Gulp
Tertelan air liur Fikri Aidil. Dia mengucap panjang. Gambar yang diperolehi dari whatsap segera di buang dan nombor penghantar itu disekat. Kegilaan apa yang dilakukan oleh perempuan ni. Perempuan murah! Itu perkataan sesuai.
Fikri Aidil mendengus. Sepatutnya dia tahu, Aria boleh lakukan apa sahaja termasuk menghantar gambar separuh bogel padanya. Perempuan itu ingat iman dirinya akan tergugat. Dia tidak hairan. Kalau sekali dirinya dibuang macam sampah dulu. Aria tu dia akan buang umpama bangkai.
"Whatttttt."
Bulat mata memandang skrin telefon. Fikri Aidil telah sekat nombornya di whatsap. Tak guna betul.
"Tak apa kalau tak tergugat. Kita main cara lain. Lebih buat kau terletok." Bisik Aria dengan dengan muka merah padam.
*****
Aria pantas melangkah menuju ke pejabat Fikri Aidil. Mata kiri kanan yang melihat dirinya tidak diendahkan. Dia melangkah dengan gaya ala model bertumitkan kasut 5 inci.
"Excuse me miss. Encik Fik ada." Penuh lagak Aria menuturkan kata. Cermin mata hitam diturunkan sedikit.
"Encik ada buat appointment?"
"Perlu ke? I ex opsss bakal isteri dia." Ujar Aria bersama gelakan manja.
"Tapi cik, saya kena tanya dulu encik Fik. Kalau saya benarkan encik masuk. Saya yang kena marah."
Tangan dilentikkan pada bibir. Dia mengangguk angguk perlahan.
"Jangan lama lama. I rindu dia tau."
Hani Putri pantas menekan interkom yang ada diatas meja. Dia tersenyum melihat perempuan jelita ini meliuk lentok macam kucing parsi.
Bakal isteri encik datang jumpa
Bakal isteri saya nak jumpa? Rindu ke? Meh meh masuk.
"Hai sayangggg."
Jaket jean yang dipakai bersama dress dibuka perlahan. Yang tinggal hanyalah dress tanpa lengan dan bukaan didepan yang lebar.
"Kau bakal isteri aku?" Soal Fikri Aidil sinis.
"Yela you suruh I masuk. Maksudnya I lah bakal isteri you tu." Ujar Aria manja. Jari bermain dengan rambut menunjukkan gaya seksi. Tanpa pelawaan dari Fikri Aidil, dia melabuhkan punggung ke meja. Kakinya disilangkan dan pakaian separas lutut diselakkan sehingga ke peha. Hampir menampakkan celana. Dia tergelak manja.
Fikri hanya perhatikan tingkah laku Aria. Bukan menaikkan nafsu lelaki tapi hanya nafsu meluat ! Terlampau meluat. Patutlah masa bercinta dan berkahwin pun Aria curang. Perangai tak ubah seperti perempuan murah. Geli geleman.
" kalau you nak sekarang pun I bagi tau."
"Apa beza you dan pelacur?" Tanya Fikri Aidil dengan nada menjengkelkan.
"I tak kisah pun you nak cakap apa. Terpulang. Yang I tahu. You nak I balik."
"Well Aria. Patutlah senang lelaki inggeris tu permainkan kau. Perangai kau macam ni. Senang bagi. Pelacur orang bayar tapi kau ni kategori sampah layak dipijak pijak."
"You tak layak nak ungkit masa silam I Fikkk." Jerit Aria lantang. Turun naik nafasnya menahan marah.
"Dan you tak layakkkk kembali pada I."
Aria gelak. Tak layak Fikri Aidil berkata. Hati lelaki ini memang dah mati untuk dia. Tak guna.
"Siapa you nak judge I layak ke tak nak bersama you?"
"Kau ni bodoh ke apa Ria. Nak bersama aku tu kau. Kau tuuu bukan orang lain." Jari telunjuk lurus ditunjukkan pada Aria. Kesabaran kelakian tercabar. Aria sudah melampau.
" Sebelum aku report polis atau aku bunuh kau. Pergi dari siniiiiii." Jerkah Fikri Aidil. Dokumen yang ada diatas meja di baling pada muka Aria. Jijik dia melihat wajah itu.
Aria tergamam dengan tindakan Fikri Aidil. Aidil halau dirinya dan dia melemparkan dokumen yang tebal 6 inci ke wajahnya. Fikri Aidil kejam. Dia berlari keluar dengan air mata mengalir laju.
Fikri Aidil menepuk meja kerja berkali kali melepaskan amarah. Bersusah payah dia melupakan Aria. Aria datang kembali. Hati siapa tidak sakit. Emak dengan anak sama je perangai. Pentingkan diri sendiri.
"Hani, lepas ni kalau perempuan tu datang. Jangan bagi masuk. Kalau degil jugak panggil je guard .Faham." Ujar Fikri Aidil tegas.
Hani Putri angguk mengerti. Nampaknya mood Fikri Aidil tidak baik. Sebab itu dia malas mahu bertanya lebih. Dia dengar pertengkaran antara mereka. Tapi dia malas menyibukkan diri dengan hal peribadi orang lain. Dia kenal dengan perempuan tadi. Bekas isteri encik Fikri Aidil. Aria.
*****
Haikal merengus. Dia menekan skrin
Iphone secara kasar. Berpuluh panggilan tapi tiada jawapan dari Fikri Aidil.
"Awak tahu dia pergi mana?"
"Saya tak tahu encik. Tadi dia keluar dengan muka serabut." Terang Hani Putri ringkas. Hani Putri pula teragak agak mahu bertanyakan soalan. Dia melihat wajah Haikal tegang.
"Serabut?"
"Tadi ex wife encik Fik datang lepastu tu dia orang bertengkar." Suara yang dikeluarkan Hani Putri agak mendatar. Risau jika hal peribadi Fikri Aidil ambil tahu.
Wajah yang tegang reda kembali. Dia menarik nafas panjang dan dilepaskan. Di datang ke sini pun atas urus peribadi. Dia tidak boleh tangguhkan. Rasa amarah yang disimpan sejak semalam mahu dilepaskan.
"Ok tak apa. Saya pergi dulu."
*****
Semalam
Tetamu wanita agak berusia sedang menanti Haikal. Dia melihat profil syarikat satu per satu. Menarik perhatian. Anak muda yang baru setahun jagung membina empayar dan kini boleh dibanggakan syarikat ini. Dia tersenyum.
"Ye Datin Ailan. Ada apa saya boleh bantu?"
Bibir mengukir senyuman terpaksa. Haikal yakin Datin Ailan ada agenda tersendiri.
"Company okey?"
"Tak perlu berbahasa dengan saya Datin. Cakap sahaja niat Datin ke sini." Sinis ujaran Haikal. Dia tak perlukan kata mukadimah yang manis dan akan diakhiri dengan menyakitkan. Biar sahaja permulaan yang sakit.
Datin Ailan tersenyum. Sahabat bekas menantunya ini memang seorang yang bijak. Cepat tangkap niat apa dia ke mari. Datin Ailan menghulurkan beg kertas jenama mewah.
"Tak apa Datin. Saya tak perlukan."
"Ambillah terasa hati orang tua."
"Kalau nak rasuahkan saya. Sorry, saya tak akan sesekali ambil."
"Bukan rasuah. Ini untuk pertolongan kamu je." Lembut tutur kata Datin Ailan. Senyuman masih ada dibibir.
"Pertolongan untuk Aria? Pergunakan Fikri? Bekas menantu Datin tu." Sinis dan menyakitkan hati Haikal menyoal. Bukan dia mahu kurang ajar dengan orang yang lebih tua darinya. Dia telah lama hilang sabar dengan karenah Datin Ailan. Anak dan emak sama sahaja.
Seperti biasa. Wajah Datin Ailan tenang sahaja. Dia tahu, jika dia datang ke sini pasti ada yang makan hati. Demi anak tunggal, dia rela berkorban walaupun dapat amukan dari suaminya.
"Tak ada apa yang perlu dibincangkan lagi Datin."
"Ada."
Haikal diam seketika. Dia memandang lantai. Orang kaya ya. Kalau nak sesuatu pasti akan usahakan waima ada hati yang terluka.
"Company nak berkembang lagi besar?" Datin Ailan membuka tawaran menarik.
Haikal tersenyum.
"Menarik."
"Saya boleh tolong kamu Haikal."
"Menarik tapi belum tertarik. Saya bukan kambing hitam Datin Ailan. Kalau macam ni la sikap Datin. Lebih baik saya bercakap pada Dato."
"Jangan." Cepat Datin Ailan menghalang. Kalau suaminya tahu sudah tentu dia dan Aria menempah maut. Dia kenal benar dengan sikap baran suaminya itu.
"Jadi Datin. Saya harap Datin faham. Saya sayangkan Fikri sebagai sahabat. Saya tak nak dia jadi mayat hidup lagi disebabkan anak kesayangan Datin."
Sebaik sahaja, Haikal menghabiskan ayat. Haikal segera bangun dan keluar dari pejabat. Ditinggalkan Datin termangu seorang diri.
Jiwa seoarang ibu terasa melayang. Sedaya upaya dia menolong Aria, tiada apa yang berhasil. Dia tidak rela melihat anaknya menjadi seperti orang gila.
Share this novel