Bab 23

Romance Completed 35078

"Rita bukan ke kau cakap Fikri Aidil tu kena tinggal dengan bini."

"Kau jangan cakap dengan aku. Kau terpikat dengan dia."

Hani Putri tersenyum. Sekadar suka sebagai kawan. Itu okey. Untuk jatuh cinta dia seharusnya sedar. Dia bukan anak berketurunan. Dia tidak tahu asal usul. Dia tidak sesuai dengan Fikri Aidil. Hidup mereka bagai langit dengan bumi. Darjat yang berbeza.

"Kau jangan ya. Dia laki orang. Kalau kau jatuh cinta dengan lelaki bujang aku restu."

"Aku sedar dirilah Rita. Kami ni beza darjat tau. Dia tu anak berketurunan aku ni anak buang." Hani Putri berkata sedih.

"Hani tak baik cakap macam tu."

"Kau tengok ni." Hani Putri menyuruh Rita membaca keratan akhbar lama yang disimpan di dalam novel.

"Bayi dijumpa didepan pintu rumah anak yatim." Rita membaca tajuk utama keratan akhbar. Secara drastik dia terus peluk Hani Putri yang mencebik.

"Tak pa Hani. Mungkin orang tua kau ada alasan sendiri."

Air mata Hani Putri mengalir deras. Dia membalas pelukan Rita dengan erat. Sesak dadanya apabila berita dia ditinggalkan di depan rumah anak yatim masuk akhbar. Apa salahnya dia sendiri tidak tahu sampaikan meninggalkan dia tanpa khabar berita. Dia lelah apabila kawan kawan disekolah mengejeknya anak luar nikah. Dia berbintikan Abdullah. Dia tidak tahu sapa bapanya.
Rita sentiasa berpesan padanya siapa pun ibubapanya. Dia harus berdoa semoga ibubapanya dalam keadaan baik. Kalau sudah meninggal. Moga Allah ampunkan segala dosa ibubapanya.

*****

Awal pagi, Fikri Aidil berada dipejabat bapa saudaranya. Dia ingin meletakkan bunga pada meja Hani Putri sebelum gadis itu sampai.

"Encik Fik buat apa kat sini."

Terkantoi pula. Hani Putri datang awal. Rasanya jam baru pukul 7.00 pagi. Pejabat ni mula bekerja jam 8.00 pagi. Tak jadi dia buat kejutan untuk Hani Putri.

"Selamat pagi Putri Hani. Ni ha aku ada hantar bunga. Bolehlah kau hidu buat ambik semangat ni."

"Nama saya Hani Putri la bukan Putri Hani."

"Oh ya errr.. Saja nak panggil macam tu." Fikri Aidil berdalih.

"Encik tak payah susah bagi bunga. Bazirkan tenaga dan duit je."

"Untuk kau Hani. Semua benda aku boleh lakukan." Ujar Fikri Aidil bersama senyuman manis. Dikenyitkan mata pada Hani Putri. Sengaja. Dia tidak kisah bersusah payah untuk si gadis ini. Bersama si gadis ini dia rasakan bagai dihargai. Hatinya pula seakan kembang setaman. Berlainan dia bersama dengan Aria. Segalanya turut nafsu dan bahagia tidak hadir.

"Lakukan je dengan isteri encik. Dia berhak dapat semua ni." Dingin suara Hani Putri. Bunga diatas meja diketepikan dengan tangan. Tak sudi dia menerimanya. Sebelum hatinya lebih berharap, lebih baik dia keraskan hati.

"Bini?"

"Kenapa?dah lupa bini dirumah." Sinis Hani Putri melemparkan kata.

"Sejak bila saya ada bi?" Belum Fikri Aidil menghabiskan ayat. Pak Long Aziz yang baru sampai ke pejabat memanggilnya masuk ke bilik. Dia tidak sempat untuk berterang terang. Dia mengikuti langkah Pak Long Aziz. Mungkin lepas ini dia akan beritahu Hani Putri yang dia ini duda terhangat.

Dasar lelaki ya. Dah ada isteri kat rumah. Cantik macam model boleh pula curang. Eh! Bukan ke dulu Rita pernah cakap yang isteri dia pergi tinggalkan dia ikut jantan inggeris. Dia dah duda ke? Hani Putri tersengih. Dalam masa 10 saat. Dia marah dirinya. Tidak mungkin Fikri Aidil ceraikan isterinya. Dia pernah nampak bagaimana lelaki itu cintakan isterinya sebelum kahwin lagi. Sedih pula rasa hati tapi dia cepat usir perasaan sedih tu. Dia tidak mahu mood kerjanya tergendala. Dia akan cuba sedaya upaya melawan.

*****

Selesai dia kembali ke rumah. Hani Putri rehat sebentar dan pergi ke gym. Dia mahu melakukan sesuatu yang sihat dan cergas. Rasanya sudah lama dia tidak pergi ke gym, terakhir kali dia pergi bersama Rita pada tahun lepas.

Hani Putri mengesat peluh dengan tuala yang dililit pada leher. Walaupun penat tapi dia rasa segar. Dia mencapai air yang ada disebelah tapi tangan lain pula mengambil dulu.

Ini air aku lah. Dia membuat muka. Tidak puas hati dengan tindakan orang yang tidak bertamadun ini.

"Sedapnya air kau ni walaupun air masak je."

Kedudukan yang hampir dan ketinggian lelaki ini membuatkan dia mendongak. Dia hanya separas bahu lelaki ini sahaja. Bukan dia yang pendek. Lelaki ini yang terlalu tinggi.

"Encik stalk saya ke? Kat mana mana ada je encik. Bosan saya tau." Hani Putri melepaskan geram. Dirampas air yang ada pada tangan Fikri Aidil. Air ini dah tinggal separuh. Mana cukup. Dia kan kuat minum air.

"Itu tandanya ada jodoh."

"Jodoh pe benda bodoh adalah."
Malas melayan Fikri Aidil dia melangkah ke bilik persalinan.

"Nak aku hantarkan balik?" Fikri Aidil bertanya setelah Hani Putri keluar dari bilik persalinan wanita. Sengaja dia menunggu di hadapan ini untuk bercakap dengan Hani Putri. Dia pelik dengan sikap Hani Putri yang secara tiba dingin. Dia rindukan mulut becok Hani Putri.

"Tak payah. Saya nak grab je."

"Bahaya malam malam ni untuk kau."

"Saya dah biasa. Tak ada yang bahaya."

Hani Putri laju berjalan. Sesak nafasnya dengan ganguan Fikri Aidil. Kenapalah lelaki ini perlu muncul. Dia tak suka. Lelaki itu suami orang. Fikri Aidil tidak mengejar Hani Putri. Dia membiarkan sahaja gadis itu pergi.

*****

"Apa kau menungkan tu. Aku ulang alik dari tandas tadi tengok kau kemain lama termenung kat tingkap tu. Eh jangan bunuh diri pula." Lancang mulut Haikal berkata.

Fikri Aidil senyap. Tiada balasan. Dia hanya biarkan Haikal menunggu jawapan. Bengang dengan tingkah Fikri aidil yang diam. Haikal terus pergi menepuk kuat bahu Fikri Aidil. .

"Sakitlahhh."

"Ha tahu sakit. Sakit dalam hati aku ni sapa nak jawab."

"Apa kau ni. Macam perempuan." Rungut Fikri Aidil. Sakit dibahu masih terasa. Kuat juga tepukan sahabatnya ini.

"Amboi kau. Dah lah aku panggil tak menyahut. Ni membebel pulak."

"Membebel tu kau Haikal. Entah kat rumah kau yang kuat bebel macam mak nenek bukan bini kau."

Kata kata Fikri Aidil membuatkan Haikal ketawa kuat. Betul tekaan dia. Isterinya tak pandai beleter. Haikal yang suka beleter. Mungkin turun dari sikap neneknya yang suka beleter.

"Betul lah tekaan aku tu. Mulut macam mak nenek." Kutuk Fikri Aidil. Boleh pula Haikal ketawa. Setahu Fikri Aidil, isteri Haikal seorang yang pendiam. Jauh beza dengan mulut Haikal yang macam mulut murai.

"Arghh.. Sibuk je kau. Kau tu dah kenapa termenung. Ingat janda?"

"Eh asal pula aku nak ingat dia." Fikri Aidil menafikan. Dia sudah boleh ke hadapan tanpa memandang Aria. Dia dah jumpa perempuan yang lebih baik dari bekas isterinya.

"Hani Putri?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience