Bab 29

Romance Completed 35078

Hani Putri tidak duduk diam. Sekejap dia duduk dan dia berdiri. Berapa lama agaknya Fikri Aidil mahu membisu. Diminta dia ke bilik tapi seribu bahasa dia tidak berkata. Dia menghentak kedua kaki menunjukkan protes. Berpeluk tubuh merenung Fikri Aidil tak puas hati.

"Kenapa encik Fik panggil saya masuk?" Soal Hani Putri keras.

Diam. Masih tidak bersuara.

"Encik ni ada split personaliti kan?"
Teka Hani Putri pula. Tapi Fikri Aidil kekal begitu. Sibuk menaip di komputer.

"Encik nak suruh saya berhenti? Ok fine im quit."

"Hani Putri." Panggil Fikri Aidil lembut.

Hani protes. Dia membisu.

"Hani Putri." Panggil Fikri Aidil sekali lagi. Kali ini dia mengangkat wajah. Hani Putri kekal membatu berpeluk tubuh. Wajahnya masam.

"Hani Putri." Fikri Aidil bersuara kuat.

"Haaa. Marah kan. Macam tu lah saya. Encik ingat saya tunggul. Kalau tak suka saya cakap je. Saya boleh berhenti.." Ujar Hani Putri senafas. Sempat lagi dia menjeling Fikri Aidil dan memandang ke arah lain. Fikri Aidil tersenyum. Perangai Hani Putri tak pernah berubah. Macam budak budak tapi itu yang dia suka.

"Saya takut nak panggil awak. Nanti jadi macam haritu pengsan."

"Encik ada split personaliti ye?"

"Hah."

"Yala. Mula jumpa saya.. Panggil aku kau.. Kedua saya awak lepastu I you."

"Kata ganti nama tu penting ke?"

"Pentinglah."

Fikri Aidil mengeleng kepala. Perempuan kan. Kata ganti nama pun nak dikecohnya.

"Betul ke.."

Belum sempat Hani Putri meneruskan kata. Fikri Aidil memintas cepat.

"Saya sihat. Alhamdullilah sihat. So awak selesa nak saya panggil apa?"

"Ha tuan Puteri." Hani Putri berlelucon tapi riak wajah biasa.

"Oklah tuan puteri. Patik panggil tuan puteri ok. Dah jangan nak marah marah. Jangan nak pengsan. Paling penting awak kena biasa dengan saya okey. Sekarang saya majikan awak."

Hani Putri tersenyum senyum. Bahagia rasa bila dapat berbaik dengan Fikri Aidil. Lagi bahagia bila lelaki itu bukan suami orang. Dia status bujang. Nak berkawan pun tak ada masalah. Haih. Menyesalnya mulut puaka haritu. Esok dia bercadang nak bawa bekal sandwich dan nasi goreng. Biar Fikri Aidil dapat merasa makanan dia. Kegembiraan yang hadir tiba tiba lenyap. Perasaan sedih kembali. Dia kembali berfikiran negatif.

*****

"Fik bukan suka kau pun. Jangan perasaan. Dia tu nak perempuan cantik je." Bisikan itu hadir dalam fikiran. Tanpa sedar dia menangis dan kembali sesak nafas.

Bangun pagi. Hani Putri melakukan pernafasan. Dia mahu membuang pemikiran negatif semalam. Dia percaya. Fikri Aidil bukan orang seperti itu. Dia melihat cermin dan tersenyum.

"Aku boleh lawan perasaan ni. Aku nak hidup tenang." Ucap Hani Putri pada dirinya.

Fikri Aidil mengunyah sandwich perlahan lahan. Dia menikmati makanan itu. Sedap. Sangat sedap. Air tangan Hani Putri tak pernah sia sia. Kalau dia melamar Hani Putri. Agaknya si gadis mahu menerima ke duda. Selesai habiskan sandwich. Fikri Aidil menyuap pula nasi goreng kampung. Terpejam mata menikmati kesedapan.

"Encik Fik. Ni air kopi kaw. Lupa pula nak hantar air. Nanti tercekik pula."

Fikri Aidil senyum. Hani Putri kembali pada diri sendiri. Si gadis bermulut becok. Sepatah ditanya, beribu jawapan yang diberi.

Hani Putri terpana. Personaliti yang ditonjolkan oleh Fikri Aidil berlainan. Tidak seperti dia berjumpa pertama kali dulu. Betul cakap orang, jangan tengok luaran.

"Alahai. Makan pun hensem jugak ke." Ngomel Hani Putri.

Hani Putri mengaru kepala tidak gatal. Rasanya sandwich dia letak 6 keping tapi baru je kaki melangkah keluar tadi habis licin. Sebenarnya nasi goreng tu untuk makanan tengahari. Nak cakap serba salah. Biarlah.

"Hmm sedapnya ayam masak merah awak ni. Makan pulak dengan nasi goreng. Lazat." Fikri Aidil memuji ikhlas. Masakan Hani Putri ni hampir sama dengan masakan ibu. Rindunya ibu.

"Biasa biasa je encik." Ujar Hani Putri rendah diri. Malu apabila dipuji.

Nyah terkedek kedek berjalan. Mahu pergi ke meja Hani Putri.

"Amboihhh. Kat aku tak ada ke bekal? Teringin juga."

"Kau kan pandai masak. Masaklah sendiri."

"Tak nak." Ujar Nyah dengan bercekak pinggang. Dihempaskan pinggul seperti biasa di atas meja kerja Hani Putri.

"Nyah boleh tak aku nak cucuk punggung kau? Geram pulak aku tengok." Hani Putri mengacah pen pada punggung Nyah. Sengaja berbuat begitu. Biar esok lusa dia ingat jangan duduk sebarangan.

"Hei.. Kau Putri. Bontot aku pun kau suka ke? Choi perempuan ni." Marah Nyah. Jari jemari dilentikkan ke arah Hani Putri.

"Jangan duduk seba..."

"Bos kedua bos kedua. Tengah Hani Putri ni. Dia nak cucuk punggung saya." Nyah mengadu pantas.

Fikri Aidil terkebil kebil. Tidak tahu nak menjawab apa. Hani Putri mengeleng kepala berkali kali. Pen di tangan dijatuhkan. Aih tak guna Nyah. Berani kau mengadu. Jatuh saham aku. Siap kau nanti.

"Bos keduaaaa." Meleret suara meminta simpati.

"Kalau saya jadi awak Hani. Saya libas je dengan batang penyapu." Spontan Fikri Aidil mengenakan.

Hani Putri terkekek ketawa. Tak menahan ayat bos. Nyah pegang punggung. Bahaya kalau kena sebat. Tak boleh duduk oii. Akhirnya dia laju berjalan meninggalkan meja Hani Putri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience