua dah rasa tenang. Kembali pada Fik."
"Aku tak nakkk. Aku cakap tak nak lahhh!!! Aku nak cerai la bodoh." Aria menengking. Sakit hati dengan sikap tidak faham Fikri Aidil. Dia kahwin dengan Fikri Aidil bukan kerana cinta. Orang tuanya terlalu mendesak untuk dia menerima Fikri Aidil. Jika tidak terima padahnya kemewahan ditarik balik.
Fikri Aidil menarik nafas panjang. Dia malas mahu bergaduh lagi. Biarlah Aria pergi dulu. Kemungkinan dia perlukan ketenangan. Pergilah Aria dan kembalilah pada Fik seperti dulu.
Iphone berdering beberapa kali tapi dia abaikan. Dia hanya Mahu tenangkan fikiran sahaja. Serabut memikirkan tentang Aria. Beberapa jam selepas itu, dia kembali melihat Iphone. Ada pesanan whatsapp yang dipaparkan pada screen. Digagahi juga tangan untuk membuka.
Kau kat mana?Angkat call aku ni.
Iphone kembali berdering. Dia menekan punat panggilan dan menjawab. Terlepas Iphone dari tangan. Dia mengigil. Otak cuba dicernakan sebaik mungkin agar berfikiran waras.
Hiba hatinya setelah mendengar panggilan itu. Dia kehilangan orang yang dia sayang. Dugaan apakah ini. Terlepas tangisan dari mulut. Tiada apa lagi yang tinggal sekarang. Hanya kenangan yang masih ada.
"Ayah dengan ibu kau kemalangan jalan raya. Mereka meninggal ditempat kejadian . Sabarlah Fik. Ini sudah ketentuan. Banyak kan bersabar."
*****
Pak Long Aziz merenung anak saudara kesayangan. Simpati melihat nasib menimpa Fikri Aidil. Sejak kebumikan ibu ayah semalam. Fikri Aidil tidak makan dan minum. Hanya termenung dan membisu.
"Fik makanlah sikit. Nanti Fik sakit." Tegur Mak Long lembut. Diusap perlahan rambut anak saudaranya. Hati tuanya kesian. Ibu dan ayahnya meninggal tapi isteri tidak nampak bayang sejak semalam.
"Makan ya nak." pujuk Mak Long. Disuakan pinggan yang berisi nasi goreng ke Fikri Aidil. Fikri Aidil menggeleng perlahan.
"Jangan macam ni Fik. Nanti Fik jatuh sakit."
"Biarlah Mak Long. Bukan ada siapa yang sayang Fik."
"Pak Long Mak Long kan ada. Isteri kamu kan ada. Semua perlukan kamu Fik."
"Aria dah tinggalkan saya Mak Long." Ujar Fikri Aidil sedih. Tubir matanya berair. Air mata lelaki mengalir.
Pak Long Aziz dan Mak Long tergamam. Terkejut dengan ujaran Fikri Aidil. Mak Long tergagap menutur kata.
"Mak..su..d Fi..k."
"Dia ada lelaki lain Mak Long. Dia nak kami bercerai." Fik menangis teresak. Tak mampu bayangkan situasi hidupnya kini. Bukan sahaja ayah dan ibu tetapi isterinya turut meninggalkan dirinya. Hatinya terasa ditoreh. Rasa sakit.
"Ya Allah.. Fik jangan macam ni. Sabar nak. Dugaan Allah buat kamu ini." Diusap belakang Fikri Aidil perlahan -lahan. Tidak disangka hebat dugaan anak saudaranya ini.
"Fik tak tahu nak buat apa Pak Long."
Air mata yang mengalir dibiarkan. Tersedu dia menangis. Pak long Aziz yang melihat terus peluk anak saudaranya. Mak long pula hanya memerhati. Air mata yang hampir tumpah dikesat.
"Fik ada Pak Long.Pak Long sayang Fik macam anak Pak long sendiri.Ini dugaan buat Fik,jangan mudah mengalah dengan dugaan ini.Allah menguji keimanan kamu sayang.Allah tidak akan mendatangkan dugaan dan kesusahan yang tidak mampu dipikul oleh hambanya.Allah sayangkan kamu Fik sebab itu dia datangkan dugaan untuk kamu dan Dia tahu kamu mampu harunginya."
Nasihat Pak Long Aziz.
Air mata yang mengalir dikesat dengan tangan kanan. Dia cuba mencari nafas. Betul kata Pak Long. Ini dugaan buatnya.
"Fik kejap lagi tahlil. Makan dulu ya. Lepas ni pergi bersiap." Mak Long memecah kesunyian.
Sepanjang kenduri tahlil. Fikri Aidil berdiam diri. Mujurlah ada Pak Long dan kawan baik. Mereka yang menguruskan segalanya. Dari pengebumian sehingga kenduri tahlil.
"Fik." Tegur Haikal.
"Hmm."
"Maaflah aku tak boleh nak berlama. Isteri aku dalam pantang tu. Aku balik dulu." Haikal meminta diri. Dia menepuk bahu Fikri Aidil. Dia melangkah untuk pulang. Fikri Aidil pula rasa hatinya dirobek mendengar perkataan "isteri". Bertuahnya Haikal memiliki isteri yang setia. Arhhh andai kata aku seperti dia. Pasti ini tak akan terjadi.
Ibu ayah meninggal semalam. Baliklah Aria
Marahkan Fik pun tapi hormatlah orang tua Fik
Aria tersengih sumbing.
"Hormat apa kalau dah mampus." Hati Aria berbisik jahat. Dia suka dengan berita kematian orang tua Fikri Aidil. Dia terasa amat teruja.
0rang tua itu hampir mahu membocorkan rahsia hitam dirinya. Nasib baik Fikri Aidil bodoh. Cinta mati katanya.
" Siapa tu sayang?" Soal lelaki itu dalam pelat inggeris.
"Hmmm..Orang silap nombor."
Bluetick dari Aria. Tiada tanda dia mahu membalas. Fikri Aidil mengeluh kasar.
Iphone miliknya bergetar menandakan ada pesanan Whatsapp masuk. Dia segera membuka tapi bukan dari isterinya. Dia kecewa.
Fik jaga diri. Jangan buat benda mengarut. Ingat Allah. Solat.
Fikri membaca sekilas pesanan Haikal.
Share this novel