Bab 45

Romance Completed 35078

Hani Putri menjeling sekilas. Macam kenal tapi kenapa dia ada kat sini. Dejavu ke? Malam semalam pun dia mimpi yang sama. Lelaki itu duduk dihujung sana dan dia tengah menulis.

Dia menoleh kebelakang lagi. Sah memang itu tempatnya. Gaya lelaki itu duduk pun sama. Kaki bersilang.

Terasa kesat dalam tekak. Peluh dingin mengalir laju. Hujung lengan digunakan untuk mengesat peluh. Mimpi semalam boleh dikatakan panjang. Dia bangun tidur pun boleh tersengih malu. Hani Putri pantas menghabiskan kerja kerja menulis dan terus ke kaunter. Dia tak nak kejadian yang pelik berlaku.

"Hani."

Hani Putri jerit dalam hati. Suara itu. Seram.

"Hani. Saya nak.."

Belum habis menuturkan ayat, Hani Putri memotong.

"Stop. Tak payah nak teruskan kata sebelum ada perkara memalukan."

Fikri Aidil mengerutkan dahi tidak faham.

"Jangan buka mulut. Senyap." Hani Putri memberi arahan seakan diktator. Jari telunjuk diletakkan pada mulut.

"Kena..."

"Senyap encik Fik. Senyapppp." Jerit Hani Putri lantang. Sedar dengan kelantangan diri, dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Malu. Orang sekekeliling memerhati. Mesti mereka mengata yang dia perempuan biul.

Dia melangkah pantas ke pintu pejabat pos. Malu belum hilang lagi. Mulut terkumat kamit mengira mengira 1..2..3 dan dia berlari selaju mungkin.

*****

"Penat ke?" Sindir Fikri Aidil dengan senyuman senget. Dia duduk bersandar pada bonet kereta dengan berpeluk tubuh.

"Eh tak la. Tak penat pun." Balas Hani Putri dengan suara menjengkelkan.

"Kenapa lari?"

"Ada anjing tadi."

"Saya ke anjing tu?" Soal Fikri Aidil lurus. Tangan telunjuk ditunjuk ke muka.

Hani Putri menjeling. Boleh pula buat lawak tak cerdik kat sini.

"Muka encik ada nampak macam haiwan tu?"

"Saya macam kucing kan. Cute dan sexy."

"Haah cute sangat tapi menyakitkan hati."

" Hani saya nak mintak maaf." Ujar Fikri Aidil.

"Setelah beberapa bulan?" Soal Hani Putri jauh hati persis merajuk dengan kekasih hati. Hani Putri menunduk. Kais kaki sendiri. Lancang betul perkataan keluar dari mulut. Nanti apa pula kata Fikri Aidil. Dia ni macam tunggu buah yang tak gugur.

"Saya busy Hani. Sorry ya. Boleh kita 0-0? Kembali pada yang asal?"

"Lepas tu awak buat lagi. Sampai hati saya terluka."

Fikri Aidil tersenyum. Marahkah Hani pada dia? Adakah Hani jatuh cinta pada dia? Ya Allah hati ini sedang berbunga-bunga. Jika Hani Putri jodoh ku maka kau permudahkan urusan kami berdua.

"Kenapa awak senyum? Suka sebab saya kecewa." Hani Putri mula serkap jarang.

"Eh mana ada."

"Senyum tu?"

"Awak suka saya Hani?"

"Suka. Suka sebagai kawan dan majikan saya. Awak baik. Kadang je menyakitkan hati." Puji Hani Putri dengan selitan perli.

"Selain tu?"

"Saya anggap awak macam kawan baik saya. Macam Rita. Masa saya sakit selalu ada."

Fikri Aidil sedikit kecewa. Jawapan yang tak menepati rasa.

"Saya suka awak Hani." Luah Fikri Aidil.

Hani Putri yang mendengar tersenyum lebar dan dia ketawa kecil. Suka? Banyak kali dah dengar perkataan ni tapi tiada apa yang dia dapat. Selebihnya kecewa berpanjangan. Sebagai pesakit axienty, menaruh harapan pada seseorang sangat menyakitkan hati.

"Dah lah Encik Fik. Jangan buat lawak okey."

*****

Hampir setiap hari Fikri Aidil akan meluangkan masa untuk stalker fac Hani Putri. Orang tak ada di depan mata pun tak apa, sekadar menatap gambar sudah cukup.

Hari ini sahaja 10 hantaran iklan pada media sosial. Seronok pula bila dia membaca ramai sokongan positif dari kalangan penjual online.

"Tengok saja bro tak jadi apa."

Dengar sahaja teguran dari Haikal, dia terus keluar masuk dari akaun fac peribadi.

"Apa kau ni? Aku kan suka share pasal design."

"Aku ada cakap apa apa ke?" Ejek Haikal bersama senyuman sinis.

"Itu lah orang kata berterus terang tak nak. Mulalah nanti makan hati bila kekasih hati dimiliki oleh orang."

"Dah jodoh dia."

"Belum cuba belum tau." Ujar Haikal memberi kata semangat.

"By the way, aku datang ni nak cakap Aria dah lari ke U.S?"

"So?"

Sudah lama, Fikri Aidil tak ambil kisah perihal anak tunggal Dato' Danial. Akhir sekali yang dia dengar berita Dato' Danial tegar menghantar Aria ke hospital tanjong rambutan.

"Sanggup ya dia hantar anak dia ke hospital gila. Patutnya dapatlah rawatan
psychiatrist dulu."

Fikri Aidil menjungkitkan bahu. Dia kenal dengan perangai Dato' Danial, terlalu mementingkan status itu. Anak tunggal sendiri tegar hantar ke sana.

*****

Lelaki kacukan berdehem kuat apabila melihat Hani Putri menyiram pokok bunga. Sedar dengan kehadiran lelaki kacukan. Hani Putri sekadar memberikan senyuman kekok.

"Tak hantar parcel hari ni?" Tegur lelaki kacukan. Keluar rumah sahaja, mata dihidangkan dengan gadis ayu. Sejuk mata melihat Hani Putri yang berkain batik. Nampak comel.

"Petang karang."

"Oh ok. Hmmm nama awak Hani kan?"

Hani Putri mengangguk perlahan. Acuh tak acuh dia melayan.

"Tak nak tanya nama saya?" Tanya lelaki kacukan bersama senyuman senget.

Hani Putri senyum. Tidak membalas. Dia hanya mengeleng perlahan. Pagi nak beriadah dengan pokok bunga. Tak sangka pula lelaki ini keluar awal.

Lelaki kacukan itu pula hampa. Gadis ini memang susah nak dekati.

" Nama saya Gibrel. Boleh panggil saya Gib atau Gibrel." Ujar Gibrel perkenalkan diri.

"Semalam tu siapa? Kawan? tunang?"

Selesai menutup pili air. Hani Putri memandang ke arah Gibrel. Kaki bawang ke dia ni sampai nak tahu semua benda.
Hal dia dengan Fikri Aidil pun sibuk nak ambil tahu.

"Hmm sorry terlebih busy body pula." Ujar Gibrel dengan serba salah.

"Okey."

*****

Hani Putri melihat sekeliling. Cantik dekorasi kafe ini. Gabungan warna putih dan merah. Menurut Gibrel, dia mahukan aura romantis dalam kafe ini. Dibelakang dinding pula tersusun bentuk love dan sepasang pasangan. Cantik dan romantis. Dia suka.

"Awak suka?"

"Suka. Nampaklah aura romantik. Aih untungnya siapa yang datang dating kat sini."

"Eh awak boleh datang sini bila bila masa je Hani."

Terhibur melihat telatah Hani Putri yang kadang kala keanakan. Gibrel merenung dalam membuatkan Hani Putri berpaling ke arah lain. Malu. Dulu hanya Fikri Aidil yang merenung seperti itu.

Ahh sudah. Otak melayang teringat lelaki itu. Apa khabar agaknya dia. Sibuk dengan kerja atau dia sudah melupakan Hani Putri.

Hani Putri menguis meja. Dia jadi bersalah. Dia keluar dengan Gibrel tapi lelaki lain dalam otak.

"Haniiii." Panggil Gibrel lembut.

Hani Putri rasa meremang dengan nada suara Gibrel.

"Boleh saya nak kenal dengan awak lebih dalam? Maksud saya sebagai pasangan kekasih."

Lidah Hani Putri terkelu. Pasangan kekasih? Lelaki ini sedang melamar dirinya sebagai kekasih? Drastiknya keputusan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience